Jelajah KL bah...



Muehehehe~~ Nak sengih2 dulu sebelum memulakan topik hari ni.. Hehehe... Sengih lagi.. CUKUP!! Hahaha.. Rasanya aku agak happy hari ni sebab tu lah sikit2 nak sengih pastu ketawa(syok sendiri nampak..hehe..) Okey, stop sengih2.. Nanti orang pikir aku gila plak..

Hari ini hari Sabtu.. Ok, fine.. Ada apa dengan hari ni? Jeng..Jeng...Jeng... Hari ni kitorang student Sabah n Sarawak ada program Jelajah KL.. Sebenarnya takde la jelajah sangat coz kitorang just pegi Muzium Negara, Planetarium ngan Sunway Piramid je.. 

View dari jejantas nak pegi Muzium

First kitorang pegi Muzium Negara dulu. Ada la dalam sejam kat sana, round2 muzium dengan encik kekanda sambil ambik gambar sesuka ati dan jiwa raga kami.. Dan sudah tentu la gambar aku paling banyak.. Huhuhu... 

Ho-Yeah!! Suda sampai Muzium Negara nye pun.. XD

Dah puas round muzium, kitorang jalan kaki lak pegi Planetarium.. Sebelum tu singgah jap beli makanan & minuman.. Lapar kot xda sarapan.. Lepas isi perut, aku ngan encik Kekanda mendaki tangga menuju puncak ke planetarium. Semput owh..
 

Masa kat planetarium kitorang dibawa pegi menonton teater pasal angkasa lepas.. Best giler tapi pening laa.. Rasa macam kita pun berada kat tempat dalam teater tu.. Kitorang pegi angkasa, tengok roket dekat-dekat, pegi bulan, tengok bintang.. Memang best lah.. Asal part yang memeningkan kepala mesti aku tutup mata. Hahaha... 

Tapi kitorang kejap je kat sana, lepas teater terus berkumpul kat luar sebelum naik bas pegi Sunway Piramid. Dapat tangkap gambar sikit je, ramai giler orang kat sana tadi.. Nak ambik gambar pun ada macam-macam halangan.. Orang lalu lalang macam kat pasar.. Hahaha...

Rehat sebentar bersama encik Kekanda.. ^___^

Lama kitorang kat Sunway, semua dah berpecah ikut haluan masing-masing.. Tinggal aku ngan encik Kekanda ja round2 sekitar Sunway Piramid tu.. Sekadar cuci mata dan melonggarkan sendi-sendi lutut.. Hahaha... Dalam pukul 6 begitu baru kitorang bertolak balik ke Tanjung Malim..

Syukurlah aktiviti kami berjalan dengan lancar walaupun tak dapat pegi banyak tempat.. Tiga pun dah kira banyak la tu kan?? Hehehe... Thanks to encik Kekanda yang sudi temankan aku ke sana ke mari pastu jadi photographer tak berbayar lagi.. Hahaha...


Silent Reader.. Really??


Perrggghhhh.... Lama gila aku tak update blog ni kan? Ceh, macam ja ada orang yang perasan. Hehehe.. Aku memang tak update blog tapi hari-hari aku buka blog ni, nak tengok sama ada blog ni sihat lagi ke tak.. hikhikhik..

Tak lama lagi kitorang final exam, sekarang ni pun dah ada kelas yang dah abis. Assignment pun tinggal assignment berkumpulan yang aku rasa takde la stress sangat kot.. Minggu ni rasanya aku ada banyak masa free, insya Allah nanti aku rajin-rajin update blog ni.. Rasa sunyi sangat kalau tak dapat luahkan apa yang terpendam kat ati & fikiran ni. 

Oh ya, aku baru tau yang aku ada silent reader.. Hihihi.. Tak sangka plak tau, ada jugak orang yang suka baca blog merapu ku ni.. Kalau ada yang perasan, *kalau ada laa...* dulunya blog ni ada selitkan info-info sikit selain personal story pasal aku.. Tapi sekarang aku langsung takda masa nak sharing info kat sini.. Banyak cerita pasal aku ja kan? Huhuhu... Thanks la pada sapa2 yang rajin singgah & baca blog aku ni eh? ^___^

Tapi, macam blogger lain selalu cakap, "blog aku, aku punya suka la..". Tapi sebagai peringatan, sendiri punya suka pun jangan la sampai nak malukan diri sendiri dan orang lain kan?? And 1 thing yang sangat-sangat important, please la, jangan sesekali sebarkan cerita-cerita yang korang sendiri tak tahu dan tak pasti kebenaran cerita tersebut.. Kalau korang sebarkan then tetiba cerita tu tak benar, korang dah dikira memfitnah tau tak?? 

"Dan sesungguhnya memfitnah itu lebih kejam dari membunuh"

Tapi kalau benda tu fakta, contohnya,

Sebenarnya... Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya....

Kalau macam ni takpe kot.. Am I right, peeps?? Ok la, tu je la. Nak tidooo... Huhuhu...
Anne Nurain