Showing posts with label flight. Show all posts
Showing posts with label flight. Show all posts

Jerebu di Tanjung Malim

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaa!!! Sihat tak? Sekarang ni dah musim jerebu, kemarau & opkos la jugak musim demam kan? Camna jerebu kat tempat korang? Kitorang kat Tanjung Malim ni tak menentu jerebunya.. Kadang boleh nampak banjaran Tititwangsa, kejap lagi banjaran tu hilang.. Betul2 macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. hehehe..


Banjaran yang hilang.. hehe..

Tengok gambar atas ni.. Nampak macam kabus kat tanah tinggi je kan? Sampai tak nampak banjaran kat belakang tu. Padahal sebenarnya jerebu.. Bau asap dia kuat sangat. Sampai kitorang pun tutup pintu.. Terbiar la kitorang masak dalam rumah yang dah macam sauna.. Kipas volume 5 pun still rasa macam takda kipas.. Hehehe..


Pemandangan depan rumah


Huuu tak nampak apa dah.. Teruk ni..


Gambar2 ni semua semalam punya.. 
Bawah ni bacaan IPU semalam berserta petunjuknya..











Nampak tak betapa tidak sihatnya IPU kat tempat kitorang? Tempat korang pulak macam mana? Setakat ni Pelabuhan Kelang yang paling tinggi iaitu >300. Teruk kan?? Sentiasa la berdoa semoga Allah SWT turunkan nikmat hujan untuk kita di Malaysia.. Tak lupa jugak untuk penumpang & anak kapal MH370.. Dah seminggu tak ada berita.. Harap hari ni adalah berita baik.. I hope..... :(


So, time jerebu ni kurangkan la aktiviti luar.. Jom jadi anak dara duk umah lipat kain, kemas umah, tido sepuas-puasnya.. hihiks.. Banyakkan minum air, selalu cuci muka, mandi.. Aku buat semua ni tau? Supaya kurang sikit panas dalam badan aku ni.. Aku takleh panas2 ni, mesti akan muncul ulser kat lidah, bibir, pastu mata bengkak.. Hidung berdarah je lagi yang tak pernah.. Hehehe.. 



Jom tengok IPU kat tempat korang -----> SINI


8 Mac & MH370

Assalamualaikum & hai semua..


Harap korang sihat je hari ni.. Aku sihat tapi rasa takda semangat.. Sepatutnya entry ni mood happy2 sebab aku nak cerita pasal birthday aku.. Oh ya, meh la aku cerita sikit.. Semalam, 8 Mac merupakan tarikh lahir aku.. So, secara rasminya umur aku telah bertambah setahun.. And now, i am officially 26 years old.. Masih muda & bujang & masih belajar *sigh*.. Kawan2 aku yang lain dah keja, dah kawin, dah ada anak.. Tapi aku tak kisah pun semua tu, rezeki orang lain2, ye dok?? Ok, tu je la entry pasal birthday aku.. Opss, kejap.. Housemate aku ada buat surprise untuk aku jugak tapi dah cerita kat Instagram, malaslah pulak nak cerita kat sini.. 

Sumber : Facebook


Aku betul2 takda mood.. Haiyaa.. Why am i like this aa?? Ekceli kan, aku risau ngan penumpang2 & krew kapal MH370 tu.. Apa la nasib diorang kan? Aku follow cerita ni dari awal pagi kemarin lagi sampai la ke hari ni. Walaupun aku tak kenal sapa2 yang ada kat dalam kapal tu tapi aku tetap rasa susah hati.. Ke mana la kapal tu pegi kan? Aku berharap sangat agar ada keajaiban yang berlaku.. Aku harap semuanya selamat..


Aku kecewa ngan segelintir rakyat Malaysia ni.. Benda musibah macam ni pun diorang boleh kaitkan dengan politik.. Jadikan bahan lawak.. Tu tak termasuk lagi dengan mereka2 yang suka sangat mencari kesalahan orang.. Semua orang nak disalahkan.. Tak cukup lagi dengan penyampai2 berita dengan kelayakan-online-facebook-24-jam ni.. Diorang bercakap macam diorang la yang paling pakar, diorang la yang tau apa yang terjadi.. 


Sumber : Facebook


Oh please la Malaysian, tolong la berdoa untuk MH370. Tak payah nak jadi pakar penerbangan, penyampai berita tak sah, pemutarbelit cerita, pemanipulasi keadaan.. Tolong la ada perasaan empati.. Walaupun takda family atau kawan2 yang terlibat dalam flight tu tapi tolong la faham perasaan family2 yang terlibat. Tak payah la korang berlumba2 nak share benda2 yang entah betul entah tidak.. Macam2 khabar angin dah yang tersebar sekarang.. 


Walaupun berita luar negara dah sahkan kapal tu terhempas, takyah la ko nak persoalkan sangat kenapa kerajaan kita tak publish cerita macam tu. Diorang ada alasan diorang sendiri. Pesawat tu hanya boleh disahkan terhempas jika diorang dah jumpa lokasi & bangkai pesawat tu tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi.. Dan mungkin jugak berita tu tak betul. Hey dude, sekarang ni orang memang senang sangat nak menipu. Current technology is beyond ur knowledge. Kalau tak tahu apa2, just duduk diam, berdoa dan tunggu update dari pihak yang terlibat.


Sorry if ada terkasar bahasa, tiba2 teremosi pulak.. Kesimpulannya, sama2 la kita berdoa. Bukan dengan berdoa di facebook,  twitter @ instagram tapi berdoa la dengan cara yang betul. Daripada kita dok pung pang pung pang kat laman sosial, baik kita berdoa, buat solat hajat, itu la yang sangat2 diperlukan oleh mereka yang terlibat.. 


Okei, aku nak rehat dulu. Sama2 la kita tunggu perkembangan semasa pasal flight MH370 tu.. Pray for a miracle.. Assalamualaikum..



Anne Nurain