Nak jadi jahat...


Berjumpa lagi kita di hari Sabtu yang boring..
=_='

Seperti biasa, hari ni ada pasar malam kat Tanjung Malim.. Aku dari semalam lagi semangat nak pegi.. Dalam kepala dah rancang nak beli macam-macam.. Esoknya mesej la sorang kawan ni.. Kononnya nak ajak supaya ada jugak teman aku pegi pasar malam.. Faktor kenapa aku mesej kawan ni adalah kerana sem-sem lepas dia rajin ajak aku pegi pasar malam.. Dan semasa sem-sem lepas tu aku rajin jugak teman dia.. So, kononnya tadi mesej la dia dengan 38% perasaan yakin dan selebihnya lagi ragu-ragu.. Ragu-ragu sama ada si kawan tu tadi nak teman atau tidak..

Aku mesej pukul 11 kot.. Dia reply pukul 2-3 gitu.. Aku pun dah lupa, malas nak ingat balik.. Dengan alasan 'ada keja' dia menolak ajakan ku.. Aku pun redha ja la kan.. Orang tak dapat teman, takkan kau nak paksa jugak kan?? Aku bukan jenis yang suka paksa-paksa orang..

Waktu-waktu yang biasa orang pegi pasar malam tu adalah dalam pukul 5 sebab masa tu rasanya cuaca dah kurang panas sikit.. Masa dah dekat-dekat pukul 5 tu aku solat asar dulu la.. Tapi masa tu hati aku dah berbelah-bagi.. Macam malas ja nak pegi pasar malam sorang-sorang.. Masa aku baru nak baca Al-Fatihah di rakaat pertama, bunyi ringtone kat hp aku tanda ada mesej.. Ni yang buat aku susah nak khusyuk solat ni.. Asyik terpikir-pikir siapa yang mesej.. Kot2 ada hal penting kan.. Tapi kalau ada hal penting, mesti orang tu akan kol.. Sebaik ja aku habis salam terakhir, hp bunyi, ada orang kol.. Sekali jawab....... Kawan tu rupanya yang kol.. Ingat tanya aku dah pegi pekan ke belum ni sebab dia nak teman.. Rupanya nak KIRIM....

Aku takdelah jahat sangat sampai orang nak kirim pun aku tanak tolong.. TAPI.... Masa tu aku dah rasa down sangat.. Semangat yang sebelumnya membara, menyala-nyala bak obor sukan komanwel + obor sukan olimpik, masa tu dah hilang, lenyap, terbang entah ke mana.. Tetiba dia nak kirim ja.. Huhh.. Memang tak laa.. Sekarang masih not in the mood nak layan sapa2.. Siap menanam azam yang kejam..

"Kalau kawan tu nak minta tolong len kali, aku tanak tolong lagi dah..."

Jahat tak jahat hati aku kan?? TAPI..... Biasanya benda ni, yakni kekejaman ni hanya mampu bertahan 1 hari setengah cuma.. Kejap lagi kawan datang minta tolong itu ini.. Gerenti aku akan tolong.. Kenapa aku baik sangat?? Bagilah aku peluang jadi jahat sekejap...

Tapi tak la sekejam ini.. - credit to WeHeartIt

Kenapa orang suka wish birthday dengan "HB" ??


Baru ja tadi pegi  fb ex-instruktor aku masa amik olahraga sem lepas sebab nak wish birthday kat dia..
Sambil-sambil tu aku baca gak la wishes dari orang lain..
Dan, tiba-tiba kening aku berkerut sampai sikit nak tercantum pastu anak tekak mula rasa loya yang amat serta ditambah lagi dengan otak yang ligat berpikir..

KENAPA?? WHY?? ANGAI?? BAKHET?? PORKE MIAMOR??

Nah kauu.. Keluar dah semua bahasa asing aku..
Aku tertanya-tanya..
Mesti korang pun tertanya-tanya kenapa aku macam ni kan??
Ekceli, memang dah ramai orang pertikaikan benda ni..
Dulu pun aku pertikaikan jugak tapi malas nak pikir sangat masa tu, so aku diam-diam ubi keledek ja la..
Tapi hari ni tahap curiosity aku dah naik ke tahap gaban dah ni..

HB
SHJ (ni baru jumpa tadi)

Kalau plain macam tu ja confirm korang tak tau kan apa kejadahnya makna huruf2 kat atas tu?
Tapi kalaulah hari ni birthday korang, then korang punyalah eksaited yang amat menanti dan mengharap kawan-kawan yang beriban kat fb tu wish birthday korang dengan ucapan-ucapan yang mendoakan korang.. 
TAPI bila tengok ja timeline, penuh dengan ucapan seperti diatas....
Apa ko rasa?? Oren??
Hahahahaha...


WHY????


Yes, aku nak tanya apsal korang ucap macam tu eh??
Mungkin kah sebab.....

"Malas nak taip panjang-panjang laa..."
"Eh, sukati aku lah nak ucap macam mana pun!! "
"Ok la tu daripada tak ucap langsung..."
"keyboard aku ada huruf tu ja..."

Atau korang ada jawapan lain yang lebih bernas dan boleh tercapai dek akalku??
Pendapat aku  lah kan, cehh macam ja ada orang tanya pendapat aku kan??
Ahh tak kira, nak gtau jugak!! Huhuhu...
Orang-orang yang bagi ucapan birthday seringkas dan se'simple' HB ni macam tak ikhlas ja kan??
Bagus kau tak payah ucap la derrr..
Menyemak kat timeline orang je..
Sepatutnya, kita doakan la orang yang birthday tu dengan seikhlas-ikhlasnya..
Kalau kau rasa kau tak rapat dengan orang tu tapi kau tetap nak ucap jugak bagus tak payah ucap kalau setakat 2 huruf tu yang kau nak taip..

Maaflah emo sikit..
Just tertanya-tanya dengan orang yang suka buat macam ni..
Padahal bukan birthday aku pun..
Hohohohohoho~~


Cerita kandaku & housematenya~~


Hari ni hari Sabtu.. Saja nak gtau, kot2 ada yang tak tau hari ni hari apa kan? Hehehe.. Aku boring sebenarnya ni.. Roomate aku takda, dia & the geng pegi mandi hotspring kat Sungkai.. Tu apa yang kawan aku gtau la, aku tak tau pun tempat tu kat mana.. Masa dia gtau aku just, "owhhhh....".. Tak terpikir pun masa tu nak tanya Sungkai tu jauh ke tak dari sini, masuk tu kena bayar ke tak.. Camni la aku ni, dah lama baru terpikir nak tanya macam-macam.. =__='

Kanda ku kemungkinan pegi Ke'el hari ni.. Semalam kitorang dinner same-same tawww.. Auww, apsal tetibew gewdik niww.. Hahahahaha... Macam-macam kitorang cerita semalam.. Pasal kawan-kawan serumahnya yang mengharapkan dia untuk masak, pasal kawan serumah yang kena pulau sebab pentingkan diri dan banyak lagi la..

Kanda ku menyewa ngan kawan-kawan dia kat Taman Bernam.. Dalam ramai-ramai tu, dia yang paling tua, erm... takda la tua sangat, baru nak masuk 24. Oh ya, hari Selasa depan ni birthday dia tau.. Hewhewhew.. Selain yang paling tua, kanda ku jugak memang dah ada pengalaman tinggal rumah sewa, so dia dah pandai berdikari.. Pandai masak, pandai kemas rumah, pandai cuci kain, pandai urus hal ehwal rumah sewa (rumah tangga takda lagi.. hehehe..).. Pendek kata pandai serba-serbi lahh.. Dah seswai sangat dah nak jadikan laki aku.. Hahahaha... 

Oleh kerana dia pandai masak lah kawan-kawan dia harapkan dia untuk masak. Asyik-asyik nak harapkan dia ja.. Kanda ku sabar ja, sekali semalam dia saja ja tunggu sampai ada kawan dia ni tiba-tiba tanya nak makan apa malam tu, terus kanda ku gtau dia makan kat luar. Sempat cakap macam ni lagi, "Ingat aku ni orang gaji ko ka??".. Hehehe.. Sebelum kanda ku keluar, kawan dia yang lain terus kelam kabut tanya nak masak nasi camana, sukat air tu camna.. Lucu betul la diorang ni..

Mungkin diorang dah biasa masa kat rumah semua mak atau kakak diorang yang sediakan.. Tinggal tunggu kena panggil makan ja.. Hehehe.. Ni dah tinggal rumah sewa, dah duduk jauh dari keluarga, harap dapatlah diorang belajar berdikari.. Kan nak jadi cikgu nanti? Kang posting jauh dari rumah, takkan nak suruh mak korang masakkan, cucikan pakaian.. Semua kena buat sendiri tau?? So, belajarlah dari sekarang.. Kot2 boleh jadi bakal suami yang pandai serba-serbi.. Hekhekhek~~

Okeii.. Dah, stop membebel.. Hihihi.. Nanti sambung lagi.. Tu bi kontiniu~~ :D


Wordless Wednesday ~11~ : Untuk Bakal Imamku





Happy 6th Anniversary for me & my Kanda.. hewhewhew~~


Gambar 2 3 hari sebelum raya. Temankan kanda ku ngan kawannya shopping raya.. hehe..

Sebenarnya dah seminggu pun anniversary ni berlalu.. Aku ja ni yang terlambat update.. hehe.. Tarikh sebenar ulang tahun kitorang tu 11 September bersamaan hari Selasa.. Malam sebelum tu aku bz mengarang surat cinta untuk Kanda ku.. Ahaks!! Sebab tu la tak sempat dan takda masa nak update kat blog.. Hehehe..

Hari ulangtahun kitorang biasa2 jak.. Takda sambutan, takda ucapan, jumpa pun takda.. Sepatutnya hari Selasa tu ada kelas tapi kanda ku tak datang kelas plak.. Aku tanya housematenya, dia cakap dia dah kejut kanda ku dari pukul 6.45 pagi lagi tapi degil, tanak bangun-bangun jugak..  Aishhh.. Ni tak lain la ni, mesti tidur lewat semalam ni..

Rasanya Jumaat malam tu baru kanda ku mention pasal surat yang aku bagi dia tu.. Tu pun tetiba jak ajak aku kuar pegi makan tapi yang makannya aku sorang jak.. Aku ingatkan dia tak suka surat tu tapi tengok dari responnya aku tau dia suka.. Malu-malu lagi tu.. Hahahaha...

Aku ni selalu lupa.. Masa berjauhan atau tak sama-sama ngan kanda ku, macam-macam yang aku nak cakap ngan dia.. Tapi bila dah jumpa.. Takda satu pun yang aku ingat.. Kalau jumpa ngan Kanda ku selalunya aku la yang selalu bercerita.. Kalau bercakap kat telefon pun sama.. Dia lebih suka dengar aku bercerita.. Tapi kalau aku membebel cepat jak dia tukar tajuk. Hehehe..

Bestfriend aku kata, kalau kitorang kawin dari dulu lagi mesti dah dapat anak sekarang ni..  Mesti dah besar anak kitorang.. Hehehe.. Malu i taww.. Aku bersyukur sangat sebab hubungan kitorang dapat bertahan selama ini.. Kebanyakan orang-orang yang aku kenal, jarang ada yang dapat bertahan lama.. Ada yang tak sampai sebulan terus break.. Gaduh sikit terus nak putus sedangkan sebelum tu bukan main hubby baby,  papa mama.. Mohon maaf jika ada yang terasa ekk! hekhekhek..

Syukur jugak sebab aku tak lalui fasa-fasa di mana kejadian putus cinta tu berlaku.. Mesti perit kan?? Putus ngan lelaki A, jumpa plak cinta baru, c lelaki B.. Pastu putus lagi, jumpa plak cinta baru lagi, c lelaki C.. Penat kot tukar-tukar pasangan ni.. 

Harapan ku, semoga hubungan kitorang ni akan bahagia dan kekal sampai kawin, ada anak, cucu, cicit dan sampai akhir hayat.. Semoga dialah jodoh ku dan bakal imamku.. Amiinnn... Buat Kanda ku, sayang kau selalu.. Semoga lebih bersabar dengan aku.. Hehehe.. 

Aku tak pandai sebenarnya nak ayat berbunga-bunga ni.. Aku just sampaikan apa yang terlintas kat fikiran aku sekarang ja ni.. Hehehe.. Sebab tu la kalau nak buat karangan time SPM dulu aku banyak termenung (berpikir sebenarnya..hewhewhew) sebelum mula mengarang.. Nasib baik sempat siap sebelum habis masa.. Hehehe..


Sem 3 sudahhhhhh...


Apasal tiap kali nak update blog ja aku terus rasa malas..
Time tu la aku rasa nak tido..
Aishhh...
Tapi nak paksa diri jugak coz banyak benda aku nak share kat blog aku ni.. hehe..

Hari ni dah genap seminggu aku kat Tanjung Malim and lebih tepat lagi, kat kolej kecintaan jiwa raga ku iaitu Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR)..
Aku datang sini hari Ahad lepas, naik flight MAS dari KKIA pukul 8 pagi..
Nyesal aku amik flight awal pagi, ngantuk weyy...
Aku sampai airport pukul 7..
Sampai ja terus kelam kabut turunkan beg pastu cari Kandaku coz flight kitorang sama.. hewhewhew..
Dalam kelam kabut tu tiba-tiba kaki aku terpele'ot..
Eh terpele'ot ngan terseliuh sama ke??
Ah lantak la, paham-paham sendiri la ye..
Nasib baik masa tu takde orang.. 
Aku gigihkan jugak berjalan sebab takut tertinggal flight and takut lambat check-in then duduk terpisah jauh dari kanda ku macam flight sebelum2 ni..
Muehehehehe...

Seminggu sebelum nak balik TM lagi aku dah rasa berat hati nak tinggalkan family aku..
Ni yang tak best kalau cuti lama sangat ni..
Rasa cam nak duk umah jak terus..
Walaupun umah aku takde TV, takde radio, takde hiburan langsung, sunyi..
Tapi kat sana ada mak, bapa and adik2 aku..
Aku bahagia di sana..
Boleh makan masakan mak aku hari-hari..
Boleh makan together-geder ngan dorang..
Boleh bergelak ketawa tanpa menghiraukan orang di sekeliling..
Boleh tidur sama-sama ngan dorang..
Ohhh.. Windunye kat family aku...
(Aww~~ Nak gedik2 skit boleyy?? hehehe..)

TAPI..
Takpe la..
Sabar ja la kan??
Aku datang sini nak belajar..
Belajar jadi cikgu yang bitara..
Ecewahhh...

Dan sekarang, aku dah masuk semester 3..
Sedar tak sedar dah setahun aku kat UPSI ni..
Cepatnya masa berlalu..
Cewah, cliche' nya ayat aku..
Hukhukhuk..

Harapan aku, semoga semester ni aku akan lebih gigih berusaha, rajin pegi perpustakaan(hehehe), pastikan pegi kelas dengan semangat yang berkobar-kobar walaupun kelas tu nun jauh kat kampus baru..
Semoga sem ni jugak aku akan jadi lebih matang, jauh lebih penyabar dari sebelum ni dan lebih kuat untuk berebut naik bas balik kolej.. Hahahahaha..



Sempena Syawal terakhir ni, (amboiiii, dah nak abis raya baru nak mintak maap eh??) aku nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin sekiranya pernah terkasar bahasa, terkomen yang tak patut, terlupa follow blog korang balik, ter'ignore' segmen2 serta GA2 yang telah ditag dan banyak lagi la salah dan silap sama ada sedar atau tak sedar..
Ampunkan la ekk??
^____^




Anne Nurain