U Mad Bro??

Assalamualaikum dan selamat pagi yang sangat awal.. Dah pukul 1.30 rupanya...

Aku baru habis buat Gantt chart untuk projek group kami.. Kejap ja pun sebenarnya buat benda tu cuma banyak betul gangguan masa nak buat tu.. Gangguan apa? Paham2 ja la.. 5 saat buat Gantt chart, 15 minit tengok facebook, komen kat status orang, chat ngan ketua projek, menjuihkan bibir sambil buat muka meluat baca status orang yang ndak kenak dihati.. Hahahaha~~

Well, aku ni jahat jugak sebenarnya.. Selalu buat orang sakit ahti ngan aku especially adik lelaki aku. Aku suka kacau gf dia di facebook.. Adalah benda yang aku tak suka pasal budak tu.. Hehehe...  

Susah aku nak buang tabiat buruk aku yang satu ni, kalau aku tak suka kat orang tu, aku akan terus terang & aku susah nak layan orang tu dengan baik.. Jahat tak aku? Tapi setakat yang aku ingat, seumur hidup aku baru 2 orang yang aku buat camtu. Budak baru kat sekolah aku masa form 4 & gf adik aku la ni..

Tapi aku tak la benci sangat kat dua orang ni, tak baik tau benci-benci orang... Cuma ada perbuatan dorang yang aku tak suka.. My future student, please la jangan tiru perangai cikgu korang ni.. Hohoho... 


Aku tau aku pun tak la perfect tapi aku lebih suka terus terang daripada jadi someone yang hipokrit.. Depan baik gila, belakang macam orang gila jaja keburukan orang.. Walaupun dengan berterus-terang tu kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang but for me, it is better than kena cakap belakang.. Sakit woo kena 'stab from the back' bilang orang putih (eh, aku penah rasa ke ni??)

Ok, sila maapkan diriku sekiranya ada yang terasa dengan post ni. Aku saja ja mo merepek pagi-pagi buta ni coz aku susah nak tido selagi belum pukul 2 lebih.. Huhuhu.. Bila la masa tidur aku balik p normal ni?? Hurmm...

Untuk adik lelaki ku, lau ko terbaca post ni, ko maapkan la kakak mu yang jahat ni.Muehehehehe... Ada sebab kenapa aku buat begitu tapi x payah la ko tau sebab aku sendiri pun tak tau apa sebabnya... HAHAHAHA... Just kiddin' ok? kehkehkeh~~


Daaaaa~~
Assalamualaikum..




Kini Aku Kembali.....

Assalamualaikum!!! Holaaaa.... Cey, tajuk tak boleh blahhh... Macam apa ja kan? Teehee~~



Sebenarnya beta berasa eksaited yang amat bukan kerana telah berjaya menang kereta Ferrari sejibik didalam peraduan tarik rambut dalam tepung TAPI sebab beta dah ada peluang nak apdet blog beta yang dah lebih sebulan tak ber'update' dan langsung tak dijenguk pun.. Cian dier~~ Huhuhu...


Ada tak yang tercari-cari ngan tuan punya belog yang lupa daratan belog nih?? Ceyy, bajet retis la plak kan? Kehkehkeh~~


FYI... Ceh... Sekarang kan cuti mid sem, so KHAR sekarang umpama aku yang punya. Lebih-lebih lagi line internet yang bapak laju sekarang ni, aku sukeeeeee sangat2.. TAPI... Yang tak berapa best ialah aku tinggal sendiri ja kat umah ni. Seram jugak la kalau dah tengah malam time nak tido, macam-macam la yang terlintas dalam fikiran.. Huhuhu~~


Hah, ni la kolej kediaman kitorang.. Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) atau kalau ikut ejaan pacik bas yang selalu hantar kitorang pegi kampus, KEHA.. Hihihi.... Rumah aku nun kat atas tu, yang dalam rounded rectangle tuh.. Kat balkoni tu la tempat kitorang sidai baju tapi oleh kerana ramai yang dah balik kampung maka takde la baju yang bersidai.. Semua sidai baju kat kampung.. Untonglaaaa koranggggg... *Jelessss* =.="


Mungkin lepas ni aku akan cari masa untuk sentiasa update blog aku ni.. Bila tengok blogger lain update blog, aku pun teringin jugak tapi disebabkan aku ni busy kalah lecturer-lecturer aku, jadi tunggu cuti ja la baru dapat update.. 


Kita stop kat sini dulu, lepas ni boringla korang tengok aku update selalu... Harap-harap laaa... Kihkihkih...




Anne Nurain