Nak jadi jahat...


Berjumpa lagi kita di hari Sabtu yang boring..
=_='

Seperti biasa, hari ni ada pasar malam kat Tanjung Malim.. Aku dari semalam lagi semangat nak pegi.. Dalam kepala dah rancang nak beli macam-macam.. Esoknya mesej la sorang kawan ni.. Kononnya nak ajak supaya ada jugak teman aku pegi pasar malam.. Faktor kenapa aku mesej kawan ni adalah kerana sem-sem lepas dia rajin ajak aku pegi pasar malam.. Dan semasa sem-sem lepas tu aku rajin jugak teman dia.. So, kononnya tadi mesej la dia dengan 38% perasaan yakin dan selebihnya lagi ragu-ragu.. Ragu-ragu sama ada si kawan tu tadi nak teman atau tidak..

Aku mesej pukul 11 kot.. Dia reply pukul 2-3 gitu.. Aku pun dah lupa, malas nak ingat balik.. Dengan alasan 'ada keja' dia menolak ajakan ku.. Aku pun redha ja la kan.. Orang tak dapat teman, takkan kau nak paksa jugak kan?? Aku bukan jenis yang suka paksa-paksa orang..

Waktu-waktu yang biasa orang pegi pasar malam tu adalah dalam pukul 5 sebab masa tu rasanya cuaca dah kurang panas sikit.. Masa dah dekat-dekat pukul 5 tu aku solat asar dulu la.. Tapi masa tu hati aku dah berbelah-bagi.. Macam malas ja nak pegi pasar malam sorang-sorang.. Masa aku baru nak baca Al-Fatihah di rakaat pertama, bunyi ringtone kat hp aku tanda ada mesej.. Ni yang buat aku susah nak khusyuk solat ni.. Asyik terpikir-pikir siapa yang mesej.. Kot2 ada hal penting kan.. Tapi kalau ada hal penting, mesti orang tu akan kol.. Sebaik ja aku habis salam terakhir, hp bunyi, ada orang kol.. Sekali jawab....... Kawan tu rupanya yang kol.. Ingat tanya aku dah pegi pekan ke belum ni sebab dia nak teman.. Rupanya nak KIRIM....

Aku takdelah jahat sangat sampai orang nak kirim pun aku tanak tolong.. TAPI.... Masa tu aku dah rasa down sangat.. Semangat yang sebelumnya membara, menyala-nyala bak obor sukan komanwel + obor sukan olimpik, masa tu dah hilang, lenyap, terbang entah ke mana.. Tetiba dia nak kirim ja.. Huhh.. Memang tak laa.. Sekarang masih not in the mood nak layan sapa2.. Siap menanam azam yang kejam..

"Kalau kawan tu nak minta tolong len kali, aku tanak tolong lagi dah..."

Jahat tak jahat hati aku kan?? TAPI..... Biasanya benda ni, yakni kekejaman ni hanya mampu bertahan 1 hari setengah cuma.. Kejap lagi kawan datang minta tolong itu ini.. Gerenti aku akan tolong.. Kenapa aku baik sangat?? Bagilah aku peluang jadi jahat sekejap...

Tapi tak la sekejam ini.. - credit to WeHeartIt

Kenapa orang suka wish birthday dengan "HB" ??


Baru ja tadi pegi  fb ex-instruktor aku masa amik olahraga sem lepas sebab nak wish birthday kat dia..
Sambil-sambil tu aku baca gak la wishes dari orang lain..
Dan, tiba-tiba kening aku berkerut sampai sikit nak tercantum pastu anak tekak mula rasa loya yang amat serta ditambah lagi dengan otak yang ligat berpikir..

KENAPA?? WHY?? ANGAI?? BAKHET?? PORKE MIAMOR??

Nah kauu.. Keluar dah semua bahasa asing aku..
Aku tertanya-tanya..
Mesti korang pun tertanya-tanya kenapa aku macam ni kan??
Ekceli, memang dah ramai orang pertikaikan benda ni..
Dulu pun aku pertikaikan jugak tapi malas nak pikir sangat masa tu, so aku diam-diam ubi keledek ja la..
Tapi hari ni tahap curiosity aku dah naik ke tahap gaban dah ni..

HB
SHJ (ni baru jumpa tadi)

Kalau plain macam tu ja confirm korang tak tau kan apa kejadahnya makna huruf2 kat atas tu?
Tapi kalaulah hari ni birthday korang, then korang punyalah eksaited yang amat menanti dan mengharap kawan-kawan yang beriban kat fb tu wish birthday korang dengan ucapan-ucapan yang mendoakan korang.. 
TAPI bila tengok ja timeline, penuh dengan ucapan seperti diatas....
Apa ko rasa?? Oren??
Hahahahaha...


WHY????


Yes, aku nak tanya apsal korang ucap macam tu eh??
Mungkin kah sebab.....

"Malas nak taip panjang-panjang laa..."
"Eh, sukati aku lah nak ucap macam mana pun!! "
"Ok la tu daripada tak ucap langsung..."
"keyboard aku ada huruf tu ja..."

Atau korang ada jawapan lain yang lebih bernas dan boleh tercapai dek akalku??
Pendapat aku  lah kan, cehh macam ja ada orang tanya pendapat aku kan??
Ahh tak kira, nak gtau jugak!! Huhuhu...
Orang-orang yang bagi ucapan birthday seringkas dan se'simple' HB ni macam tak ikhlas ja kan??
Bagus kau tak payah ucap la derrr..
Menyemak kat timeline orang je..
Sepatutnya, kita doakan la orang yang birthday tu dengan seikhlas-ikhlasnya..
Kalau kau rasa kau tak rapat dengan orang tu tapi kau tetap nak ucap jugak bagus tak payah ucap kalau setakat 2 huruf tu yang kau nak taip..

Maaflah emo sikit..
Just tertanya-tanya dengan orang yang suka buat macam ni..
Padahal bukan birthday aku pun..
Hohohohohoho~~


Anne Nurain