Assalamualaikum & salam sejahtera! ^__^
Berita ni aku baca kat paper Daily Express versi BM kemarin.. Tertarik mo share sebab kadang2 ada yang ndak alert berita begini takut huru-hara jadinya nanti.. Ni ada 2 berita mo share ni..
Berita 1
KOTA KINABALU : Orang ramai di nasihati agar tidak panik jika mendengar siren amaran tsunami kerana ujian akan dijalankan di kawasan Safma dekat pasar basah di sini, pada 21 Jun ini.
Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata sebuah syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja menyelenggara siren itu akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan sistem tersebut berfungsi dengan sempurna.
"Saya tiada maklumat mengenai masa sebenar tetapi siren itu akan diuji pada 21 Jun. Kerana itu, saya berharap penduduk bandaraya dan orang ramai yang terdengar bunyi siren itu agar tidak panik"..
Jabatan Meteorologi bertanggungjawab terhadap pengendalian siren amaran tsunami tetapi kerja2 penyelenggaraan dilakukan oleh syarikat swasta itu.
Aku share cni sebab ada antara kita yang ndak alert sama benda2 gini ni.. Tau la kan, budaya membaca d kalangan rakyat Malaysia ni masih kurang.. Kamu rasa dalam ramai2 orang yang kamu tengok d bandar tu, berapa peratus yang ada membaca especially newspaper?? Mesti kamu pun pikir ndak ramai kan??
Len lagi yang selalu online ni.. Mungkin ada antara kita yang online hanya untuk buka fb, men game, download etc tapi ndak plak peka dengan apa yang berlaku d sekitar kita.. Sudah dengar siren baru kelam kabut berlari selamatkan diri, padahal testing jak tu.. Hahaha..
Kalau berita2 kat Sabah ni lambat betul kalau online.. Aku buka website Daily Express tadi pun lum update lagi. Ntah berita bila lagi yang ada d website nya tu.. So, better u beli news paper d kedai laa..
Jangan ada orang mati terkejut gara-gara siren tu baru la ada update d website ny.. Kan da terlambat tu?? hehehe... I hope ada jugak la pihak berkuasa yang sebarkan ngan orang ramai terutamanya yang ada dekat2 kawasan pantai tu.. Sana memang ramai orang sebab shopping mall d KK ni semua dekat2 pantai kan??
Wawasan Plaza, Centre Point, KK Plaza, Wisma Merdeka, Suria Sabah & Waterfront.. Tempat ni memang jadi tumpuan orang ramai tak kira la orang tempatan, pelancong dan pelancong tanpa izin jugak... Hohoho...
Berita 2
Okehh, berita seterusnya plak pasal BELANGKAS.. Mesti kamu tertany-tanya, kenapa dengan belangkas? Apa salah c belangkas? Apa tu belangkas?? <--- Erkhh?!!
hai, nama saya BELANGKAS.. ^__^
Orang ramai dinasihatkan agar tidak memakan belangkas kerana 2 orang telah meninggal dunia masing2 pada 4 dan 6 Jun lalu, dipercayai setelah memakan binatang laut itu yang diambil dari Teluk Marudu, Kota Marudu.
Pengarah Perikanan Negeri dan Timb. Pengarah Kesihatan Negeri dalam satu kenyataan bersama Khamis lalu, berkata 18 orang dari 3 keluarga juga dipercayai telah memakan belangkas, kemudian dirawat di Hosp. Kota Marudu kerana menunjukkan kesan keracunan makanan.
Belangkas boleh mengeluarkan racun secara bermusim khususnya ketika musim mengawan.. ~~Aiyooo...
Kajian menunjukkan bahawa isi, telur hijau yang tidak menetas, testis dan sebahagian organ dalaman belangkas boleh mengandungi paras tinggi racun yang dipanggil Tetrodotoxin, yang boleh membunuh dengan menyerang saraf mereka yang memakannya. Ia sama dengan toksin yang ditemui dalam ikan buntal.
Simptom2 yang biasa bagi keracunan jenis ini ialah kejang perut, loya, muntah, sakit kepala, pening, penurunan suhu badan, bibir kebas dan keadaan lemah. Dalam kes2 teruk, mangsa mungkin tidak dapat membuka mulut atau bercakap, rasa panas d bahagian mulut, kerongkong dan perut, rasa kebas pada otot, air liur berlebihan, pening dan tidak sedarkan diri.
Orang ramai juga dilarang mengambil belangkas dan menjualnya sebagai makanan...
Hah, dah baca?? Jangan makan belangkas tau!! Aku ndak mau la ada antara kawan2 atau sedara2 kita yang keracunan gara2 encik belangkas ni.. Jangan la ambik belangkas tu, biarlah dorang mengawan dulu.. Hakhakhak....
Anne bilang :: Risau dengan kes rogol yang makin banyak d surat khabar ni.. Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Aminnn...