Assalamualaikum, selamat sejahtera.. :)
Nampaknya aku dah jarang sesangat jenguk blog aku ni.. Blogwalking pn dah jarang yang amat.. Aku xda la bz mana pun tapi.. ntah la.. aku pun tatau apsal aku jadi gini.. Mood blogging tu dah pudar.. Sepudar lagu Rossa la lebih kurang..
Oh ya, birthday aku dah lepas.. And now, i'm OFFICIALLY.... 2* years old.. Ce teka.. Ce teka.. Hehe.. Muda remaja lagi ni.. Hahaha..
Setakat hari ini keadaan kat Lahad Datu dah semakin pulih.. Walau masih ada sisa-sisa penceroboh tu kat sana, sekolah-sekolah dah banyak yang buka, orang ramai pun dah mula lalui hidup dorang macam yang sebelum ni.. CUMA.... Sekolah-sekolah yang dekat zon merah belum buka lagi.. Orang kampung yang dari zon merah pun masih tinggal kat penempatan sementara lagi.. Kesian dorang... :(
Aku kagum dengan semangat guru-guru kat sekolah rendah yang terjejas tu especially sekolah tempat bapa aku mengajar, SK Tanjung Labian.. Walaupun sekolah tu kena tutup, pastu pelajar2 sekolah tu pulak terpisah, ada yang kat pusat penempatan sementara di Embara Budi, Fajar Harapan, Cenderawasih dan menumpang di rumah keluarga kat tempat2 lain, sekolah tetap diteruskan jugak..
Caranya, dorang buat khemah khas dekat tempat pusat penempatan sementara tu. Student yang ada kat sana dibahagikan mengikut tahun/darjah. Pastu ada la cikgu yang akan ajar dorang. Kadang-kadang cikgu tu akan pergi ke pusat penempatan sementara yang kat Fajar Harapan sebab sana pun ada jugak student dari SK Tanjung Labian..
Aku terharu dengan kegigihan guru-guru ni especially bapa aku walaupun terpaksa ulang-alik dengan jarak dari rumah ke sekolah yang bukannya dekat, pastu kereta plak selalu buat hal.. Semoga bapa ku dan guru-guru lain sentiasa dilindungi oleh Allah SWT..
Kesian kat penduduk kampung yang terlibat.. Most of family Min orang kampung Tanjung Labian.. Nasib baik sempat keluar dari kampung tu.. Sekarang dorang tinggal kat rumah Min.. Setiap hari buka fb mesti mo cari update pasal penceroboh tu dulu.. Risau sangat2..
Sejak insiden pencerobohan tu, Lahad Datu dah semakin terkenal.. Asal orang tahu ja aku asal LD konpem terkejut.. Kawan silat, housemate, pekerja kedai komputer, pekerja kedai buku & yang baru-baru ni budak SUKSIS ntah dari U mana tah..
semoga semangat anne kuat,,
ReplyDelete&LD dilindungi ALLAH,
pray for Sabah#
thanks oyye!
DeleteAlhamdulillah, LD dah ok dah skrg.. ^___^