CPUV : Mayfair Bodyline

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!! Posa tak hari ni?
Harap posa la ye? Hehehe..
Sekarang dah minggu kedua aku praktikum..
Minggu lepas kemain lagi semangat nak update hari2..
Tapi lepas tu puihh la, penyakit M pun datang..
Ada gak update hari ketiga & keempat tapi duk basi dalam draft ja..
Hehehe..
Sekarang ni aku nak buat catatan mingguan ja la..
Kalau ni pun aku tak buat, alamatnya terpaksa la buat catatan bulanan.. Hehehe..


Oh ya, cek Nuffnang tadi tetiba dapat cpuv lagi..
Aku jarang update blog pun En. Nuffnang bagi jugak CPUV kat aku..
Isk.. Isk.. Terharunya akuu...
Thanks la Nuffnang, cpuv ni buat aku semangat pulak nak update blog lg pasni..
Hehehe..




Aku dapat cpuv dari Mayfair Bodyline..
Auww.. Ni sesuai sangat untuk korang2 yang nak slim melim kan body korang..
Mayfair ada buat promosi rawatan PERCUMA bermula Julai sehingga September ni..
So, korang2 yang rasa nak dapatkan S-line boleh la try..
Kot2 la boleh dapat body slim bak kerengga berposa sebulan kan best tu??


Korang yang singgah blog ni pun tolong la klik2 segala tabung yang ada ya?
Mihmihmih..


LM Day #2 - Sesi menyesuaikan diri..

Assalamualaikum..


Holaaaa uolls!! Cikgu Aini disini.. Hahaha..
Intro tah pa pe.. Mohon abaikan.. -__-
Hari ni aku takda kelas, so duk dalam lab seharian memang sangat memenatkan..
Walaupun keja aku cuma duduk dan online semata-mata.. *Sigh*


Hari ni datang sekolah pukul 7.15..
Aku sewa bilik kat umah depan sekolah ni ja..
So, kalau TERawal kuar dari rumah aku boleh berlenggang kangkung ja pi sekolah..
And, kalau tiba2 TERlambat, boleh la lari lelaju ala2 Usain Bolt..
Korang bayangkan la camna aku nak lari sambil bawak beg lappy yang seberat beras 5 kilo tu kat belakang pastu handbag ala2 retiss gitu kat tangan kanan, then buku RPH kat tangan kiri..
Fuhhh.. Hilang la kemachoan aku di depan anak2 murid.. Hahaha..


Hari ni jugak kawan2 aku yang lain lapor diri kat sekolah memasing..
Kawan2 itu termasuklah BBFF aku, Min.. Hekhekhek..
Time praktikum ni kitorang berdua memang jauh terpisah.. 
Isk3x.. Sedeyy.. T___T
Aku kat Kedah, dia kat Klang.. 
Sekolah pompuan pulak tuhh.. Hmph!! *Jeles*
Kalau semalam dia yang sibuk2 tanya aku, camna 1st day kat sekolah, hari ni turn aku plak p banyak tanya kat dia.. 
Dia risaukan aku, aku plak risaukan dia..
Seswai sangat la tuh kan, sama2 risau, sama2 lega, sama2 rindu.. Opss!! Hahaha..


Masa sampai kat makmal komputer tadi, sempat jugak la sembang dengan macik cleaner tu..
Nasib baik macik tu gtau yang kat sekolah ni setiap hari ada perhimpunan ringkas..
Hari Khamis pulak ada bacaan Yasiin..
Pastu tadi sempat jugak berkenalan ngan guru2 yang lain. 
Walaupun tak ingat sangat nama & rupa cikgu2 tu. Hehehe..


Oh ya, rumah tempat aku sewa bilik tu setakat ni ok ja..
Semalam berbuka sama2, sahur pun sekali jugak ngan orang rumah tu..
Walaupun rasa segan sangat, tapi lama2 biasa la tu kot kan?? Hehehe..
Aku duk kat bilik atas sorang2, so ada jugak la privacy sikit..
Nak tido golek2 dari katil sampai depan tv pun takpa, xda orang nampak..
Hahaha..

LM Day #1 - Praktikum start!!

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!!
'Semua' means sapa2 la yang singgah atau tersesat kat blog aku ni..Hehehe..


Hari ni aku dah start praktikal kat sekolah..
Nebes takyah cakap laa..
Dari start cuti semester hari tu lagi dah nebes, siap menghitung hari lagi..
And today, finally, hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba..
Aku datang lewat ke sekolah sebab urusan bilik sewa aku tak selesai lagi..
Harap lepas sekolah ni dah boleh masuk la..
Kalau tak jadi gelandangan la aku kat sekolah ni.. Hehehe..


Untuk hari pertama ni, aku tak ngajar lagi..
Just some briefing dari Pengetua, PK HEM & guru pembimbing aku..
Oleh kerana course aku adalah IT, so kat sekolah ni aku akan mengajar subjek ICT tingkatan 4 dan jugak ICTL tingkatan 1 dan 2..


Guru pembimbing aku cakap, nanti ajar form 1 @ 2 kena tunjuk muka garang & strict sikit ngan diorang..
Tapi, aku tak tau camna nak garang2 ni..
Aku kalau nebes aku banyak senyum ja.. Hahaha..
Korang ada tips tak cane nak buat ala-ala cikgu garang ni??
Share la korang punya onion opinion..
Hehehe..


Sepatutnya hari ni aku ada kelas ICT tingkatan 4..
Tapi oleh kerana baru lapor diri, RPH tak tulis lagi, tatau nak ajar apa..
So, hari ni just sesi berkenal-kenalan sahaja..
Aku perkenalkan diri kat diorang, then diorang perkenalkan diri balik kat aku..
Buat benda senang tu pun aku nebes tahap petala langit yang ketiga tau??
Takut tershashul terkeluar bahasa Sabah aku.. Hehehe..


Dugaan betul mengajar dalam bulan posa ni..
Kering tekak cikgu oii nak bercakap ngan student2..
Nasib baik hari ni tak ngajar lagi..
Tak tau lagi la esok lusa camna..
Hehehe..


Alor Setar!!!! Here I come~ hehe..

Assalamualaikum & haiiiiii~


First of all, selamat berpuasa semuaaaaa!!! 
Setelah sebulan menghilangkan diri, (ehemm, balik kampung sebenarnya.. hehehe..) 
Hari ni aku muncul balik... Ada yang rindu aku tak?? Muahahahaha...


Sekarang ni aku ada kat KLIA, tengah tunggu flight nak gi Alor Setar..
Buat apa kat Alor Setar??
FYI, start 13 Julai ni aku dah start praktikum..
Aku akan jadi guru pelatih kat SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut selama 4 bulan..
FYI jugakk, ni first time aku menjejakkan kaki dan roda beg aku kat Alor Setar..
Very the nebes u know?? 


Nak cerita pasal hari ni..
Aku amik flight dari Lahad Datu pastu K.Kinabalu pastu K.Lumpur then sampai la kat Alor Setar..
Penat tau tak naik 3 flight?? Dah la sejukk nak mammphh.. Posa plak tu..
Dugaan.. Dugaan..
Flight dari LD tadi pukul 11.10 pagi, aku sampai Alor Setar nanti dalam pukul 9 camtu la..
Nebes nak gi  tempat orang, but at the same time macam eksaited la plakk..
Hehehe.. Tapi kan.. Aku kan..
Already miss my family & Min soooo damn much!!


Dah la sekarang ni bulan posa, tak lama lagi raya..
Haruslah jiwa aku ni terlebih sensitip..
Tengok cite komedi pun boleh nangis..
Lebih2 lagi bila mengenangkan tiket balik raya yang tersangat la MURAH! -__-
Huwaaaaaargghhh~~


Okei la, nak luahkan perasaan je ni..
Jap lagi nak masuk kapal..
Korang.. Nak mintak tolong boleh??
Tolong doakan segala urusan praktikum aku selama 4 bulan ni dipermudahkan olehNya..
Aaminn.. ^___^


Anne Nurain