Q & A about Sabah

Kat sini ada tempat karaoke tapi awak tak dialu-alukan sebab confirm suara tak sedap.. haha :P



Q : Kenapa Sabah tiada LRT?

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva,mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT.Nda percaya kamu boleh tengok ditraffic light,boleh dikira berapa biji ja motor.

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama,Sunway Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan,durang mau tengok orang utan,mau tengok penyu,mau tengok hutan simpan,mau panjat gunung dan lain-lain lagi.Kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong,dinegara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex.

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL!tapi yang tu bukan orang,itu orang utan.Bulu orang utan coklat jingga perang,bulu manusia warna hitam.Kena tahu beza tu,jangan jadi bangang.

Q : Sabah tiada highway?Oh My God.Mesti jalan jammed.

A : Baguslah tiada highway.NO HIGHWAY NO TOL ! Nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan.Duit TOL pergi kerja RM1.20,pulang kerja pun RM1.20,cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan,dapatlah RM72.RM72 boleh sudah bayar Astro.Ada highway disana pun ada juga jammed,sia-sialah kamu bayar duit TOL.Who's smart?

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout.REALLY??

A : Ya..Kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac,sebab kadang-kadang selalu blackout kan.Baguslah juga begitu,dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan.Tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam,itu bukan sudah mengasi jimat,tu mengasi PANAS sudah tu.

Q : LAST QUESTION!Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa.Kuno bah..Tiada LRT,tiada Highway LDP,Federal Highway,Terowong Smart,Jambatan Putrajaya,KLCC,KL Tower,Sunway Pyramyd,Sunway Lagoon. Tapi di Sabah ada Rumah Terbalik.Cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu,berani ka? Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko,petroleum,sawit,getah,kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana. Untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain. 

Susah mau diexplain kamu klik sajalah wikipedia ni.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Sabah


Jumpa ni kat FB. Rasanya memang jawapan untuk soalan cik adik kat atas ni. Sama ada FB dia kena hack atau tidak, Wallahu' alam.. Tak payah la nak kutuk-kutuk negeri orang, mana-mana tempat kat Malaysia ni ada keistimewaan yang tersendiri, dat's why la Malaysia ni negara yang unik..

Wordless Wednesday ~10~ : Kucing pun nak beraya jugak


Hahahaha~~


Bangun lewat punya pasal...


Hari ni dah hari selasa, lagi 3 hari aku keja kat sini. Friday will be my last day. Pastu aku nak enjoy sisa-sisa dan saki-baki cuti semester yang ada ni dengan berpoya-poya with my family di kampung dan tak lupa jugak Kanda ku & kawan-kawan rapat masa sekolah dulu.. Tak sabar plak rasanya.. hihihi..

Pagi tadi aku lewat bangun. Tu pun nasib baik tersedar pukul 7, kalau pukul 9 tadi memang aku tak pegi keja terus.. Hehehe.. Lepas celik ja aku terus memaksa otak ku yang aku amat pasti dan yakin sedang dalam keadaan mamai.

Hari ni hari apa ya?
Aku cuti ka hari ni?
Pukul berapa sekarang ni?
*tengok jam kat hp*
Hahh??
Aku dah lambat weyyyy...
*sambil lari laju-laju masuk bilik mandi*

Aku rasa hari ni la hari paling express aku bersiap pegi keja.. Bangun pukul 7.09, mandi (yang ni xda istilah express okehh??), bersiap lelaju.. Pakai tshirt lengan panjang yang tak ber'iron', tudung syria pastu pakai selipar-pink-yang-comel then... Tadaaaa... Pukul 7.35 aku dah ada kat luar tunggu bas.. Sampai opis kul 8 setengah, nasib baik bos belum sampai.. Hekhekhek..



Anne Nurain