Teaser utk next update.. cehhh~~


Banyaklah aku punya teaser2 kan?
Ekceli, nak update pasal ujian kenaikan bengkung hari sabtu baru2 ni..
Tapi sekarang esaimen masih taknak meninggalkan aku..
So, next time la aku update ya?
Ni gambar pendahuluan..
kehkehkeh...

Dari kiri - Pina, Zalia, aku laa~~


Muka-muka fresh sebelum ujian..
Tunggu la lepas ujian nanti cmana..
hohoho~~


Bahagia sekejap ponn boleyy~~

Assalamualaikum WBT..


Muka orang bahagia sekejap
Yeahhh, x jadi bentang projek hari ni..
hohoho~~


Aku rinduuuu~~


Assalamualaikum..


Short update..
just nak gtau..
tuan punya blog saaaaaaangat rindu nak update blog..
rindu nak komen-komen kat blog korang..
rindu nak blogwalking, blogjumping, blogrolling, blogeating.. Erkh?!
Ha ha ha...



Training & golek-golek dalam lumpur..

Assalamualaikum WBT..


Hari ada masa sikit nak update blog..
Tapi tanak taip banyak2 la, aku bagi gambar je untuk korang cuci mata..
Hehehe...
Ni cerita hari sabtu lepas punyaa~~

Macam biasa, setiap sabtu aku ada latihan silat kat kampus..
Tapi sabtu baru2 ni cuaca sangat la oOhhsemmm... WHY??
Hujan lebat yang amat..
Angin kuat, sejuuuuukk tauk??
Mandi pun menggigil, rasa macam tanak mandi je.. kekeke..
Nasib baik bukan time kuliah, kalau tak memang dah lencun la baju kurung ngan orangnya sekali..

Ingatkan dengan cuaca hujan lebat macam tu kami x jadi la latihan kat padang..
Sebab masa tu padang dah banjir & hujan masih lebat..
Tapi cikgu kitorang awal-awal lagi dah berhujan kat padang..
Kitorang pun join je la..
Best woo warming up dalam ujan lebat..
Anak cacing, bapak cacing ngan datuk nenek cacing pun banyak...

kena denda sebab tak ingat langkah

demo dari cikgu2 yang best.. hihi


dapat rambutan free dari cikgu. thanks cikgu! ;)



kami budak-suka-main-lumpur

Ni dah habis latihan.. 
Cuaca pun dah panas.. 
Nampak tuu lumpur kat baju pun dah nak kering.. 
He he he...

Kesan golek-golek kat lumpur

Best sangat main lumpur.. Walaupun mula-mula tu macam tanak sebab takut demam, assignment dahlah berlambak menunggu giliran nak kena buat..
Nasib baik antibodi kuat..
Kononnya laa~~~
kehkehkeh...

masa ni berat seluar bertambah 1 kilo.. ha ha ha

Lawan seluar siapa paling banyak lumpur..
Ha ha ha..
Tapi hari tu memang pengalaman paling best..
Cikgu pun cakap tu first time murid Gayong berlatih dalam hujan dan lumpur..
Tapi sayang la, masa awal-awal latihan tu takda ambik gambar..
Cikgu-cikgu kitorang pun eksaited main lumpur..
He he he..

Okeii, stop right here..
Assignment mode : ON..
Daaaa~~~
Assalamualaikum..


Wordless Wednesday ~14~ : Pagi yang indah..



Alhamdulillah... ;)

Ayat mengorat paling tak boleh blah!!


Klik untuk mata yang sihat

Contest My Top Refferal by Blog Bingkisan Hati

Assalamualaikum WBT.. Jangan tak jawab pulak ya?? hihihi..

Malam ni merajinkan diri untuk join segmen, eh contest sebenarnya.. 
Rasanya ni pestaim kot aku join contest ni. 
Thanks to Rai yang dah tag aku.

Nak join sila klik banner comel kaler pink kat bawah ni eh?


Syarat-syarat nak join 
1. Opkos la follow blog tuan punya contest kan? Okei, done!


2. Follow blog Faizal Raffali. Okei, done jugak! :D


3. Klik fanpage Blog Bingkisan Hati, HIjab Seekers by Ayesah Fiqa dan djdanchef. Ni pun sudah.. :)

Hadiah-hadiah pun menarik!
Just klik banner kalau nak tengok..
Meh la join ramai-ramai! :D



We are what we eat - tajuk je english, entry b.melayu okei?

Assalamualaikum WBT

Baru habis makan tadi.. Burrrppp!! Erkhh?? Alhamdulillah... Haha.. Sekarang duduk menyandar di kerusi kayu yang keras, tidak selesa dan buat bontot aku sakit je kalau duduk lama-lama. Tapi sepatutnya aku bersyukur sebab ada orang lain yang kurang bernasib baik dari aku, yang ada meja tapi takde kerusi.. Apakahhh?? Sambil menyandar aku usap-usap perut yang memboolat bak ibu-ibu yang peknen tapi dorang peknen ada baby kat dalam, aku hanya ada makanan yang bermacam jenis yang aku telan dari tadi pagi.. Aishh.. Habislah kena reject oleh bakal mak mertua aku nanti. Ha Ha Ha..

Wokehh, enuff with pendahuluan yang merapu itu. 

Sejak kebelakangan ini, *ewahh, ayat skema nampak* aku perasan perubahan kat diri aku. Ce teka perubahan yang macam mana? Adakah aku makin cantik?? Kulit makin putih-flawless-mabeles?? Berat badan dan lemak bertambah?? Ohh tidak sama sekali ye tuan2 dan puan2 sekalian.. Haku hanya perasan saja.. Rupa aku masih macam sekarang ni, kulit masih kaler cekelat cerah, body pun masih kuruih macam tiang letrik. Kehkehkeh...

I think I have a problem here.. Nampak tak aku tunjuk mana?? Mestilah tak nampak kan? Aku tunjuk sini ha, kat dada aku ni. Opss! Macam sensitip plak kalau bahagian dada ni. Hahahaduyaiii... Aku maksudkan encik jantung ngan encik paru-paru aku ni ha..

Sejak dua menjak ni, aku selalu rasa susah nak bernafas. Kadang-kadang rasa macam pendek je nafas aku ni. Sebelum ni memang pernah rasa macam ni tapi tak sekerap yang sekarang ni la.. Kadang-kadang jugak aku rasa macam tak cukup je oksigen yang aku sedut. Bila dah jadi macam tu aku terus tarik nafas dalam-dalam. Baru lega sikit.. Sempat search kat google tadi, apa yang aku alami ni termasuk dalam simptom paru-paru bermasalah.. Okeii, rasa agak cuak disitu.. 

Aku tak bagitau Min lagi pasal ni. Dia memang dah tau aku selalu sesak nafas dari zaman politeknik lagi. Rasa macam dah lama betul plak kalau guna 'zaman' ni kan?? Hehehe.. Min selalu suruh pegi buat pemeriksaan tapi aku ni memang spesis malas yang amat nak pegi spital ni. Kalau pegi sana, dari sihat walafiat tetiba boleh jadi tak sihat. Nampak tak keajaiban diri aku kat situ?? ha ha ha..

Bila dah rasa macam ni barulah terpikir nak jaga kesihatan. Kalau difikirkan, selama ni aku memang kurang jaga pemakanan aku. Pepatah ada cakap, "We are what we eat".. Mindset aku mula-mula macam nih, "aku boleh makan macam2. Makan banyak pun tak perlu risau gemuk, aku lagi suka gemuk berbanding kurus cekeding macam sekarang ni..". Ternyata mindset macam aku ni langsung takleh pakai..

Omnomnom.. Craving for stroberi segar dari Cameron Highlands :)


And now, untuk azam tahun baru ni aku nak jaga kesihatan aku. 

  1. Aku memang jenis tak makan sayur berdaun. Labu aku makan tapi Min cakap labu tu buah, bukan sayur. Hehehe.. Ok, aku akan belajar makan sayur. 
  2. Aku nak ubah balik tabiat suka makan ice cube. Tabiat ni mula sejak aku sem dua kat sini. Padahal sebelum ni aku memang elakkan minum yang sejuk2 ni.
  3. Banyakkan makan buah-buahan. Ok, pasni pegi pasar malam untuk beli buah-buahan je.. Ho ho ho...
  4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak. Hah, yang ni susah sikit. Kedai2 makan kat sini semua jual makanan yang kaya dengan minyak. Bagus suruh kerajaan naikkan harga minyak masak lau begini kan?? kekeke...
  5. Makan sambil kunyah dengan perlahan. Kadang-kadang kalau nak jimat masa nak buat esaimen aku selalu tak sedar yang aku makan macam kena kejar hantu. Bila dah tergigit kat mana-mana bahagian dalam mulut tu baru aku sedar.. He he he...
  6. Aku kurang bersenam & beriadah. Dapat warm up & regang2kan badan pun time latihan silat. Selain dari itu, dunia  ku hanya kat bilik, duduk atas kerusi, study & online macam yang aku tengah buat sekarang ni. Sungguh tidak sihatnya diriku ini...
Aku tak tau nak tambah apa lagi. Rasanya banyak lagi yang aku kena buat kalau nak sihat ni tapi kalau nak list semua kat sini, alamatnya jadi karangan SPM la entry aku kali ni.. 

Bila dah selalu sesak nafas ni, aku lebih menghargai setiap udara yang aku sedut. Alangkah bestnya bila dapat hirup udara yang nyaman kan? Nasib baik kawasan kolej kitorang ni hijau ja, sejuk mata memandang..

   

Tak tahu p bunuh diri..



Kredit : Hampeh e-Cards


Syafiq.. Syafiq..
Isk.. Isk.. Isk..
 *tunduk geleng2 pala*

Semoga tahun ni membawa lebih banyak kebaikan buat kita semua.. :D
Selamat tahun baru Hijrah 1434..
Marilah berhijrah ke arah kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT..


Wordless Wednesday ~13~ : Are You Happy??



Credit : Somewhere in facebook :D



Peminat Matluthfi90?? Meh sini, meh..

Assalamualaikum WBT..


Jom undi Matluthfi kat Shout! Awards yang akan berlangsung 23 November ni! :D


Voting term & condition

  • Each person is given 10 votes(online) per award each day.
  • A total of 17 awards are open for online and SMS voting.
  • SMS voting makes up 50% of the votes
  • while the remaining 50% is determined by online votes.
  • RM0.50 per sms excluding telco charges. Terms & conditions apply.
  • Voting is open from 22 October - 22 November 2012.
  • Results will be announced at Shout! Awards.

How??

1. Klik SINI..
2. Klik tab VOTING, then cari kategori SHOUT! ALOUD AWARD under SOCIAL MEDIA.. Pahtu cari gambar Matluthfi macam yang kat atas tu..
3. Klik VOTE.. Boleh klik 10 kali untuk 10 undian..

Mudah je.. 
^___^

Nak vote artis lain pon boley..
Zizan ada, Aaron Aziz pon ada..
Hehehe..

Cuti seminggu lagi!!

Assalamualaikum...

Dah pukul 2.30 petang dan aku belum mandi lagi. Haha.. Aku baru balik dari latihan silat tadi. Lepas tu isi perut dulu dengan nasi kerabu + teh ais.. Dah kenyang ni rehat-rehat depan laptop sambil layan blog dulu. Orang kata takleh mandi selepas makan, nanti muncet plak perut kesayangan haku ni.. Sebab tu la sekarang ni aku masih tak mandi lagi. Jangan risau, bau busuk belum mandi ni tak merebak kat dalam blog.. Hahaha..

Dengan berakhirnya latihan silat tadi, maka bermulalah cuti seminggu ku.. Haha.. Sukenyerr~~ Okehh, takda la suka sangat sebab banyak assignment nak kena buat.. Tak boleh goyang-goyang kaki dan pinggul ala-ala Inul macam cuti midsem minggu lepas.. Lepas cuti ada midterm Operating System ngan System Admin ngan 3P. Hohh, amik kauuu.. Tu belum tambah assignment individu & group lagi.. Awal Disember plak ada ujian kenaikan pangkat bengkung. 

Sekarang aku masih bengkung hitam lagi, sepatutnya naik ke bengkung putih tapi ujiannya sangat simple. So, cikgu sarankan terus amik bengkung hijau. Bengkung hijau ni silibusnya sama macam yang kitorang belajar sekarang ni. Kalau bengkung putih tu silibus yang semester lepas punya. So, macam tak berbaloi la kan kalau tak gunakan apa yang kita belajar semester ni untuk amik bengkung hijau.. Aku rasa sangat nebes & tak berapa yakin jugak boleh lulus.. Tapi tu satu cabaran untuk aku.. Kawan-kawan, doakan aku boleh buat & lulus jugak ya?? Hehehehe...

Bawa kain batik nak mandi sungai ala2 anak dara zaman dulu
hewhewhew...


Cuti seminggu kali ni rasanya takda la sunyi macam cuti minggu lepas sebab ramai yang tak balik. Dah puas cuti seminggu kot minggu lepas kan? Lagipun ramai yang risaukan assignment dengan midterm.. Tapi roomate aku balik la.. Takpa, aku suka sorang-sorang dalam bilik. Boleh pasang lagu kuat-kuat sambil menyumbangkan suara yang sedia sumbang serta merosakkan lagu sekali. Hahaha... 


Note book murah-murah & comel-comel

Yehaaaa... Assalamualaikum uolls...
Rasa macam berbulan-bulan tak update..
Padahal baru ja hari Selasa tu update gambar semangat nak ambik kad diskaun siswa 1Malaysia (KadS1M)..
Kehkehkeh..

Hari ni aku cuma nak share something yang interesting bagi aku & peminat jurnal atau bahasa mudah yang aku panggil, buku-catatan-comel2.. Ahakss... Mengumpul buku catatan atau diari yang comel-comel adalah hobi ku sejak sekolah menengah lagi. Asal masuk bookstore ja mesti pegi bahagian notebook. Nampak buku yang comel & unik sikit terus beli.. Tapi tengok harga jugak la sebab ada sesetengah buku ni yang mahal.. Hehehe~~

Baru-baru ni aku terjumpa website yang jual notebook comel ni. Nama website tu White.my. Macam-macam ada jual  kat sana tapi aku hanya tertarik dengan jurnal ni je. Hehehe.. 


Cats In Love Vintage Journal

The Epicure's Journal

Multi-Colored Indiana Jones Journal

Antebellum Journal

Setakat ni, 4 jenis jurnal ni je yang ada..
Harga pun bawah RM30 je..
Paling mahal aku tengok RM25 tapi sekarang semua ada potongan..
Aku beli yang Multi-Colored Indiana Jones tu..
Mula-mula nak yang kaler merah tapi sold out, so terpaksa amik yang kaler hitam..

Ni dia! Dah selamat sampai kat atas meja aku..
Hehehe..
Bahagian dalam jurnal.. PINK!! hohoho...

RM15 hengget je..
Free Shipping..
Aku beli hari Jumaat lepas.. 
Dorang pos hari Isnin *aku tengok kat sampul pos laju*.. 
Sampai sini hari Selasa tapi aku baru ambik kat opis semalam.. 
Cepat kan??

Kalau berminat silalah berkunjung ke website White.my..

Yang ni pun ada jual.. hehe..


Jom p Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Amboihhhh... 
Semangat kemain..

Cakkk!!!

Hari ni pakai serba merah, beg pun merah..
Tudung je sesat pegi kaler pink..
Hahaha..

Dah, jom!!
Happy Tuesday uolls!

Aku punya desktop, kau hado??

Assalamualaikum wahai blogger sekalian..

Hari ni aku tak dak idea nak update..
Tapi satu benda ni dah lama aku nak buat.
Aku nak tengok camne ghupe desktop korang..
Meh buat macam aku..
Print screen korang punya desktop pastu update kat blog korang..
Jangan lupa bagi link korang kat ruang komen eh?
Ni bukan la segmen atau contest..
Just for fun je..
Hewhewhew..

Ni desktop aku..

Klik untuk tumbesaran yang sihat

Bersihkan aku nyer desktop??
Mana pergi semua ikon-ikon kat desktop aku??
Hahaha..
Aku memang jarang guna ikon2 kat desktop ni..
So, aku sembunyikan je la..

Semua aku sembunyi kat toolbar.. hihi..

Tak suka tengok desktop aku semak oleh ikon2 tu suma..
Desktop korang lak cmana?
Nak tengok jugak wallpaper yang korang guna..
Share jom!!
:D

Laptop lama Vs. Laptop baru

Assalamualaikum WBT

Ooohhh tolong laa... Aku banyak assignment nak kena buat ni tapi apasal aku pegi update blog plak ni?? Somebody tolong jawab boleh?? Roomate aku belum balik dari kampung lagi, so xda orang boleh tolong heret aku jauh-jauh dari laptop ni.. Stop it! Oohhoooiii... Drama.. Drama..

Cakap pasal laptop, *sambil usap2 dagu* sekarang ni aku guna laptop baru. Beli hari tuuuu lagi sebelum balik Tanjung Malim.. "Tuuuuu" yang berharakat panjang menunjukkan hari tu dah lama.. Maksudnya jugak, cerita yang bakal aku ceritain ini juga adalah cerita basi semata-mata dan sehidung-hidung dan segala se-se lagi la..

Kenapa perlunya laptop baru?? 

Adakah kerana aku anak orang kaya maka boleh tukar laptop ikut suka hati?? 

Atau kerana..

"Eh, muak aku tengok laptop ni, nak laptop baru la.." 

Atau juga kerana..

Laptop lama tersebut suda tiba ajalnya?? 

Yang ni hampir tepat. 
Yang sebenarnya... 
Button Power laptop yang lama dah tercabut laa.. 
Isk.. Isk.. Isk.. 

Camni la rupa paras laptop lama aku

Oleh kerana button tersebut dah tertanggal, maka aku perlu menggunakan jarum peniti atau pun mana2 objek yang boleh mencapai button kecik kat bawah casing laptop tu.. Asal nak on laptop je terpaksa cucuk guna jarum. Memang mencabar dan menguji kesabaran jugak la kalau nak on laptop tu. Nasib baik la aku ni penyabar orangnya.. Haha.. :P

Satu hari tu, kalau tak silap seminggu sebelum balik sini *Tanjung Malim, masa tu masih kat Sabah lagi*. Aku try la nak on laptop, ingat nak main game Plant vs Zombie. Penat aku cucuk button kecik tu tapi laptop masih tanak on jugak. Pastu bapa aku plak try tapi takleh jugak. Aku pun berenti la kejap, cabut bateri, kacau2 adapter mana tau masalah tanak idup tu datang dari bateri kan? Sebab bateri ngan adapter laptop tu pun kadang2 masalah gak. Almaklum la laptop tua.. Hihi.. Tahan laptop tu, dah 5 taun aku guna. Sejak dari zaman politeknik lagi..

Pastu malamnya aku try lagi on, masih tak nak hidup jugak.. Alahai.. Dah sampai ajal agaknya laptop aku ni..  Sedih jugak la sebab laptop tu hadiah dari bapa aku. Lagipun masa study kat poli dulu memang perlu sangat laptop ni. It was the first laptop in my family.. Cewahh.. Dulu2 laptop mahal sedangkan hardisk 120 Gb je.. Sekarang laptop dah murah, walaupun tak semurah aiskrim Paddle Pop la kann??

Sekarang ni aku guna laptop ni..

Pandangan dari belakang.. Eh malu2 plak laptop ni..  -Goolge

Ni depan dia  -Google

Aku tak dapat nak amik gambar real laptop ni, kamera digital aku dah jadi hak milik adik aku yang taun 4. Dia nak jadi photorapher cilik letteww.. Hehehe.. 

Aku beli laptop ni dengan duit pinjaman aku.. Duit tu baru je masuk, aku dah keluarkan. Habis dekat laptop je duit pinjaman aku tu. Rasa nak meraung pun ada.. Baru plan nak beli DSLR untuk sem ni tapi terpaksa beli laptop la pulakkkk.. Uwaaaaa.... Tapi takpa la kan, laptop lebih penting. Kalau beli DSLR pun mana aku nak copy semua gambar tu kalau takda laptop?? Otak tu mesti guna.. Hahaha..

So far, laptop ni ok.. Hari tu dapat free upgrade RAM jadi 6Gb and 20 free gift lagi. Walaupun hardisk 500Gb ja tapi cukup la untuk movie2, drama2 serta koleksi Running Man aku.. Muahahahaha *Gelak jahat*

Semoga laptop yang ni tahan lama macam laptop lama. Oh ya, laptop lama dah boleh on dah, adik aku pegi try test cucuk2 dengan jarum lagi hari tu.. Syukur Alhamdulillah.. Boleh jugak bapa aku guna kalau nak buat keja.

Aku memang anak orang kaya tapi mak bapa aku kaya kasih sayang ja, harta tidak..
Hihihi



Freebies : Older Post, Home & Newer Post yang simple

Assalamualaikum WBT

Hari ni aku rajin lagi..
Kononnya laa~~
Baru-baru ni aku dah tukar imej kat home, newer & older post blog aku..
Nak tengok??
Ce scroll ke bawah laju2..
Nampak tak??
Aku bagi yang sama & kaler lain2 pun ada..
Kalau nak kaler len bole request.. :D

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/home1.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/homegreen.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/homepink.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/homepurple.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/newer2.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/newergreen.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/newerpink.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/newerpurple.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/older4.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/oldergreen.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/olderpink.png

http://i1206.photobucket.com/albums/bb456/anne-nurain/go-blog/olderpurple.png

Aku suka benda yang simple2 jak..
Malas nak buat yang hensem, cantik dan macho dari yang ni..
Hahahaha...

Tolong sayaaaa~~~



Welkam tu mai belog..
Hihihi..

Sebelum tu, tengok atas post ni..
Ada iklan kan?? Kan??
Tak nampak sila pakai spek @ kanta pembesar ye...

Sudi la kiranya siapa-siapa yang singgah blog ni untuk tolong klik iklan kat atas tu..
Bila dah klik tunggu sampai habis loading baru tutup eh?
Tu pun kalau rajin la..
I tak paksa uolss ponn..
Kihkihkih..

Biasa la kan orang susah, student lagi tu..
Takkan nak makan megi je hari-hari..
Habislah rambut berguguran bak dedaunan di musim luruh..
Hehehe..

Nak exchange link Churp Churp @ Says pon boleh..
Nanti aku tolong klik kan eh? :D
Thanks bebanyak pada yang klik..
Semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki.. :D

Bagi sapa-sapa yang belum ada akaun Churp2 @ Says & berminat nak sign up boleh la klik kotak biru ngan pink kat atas tu ya??
Ada apa-apa nak tanya just tanya, I love question *bak kata lecturer aku* 
Hehehe...


Ah? November sudah??


Sumber : Google

A'ah.. Cepatnya masa berlalu kan? *Ceh, ayat lapuk betul.haha..* Selamat datang November! Be nice to me hokehh?? Semoga bulan ni memberikan banyak kebaikan dan kenangan yang indah buat kita semua. Ecewahh.. Boleh tak mintak semoga bulan ni aku kawin?? Hahaha...

Sebenarnya, ikutkan hati aku nak update dari semalam lagi tapi tubuh yang slim melim *aamiin* ni tidak mengizinkan dahku untuk update.. Tetiba ja senggugut datang mengganggu kesihatan perut sihat aku ni.. Dari tengah hari sampai la malam aku terbaring ja kat katil yang tilamnya sangat la nipis sampai terasa papan kat bawah tu.. Sangat tak selesa.. Tapi apa boleh buat kan? Untung la ada tilam dari takda.. Hehehe...

Tapi dalam tak sihat semalam pun sempat jugak aku jenguk blog ni, approve komen, balas komen, singgah blog kawan2 yang lain.. Superwoman sungguh ku rasa diri ini.. Tapi update tak larat plak.. Kehkehkeh... Ada jugak kawan blogger yang tanya bila update.. Auww.. Terharu i taww.. Hihi.. Thanks aa.. Thanks jugak pada yang rajin singgah blog tanya khabar, komen entri, pot pet pot pet kat shoutbox.. :D

Stop sini je la dulu, nak buat assignment. Cuti dah nak abis.. Housemate pun esok lusa dah balik sini.. Uwaaaa~~ Kurang privacy la suda ni.. Sebelum ni suka-suka hati ja sorang-sorang kat umah. Walaupun sunyi & sedikit seram di waktu malam. Hekhekhek...

Jangan gelak tau? Aku tak pandai lukis.. :D
Lecturer suruh kitorang design ikon yang unik. Aku dah penat lukis tapi satu idea pun takleh pakai.. Huhuhu...


Rajinnya 'dia' keja..


Kanda ku   ^___^


Rasa macam dah buhsan plak guna Kanda ni.. Panggil Min *bukan nama sebenar* je la.. Memang bukan nama sebenar ponn... Kalau nak panggil nama sebenar jenuh la nak sebut @ taip sebab panjang, bagus panggil Min je, singkat, padat dan menjimatkan masa serta tenaga.. Hahaha...

Kan sekarang ni kitorang cuti seminggu, pastu tak balik kampung *wuwuwu* dan tak pegi jalan ke mana-mana pun dan sesungguhnya cuti yang membosankan ni telah membuatkan Min menerima ajakan sang senior untuk bekerja part time kat KUO lama.. KUO ni stands for Kolej Ungku Omar, salah satu daripada 4 kolej kediaman UPSI.. Kenapa KUO lama?? Sebab bangunan ni dah tak jadi kolej kediaman lagi, KUO yang baru dah pindah pegi kampus baru UPSI.. Bangunan ni jadi rumah sewa dah nanti, tu yang nak buat maintenance tu..

Bangunan yang bertingkat-tingkat tu la KUO

Min keja maintenance je kat sana.. Dia memang rajin keja.. Ecewaa.. Puji bf sendiri nampak? Hehe.. Haruslah kan?? Kalau bukan aku, sapa lagi nak puji kan? Kan? Kan?? Setuju cepat kalau tanak kena cubit.. Hahaha... 

Masa study di Poli Kuching dulu, Min pernah tak balik cuti sem.. Sepanjang cuti tu dia keja kat car wash.. Pastu dia tukar keja lagi, keja kat stesen minyak jadi pam atendan & kadang-kadang jadi cashier.. Pastu bila dah habis diploma, dah balik kampung, Min ikut kawan dia keja kontrak.. Keja pasang gril, pasang pagar, welding2 segala tu la yang dia buat.. 

Dalam tahun 2010 tu kan ada Bancian Penduduk & Perumahan, so kitorang pun try test la nasib kot2 boleh jadi pembanci. Walaupun keja tu secara kontrak 3 bulan ja tapi sekurang-kurangnya kitorang ada pengalaman yang orang lain susah nak dapat. Kitorang dapat keja tu, aku jadi penyelia & Min jadi pembanci under seliaan aku.. Selain Min ada 5 atau 6 orang lagi pembanci. Aku pun dah tak berapa ingat.. Memang best jugak la dapat keja sama-sama dengan Min.. Kehkehkeh...

Lepas dah tamat kontrak, Min cari keja kat KK plak.. Masa ni dia  keja jadi buruh.. Tau tak 1Borneo Hypermall tu?? Kat sana jugak ada 3 kondomaniam yang diberi nama Tower A, B dan C.. Kat Tower C tu la Min keja.. Bangunan tu dah la tinggi.. Min kata mula-mula gayat jugak tapi lama-lama dah biasa, rasa gayat tu pun dah hilang.. Sekarang bangunan tu dah siap, kalau lalu sana mesti Min dengan bangganya, "Ni la bangunan yang aku buat tu.." Pergghhh... Macam dia sorang ja yang keja sana kan?? Hehehe~~

Klik untuk tumbesaran berkali ganda..

Bangunan paling kiri tu la Tower C yang dah siap :)

Taun lepas dalam awal tahun kalau tak silap, masa tu kitorang dah apply UPU.. Min berenti keja kat bangunan tu & balik kampung. Kat kampung plak Min tolong kawan dia jual lembu. Dia jadi driver lori plak dah.. Dalam seminggu tu ada la dalam sekali dua kali Min dengan kawan dia tu pegi hantar lembu sama ada pegi Beaufort ataupun Kota Belud. Masa tu Min dah ada lesen bawak lori, so senang la nak ulang alik Lahad Datu - KK.. Masa tu aku memang tinggal & keja kat KK.. Kadang-kadang ja dapat jumpa & ngedate ngan Min. Kalau dia pegi KK pun belum tentu dapat jumpa sebab sometimes lepas hantar lembu ja diorang terus balik LD.. Tapi dalam tempoh tu la kami belajar erti rindu.. Ahakss... Jiwang la plak.. Tolong lempang dengan roti panjang a.k.a baguette.. Kehkehkeh.. 

Ni la roti panjang tu.. :P

Hari ni hari ketiga Min keja. Semalam dia OT dari pukul 8 mlm sampai pukul 12.. Sempat jugak chat ngan dia tengah malam tadi sebelum tidur.. Hehehe... Kesian dia, penat sangat la tu semalam.. Tu la rajin betul buat OT.. Tapi takpa la, daripada dia buat keja yang tak berfaedah kan?? Hihihi...


Anne Nurain