Home suweeet home...

Assalamualaikum & selamat petang semuaaaaaa~~ 

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan.. Start dari bangun pukul 7, aku memang dah busy packing barang. Beg yang sebelumnya nampak macam tak penuh tiba-tiba penuh sampai susah nak zip. Beg besar dah macam taknak balik Tg. Malim lagi dah.. kekekeke~~ 

Kalau nak taip detail perjalanan semalam memang akan panjang sampai aku sendiri pun malas nak baca balik.Hahaha.. So, aku ringkaskan je la apa yang berlaku semalam.. 


1. Bas kitorang dari kolej sepatutnya gerak kul 9.30 tapi tiba-tiba di postpone plak ke pukul 10.30. Mungkin sebab tak ramai orang kot yang pukul 9.30 tu. Kanda ku dah naik risau, takut kalau lambat sampai p LCCT.. Tau-tau je la kan Airasia ni cerewet yang amat. Kalau tak datang awal confirm ada yang tertinggal flight..

2. Sampai KL terus pegi cari bas LCCT. Beli tiket kat Pudu pastu akak jual tiket tu kata tunggu bas kat depan Mydin. Kitorang pegi la sana, tunggu dalam 10 minit pastu En. Kanda pegi tanya orang kat situ.. Rupanya akak jual tiket tu salah cakap, bas kitorang tu sebenarnya kat belakang Mydin. Fuhh, nasib baik sempat..

3. Sampai je kat LCCT, aku pegi timbang beg aku dulu.. And yes, beg aku terlebih muatan tapi beg En. Kanda tak.. Aku pun tak risau la sebab biasanya boleh share berat muatan. Pastu pegi beratur nak check in.. Bila dah sampai giliran, tetiba orang kat kaunter tu tanya mana boarding pass kitorang. Pelik la kejap, rupanya boarding pass amik kat mesin. Kalau taknak amik kat mesin dorang caj RM10. Haihh.. Apa lah complicated sangat Airasia ni.. Dah tu masa nak masukkan bagasi, dia bagitau takleh combine muatan kecuali kalau beli tiket sama-sama. Siap salahkan lagi kenapa En. Kanda tak beli tiket sama-sama ngan aku sekali. Hei, sukati kitorang la nak beli tiket asing2.. Sebok tul minah ni..

4. Lepas dah selesai semua urusan, pegi minum jap.. Masa tu lah baru aku dengar kanda ku membebel tak puas hati ngan Airasia.. FYI, kitorang dah biasa naik Airasia masa study kat poli dulu tapi takde la sampai macam semalam kejadiannya.. Ada-ada je cara dorang nak dapatkan duit. Tapi, mungkin memang sistem kat LCCT macam tu kot.. Pasni kitorang tobat taknak Airasia lagi.. MAS pun murah apa.. Servis pun memuaskan hati. Tak kisah la ko datang cepat ka lambat, selagi kapal tu belum terbang selagi tu ko masih boleh check in.

5. Boring giler aku dalam kapal.. Bayangkan flight 2 jam 30 minit tapi ko takda pa pa mo buat.. Sudahlah seat tak sama ngan En. Kekanda.. Buhsan gila la.. Kapal gerak jak aku sudah tertidur, pastu terjaga masa dah kat atas. Tengok jam, ada 2 jam lagi.. Perghhhh... Kalau la kapal tu boleh singgah kat mana-mana kan best.. Hahahaha..

6. Sampai airport Terminal Dua, dah ada family Kekanda ku tunggu.. Segan kot coz bakal mak mertua takda, just bakal bapa mertua ngan adik ipar jak.. Hehehe.. Sebelum hantar aku balik rumah, singgah Alamesra jap makan malam. Bakal bapa mertua yang belanja, segan gila weyy... Makan kena sopan beb, kalau tak larat nak habiskan pun kena habiskan jugak.. Kehkehkeh...

7. Best dengar celoteh adik Kanda ku yang umur 8 taun. Macam-macam dia cerita ngan abang kesayangannya tu.. Maklum lah dah 5 bulan tak jumpa. Masa handphone aku bunyi, Kanda ku tanya kalau tu bunyi alarm, terus aku nampak adiknya berbisik-bisik. Terus kanda ku cakap ngan aku, “Nang, ko tau ka apa adik ku tanya? Dia tanya, nama kawan abang tu alam ka?” Aku pun terus ketawa tapi sempat cover la dari terkeluarnya ketawa yang tidak sopan di telinga bakal pak mertua.. Bakal pak mertua senyum-senyum ja.. Hekhekhek..

Hari ni kanda ku balik LD sudah dan aku dah mula rindu dengan dia.. Hahaha.. Bagi la aku berjiwang kejap beb.. Ngeh3x... Semoga kanda ku ngan family selamat sampai kat destinasi tanpa sebarang halangan.. =)

Maap la yer, entry tak bergambar.. Takda mood nak amik gambar semalam, penat dan busy yang amat.. Hihihi...


11 comments:

  1. airasia memang, kami klo mo cepat boarding pass print awal2. hehe. baru airasia kalau terlebih kg kargo dia. fuhhhh, bikin mati mahu bayar oh.
    selamat sampai ke rumah :D

    ReplyDelete
  2. wahh~ bestnya dh selamat sampai d umah ! fiza x abes lg exam. huu T___T

    ehh~ dh sem bape nie?

    ReplyDelete
  3. mesti segan kan family ehem tunggu kat airport.. wahh boleh bayang camne awak happy plus segan at the same time ^____^

    ReplyDelete
  4. sweet..
    untung laa dpt jumpa bakal keluarga mentua hehe..

    ReplyDelete
  5. Kira Kekuri :: iya, makin mahal byrn ny lau tlebih muatan. nasib aku hr tu 1 kg jak tlebih, tu pun rm20 jgk.. matikk owh...

    ReplyDelete
  6. CiK FizA :: baru abes sem 2.. hihi.. sabor je la.. gudlak exam tau.. =)

    ReplyDelete
  7. Elysa Sofia :: yup,segan sangat.. makan pun kena control ayu.. haha.. awak mesti penah rasa ni kn?hihihi..

    ReplyDelete
  8. MyMy:: tq.. hehe.. untung tp nebes laa.. hehe..

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain