Adab Memberi Salam

Assalamualaikum..


Jawab jangan x jawab tau?? 
Tadi aku round2 di alam maya pastu terjumpa satu artikel pasal adab bagi salam..
Tertarik ngan artikel tu jadi aku pun share la di belog ku yang serba kekurangan ni.. Hehehe..
Sebelum tu, aku mo ingatkan. 
Aku just share artikel ni, kalau ada yang salah aku minta maaf awal2..
Tolong jangan kutuk atau bagi komen pedas2, bagi lah pendapat atau komen yang bernas.. Okehh?? 
Let's cekidaut!!!

Adab-adab dalam memberi salam ialah:
  • Digalakkan mengucapkan salam 3 kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.
  • Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
  • Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  • Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.
  • Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong. 
  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat. *Ingat tu, makruh ya?? Hehehe*
  • Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak.
  • Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahlu Kitab.
  • Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
  • Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.
  • Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya.
  • Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.
Okey lah, tu saja aku mo share..
Mohon maaf berjuta-juta lemon sekiranya ada yang salah..
Kamu boleh baca yang full di SINI ya?? 
MESTI baca sebab lebih lengkap & terperinci.. =)
Siap ada hadis & penerangan lagi.
Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya sana jugak..
 
Jom dengar lagu peberet aku masa kecik2 dulu.. 
Sampai sekarang aku suka lagu ni. Ada lirik, boleh karoke sama2.. 
Woohooooo... *wei, sopan ckit laa... ngee..*


Anne bilang :: Jom amalkan bagi salam sesama muslim.. (^_^)

What Goes Around, Comes Around

Salam...


Betul kah jugak tajuk tu??
Aku lupa2 ingat bha..
Ni lah lau otak berkarat ni..

Sapa faham apa maksud ayat yang menjadi tajuk entry ku tu??
Dah aku google tadi, betul la tu..
Tak dapat di sangkal lagi kebenaran ayat tu..
Xda salah eja, salah susun, salah sangka dan macam2 salah lagi..

Cari di wiktionary tadi..
Berikut adalah ayat yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama jak ngan ayat diatas tu..
*ayat.. ckit ndak skema*

"the way you call into the wood is the way it will echo back at you"

"what comes singing, will leave whistling"

Dan ini plak maksud bagi ayat diatas tu..
"A person's actions, whether good or bad, will often have consequences for that person."

Aku share ni bukan sebab mo ajar English..
Sapa la aku ni mo ajar2 orang..
Sendiri pun ndak pass be'speaking' mo ajar orang..
Buang laut lah...
Hahahaha...

Orang yang buat x baik ngan kita akan mengalaminya jugak satu hari nanti..
Kira macam buat jahat dibalas jahat la tu kan??
Macam kes aku sekarang ni la..

Tapi xda la jahat..
Macam kejam ckit la..
Hahaha...

Biasa lau kita susah, kawan2 yang merupakan orang asing bagi kita akan mengelak..
Tapi ni tidak..
Keluarga sendiri yang mengelak..
Bila dorang susah kita tolong..
TAPI.....
Bila kita susah dorang plak xmo tolong...
Dasar jual ikan betul...

Bukan mo mengungkit...
Kita tolong ikhlas seikhlas ikhlasnya...
Ndak mengharap apa2 balasan...
Cuma harap dorang ada time kita susah..
Setakat bagi sokongan ka, nasihat ka...
Bukan susah pun...

Tapi pa boleh buat..
Mana boleh paksa2 orang...
Mungkin dorang ada sebab musabab sendiri kenapa dorang melarikan mengelakkan diri...
*kasi sedap ati sendiri*
ngeh..ngeh..ngeh..


Xpa la...
Hidup ni macam roda..

Saya putar Halim!!!!
Wang besar!! Wang besar!! Wang besar!!
Teettttttt.... MUFLIS!!! :p
wawawawawawa....

Eii, bukan roda impian larr...

Macam tayar..
Tayar kereta, tayar basikal, tayar motor, tayar beca...
Lau ada singgam (chewing gum) melekat di tayar tu..
Kamu dapat tengok tu..
Lau tayar tu berpusing, singgam tu kejap di atas, kejap di bawah...
Hahh, gitu la jugak idup...

Apa yang penting??
Kerjasama!! 
Bukan larr...
Yang penting kita sentiasa berSABAR...

"Magsabal ka ndek" bilang arwah nenekku...
Huhuhu... Rindu lak tiba2...

K la, mo lepak CRB dulu..
Siuk owh...
Daaaa....

Anne Nurain