Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Happy Birthday To Me !!

Assalamualaikum..


Morning uolls!!
Hari ni birthday aku yang ke ____..
Sila isi tempat kosong.. Hahaha..


Semalam housemate aku buat surprise kat aku..
Memang tak sangka sangat sebab mula2 ingat tu majlis makan2  ngan our lecturer yang jugak merupakan pemilik rumah sewa kitorang..
Patut la sampai majlis nak mula pun lecturer tak datang2..
Alih2 diorang bawak keluar kek dari bilik..
Ish3x... Tokojut den.. Hehehe..


Apa2 pun, thanks a lot my kesayangan semua..
Tak sangka sampai Min pun ikut subahat sekali..
Rupanya Min pun dah tau yang majlis tu surprise birthday party untuk aku ngan Iyqa yang kebetulan sama bulan lahir ngan aku..
Cuma dia tak datang la, segan katanya.. Hehehe..






Ni la dia muka2 yang telah men'surprise'kan aku ngan Iyqa semalam..
Memang "thorrrrbaeeeekk" la korang punya plan..
Mo bagi berapa bintang yaa??
Hehehe..


Sebelum nak hantar tetamu balik kolej, kitorang sempat ber'groufie' beramai2 kat luar rumah..
Tak kisah dah ngan jiran2 sekeliling..
Orang dok lalu lalang pun mungkin senyum2 kambing ja tengok gelagat budak final year yang tak matang ni.. Hahaha..
Ada banyak lagi gambar groufie, dari dalam rumah sampai la ke luar..
Asik aku jaa yang pegang monopod tuh..
Sampai naik lenguh tangan pegang monopod..
Tapi demi kekawan, I sanggup nokss!!
Hahaha..


Dear friends, aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2..
Walau dah kawen, anak berderet, aku harap kita semua still kamceng lagi..
Sedih sebab ni last semester kita together-geder..
Korang semua duk Semenanjung, senang la nak jumpa..
Aku sorang ja Sabah.. Hukhukhuk..


Jom habiskan semester terakhir kita dengan kenangan2 yang manis sampai semut pun tak larat. Hahaha..



Much love, 
~Anne Nurain~

8 Mac & MH370

Assalamualaikum & hai semua..


Harap korang sihat je hari ni.. Aku sihat tapi rasa takda semangat.. Sepatutnya entry ni mood happy2 sebab aku nak cerita pasal birthday aku.. Oh ya, meh la aku cerita sikit.. Semalam, 8 Mac merupakan tarikh lahir aku.. So, secara rasminya umur aku telah bertambah setahun.. And now, i am officially 26 years old.. Masih muda & bujang & masih belajar *sigh*.. Kawan2 aku yang lain dah keja, dah kawin, dah ada anak.. Tapi aku tak kisah pun semua tu, rezeki orang lain2, ye dok?? Ok, tu je la entry pasal birthday aku.. Opss, kejap.. Housemate aku ada buat surprise untuk aku jugak tapi dah cerita kat Instagram, malaslah pulak nak cerita kat sini.. 

Sumber : Facebook


Aku betul2 takda mood.. Haiyaa.. Why am i like this aa?? Ekceli kan, aku risau ngan penumpang2 & krew kapal MH370 tu.. Apa la nasib diorang kan? Aku follow cerita ni dari awal pagi kemarin lagi sampai la ke hari ni. Walaupun aku tak kenal sapa2 yang ada kat dalam kapal tu tapi aku tetap rasa susah hati.. Ke mana la kapal tu pegi kan? Aku berharap sangat agar ada keajaiban yang berlaku.. Aku harap semuanya selamat..


Aku kecewa ngan segelintir rakyat Malaysia ni.. Benda musibah macam ni pun diorang boleh kaitkan dengan politik.. Jadikan bahan lawak.. Tu tak termasuk lagi dengan mereka2 yang suka sangat mencari kesalahan orang.. Semua orang nak disalahkan.. Tak cukup lagi dengan penyampai2 berita dengan kelayakan-online-facebook-24-jam ni.. Diorang bercakap macam diorang la yang paling pakar, diorang la yang tau apa yang terjadi.. 


Sumber : Facebook


Oh please la Malaysian, tolong la berdoa untuk MH370. Tak payah nak jadi pakar penerbangan, penyampai berita tak sah, pemutarbelit cerita, pemanipulasi keadaan.. Tolong la ada perasaan empati.. Walaupun takda family atau kawan2 yang terlibat dalam flight tu tapi tolong la faham perasaan family2 yang terlibat. Tak payah la korang berlumba2 nak share benda2 yang entah betul entah tidak.. Macam2 khabar angin dah yang tersebar sekarang.. 


Walaupun berita luar negara dah sahkan kapal tu terhempas, takyah la ko nak persoalkan sangat kenapa kerajaan kita tak publish cerita macam tu. Diorang ada alasan diorang sendiri. Pesawat tu hanya boleh disahkan terhempas jika diorang dah jumpa lokasi & bangkai pesawat tu tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi.. Dan mungkin jugak berita tu tak betul. Hey dude, sekarang ni orang memang senang sangat nak menipu. Current technology is beyond ur knowledge. Kalau tak tahu apa2, just duduk diam, berdoa dan tunggu update dari pihak yang terlibat.


Sorry if ada terkasar bahasa, tiba2 teremosi pulak.. Kesimpulannya, sama2 la kita berdoa. Bukan dengan berdoa di facebook,  twitter @ instagram tapi berdoa la dengan cara yang betul. Daripada kita dok pung pang pung pang kat laman sosial, baik kita berdoa, buat solat hajat, itu la yang sangat2 diperlukan oleh mereka yang terlibat.. 


Okei, aku nak rehat dulu. Sama2 la kita tunggu perkembangan semasa pasal flight MH370 tu.. Pray for a miracle.. Assalamualaikum..



Horoskop meme

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..


Jumpa ni kat pesbuk tadi..
Hehehe




So, korang yang mana satu??
Aku punya yang 'Brave' tu..
'Brave' la sangat kan??
Kehkehkeh~



Anne Nurain