Dia dah berubah.. But, I like it..

Assalamualaikum WBT...

Haippp!! Selamat malam semuaaa....

Kesian aku ngan blog ni, dah lama tak ber'update'.. Bak kata blogger lain, dah bersawang blog ni. Walaupun aku tak nampak pun celah mana yang ada sawang tu, tapi layankan je la kan? hekhekhek..

Sekarang ni student UPSI cuti mid semester tapi cuti dah nak habis dah pun.. Terasa cepat betul masa berlalu.. Tak terasa pun yang namanya cuti seminggu. Aku tak balik kampung.. Ye la, kampung I kan nun jauh kat Lahad Datu.. Ececehh, pasni tak yah lagi dah nak gtau  Lahad Datu tu kat mana. Mesti semua dah tau kan? Terima kasih yang tak terhingga la buat Kiram & the gang sebab dah popularkan LD. *Tangan ke bahu, mata ke atas*


Oh ya, tujuan nak update ni sebab nak gtau something kat blog yang disayangi ni.. hehe..

Sejak kebelakangan ni, Min dah berubah. Bukan la berubah ke arah yang tak baik. Kalau yang tu aku tak bagi. Nehi, nehi karungga.. Hahaha.. Apa aku mengarut ni.. Min sekarang dalam proses berhenti merokok. Sekarang kan dah pemes yang rokok elektrik tu.. Dia guna yang tu la.. Benda tu ada nikotin je, tu pun kandungan nikotinnya rendah ja kalau banding dengan rokok biasa yang bukan saja ada nikotin, tapi ada tar dan segala macam bahan campuran lagi. Min dah tak boleh nak isap rokok biasa.. Pahit katanya.. Alhamdulillah, syukurlah Min dah ada keinginan untuk berhenti merokok.. Hepi nya I... Hohoho~~


Pastu tadi masa Min teman aku pegi pasar malam, dia ada cakap nak potong rambut. Sapa2 yang kenal Min memang tahu yang Min suka simpan rambut panjang dari dulu lagi. Rempit katanya.. hehehe.. Sebelum masuk UPSI hari tu rambut Min lagi panjang dari rambut aku. Sekarang ni plak rambutnya memang la nampak pendek tapi bila tengok kat belakang, ada ekor panjang yang tersembunyi disebalik kolar baju. Nasib baik pak guard ngan lecturer tak perasan.. Pandai sungguh bakal laki aku ni.. ahahaha...


Nanti dia nak suruh kawan serumah dia potongkan rambut tapi dia nak tinggalkan rambut yang panjang tu dalam 2 3 helai camtu.. Tapi aku nak suruh kawan dia tu potong habis.. No more long hair.. Hahaha..


Kitorang ada 2 tahun lagi kat sini.. Fuhh.. Lamanya lagi nak kawen.. Hahahahaha... Tapi takpe la kan? Boleh enjoy puas-puas sebelum memikul tanggungjawab bila dah kawin nanti.. Ingat tanggungjawab tu senang?? Tak ye kawan-kawan?? Selagi tanggungjawab sebagai anak & student tu tak terlaksana dengan baik, jangan harap nak kawin.. Peringatan untuk diri aku sendiri.. Hohoho...



nota kecik : sabar menunggu 2 tahun lagi.. hekhekhek..

5 comments:

  1. Hi Anne. Sory if this comment not related to your topic. Ternampk Cik Anne berminat dengan spa. Pls feel free to visit Hannah Spa blog at http://hannahspa.blogspot.com Sekarang kami ada special promotion untuk para bloggers. Hope to see u soon :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bizi pastu blog agak terabai ckit.. hehehe..

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain