Punca aku bersemangat..

Assalamualaikum semuaaa... ^____^

Huhu.. 
Hari ni aku bersemangat sekali untuk meng'update' blog.. 
Kenapa?? 
Usah ditanya sebab aku sendiri pun xtau kenapa.. 
Mungkin kah kerana mood aku happy hari ni?? 
Ohh.. Tidak sama sekali, aku tension hari ni sebab banyak asignment x siap lagi.. 
Hmm.. Adakah kerana semalam aku bermimpi bertemu dengan Kanda ku? 
Pun tidak jugak sebab hari2 aku jumpa Kandaku d sini.. Hehehe... 
Rasanya sebab lappy aku dah dapat connect WIFI kolej kot.. Haha.. 
Sebelum ni aku guna broadband je, slowwww gilak macam siput vavi.. 
OK, aku tipu.. 
Takda la slow sampai macam tu sekali.. 
Cuma WIFI kolej ni tersangat la menawan hatiku sebab aku dah boleh blogwalking dengan penuh bergaya sekali.. Huhuhu...


Pagi ni kelas kat Proton City pukul 10..
So, ada masa sikit untuk aku merapu di sini.. Hehehe...
Malam ni kitorang student dari Sabah ada perjumpaan..
Tak sabar rasanya mo berjumpa ngan kawan2 Sabahan yang lain..
Selama ni kenal dari Facebook jak.. Hehe..
Student dari negeri-negeri lain dah buat perjumpaan..
Masing-masing ada nama tersendiri..
Kitorang IKSAS: Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah.. 
M@jor (Johor), Himsak (Kelantan), Permata (Terengganu) dan yang lain-lain aku x ingat.. Huhu..


Jom p kelas!! huhuhu...

Okehh laa, nak sambung buat asignment..
Take care eberibadi..
*Masih ada ka orang baca blog aku ni??huhuhu...*
Salam.. ^____^


Forum Oh Forum

Assalamualaikum...


Hari ni tiba-tiba nak update blog la plak.. Mungkin sebab dah banyak cerita yang tersimpan kat memori aku ni, takut kalau simpan lama-lama kang kena virus habis la semua data kat memori aku ni..So, better aku cerita kat sini kan?? Hehehe..

Just a short story about what happen today, I mean yesterday la coz sekarang dah 7 Oktober..Hihihi...

Tadi pagi kitorang ada kelas Kenegaraan kat Proton City. Nak tau? Aircond kat sana sejuk giler, masuk pintu utama je terus rasa sejuk. Rasa macam masuk shopping complex tapi lebih sejuk ckit kot.. Dah la kelas tu 2 jam, terpaksa la tahan sejuk. Lepas kelas terus balik kolej untuk lunch.. 

Pukul 2 ada kelas Wacana Akademik Bahasa Melayu plak. Kitorang ada forum tadi. Sepatutnya last week dah mula tapi lect terlupa, so tadi dah mula. Group kami dapat giliran ke 4 tapi oleh kerana salah sorang dari group 3 tu tak sihat maka terpaksa la group kitorang yang mula dulu. Aku memang xda berlatih sangat sebab aku rasa aku bole buat dengan bersahaja tapi tak sangka plak bila dah pegang mic terus idea yang mula-mula tadi melimpah ruah tiba-tiba hilang begitu saja. Kelu lidah beb... Balik2 tersasul.. Hadoi laaa~~

Tapi xpa, lepas ni ada forum Kenegaraan plak.. Hope boleh buat yang lebih baik lagi la.. Okehh la, nak tido dulu. Esok ada kelas kul 8, kena bangun awal la jawabnya.. Huhuhu... Nite2 u ols.. :)



Pink gitu.. XD
Ni masa kat kelas @ Proton City. Nampak lobang idung aircond yang besar tu?? hehe..


Anne Nurain