Alkisah baju tunang...


Eh jangan salah paham..
Aku belum nak bertunang lagi..
kihkihkih..


Tengok baju ni.. Cantik kan??

Double Layer Peplum with Ribbon - by Bellaruddin


Kan? Kan?
Angguk cepattt!!
Ecehh.. Boleh pulak men paksa2 orang kan? hihi..

Alkisahnya...
Masa dalam kelas semalam, tunjuk gambar baju ni kat Min..
Aku cakap kat dia..

"Cantik kan?? Untuk pakai time tunang, kawin pun boleh"

Terus Min cakap apa tau??

"Nanti pakai baju kurung ja"

Aku?? 
Tetiba terpikir baju kurung yang aku pakai pegi kuliah..

--______--


Tapi aku takisah sebenarnya..
Nak tunang ka, nak kawin ka, biar la bersederhana.. :)

Hujung semester 4 dahhh...

Assalamualaikum..

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.. Tapi as a student, berjaga sampai pukul 2 3 pagi ni dah biasa sangat.. Ada jugak yang tak tidur langsung.. Tapi aku tak penah la sampai langsung tak tidur.. Sleep is very important to me tau?? Ececehh..

Minggu ni last kuliah & tadi last class untuk sem ni.. Next week dah start final, hari Isnin. Paper Numerical Method lak tu.. Next paper lak Selasa, then Rabu.. Langsung takda gap, study dah la last minit.. huhuhu.. Harap-harap boleh la jawab jugak.. Wish me luck k, guys?? :)

Alhamdulillah segala bagai projek pun dah hantar & dah present. Alhamdulillah jugak walaupun masih ada final exam tapi sem 4 ni dah nak berakhir. Syukur la sebab dah hampir habis 4 semester kat UPSI ni. Ada 4 semester lagi nak habiskan. Lepas final ni, aku ada cuti 2 minggu ja. Balik kampung jap pastu balik sini lagi sebab aku ada LI (Latihan Industri). Aku LI kat UPSI ni jugak, kat bangunan fakulti kitorang. 

Nanti dapat la aku merasa posa kat sini. Jauh dari family, kawan2 pun takda.. Ada Min, Shamsul ngan Fatihah ja kawan aku LI nanti.. Tapi takpa la, Min ada pun dah cukup bagi aku. Kan dia pun dah aku anggap macam family aku sendiri. Insya Allah, akan jadi keluarga jugak satu hari nanti.. Aamiin.. Jom aminkan ramai2.. hihihihi..






Ada lagi benda free kat dunia ni rupanya


Hah percaya tak??


Percayalahhhh~~~


Balik dari kelas tengah hari tadi dapat benda ni.. Free tau tak? Banyak lak tu dia bagi.. huhuhuhu..




Tapi yang ni roomate aku punya.. Aku dapat 5 paket je..
Roomate aku dua kali lalu kat Pintu Timur tu..
Sebab tu la dapat banyak.. Aku lalu sekali ja tadi..
Takpe la, aku pun jarang jugak pakai krim2 ni..
Kat rak ni ja ada krim OXY ngan Garnier yang aqua punya.. 
Tak habis lagi tau?
Aku bukan la penjimat tapi aku malas pakai..
Hohohohoho~~

Terima kasih Garnier bagi krim percuma!!!


Bila la Samsung, Sony & iPhone nak bagi smartphone percuma plak ye???
huhuhuhuhu...


How I Plan To Spend My Life With You :)




Sooooo adorable...
Isn't it??

Muhaimin Hanip...
This is how i plan to spend my life with you..


Insya Allah.. ;)


Credit : Google Image

Dogphobia makin teruk.. isk.. Isk.. Isk..

Warning :: Ni karangan 300 patah perkataan.. Nak baca jugak, sila teruskan..


Assalamualaikum dan selamat tengah pagi.. Camni punya wish pun ada eh? Apa-apa ja la~~ hohoho..


Dulu aku fobia, aku takut, aku trauma sangat dengan makhluk yang bergelar hanjeng.. Hahaha.. Anjing la, dog as in English ya murid-murid sekalian?? 

First, masa aku masih sekolah menengah. Aku kan tinggal hostel.. Aku ingat lagi, masa tu petang Ahad, baru lepas hujan. Aku p la jalan-jalan ngan dua orang kawan aku.. Takda la jalan jauh pun, area sekolah tu jugak. Masa nak balik gi hostel tetiba ada anjing gila kat depan. Cane aku tau anjing tu gila?? Aku takda la nak interview dia kan? Kalau aku interview pun belum tentu dia mau mengaku yang dia tu anjing gila.

Aku tau sebab anjing tu memang selalu berkeliaran dalam kawasan sekolah. Cara jalan pun tak betul, kejap ke kanan, kejap ke kiri.. Mabuk tapai kot.. Hahaha.. 

Nak dijadikan cerita, lepas nampak anjing tu aku ngan kawan-kawan aku terus berenti & berdiri tegak. Anjing tu datang dekat, siap dengan lenggang lenggok ala-ala model runway yang mabuk ja caranya jalan. Kawan aku yang sorang ni terus pecut tinggalkan kitorang. Sedangkan sebelum tu bukan main lagi cakap, "Jangan lari tau? Jangan lari.. Nanti dia kejar".. Tup tup.. Dia yang lari dulu.. Hampeh punya kawan.. Kami pun apa lagi, cabut la cepat.

Nasib baik masa tu takde aspura yang nampak. Semua dok tidur dalam bilik kot, maklumlah kan baru lepas hujan. Syok giler tidur sejuk2 macam tu kan?? hehehe.. 

Kitorang lari memang laju x hengat.. Nasib baik masa tu dah nak sampai hostel. Kitorang lari sampai gate aspuri pastu tutup pintu gate laju2.. Anjing mabuk tu just tengok2 ja kitorang dari luar.. Hampa la tu tak dapat main kejar-kejar ngan kami. Hahaha..

Masa tengah lari selamatkan diri dari anjing tu aku sempat la jugak toleh belakang nak tengok anjing tu.. Fuhh, time kejar kami boleh pulak dia lari dengan betul. Padahal sebelum ni dah macam zig zag cara dia jalan. Bayangan ekpresi wajah anjing tu sentiasa terbayang-bayang sampai la sekarang. Tapi aku dah kurang sikit takut2 ngan anjing ni. 


Sampai la apa yang terjadi tadi..... Huk.. Huk.. Huk..


Tadi dalam pukul 9 lebih aku keluar nak jumpa Min. Aku jumpa dia kat depan kampus tu ja. Tapi kalau nak ke sana kena lalu ikut pintu belakang. Pastu kat lorong belakang rumah tu memang ada family anjing ngan puppy2 yang comel lagi demok. Selama ni kalau lalu dekat sebelah anjing tu, dia buat derk jak.

Tapi ntah la kenapa malang betul nasib aku tadi, anjing tu rasa terancam pulak ngan aku. Ingat aku nak kacau anak dia la tu.. Ishh.. Tak hengen aku!! Perasan ja lebih mak anjing tu.. Mak anjing tu tetiba ja halang jalan aku. Aku gerak ke kiri dia ikut, aku gerak ke kanan pun dia ikut.. Pastu aku gerak sebab nak ambik selipar, ingat nak pukul ja mak anjing ngan selipar aku. Tapi tetiba anjing tu "Woof!!" kuat-kuat kat aku. Siap dengan pandangan mata yang tajam lagi tu.. Boleh menang anugerah pelakon terbaik dah mak anjing tu. Lepas tu, mak anjing tu trus pegi tempat lain. Seram weyy, aku rasa macam mo pengsan jak masa tu. Lutut tiba-tiba jadi lembik.. Air mata pun automatik mengalir dengan lajunya.. Aku cepat2 pegi tempat Min..Min pun terkejut tengok aku menangis.. 

Padahal Min datang tadi tu sebab mo setel something (kami tengah perang dingin sebenarnya). Hekhekhek...Maka terjadilah sesi perbincangan yang di selang selikan dengan tangisanku yang ketakutan  dengan nasihat & pertanyaan dari Min. Min siap suruh aku duduk lagi, mungkin sebab dia nampak aku dah lemah lutut, macam tak larat ja mo berdiri. Lepas dah ok sikit, Min ajak pegi minum kat kedai mamak. Sambung perbincangan lagi.. Hehehe.. Pastu kitorang dah OK, tak gaduh2 lagi dah, pastu Min hantar aku balik.. The End.. Hahaha..

Lepas ni aku dah tak berani nak lalu lorong tu sorang-sorang. Takut nanti mak anjing tu geget aku.. Seraaammmm.. Lepas ni kalau nak gi kelas terpaksa bawak kayu, senang sikit nak gertak anjing tu kalau dia kacau aku lagi. Hehehe... 






10 jenis cikgu-cekgi yang takkan kita lupa




First of all, selamat hari guru untuk semua yang bergelar cikgu..
Yang bukan cikgu tapi pernah mengajar orang pun kira cikgu jugak tu kan?
Cikgu memasak, cikgu memandu, cikgu silat, cikgu-cekgi sekalian alam..

Tadi pun dah ucap kat lecturer merangkap mentor & PA aku..
Untuk semua bakal-bakal cikgu jugak..
Semoga cepat posting..
He he he..

Blog terabai terbiar tersisih ter..ter..ter..


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. ^__^

Dah lama tak update blog kan? Jeling-jeling kat archive pun, alahai pemalasnya blogger ni.. Update blog pun 2 3 entri je sebulan.. Mood blog pun dah bertukar 100%.. Sebelum ni nampak blog gegurl gitu, PINK kalerrr~~ Tapi sekarang ni, mata aku suka tengok yang simple2 je.. Adakah mungkin kerana dipengaruhi oleh tekanan di ujung semester?? Hmm.. Maybe la kot.. Dah serabut tengok esaimen & group project, bila tengok blog yang dah kaler pucat lesi ni bolehlah... Kurang jugak la tension mata bulat aku ni.. Eh, bulat eh?? he he he~~


Aku pelik la, time aku takdak keja, takdak esaimen, langsung tade selera nak update blog.. Tapi sekarang ni, esaimen dah bertimbun macam timbunan baju tak cuci, deadline pun dah mengejar kat belakang, time2 macam ni la aku banyak idea nak update kat blog.. Ish.. Ish.. Ish..


Sekarang ni kitorang ada 2 minggu lagi sebelum final exam.. Dua minggu tu cik kak oii!!!  Dah la sem ni tade study week.. Lepas habis je minggu ke 14, hari Isnin tu terus final.. Tak sempat nak bernafas.. Subjek Numerical plak tu 1st paper.. Killer tu bhai.. Ehemm.. Killer la bagi golongan-golongan kurang pandai dan anti nombor-simbol-matematik ni.. Ehehehe..


Sebenonyerr kan.. Aku kannn.. Dah ngantuk sangat ni.. Hohoho.. Jom tido.. Esok kelas, esok Khamis, esok  Hari Guru.. Yeayy!! Selamat hari guru special untuk my dad yang tersayang.. Selamat hari guru jugak untuk guru2 yang penah ajar budak-comel-tak-cukup-ketinggian ni.. Selamat hari guru jugak untuk bakal-bakal guru especially AKU.. Hahaha.. Boleh plak kan ucap kat diri sendiri.. Tapi kata-kata tu kan satu doa? Meh cepat ramai-ramai doakan aku jadi cikgu..  :D



note : Tau tak apa tema Hari Guru tahun ni? Hah?? Tak tau? P cari cepattt!! kehkehkeh..


Anne Nurain