Review drama Korea plak dah....

Assalamualaikum...

Sedari tadi buka blogger.com ni, cadangnya nak apdet blog tapi bila dah buka blogger.com terus tak tau nak taip apa. Padahal banyak benda yang ada kat pala hotak aku ni, cuma tak tau jak macamana nak keluarkan.. Kalau la blogger.com ni boleh translate apa yang ada dalam otak ni direct ke post editor ni kan best.. Aku menaip ni lambat sikit, sempat hilang idea.. Hehehe...

Cuti aku dah mula memboringkan diri ku. Rutin harian sama jak setiap hari. Bangun lewat, mandi, sarapan then tengok drama Korea sampai habis 16 - 20 episod satu hari. Sampai pening & sakit-sakit badan gara-gara posisi yang tidak menentu time menonton drama Korea tu. Tu belum tambah lagi dengan emosi yang juga tidak menentu sebab terlampau layan perasaan dalam menghayati jalan cerita yang sudah pasti penuh dengan pelbagai emosi. Ceh, panjang plak aku bermadah ya? Hahaha...

Baru nak masuk seminggu aku cuti, dah habis semua stok drama Korea yang aku download. King 2 Hearts, Rooftop Prince, Queen In Hyun.. 3 drama ni dah habis tengok and opkos la semua best-best belaka. Paling best Rooftop Prince. Sapa-sapa yang minat drama Korea tu bagus korang tengok ni cepat, best giler woo.. Giler pun tak best macam ni. Hahaha...

Hero-hero Rooftop Prince ^____^



Hero & heroin Queen In Hyun


Queen In Hyun pun best jugak.. Sweet sangat jalan ceritanya.. Rooftop Prince ngan Queen In Hyun ni ada persamaan sikit, dua-dua pasal hero dari zaman Dinasti Choseon yang tetiba dapat pegi ke masa depan. Pastu hero-hero nya pun ensem-ensem belaka. Ala, standard la kan drama Korea? Kalau hero heroin nya tak ensem & tak cantik, ko ingat ada kah orang nak tengok?? Kekekeke...

Opss! Dah jadi tukang review cerita la plak.. Hehehe.. Korang pun minat drama Korea ka? Jom la share-share drama apa yang korang tengok sekarang.. =)


Home suweeet home...

Assalamualaikum & selamat petang semuaaaaaa~~ 

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan.. Start dari bangun pukul 7, aku memang dah busy packing barang. Beg yang sebelumnya nampak macam tak penuh tiba-tiba penuh sampai susah nak zip. Beg besar dah macam taknak balik Tg. Malim lagi dah.. kekekeke~~ 

Kalau nak taip detail perjalanan semalam memang akan panjang sampai aku sendiri pun malas nak baca balik.Hahaha.. So, aku ringkaskan je la apa yang berlaku semalam.. 


1. Bas kitorang dari kolej sepatutnya gerak kul 9.30 tapi tiba-tiba di postpone plak ke pukul 10.30. Mungkin sebab tak ramai orang kot yang pukul 9.30 tu. Kanda ku dah naik risau, takut kalau lambat sampai p LCCT.. Tau-tau je la kan Airasia ni cerewet yang amat. Kalau tak datang awal confirm ada yang tertinggal flight..

2. Sampai KL terus pegi cari bas LCCT. Beli tiket kat Pudu pastu akak jual tiket tu kata tunggu bas kat depan Mydin. Kitorang pegi la sana, tunggu dalam 10 minit pastu En. Kanda pegi tanya orang kat situ.. Rupanya akak jual tiket tu salah cakap, bas kitorang tu sebenarnya kat belakang Mydin. Fuhh, nasib baik sempat..

3. Sampai je kat LCCT, aku pegi timbang beg aku dulu.. And yes, beg aku terlebih muatan tapi beg En. Kanda tak.. Aku pun tak risau la sebab biasanya boleh share berat muatan. Pastu pegi beratur nak check in.. Bila dah sampai giliran, tetiba orang kat kaunter tu tanya mana boarding pass kitorang. Pelik la kejap, rupanya boarding pass amik kat mesin. Kalau taknak amik kat mesin dorang caj RM10. Haihh.. Apa lah complicated sangat Airasia ni.. Dah tu masa nak masukkan bagasi, dia bagitau takleh combine muatan kecuali kalau beli tiket sama-sama. Siap salahkan lagi kenapa En. Kanda tak beli tiket sama-sama ngan aku sekali. Hei, sukati kitorang la nak beli tiket asing2.. Sebok tul minah ni..

4. Lepas dah selesai semua urusan, pegi minum jap.. Masa tu lah baru aku dengar kanda ku membebel tak puas hati ngan Airasia.. FYI, kitorang dah biasa naik Airasia masa study kat poli dulu tapi takde la sampai macam semalam kejadiannya.. Ada-ada je cara dorang nak dapatkan duit. Tapi, mungkin memang sistem kat LCCT macam tu kot.. Pasni kitorang tobat taknak Airasia lagi.. MAS pun murah apa.. Servis pun memuaskan hati. Tak kisah la ko datang cepat ka lambat, selagi kapal tu belum terbang selagi tu ko masih boleh check in.

5. Boring giler aku dalam kapal.. Bayangkan flight 2 jam 30 minit tapi ko takda pa pa mo buat.. Sudahlah seat tak sama ngan En. Kekanda.. Buhsan gila la.. Kapal gerak jak aku sudah tertidur, pastu terjaga masa dah kat atas. Tengok jam, ada 2 jam lagi.. Perghhhh... Kalau la kapal tu boleh singgah kat mana-mana kan best.. Hahahaha..

6. Sampai airport Terminal Dua, dah ada family Kekanda ku tunggu.. Segan kot coz bakal mak mertua takda, just bakal bapa mertua ngan adik ipar jak.. Hehehe.. Sebelum hantar aku balik rumah, singgah Alamesra jap makan malam. Bakal bapa mertua yang belanja, segan gila weyy... Makan kena sopan beb, kalau tak larat nak habiskan pun kena habiskan jugak.. Kehkehkeh...

7. Best dengar celoteh adik Kanda ku yang umur 8 taun. Macam-macam dia cerita ngan abang kesayangannya tu.. Maklum lah dah 5 bulan tak jumpa. Masa handphone aku bunyi, Kanda ku tanya kalau tu bunyi alarm, terus aku nampak adiknya berbisik-bisik. Terus kanda ku cakap ngan aku, “Nang, ko tau ka apa adik ku tanya? Dia tanya, nama kawan abang tu alam ka?” Aku pun terus ketawa tapi sempat cover la dari terkeluarnya ketawa yang tidak sopan di telinga bakal pak mertua.. Bakal pak mertua senyum-senyum ja.. Hekhekhek..

Hari ni kanda ku balik LD sudah dan aku dah mula rindu dengan dia.. Hahaha.. Bagi la aku berjiwang kejap beb.. Ngeh3x... Semoga kanda ku ngan family selamat sampai kat destinasi tanpa sebarang halangan.. =)

Maap la yer, entry tak bergambar.. Takda mood nak amik gambar semalam, penat dan busy yang amat.. Hihihi...


Selamat Hari Ibubapa.. ^___^

Assalamualaikum & selamat malam.....

Masih tak terlambat kan nak ucap??

SELAMAT HARI BAPA buat bapa ku, Abdul Amin Amit, yang amat2 ku sayangi!!!!!!
Sori la, anak bapa ni ndak pandai berkata-kata..
Bagi ku, perkataan "sayang" tu sudah mengandungi banyak makna..
Terima kasih sebab jadi bapa yang paling best dalam dunia..
Hihihi....

Saja je nak ucap lambat sikit.. Aku asyik berfikir je tadi, betul ke sambut hari bapa ni haram? Bila sorang cakap haram, yang lain terus share kat fb tanpa kaji dulu fakta tu.. Tapi aku x kesah, aku nak jugak wish ngan bapa aku.. Sebab bagi aku niat tu je yang penting..

Memang orang akan cakap, "setiap hari adalah hari bapa", tapi bukan setiap hari bapa atau ibu kita akan dapat penghargaan macam hari ni kan? Orang-orang yang komen macam tu pun belum tentu menghargai bapa diorang setiap hari, belum tentu jugak setiap hari dorang akan ingat kat mak bapa dorang..

Bagi aku, kita tetap memerlukan 1 hari yang special untuk kita luangkan masa dan lakukan sesuatu sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kita kepada ibu atau bapa kita. Tak kisah la nak tunggu hari bapa atau hari ibu.. At least ada hari-hari tertentu yang dapat diperuntukkan khas buat ibubapa kita

Hari bapa yang disambut secara umum hari ni hanyalah sebagai peringatan buat mereka-mereka yang terlupa. Sebab masa nak dekat-dekat hari bapa ni la baru ada iklan-iklan tentang pengorbanan seorang bapa, promosi makan malam dengan bapa dan macam-macam lagilah..

OoOo.... Dating bawah pokok ehhh?? hehehe..

Oleh kerana masa hari ibu hari tu aku takda buat special post untuk my mom, maka post yang ini juga aku tujukan khas buat the best mom in the world iaitu mak aku la, mak sapa lagi kan?? hekhekhek... 

Terima kasih mak sebab sudah masakkan aku makanan yang sedap-sedap sejak aku lahir sampai sekarang.. Ketahui lah, anak mak yang satu ni paling suka makan.. Hahaha....



Exam dah habissss...

Assalamualaikum & selamat malam semua...




Otak-otak dah dapat berehat mulai hari ni sebab lepas ni otak-otak cuma buat keja ringan je.. Kalau tak buat keja langsung maknanya aku dah layak masuk Hospital Bahagia.. 

Alhamdulillah, last payyyyyperrrr dah habis tadi.. Hehe.. Rasa bahagia yang amat walaupun risau dengan result yang akan aku dapat nanti.. Tapi, kita buat-buat tak kisah dulu la.. Yang penting, dapat rehatkan otak yang banyak bekerja sejak 2 menjak ni..

Sekarang aku hanya tunggu hari nak balik Sabah, lagi 3 hari je lagi.. Yahuuuuuuuu....

Sementara tunggu hari nak balik Sabah, aku ada projek yang nak kena siapkan cepat.. Projek apaaaa?? Ce teka.. Ce teka.. Mesti korang malas nak teka kan? Aku pun malas jugak nak bagitau.. Hehe..

Aku plan mo tukar header blog lagi.. Boring plak tengok header tu.. Header tu pun boring jugak jadi header.. Eh, apa aku merepek suda ni..

Okei, sudah cukup sudah.. Cukup sampai disini sajaaaa... Aku nak tido dulu.. Dah jadik macam ular sawa.. Kenyang je tido, tido je kenyang.. Haihh.. Daaaa.... XD

Rindu nak pakai shawl.. hihihi...


Hasil pemerhatian aku...

Assalamualaikum & selamat malam...

Tadi aku pegi beli makanan.. 
Aku sorang-sorang je tau.. 
**ade aku kesah**
Lepas dah order, aku duduk la kat meja yang paling dekat ngan meja kaunter tu..
Sambil tunggu nasi bungkus aku sampai, aku mulakan hobi yang sering aku lakukan bila menunggu..

*OBSERVER*

Yup! Aku suka memerhati.. Tak kisah la orang ke, kucing ke, kete ke.. 
Apa jak yang mata aku boleh nampak, aku akan peratikan..
Best tengok gelagat orang..
Sambil tu jugak suka semakkan pikiran dengan soalan-soalan hasil dari pemerhatian.. 
*xde keja.. =_=' *

Contohnya, ada pasangan ni tadi makan sama2.. 
Nampak gaya macam boipren & gurlpren..
Masa tu couple ni tengah tunggu makanan dorang sampai..
Tetiba yang gegurl ni nak mintak henpon c boboi tu..
Tangan gegurl dah nak capai phone tu tapi terus c boboi simpan henpon tu lelaju dalam poket seluar sambil sengih2 macam kerang busuk...
*Ada sesuatu yang mencurigakan disini... kekeke..*

Pastu aku peratikan benda lain plak..
Something yang lebih menarik dari couple tadi..

Aku peratikan makcik jual kerepek di kalangan pelanggan restoran tu..
Kesian.. 
Malam-malam camni pun dia jual kerepek..
Kalau makcik tu ada anak, mana la anak dia sekarang ni..
Kenapa la tega betul c anak membiarkan ibunya jual kerepek malam-malam camni..

Pada masa yang, kat depan restoran tu ada sorang pakcik yang memang pemes dikalangan pelajar UPSI..
Pakcik ni selalu jual satay ikan kat depan kampus..
Orang kata satay ikan dia sedap tapi aku tak penah rasa lagi..hehehe...
Waktu malam dia jual kat restoran depan kolej kediaman kitorang..

Pakcik Sate  *Credit to Tarmizi Shukri's Blog*

Gigihnya kan pakcik dan makcik tu cari rezeki halal...
Kadang-kadang aku rasa macam nak pegi interbiu ja dorang..
Tanya tempat tinggal kat mana, ada anak ka xda..
Kalau ada anak, mana peginya...
Isk.. Isk.. Isk..

Hargailah ibubapa korang selagi diorang masih ada..
Peringatan untuk aku jugak..
*Terus tak sabar nak balik kampung... Cepatlah 18hb....*


Pertengahan exam dahhhhh...

Assalamualaikum.. Selamat malam.. =)

Kesian blog ni, dah lama terbiar tanpa sebarang post dari tuan punya blog..
Maklum la bizi yang amat..
Bizi ngan esaimen serta projek yang berlambak macam lambakan pendatang asing kat Malaysia ni..
Hekhekhek..

Bila dah setel segala esaimen dan projek tu, tuan punya blog bizi lak dengan final exam..
Yup, kitorang kat UPSI tengah final exam sekarang ni..
Dah masuk minggu kedua dah..
Next week aku dah ada kat Sabah dahhh...
Uni lain ada yang tengah study week sekarang kan?
Untung laaaa... Kitorang xda study week..
Habis ja minggu 14 trus exam..
Bekakai jugak la mo ulang kaji semua subjek..

Tapi, as we know...
Student U kan hebak-hebak belaka...

Pelajar universiti ialah golongan yang sangat hebat kerana mampu mengulangkaji pelajaran yang diajar selama satu semester hanya dalam satu malam

Kan? Kan? Betul tak? Hehehe..
Okeii~~ Enough, nak sambung study..
Gud luck pada sapa-sapa yang nak exam nanti.. =)
Daaaa....


Anne Nurain