CPUV : Whisper Mesh & Cotton

Assalamualaikum WBT..


Ni namanya entry terkojut (terkejut).. Hahaha.. 
Tau tak aku hari2 cek nuffnang aku kalau2 ada dapat CPUV..
Setiap kali cek, tiap kali tu la aku akan kecewa, patah hati, pegi sudut2 bilik & kuis2 lantai sebab takdak pun CPUV yang sudi singgah kat blog pink aku ni.. hukhukhuk..


TAPI...
Ya, ada tapi ya saudara saudari cikeboom cikeboom.. Haha..
Aku cek tadi tetiba ada pulak sangkut 1 CPUV..
A'ah, SATU je.. Tapi syukur la kan? Hehehe..
Aku dapat CPUV dari Whisper Mesh & Cotton..
Ni ha contoh kat bawah ni..




"Find out how you can attend YOGA CLASS with your favorite blogger!"

Haa sapa yang nak jaga body dengan yoga tu boleh la try..
Kot2 dapat beryoga dengan blogger2 pemes kesukaan korang..
Contest ni senang macam makan kacang je..
Nak tau lebih lanjut boleh klik kat ikon yang ada muka blogger Yuyu Zulaikha tu ha..
Tu pun kalau korang ada nampak la iklan Whisper ni kat blog aku..
Hehehe...


Thanks Nuffnang & thanks jugak buat korang2 yang rajin singgah & isi tabung kat blog ni..
Aku rasa terharu biru sangat.. 
Sambil kesat ayaq mata ngan ayaq idung..
Hahaha..


Review drama : Cunning Single Lady (K-Drama)

Assalamualaikum WBT & hai hai korang!!


Hai jugak buat peminat drama Korea.. Hikhikhik.. Hari tu baru habis tengok drama yang bertajuk Cunning Single Lady ni.. Aku tak tau pun cerita ni best.. Aku try ja download.. Lepas tengok episod pertama tu terus tertarik nak tengok next episod la plak.. Kan dah addicted.. Hehehe..



Drama ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kahwin pastu bercerai sebab c isteri dah tak sanggup hidup susah dengan c suami yang berhenti kerja gomen semata-mata untuk memulakan bisnes. Kiranya masa tu kalau kerja gomen ni memang terjamin la hidup manakala kalau buat bisnes ni dikira penghutang. So, memang teruk jugak la hidup diorang sampai si isteri dah tak tahan dengan suaminya then bercerai...


Lepas 3 tahun bercerai, c suami ni pun dah berjaya. Dah jadi CEO company sendiri tuu.. Si isteri pulak masih hidup biasa2.. Disebabkan dendam & ego jugak la si isteri ni apply jadi intern kat company suaminya. Dari situ la bermulanya kisah diorang, cmana diorang membalas dendam masing2 tapi dalam nak balas dendam & perasaan ego tu boleh pulak terjatuh cinta balik.. Overall, cerita ni memang best!! Tak bosan pun tengok.. Recommended sangat2 untuk sapa2 yang suka drama Korea tu.. Hihihi..


Watak si suami ni nerd tau? Pakar IT la kononnya. Tapi diorang sweet sangat.. Kat syarikat bukan main macho lagi dia jadi CEO, tapi kalau ngan wife dia, dia balik ke perangai nerd & takut2 bini dia tu.. Hehehe..

Hero - Joo Sang Wook

Heroin - Lee Min Jung

Comel kan diorang?? Hehehe..


Ni time si hero masih nerd & belum jadi CEO lagi..


Haha.. yang ni lawak.. CEO kena jadi model untuk apps syarikat dia sendiri

Drama ni bergenre romantik & komedi.. 
Ada 16 episod semuanya..
Nak download boleh klik sini -------> Cunning Single Lady 


Oh ya, dalam drama ni korang akan perasan yang diorang ada guna satu apps ni, nama apps tu Dontalk.. Lebih kurang macam Wechat ngan Line jugak la.. Kononnya hero ni CEO kat company yang develop apps ni. Kalau nak try apps tu boleh try cari kat PlayStore. 

Click this pic for more info! :)

Aku dah download kat phone tapi sunyi sepi sebab takda kawan chat.. 
Terasa diriku ini forever alone.. 
Hahaha..


Novel-novel Melur Jelita

Assalamualaikum WBT & hai korang semuaaa!!!


Hari ni nak sembang pasal novel pulak..
Ada tak antara pembaca blog aku ni yang suka baca novel macam aku??
Ce angkat kening ala2 kak Ziana Zain jap, nak buat survey ni..
Hekhekhek..


Sebelum ni aku ada cerita pasal novelis yang aku suka kat SINI..
Hari ni nak stori mori lagi kat korang tentang sorang lagi novelis yang aku suka..
Suka sangat sangat.. Hihiks.. Dont worry, aku straight orangnya.. Hahaha..


Aku suka penulisan kak Melur Jelita ni sebab details sangat sampai kita pun senang je nak imagine apa yang diceritakan olehnya.. Pastu lagi, penulisan dia sangat matang.. Dia banyak masukkan unsur2 keagamaan, tu yang jarang jumpa dalam banyak2 novel yang ada kat pasaran sekarang ni.. Sambil baca novel, kita pun boleh belajar tentang kehidupan..  Tu yang paling aku suka..


Setakat ni, akak Melur Jelita ni baru ada 3 novel iaitu..








Aku dah baca ketiga-tiga novel ni.. 
Novel 1st yang aku baca, Awak Suka Saya Tak?..
Sumpah best giler.. I'm fall in love with Hilman.. 
Tapi aku belum ada novel tu, hari tu baca roomate punya..
Takpa, nanti aku beli jugak untuk koleksi novel kesayangan aku.. Hihihi..


Pastu, hari tu aku beli I Love You Stupid pulak.. 
This time aku jatuh cinta pulak ngan abang pedas iaitu Inspektor Firman Ebrahim..
Tapi tak puas baca sebab novel ni ada kesinambungannya iaitu My Precious Iris..
So, aku sasau & angau selama seminggu sebelum dapat beli novel My Precious Iris ni..
Hahaha.. Over sangat la kan sampai sasau & angau..
Ada sakit mental ke apa?? Hehehe..


Aku ada baca kat page kak Melur Jelita semalam..
Insya Allah tak lama lagi kak Melur Jelita akan terbitkan novel keempat beliau..
Auww.. Tak sabarnya.. Tajuknya dah ada, The Unsung Hero..
Perghhh.. Adakah aku akan jatuh cinta lagi dengan hero yang ketiga ini??
Just wait & see.. Hekhekhek..


Ada tak pembaca blog ni yang dah baca novel2 kak Melur Jelita ni??
Jom share2 pendapat korang!! :)


Wordless Wednesday ~31~ : Show Off

Assalamualaikum...




Peringatan untuk kita semua.. :)



Bad Neighbour.. Ish.. Ish.. Ish..

Assalamualaikum WBT..


Hai korang! Hari ni banyak pulak yang aku nak update kan?
Syukur la, ada jugak masa sikit.. Hihiks~
Kali ni nak share pulak, artikel dari Says.com..
Agak menarik jugak sebab ia sangat berkaitan dengan kehidupan kita..
Hehehe..

Sebelum tu, nak share dulu trailer movie terbaru lakonan Zac Efron yang bertajuk Bad Neighbour..
Klik sini kalau nak tengok eh? ------> Bad Neighbour Trailer

Dah tengok tak??
Kejam giler jiran macam tuh..
Nasib baik jiran aku baik2 je.. Hihihi..

Bawah ni pulak jenis-jenis jiran yang kemungkinan ada di sekitar rumah kita..
Let cekidaut! ^__^

#1 - The Illogical Neighbour who leaves you notes that either leave you with question marks, or this feeling that you'll never understand them, ever..



#2 - The Borrowing Neighbour who is in constant need of pandan leaves, curry leaves, banana leaves...but only knows how to "borrow" from you and not have their own.



#3 - The Too-Many-Cars-Neighbour whose bell you have to ring to have their cars moved every time you drive in and out of your own home.



Boleh klik sini kalau nak tengok selanjutnya ----> Jenis2 Jiran




Kategori Ketinggian

Assalamualaikum WBT.. 


Hai korang!! Selamat hari Isnin.. Hehehe..
Harap takda yang Monday Blues ya? :)
Meh tengok ni, dapat kat pesbuk tadi..




Gurauan semata-mata.. 
Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang dah meninggal..
Aku dalam kategori COMEL.. Hakhakhaktuihhh..
Tak dapat ohhsemm, comel pun boleh la..
Korang pulakk??


Pemenang Anne Nurain's Giveaway

Assalamualaikum & salam sayang uollsss...


Okei, just straight to the point..
Mesti dah ramai yang tak sabar nak tau kan? Hehehe..



Ucapan kreatif, menarik, tertarik, kau memang dabommm..

Shawl pelangi (GojessBoutique)





Top Referral

Hadiah misteri (Kak Lieya Von Jay)





Pilihan atok Random.org

Kerongsang handmade sepasang x 1 pemenang (Asha Lya)




Tudung bawal x 1 pemenang (Syazrah)




Buku x 1 pemenang (Kak Iza - Msredcheesecake)




3 Hair clips x 2 pemenang (Tiey Smilez)







Banner x 1 pemenang (Vidolaa)




Header x 1 pemenang (Vidolaa)



Shiseido Mask x 2 pemenang (Cik Hijau)






Topup RM 10 x 4 pemenang (Miss BooAya ZukiNiesaUna Chenta)


Tuntut hadiah topup dengan Miss Boo

Tuntut hadiah topup ngan Aya Zuki.



Tuntut hadiah topup ngan Niesa



Tuntut hadiah topup ngan Una Chenta.



Reload RM5 x 2 pemenang (Alyani Matshah)









Okei, selesai sudah..
Diharap pemenang peka dengan update ni ye? 
Korang ada masa seminggu dari sekarang untuk tuntut hadiah dari sponsor..
Hubungi sponsor cepat2 ye? Kalau ada sponsor yang tak dapat dihubungi inform aku laju2..
Jangan tak tuntut pulak tau? Rugi nanti.. Hehehe..


Bagi yang tak menang, jangan risau..
Aku akan letak korang semua kat bloglist aku sebagai tanda terima kasih 
sebab sudi join GA aku yang tak seberapa ini.. 
Begitu jugak ngan para sponsor, aku akan buat bloglist khas untuk 
korang sebab sudi bekerjasama dengan aku untuk menjayakan GA ni..
Thanks korang!! Muaahhhh... Hehehe..



Kisah orang tak balik kampung

Assalamualaikum WBT...

Sumber : FB UMP Troll


Hai uolls~ Rindu aku tak? Muahahaha.. Perahsantan nya aku.. Macam ja ada yang rindu kan?? Kekeke.. Oleh kerana adik +Akeyla Azmi  dah bising tanya bila aku nak update personal post, maka aku pun dengan rajinnya update la satu entri merang kerapu merang sekeper khas untuk Qila yang tersayang.. Hekhekhek..


Cuti midsem kitorang selama seminggu dah habis.. Huhuhu..
Sedih je rasa bila dah takde cuti.. Tak rasa puas pun nak bersenang lenang time cuti hari tu..


Kononnya... 
Sebelum cuti dah plan nak update blog lima ploh ratus kali sehari, tapi habuk pun tarak.. Pastu lagi, konon nak buat nota untuk subjek Game Development, tapi tengok tajuk bab 1 pun takda.. Aishh la semangat-sebelum-cuti, berkobar-kobar sungguh kau kan?? Pastu boleh pulak terlupa assignment untuk subjek Interactive Programming.. Dah habis cuti baru teringat pasal esaimen tu.. Nasib baik hantar minggu depan.. Selamat ahkak dari kena marah.. Hekhekhek..


Tapi memang best jugak la cuti baru2 ni.. 
Walaupun aku tinggal sorang2 kat umah sewa, yang lain balik kampung..


Berani jugak rupanya aku ni kan?? Meh tepuk2 bahu sendiri.. Syabas meri bete.. Ternyata diriku begitu berani.. Kalau diikutkan, rumah kami ni memang banyak jin bertandang.. Tapi syukur la takda jugak kena apa2 gangguan.. Gangguan dari manusia yang tergolong dalam golongan psiko & pencuri pun takda sepanjang cuti hari tu.. Padahal taman perumahan kami ni memang femes dengan kes2 yang sedemikian ghupe.. Hehehe.. Sekali lagi, aku bersyukur sangat sebab Allah SWT jaga & lindungi aku.. Alhamdulillah...


Tapi korang tau tak?? 
Seraaaam gila kot tinggal sorang2 kat rumah.. Lebih2 lagi bila aku mimpi ada orang panjat bumbung rumah nak naik gi balkoni bilik aku.. Sumpah tu mimpi paling seram & terasa macam real ja.. Aku terus terjaga & tengok jam.. Ohhh dah pukul 5, berani sikit la sebab dalam pikiran aku masa tu.. "Ah mana ada orang nak buat jenayah pukul 5 pagi camni.." Optimis gila aku kan? Hahahaha..


Okei, sekian kisah aku yang tak balik kampung.. Muehehehe...



GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME

Assalamualaikum WBT..


Jom join GA ni.. Ramai2 support rakan blogger.. :)
Syarat memang banyak tapi boleh buat slow2 tau?




Fuhh, dah habis follow semua syarat except for 1 blog yang aku tak jumpa button follow..
Hehehe.. Tapi dah inform penganjur dah.. Tunggu dia respon pulak..


Apa2 pun, happy 2nd anniversary kepada Tengkubutang & husband..
Semoga berkekalan & bahagia hingga ke akhir hayat.. :)




Mintak maap!!!

Assalamualaikum WBT..


Sayang-sayang semua...
Nak mintak maap sangat2 sebab tak dapat nak umumkan 
pemenang GA seperti yang aku dah janji.. 
Entry tu dah ada tapi tak siap taip lagi.. 
Maap kan la patik ya? 


Patik tersangat busy dengan Karnival Sukan MASUM yang diadakan 
di UPSI bermula 5 April - 13 April ni. 
Aku bukan jadi atlet, tapi jadi AJK Teknikal untuk acara pencak silat..
Memang busy yang amat..
Start pukul 8 pagi, habis dalam pukul 12 malam..
So, memang tak da la masa untuk aku update blog kecuali entry ringkas ni yang aku taip sebelum tidur tanpa menghiraukan kesalahan ayat ataupun tatabahasa ataupun ejaan..


Aku nak tidoooooo...


Sorry sangat2 ye? 
Tak dapat nak BW gi blog korang jugak..
Tak dapat nak tolong isi tabung..
Tak dapat nak follow balik..
Tak dapat nak join segala GA, segmen & contest..


Pencak silat ni sampai 10hb ja..
Lepas dah habis nanti aku update pemenang GA ye?
Nanti aku BW, follow & isi tabung korang.. :)


By the way, ada tak kawan2 korang yang join karnival sukan MASUM ni??
Ke korang sendiri yang join? Hehehe..


Okei, nak tido. Esok busy lagi.. huhuhu..
Salam.. ^___^



Review CLINICELL Oral Skincare

Assalamualaikum WBT..


Ingat lagi tak hari tu aku ada dapat produk CLINICELL Oral Skincare secara percuma??  Pastu ramai jugak yang tanya aku camna boleh dapat free. Lepas aku gtau je cara nak dapat free tu, terus ramai yang try. Hehehe..

Jom kita kenali apa tu produk Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence.. Perghhh... Panjang gila nama tapi cukup la kita tahu keyword untuk produk ni ialah anti penuaan & pencerahan.





INFO PRODUK
Nama : CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence
Keluaran : CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN.BHD
Buatan : Malaysia
Pengesahan : JAKIM & KKM
Harga : RM 145/kotak (15 sachet) - NP
            RM 120/kotak - Promotion Price


Produk ni merupakan sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kepada kulit.


Bahan-bahan utama Clinicell Oral Skincare


Kelebihan produk :
  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³

Antara khasiat Clinicell Oral Skincare


Berikut adalah jadual penggunaan produk ni. Kalau nak berkesan kena la ikut jadual ni. Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Jadual penggunaan Clinicell Oral Skincare

Kalau nak kesan yang optimum, korang kena la :

  • Banyakkan minum air (8 gelas sehari)
  • Kurangkan atau berhenti merokok
  • Makan banyak buahan, sayuran dan kekacang
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.


Okei, ni review dari aku pulak.. Tadaaa... Ni la muka aku sebelum dan selepas 2 minggu consume Clinicell ni.. Perubahan yang aku perasan la kan... Tapi jangan nak harap la perubahan yang boom boom kebaboom punya sebab aku try 1 kotak (15 sachet) je.. hihihi..

  1. Muka dah kurang berminyak. Yippieeee!!! 
  2. Parut bekas jerawat pun dah berkurangan. FYI, muka aku ni kalau tumbuh jerawat kejap je hilang tapi parut tu yang susah nak hilang.. Tapi bila minum  Clinicell ni ada parut2 lama yang dah pudar.
  3. Masalah rambut gugur dah kurang.
  4. Rasa Clinicell tu sedaaappp dap dap.. Rasa oren.. Yummyyy!!
  5. Jangan risau, shaker disediakan.. Satu sachet tu korang bancuh dengan 150ml air.. Tapi kalau nak lagi sedap, kurangkan air tu. Hehehe..





Sekian saja review dari aku.. Hihihi.. So, kalau rasa-rasa berminat nak try tu bolehlah hubungi pihak Clinicell sekarang dan dapatkan Clinicell korang dengan harga promosi!!


[Website CLINICELL Oral Skincare, http://www.clinicell.com.my ]



Wordless Wednesday ~30~ : Sense of Humor

Assalamualaikum..



:)



Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum WBT..




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Terbuka kepada SEMUA bloggers tak kira peringkat umur
2. Follow blog : haneulafiqah.blogspot.com
3. Like facebook page : Nutrition's Cafe
4. Follow instagram : Nutrition's Cafe 
5. Buat satu entri bertajuk "Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah"
6. Copy banner dan paste dalam entri giveaway. Backlink sekali ke entri GA :)
7. Tinggalkan link penyertaan di ruang komen. 


Jom sayang2 semua, kita support GA +Affy Afiqah ni..
Comel2 je hadiah dia.. Harap2 la bertuah kan?
Pokcik random.org please pick me!!
Hohohoh~



Anne Nurain