Please #PrayForLahadDatu..

Assalamualaikum..
Selamat malam semuaaa... ;)

1 Mac 2013..
Hari yang paling merisaukan bagi aku..
Tengah hari tadi buka fb then terkejut bila ramai orang update status pasal Lahad Datu (LD)..
Sebelum ni memang dah tau yang bila2 masa ja serangan tu akan berlaku..
Tapi tak sangka ia betul2 berlaku..

Aku cepat2 sms adik aku kat kampung..
Nak kol tp tak dapat plak..
Pelik aku..
Tanya keadaan kat kampung..
Oh ya, kampung aku jauh jugak la dari tempat kejadian..
Cumanya, kampung tu dekat dengan pantai..
And kebanyakan kampung kat sana pun dekat pantai..
So, agak membimbangkan jugak la..

Tetiba teringat kat bapa aku yang mengajar kat Tanjung Labian..
Kampung yang dekat dengan tempat kejadian..
Bila tanya adik aku, lega ckit...
Sebab dia kata bapa aku ada kat Felda Sahabat 2, solat jumaat kat sana..
Alhamdulillah lega...

Lepas tu aku buka twitter..
Fuhh dah trending dah #PrayFor LahadDatu..
Terima kasih pada yang mendoakan..
Terima kasih pada yang kisah..
Tapi kecewa dengan media tempatan yang agak lambat menyiarkan berita pasal kejadian ni..
Terpaksa harapkan media luar negara dengan video berbahasa tagalog..
Sikit ja yang paham, tu pun sebab selalu tengok cita tagalog dulu2..

Balik dari kelas pukul 7 tadi terus buka fb nak tengok update..
Ada pejuang kita yang terkorban..
Takziah & al Fatihah untuk mereka & keluarga.. :(

10 Penceroboh - Ditembak Mati
1 dari 10 Penceroboh Yang Mati - Adalah Wanita (Cuba Menyerang Menggunakan Parang)
10 Penceroboh lagi - Menyerah Diri
Lain-lain Penceroboh - Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah.

"Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah."

Dengan senjata atau tidak???
Agak2 apa akan jadi kalau penceroboh tu  melarikan diri & membawa senjata??

Hmm... Risau sangat2...
Kat kampung sekarang pun dah ada perintah berkurung..
Tak bole keluar rumah, helikopter berlegar2 kat atas..
Kat jalan raya ada kenderaan polis ngan tentera ja..

Sama-sama la kita berdoa semoga semua ni cepat berakhir tanpa ada melibatkan sebarang pertumpahan darah lagi..

Please #PrayForLahadDatu.. 

2 comments:

  1. yup. lets pray for lahad datu. may Allah bless and save lahad datu. insya'Allah. al-fatihah kepada petugas yang terkorban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn.. let's pray for sabah too..
      pnceroboh tu dah ada kt mana2 skrg.. :(

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain