Aku penat giler.. =_='

Assalamualaikum.. Selamat malam korang...


Just nak gtau..
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


Aku PENATTTTTT sangat.....
Hari ni kelas dari pukul 8 pagi sampai kul 10 malam..
Nasib baik la lab kul 8 malam td cancel, boleh la balik awal ckit.. Huhuhu..
Insya Allah, esok nak hapdet pasal aktiviti with my ex-housemate hari Sabtu lepas..
Malam ni gua tak larat derr...

Ce teka sapa ni?? hihi..

Okeiiii.. Gud nite u olsss...
Sayang korangggg....
Muahhhhhxxxx..

~babai~


Ubat kecik dan comel dan kiut dan bla..bla..bla..

Assalamualaikum.. Selamat malam korang!!

Copastin dan Kotamin

Apa benda Copastin dan Kotamin nie?! Tengok tuu.. Tuu laa.. Yang sana tu... "Batuk" dan "Selsema" laa... Aku suka ubat ni sebab ubat ni kecik je, senang nak telan.. Huhuhu~~

Hari ni penat sesangat walaupun sebenarnya kelas aku ada satu je hari ni, tu pun dari pukul 2 sampai pukul 4. Tapi dek kerana ingin menguruskan urusan yang dari sem lepas tak terurus, maka terpaksalah aku dan enchek Kekanda pegi kampus lebih awal dari yang sepatutnya...

Tapi sampai tengah hari urusan tu tak selesai lagi, surat rasmi yang kitorang buat terpaksa diedit buat kesekian kalinya.. Banyak dah duwet melayang gara-gara print kat kedai Cina tu.. Mahal kot 20 sen sekeping.. Cekik darah betul.. 

Balik kolej pastu pegi lunch ngan si Kekanda. Tetiba je dia ajak makan kat restoran tu, biasa tapau je.. Tapi takpe, I LIKE IT! Aha.. Aha.. XD

Lepas makan aku tak sempat tido, aku jadi setiausaha tak rasmi kepada Kanda ku and the friends untuk edit surat tambah jam kredit kitorang. Siap je terus pegi print kat depan kolej, murah lagi dari kedai Cina tu.. Huh!! 

Kelas tadi tu untuk subjek Multimedia Dalam Pendidikan atau nama glamernya, Multimedia In Education. *Lebih kurang je pun kan??Hahaha...* That was our 1st class for this sem... Lecturer tu very2 punctual and strict jugak la coz dia nak student lelaki wajib pakai necktie, tak boleh pakaian sukan walaupun lepas kelas tu ada kokurikulum.. Ish..Ish..Ish.. Sabor je la ye sapa yang "Lelaki" tu.. Huhuhu...


Hutang update.. Nah, amek kaww...

Assalamualaikum & selamat malam semuaaa.....

Sepatutnya tadi malas nak update blog tapi bila tengok dashboard ja terus rasa nak update plak.. Hihihi...
Banyak yang terjadi dalam beberapa hari aku tak update ni, antaranya ialah:

1. Demam yang tak sembuh-sembuh lagi
Aku start demam masa balik kampung hari tu. Adalah dalam 2 mggu lpas.. Baru ja cakap ngan kakak aku yang taun 2011 tu aku takda demam, sekali balik kampung ja terus demam.. Dah la cuaca masa kat kampung tu ujan ja, susah sangat nak nampak matahari.. Sejuk ja rasa, macam di Kundasang pun ada.. Aku memang tak tahan sejuk.. Hehehe... Sampai sekarang masih batuk-batuk ngan selesema lagi.. Suara pun kejap normal, kejap lagi jadi suara rock.. Haha.. Tapi aku suka suara macam tu.. Cuma batuk ni ja la yang tak selesa.. Hmm.. Sabor je la~~

Matahari di Batu 32

2. Kembali ke Tanjung Malim
Flight aku hari Sabtu baru-baru ni. Flight pukul 6 pagi, aku gerak dari LD petang dalam pukul 5 cam tu la.. Sampai KK pukul 1 pagi.. Tido jap pastu bersiap pegi KKIA. Sampai KLIA dalam pukul 9.30 pastu naik bas ke Pudu.. Dari Pudu, naik bas lagi ke Tanjung Malim.. Dalam pukul 1 lebih baru aku ngan enchek Kekanda sampai kolej.. Memang penat gila la.. Sampai kolej, kena tunggu opis buka lagi untuk daftar kolej. Dapat ja rumah n bilik terus unpacking semua barang-barang.. Alang-alang dah penat kan, biar penat terus.. Hehehe...

Masa otw nak ke Tanjung Malim, aku sempat mimpi lagi yang aku masih ada kat KK, tengah jalan-jalan ngan family aku.. Sedar-sedar ja dah sampai tol Tanjung Malim.. Uwaaaaaa!!!! Rasa tak best sangat.. 

Projek juta-juta kat belakang rumah

3. Permulaan kuliah semester 2
Hari ni kitorang dah start kuliah untuk semester 2. Kelas 1st kat Taman Bernam, hari pertama, kelas pertama, dah sampai lewat. Nasib baik lecturer tu tak marah. Tetiba ja jalan dekat kampus tu jem pagi tadi.. Pastu kelas Pembangunan Sahsiah plak pukul 12 tengahari. Masa tu aku dah pakai baju sukan dah, semangat nak pegi kelas Olahraga pukul 5 nanti. Aku sorang ja kat kelas yang pakai baju sukan. Semangat kan aku?? Hahaha..

Lepas Pembangunan Sahsiah, ada kelas Multimedia plak. Aku tak tau makmal multimedia ada dekat mana so start dari pukul 1 aku pegi round kampus cari makmal multimedia.. Penat takyah cakap la, dah la aku sorang-sorang ja masa tu. Ke sana ke mari aku pegi semata-mata nak cari makmal Multimedia tu.. Rupanya ada kat belakang dewan-dewan kuliah tu ja. Then terjumpa la jugak ngan student lain yang tengah cari makmal multimedia tu.. Tunggu punya tunggu, lecturer tak sampai-sampai lagi. Entah2, lecturer pun sesat. Haha.. Masa tunggu lecturer tu sempat gak la berkenalan ngan student-student Multimedia yang lain..



Tu ja la dulu, dah tak tahan ni.. Batuk ja dari tadi.. Tu la, sapa suruh jugak. Dah tau batuk, aku pegi bantai mihun goreng lagi tadi.. Merasa la malam ni tak dapat tidur.. Guys, doakan aku cepat sembuh ya?? :)

Mayat tak diterima bumi di Pahang

Baca dan jadikan iktibar untuk kita semua...


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar. Budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. 
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :



1-800-88-88-88


Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPA NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe.. sapa kena... jangan marah... :-)


Wanita berkaki 1 dan entri bergambar


Assalamualaikum...

Ehem.. Ehemm..

Menikmati aiskrim yang tak manis a.k.a tawar

Mana wanita berkaki 1 nya??
Jumpa tak??
Hohoho...


Aku tak tipu tau..
Dah memang gambar pompuan tu jadi macam tu..
Sebelah kaki ja yang jelas..
Sapa suruh interframe gambar kitorang..
Hahahahaha...


Jom layan gambar2 kitorang masa cuti taun baru Cina hari tu..


Memperkenalkannnnn............

Aku
Atie [adik aku]
Ena [kawan adik aku]
Aini [kawan adik aku]

(pandai-pandai la korang teka nama dengan tuan punya badan.. huhuhu..)


Bapak naga, tanglung gergasi ngan kapal yang penuh duit emas.. konon larh...


Aktiviti mengisi perut yang kosong


pokok buluh pelesu..

kat eskalator pon jadik laa...

Sekian...


Syukur... Happy dengan result..

Assalamualaikum WBT & selamat petang u all..

Hari ni hati ada senang sikit..
Setelah menanti dengan penuh debaran dari pagi tadi, akhirnya dapat jugak cek result final exam kitorang hari tu..
Nebes dari tadi pagi terus hilang bila dah tengok result..
Alhamdulillah.. 
Syukur ke hadrat Allah SWT sebab dapat permulaan result yang agak memuaskan..
Walaupun sebenarnya aku mengharapkan 3.8 ke atas..
Tamak tak? Tamak tak?
Huhuhuhu....


Perasaan nebes nak cek result tadi sama macam perasaan masa cek result UPU hari tu..
Nebess giler.. Giler pun tak nebes macam aku..
Apa dah aku merepek ni..


Masa nak cek result enchek Kekanda pun aku nebes gak..
Syukur la resultnya pun ok gak..
Takda yang repeat..
Sebelum ni kalau cakap kat telefon ngan dia, asik cakap risau ja..
Dia risau subjek paling killer tu, subjek Struktur Diskrit..
Nasib baik la lulus gak dia subjek tu..


Lepas cek resultnya tadi terus kol dia..
Tapi dia tengah drive, otw nak ke sini..
Ada kesempatan dapat la jumpa malam ni.. 
Sengaja taknak gtau dia tadi..
Biar dia nebes sepanjang perjalanan.. 
Hahaha...

Okei la, nak bersiap dulu..
Petang ni ada plan nak pegi jalan-jalan ngan adik & kakak aku..
Harap-harap ada la yang sudi belanja aku McD hari ni.. Huhuhu...



Blog berwajah baru!! Yihaaaa......


Lama ndak update blog..
Last update pun masa awal Januari hari tu..
Time exam bole plak curi masa untuk update blog..
Bila dah cuti ni, masa bukan men banyak tapi selera untuk meng'update' blog hilang sebab jarang dapat online..
Idea tu selalu ada tapi bila dapat online jak, idea pun hilang ntah ke mana..
Kebetulan kakak aku tak guna broadband dia hari ni, so ada peluang la untuk update blog hari ni..
Hehehe..

Sepatutnya task aku hari ni untuk renovate blog kakak aku tapi last2 blog aku plak yang ter'renovate'.
Ni blog aku SEBELUM kerja-kerja renovate dilakukan (dah macam rumah la plak)..


Yang ni plak SELEPAS...


Ok tak? Ok tak?
Ngee~~

Template yang baru ni lagi ok kot dari yang sebelum ni..
Sebab sebelum ni gelap jak, blackout.. Mati karan.. Lampu tarak..
Lepas renovate baru ceria sikit coz ada bunga-bunga cinta.. Hahaha...
Dan semestinya kaler PINK itu harus dikekalkan..

Aku rasa aku tak boleh la kalau blog aku ni takda warna PINK..
Pernah jugak test purple kaler tapi ada jugak terselit pink kaler sikit..
Hehehe...

Header belum dapat tukar lagi..
Lappy aku baru lepas format hari tu..
Photoshop pun xda install lagi..

Okehh la, nak sambung renovate blog kakak aku plak..
Daaa....


Anne Nurain