Aku takut tengok muka ko laa...

Assalamualaikum dan selamat petang.. ^ ^

Ingat mo apdet pasal jenis-jenis sakit kepala tadi, sekalinya dapat keja bertimbun-timbun macam gunung Kinabalu la plak.. Len keja dari big bos, keja dari wife bos, keja dari customer2... Fuhh... Sakit la mata tengok skrin PC lepas ni..

Sekarang ni ada 3 wedding banner mo buat, 4 banner persatuan & 2 banner untuk bos punya backpackers.. Dan pada masa yang sama, aku tengah dilanda penyakit kemalasan dan kepeningan yang telah menghilangkan mood keja ku.. 

Ohh mood.. Datanglah balik.. Aku mo buat keja ni... Huhuhu...

Satu benda yang aku ndak berapa suka pasal design2 ni ialah bila aku d suruh edit atau potong gambar yang ada muka orang.. Aku takut tengok MATA dorang.. Rasa macam orang dalam gambar tu tengah tengok aku jak. Pastu boleh terbayang-bayang plak pic tu tiba2 cakap camni.. 

"Hoi manusia! Potong gambar aku bagus2 aa.. Awas kalau terpotong telinga ka, jari ka.. Aku geget ko nanti!"  

Adess!! Terlebey imejin la plak.. Hakhakhak... 

Ada satu gambar ni, kualiti ndak berapa bagus mayb pakai camera phone.. Gambar pasangan baru bertunang, pompuannya pakai baju serba putih.. Ok la jugak, sedap mata memandang.. Lelaki lak baju melayu kaler ijau lumut.. Muka ndak la ensem macam Anuar Zain, boleh2 la bilang orang.. Rambutnya hambur, macam baru bangun tidur jak.. Hehehe... Kualiti gambar yang kabur2 tu buat muka lelaki tu nampak macam orang yang dikehendaki polis jak. Biasa kan kalau dalam surat khabar tu, gambar kabur2, rambut ndak kemas, muka orang bersalah... Hah, gitu la tu..

Sambil aku potong tu, aku tutup muka lelaki tu pakai Layers window macam gambar kat bawah ni. Hikhikhik... Tapi yang ni contoh jak ya? Bukan gambar sebenar..


Aku bukan mo kutuk rupa dorang ndak ensem ya? Even gambar Robert Pattinson pun aku takut jugak tengok matanya. Takut jatuh cinta plak nanti.. Hahaha...  Gurau2 jak yaa.. 

comey nya dia rambut pendek.. ^_^   - Google

Tapi siyes aku ndak boleh edit gambar dan tertengok mata orang dalam gambar tu, ndak kira lelaki ka pompuan, tua ka muda, cantik ka kurang cantik ka... Pasni tutup jak la mata dorang. Hehehe..

Anne bilang :: Tapi rasa biasa jak kalau edit pic orang yang rapat ngan aku.. Hehehe..



>> Thanks sudi baca! <<

Malas bertanya punya pasal...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!! ^_^

Hari ni dah 4 Mei, cepat jak rasanya masa berlalu.. Umur pun makin meningkat, tanggungjawab makin bertambah, duit makin ciput dan usaha kena berganda lagi.. Apa la aku merapu ni kan.. hehehe..

Aku mo cerita pasal aku balik kampung baru2 ni.. Xda faedah jugak la untuk kamu tapi lau mo baca jugak baca jak la.. Hehehe..

Aku balik Khamis malam hari tu, nek bas Sairah dari Politeknik KK. Semua student dalam bas tu, aku pun b'trep student jugak la. ^_^ Cuma bezanya barang ku 1 beg kecik jak, student yang lain sampai 3-4 beg. Almaklum lah, cuti sem kan.. Hehehe..

Aku tidur jak sepanjang perjalanan. Lau kamu dah baca yang INI baru kamu tau kenapa aku mesti tidur. Hehehe.. Ada jugak la aku terbangun, tu pun sebab Kanda ku mesej tanya aku di mana suda. Aku jawab jak ndak tau. Kanda ku suruh miskol kalau dah dekat LD sebab dia mo tidur dulu. Dia baru jak sampai dari Felda..

Pastu aku sambung tidur balik. Rasa macam baru sekejap aku tidur, tiba2 bas tu berenti. Rupanya sampai Batu 32 suda. Maksudnya makan time!! Tapi aku ndak makan, malas.. *Padahal takut terkeluar balik nanti. Hahaha..*

Dalam pukul 1.45 gitu baru bas tu gerak. Aku pun sambung tidur lagi..

Satu jam kemudian aku terbangun lagi gara2 lampu yang terang benderang. Kelam kabut aku bangun. Lap2 pipi mana tau ada air liur.. Nasib la ndak da, lau ada abis la ilang keayuan ku.. Hahaha...

Aku tengok kiri kanan.. Di mana ni? Sampai LD suda ka? Kenapa gelap ni? Takkan la Fajar blackout? Macam-macam soalan bermain d fikiran ku. Mamai punya pasal aku turun jak. Sampai bawah, aku tengok sekeliling..

muka  mamai kunun...

Astaga.. Gelapnya.. Di mana aku ni? Aku cari-cari lau ada signboard pastu aku ternampak  signboard "Jalan Tamoi". Baru aku sedar yang aku salah turun. Student yang turun sana suda ada familynya datang ambil. Aku terus kol Kanda ku tapi ndak bersambut. Nah, habis la aku. Camana ni? Mo naik balik, malu plak sebab salah ku, ndak sabar2 mo turun..

signboard xda kaitan

Nasib baik la ada 1 orang tu tanya aku lau ada orang datang ambil jugak. Terus aku cakap suda kol tapi dorang baru jalan. *Bohong sunat cover malu.Hahaha..* Terus pacik driver bas tu suruh aku ikut jak ngan dorang p Fajar. Bahaya tempat tu katanya, kalau dia sendiri turun sana pun dia ndak berani. Aku pun ikut jak la, sah2 bukan sana tempat aku mo turun. Takkan mo tunggu Kanda ku d sana jugak kan? Hehehe...

Beberapa minit kemudian bas tu sampai d Fajar. Fuhh, baru betul2 sini aku turun. Bisikku dalam hati. Hehehe.. Dalam 10 minit baru Kanda ku datang ambil aku. Sebelum balik aku bawak Kanda ku p makan dulu. Kanda ku senyum sambil geleng2 kepala jak bila aku cerita pasal aku salah turun tu. Malas bertanya punya pasal, begitu la jadinya.. 

>> Thanks sudi baca! <<
Anne Nurain