Marathon drama di minggu peperiksaan

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. :)


Dah jadi tabiat kot, pukul 1 2 pagi baru update blog..
Start dari pagi tadi aku just blogwalking ja..
Macam malas sikit nak update walaupun idea tu dah berbakul-bakul dalam kepala..
Cuma sayang ja nak kuar kan idea tu..
Aku nak bagi dia duk lama sikit dalam otak..
Eh, apa la aku merapu ni.. hehehe..


Ok, yang sebenarnya kesibukan aku hari ni adalah kerana aku 
marathon tengok drama Love You Mr. Arrogant..
Ye.. Ye.. Aku ni memang lambat.. Drama tu dah habis, aku baru tengok..
Ingatkan tak nak tengok sebab I prefer novel than tv drama..
Tapi dah alang2 adik aku suh donlod, aku pun ambik la kesempatan nak tengok.. Hehehe..


Azlee Khairi & Zara Zya


Tadi baru ja habis tengok last episod..
Start marathon ni dari new year's eve tu lagi..
Tapi oleh kerana my roomate ada exam tadi & semalam diorang ulangkaji so,
aku sebagai roomate yang comel bertimbang rasa, baik hati, bertolak ansur.....
Eh, jangan nak poyo sangat boleh tak? Kehkehkeh...
Aku pun stop la tengok drama ni & buat hal lain..


Time diorang pegi exam petang tadi baru aku sambung..
Sampai la tadi baru habis.. Diorang pun join sekali tau?
Almaklum la dah habis paper la katakan.. Hehehe..
Kalau diikutkan kitorang still ada paper lagi tapi hari sabtu depan, 11 Jan..
Tu pun subjek English.. Memang tak la nak study dari sekarang.. Hihihi..


Eh, hajat dihati sebenarnya nak cerita pasal drama tu..
Tapi terpesong la pulak pi cerita pasal aku.. Hehehe..


So far, drama tu memang ok la.. Lakonan diorang memang menjadi..
Hero ngan heroin pun sepadan.. Sweet sangat.. Hehe..
Mula2 aku minat kat watak Faizal tu sebab dia ensem & ada sikit macam abg Izzue Islam aku..
Hahaha.. Tergedikss pulak kite..
Tapi, oleh kerana Faizal tu pegang watak mamat psiko, dan2 je terus hilang minat..
Hahaha..


Sepanjang tengok drama ni, mulut aku ngan roomate memang tak berhenti 
nak komen tu la, nak komen ni la..  Ada je yang tak kena.. Hehehe..
Sebab kitorang dah baca novel tu dulu sebelum drama ni main kat tv..
So, bila ada je scene yang tak sama dengan yang kat dalam novel, 
memang bising aa mulut dok pot pet pot pet tak puas hati..
Tapi, drama ni memang best jugak la..
Hihihi..


Wartawan dari melodeyy melaporkan..
Sekian, terima kasih.. 

Horoskop meme

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..


Jumpa ni kat pesbuk tadi..
Hehehe




So, korang yang mana satu??
Aku punya yang 'Brave' tu..
'Brave' la sangat kan??
Kehkehkeh~



Anne Nurain