Bakal Mak mertua, saya dah pandai anyam ketupat.. hihihi


Assalamualaikum..


Yaaa... tu diaaa!! Sebelum tido tangan ni gatal lagi pegi taip blogger.com, pegi jenguk2 follower dah berapa riban walopon sebenarnya tak sampai tahap riban lagi, riben pon tak.. Aku saja je nak tengok kot2 ada komen yang nak di publish.. Pahtu blogwalking la kejap, cuci mata tengok blog orang len..


Tadi pegi makan ngan Mr. Min lagi. "Lagi" tu sebab entri sebelum ni pon aku cerita pasal pegi makan & lepak2 dengan Mr. Min. Harapnya takda la yang muak ye? Kalau ada rasa nak muntah2 tu, haaa.. Adalah tu yang kena.. hohoho..


Aku saja ja nak makan kat luar. *walhal aku malas masak* hehehe.. Lagipun lusa aku dah balik Sabah. Mr. Min plak beraya sorang2 kat sini.. huhu.. Rasa tak sampai ati ja nak tinggalkan dia kat sini tapi keluarga ku lebih perlukan aku.. Perghhh.. Ayat dramatik yang amat. Memang la keluarga aku perlukan aku, kalau aku takda memang takda la kuih raya taun ni. Memang akan kurang la anggota gotong-royong bersihkan rumah & akan kurang la jugak makhluk2 yang akan melantak ketupat rendang mak aku.


Satu hari ni kat opis keja kitorang buat props untuk photoshoot raya fakulti kitorang. Tapi takdak plak aku amik gambar. Memang happening la kat opis tadi. Awal2 tu ramai staff takdak sebab diorang pegi gotong-royong masak bubur lambuk. Kitorang budak praktikal ngan 2 orang technician ja yang tinggal jaga opis. Sebelah petang baru ramai. Aku ngan Tihah buat props, Mr. Min ngan Shamsul plak buat ketupat. Terer tak diorang buat ketupat?? Opkos la terer.. Sebab aku yang ajar. Muahahaha.. 


Aku pun baru ja semalam belajar buat ketupat ni. Masa berjaya buat tu, ya Allah, happy yang amat. Macam perasaan masa mula2 dapat U dulu. Haa,gitu plak kan? Tapi memang happy sangat la sebab dah bertahun2 aku belajar buat, baru semalam aku berjaya menganyam seketul ketupat riben. Ni balik kampung nanti bolehlah offer diri sendiri untuk buat ketupat. Mesti mak aku bangga dengan aku ni. Lagi satu, dah boleh tambah satu lagi ciri-ciri menantu pilihan mak mertua sebab dah pandai anyam ketupat.. Kehkehkeh..


Dah habis luahkan perasaan bangga diri  ni tetiba rasa mengantuk pulak. Haha.. Okei la, tido2 nanti tak terbangun time sahur plak. Esok ada sesi photoshoot raya, pahtu petang plak majlis berbuka posa ngan staf fakulti kitorang. Jom pakai baju raya taun lepas esok!! hohoho..




Apa beza dating ngan lepak? Ce jawab..


Assalamualaikum semua.. :)


Hari dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu.. Kejap ja dah nak habis posa.. Untungla sapa yang dapat posa penuh kan? Jeles i taww!! Muehehehe.. Agak gedik d situ.. Takpa, abaikan..


Sementara menunggu Running Man ep. 156 habis download, tangan ni rasa gatal-gatal plak nak menaip. Ada ja yang nak ditaip. Pastu kalau aku tak luahkan apa yang aku fikir sekarang ni mesti masa nak tido nanti susah tido. Contohnya macam semalam. Dah dekat pukul 2 aku tak dapat tido lagi. Ntah kenapa susah sangat nak tido. Macam2 yang aku pikir. Pikir pasal balik kampung nanti, pasal report LI, pasal kuih raya apa nak buat kalau balik kampung nanti, pasal Ashraff Muslim yang kawin lagi satu. Eh, tetiba plak.. *__*


Semalam pegi lepak ngan Mr. Min. Oh ya, kami bukan dating yep? Kami pegi lepak, santai-santai sambil minum-minum & makan kentang goreng. Eh, tu bukan dating jugak ke namanya? Bukan kot.. Hahaha..


Aku ngan Mr. Min selalu kuar gi makan ja. Kalau gi jalan-jalan jaaaaarang sangat2. Lagipun kan kami ni duk kat Tanjung Malim? Apa sangatlah yang ada kat TM ni. Paling-paling pun kuar jenjalan gi pasar malam setiap hari Sabtu. Eh tu bukan jenjalan, tu pegi beli stok barang dapur.. Wahh, bunyi macam laki bini pegi beli barang dapur kan? *Perasan laki bini jap* hahaha..


Terus teringat masa dulu2 kat poli Kuching. Dulu la sangat kan? Eh, tapi memang dah lama pun. Kitorang habis diploma tahun 2009, sekarang dah 2013. Sila kira sendiri dah berapa tahun tapi jangan kira umur aku dah berapa. Hahaha.. 


Asal stok makanan & barang keperluan peribadi dah habis mesti ajak Mr. Min pegi bandar. Tak pun gi pekan yang berdekatan. Dia kan ada motor, aku ni beskal pun tarak.. Mr. Min ja la harapan aku.. Macehh Mr. Min. Sayang ko lebih.. Muehehehe~~


Rasanya dating tu lebih kepada pegi jenjalan makan angin kot. Contohnya jalan2 tepi pantai, sana kan banyak angin? Eh, gitu pulak kan? Haha.. Kesimpulannya, layakkah Elfira Loy jadi heroin citer Demi Dia? Sedangkan Nora Danish kemungkinan akan beraya dengan Fasha Sandha taun ni?? Ni abang mekanik punya pasal la ni. 




Nak tau apa cerita pasal abang mekanik ni? Ce tengok SINI cepat.. hehe..



Jom sihat & cantik dengan Blinq Beauty Drink!
100% produk muslim dan bumiputera..
Berasaskan pemakanan sunnah..

Tutorial : Letak imej di footer blog


Assalamualaikum & selamat pagi uollss~~


Sejak 2 menjak ni aku jadi rajin plak nak buat tutorial blog..
Adakah gejala ini disebabkan oleh keboringan-takda-keja-kat-opis??
Mungkin jugak la.. hehe..

Tutorial ni simple sangat2..
Contoh macam dalam kotak merah kat bawah ni.




1. Sebelum tu, pastikan korang dah expand semua coding tu ye? Untuk dashboard baru ni kan dah takda "Tick to expand widget", so korang kena cari arrow kecik kaler itam macam kat bawah ni. Klik je semua sampai jumpa coding yang berkenan di hati & sanubari korang.. hehehe~~





2. Cari coding ni, <footer> . Kalau malas nak scroll, tekan ja Ctrl + F, masukkan kan coding ni pastu Enter.


3. Dah jumpa? Lepas dah jumpa tu, silalah copy & paste coding ni kat bawah <footer> tuh..

<center><imgsrc='URL GAMBAR' style='width: 1000px; height: 300px;'/></center> 

URL GAMBAR - sila ganti dengan url gambar yang korang nak letak
Width - Lebar gambar tu
Height - Tinggi gambar tu.


Hah, camni la rupa bentuk coding yang telah dipastekan kat bawah <footer>


4. Preview dulu, kalau dah ok baru save..


Amacam?? Boleh ikut tak?? Kalau tak dapat, komen cepat. Biar Cikgu Anne ajar korang.. kehkehkeh..



Tutorial : Scroll box untuk Bloglist & Archive

Assalamualaikum & salam 17 ramadhan.. ^__^


Posa tak hari ni??
Jangan tak posa tau? Especially orang lelaki, pompuan takpa, ada cuti khas.. hehehe..

Hari ni aku nak buat tutorial pasal nak letak scroll box kat bloglist.
Aku memang nak buat scroll box kat bloglist aku sebab leceh la nak klik Show all tu..
Kena scroll jauh sampai bawah blog sebab bloglist aku kan banyak.. 
hehehe..

Senang ja nak buat ni.


1. Macam biasa la, pegi DASHBOARD > TEMPLATE > Edit HTML.
2. Klik Jump to widget, then pilihlah bloglist mana satu yang korang nak letak scroll box.




3. Nampak yang aku gariskan dengan line merah tebal kat gambar bawah ni? Tu lah nama bloglist korang. Lepas tu, cari coding yang macam dalam petak. 


4. Jumpa tak?? Kalau jumpa, korang just gantikan coding tu ngan coding yang kat bawah ni.

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>


5. Height tu untuk tinggi scroll box korang. Ubahlah ikut suka hati & jiwa raga korang ye? Preview dulu, kalau jadi macam kat bawah ni, baru save tau??



6. Coding atas tu pun boleh guna untuk semua widget. Contohnya macam yang aku buat kat Archive ni. Asalkan korang ada jumpa coding <div class ='widget-content'> kat dalam widget tu, mesti boleh guna punya.. hihihi..



7.  Selamat mencuba!! ^___^



Tutorial : Tukar font blog cara mudah


Assalamualaikum..

Rasanya ni first time aku buat tutorial. Biasanya aku buat ja sendiri kat blog, malas mo buat tutorial.. Aku ni kan pemalas orangnya. Hahaha~~

Tadi jalan2 la pegi satu blog ni, sekali aku tertarik la plak dengan font yang blog tu guna. Ala, font Century Gothic ja pun.. Takda spesel sangat.. hehe..

Okei, jom start!

1. Buka siap2 korang punya HTML editor.. Cane?? Pegi DASHBOARD > TEMPLATE > Edit HTML.



2. Lepas tu cari  <head>. Biasanya coding ni ada kat bahagian atas, senang je nak carik.


3. Bila dah jumpa kepala (<head> la) tu, boleh la paste @ tampalkan coding seterusnya ni kat bawah <head> ..
<style>
h3 { font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:22px;} 
.post-body { font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:35px;}
.sidebar {  font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:14px; }
</style>

- h3 tu untuk tajuk post korang.
- .post-body plak untuk font dalam entri @ post.
- .sidebar tu untuk sidebar la.kekeke~~
- nama font tu bolehlah tukar ke font yang menjadi idaman kalbu korang.
- saiz tu bolehlah adjust, nak kecik ka, besar gedabak ka.. Terpulang.. :)

4. Dah siap tu bolehlah preview template. Jangan save dulu tau? Dah puas hati baru save.

5. Selamat mencuba! Kalau tak jadi jangan ragu2, jangan segan, jangan malas, silalah bertanya. Kalau tak bertanya kang sesat jalan plak kan? hehehe..



SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI

Assalamualaikum..





Hari ni rasa rajin plak nak join segmen2 ni.. 
Segmen ni khas untuk sapa-sapa yang selalu share iklan Churp2 @ 8Share tapi earning tak bergerak langsung.. Hehehe..
Korang just buat entri je pastu tepek la link iklan korang kat dalam entri tu tapi terhad kepada 5 link je tau??



Korang kena jujur ye? 
Takleh tipu2 kata dah klik tapi sebenarnya tak klik pon..
Hihihi...



Aku dah, korang bila lagi??


Assalamualaikum..

Macam biasa, sebelum tido update blog dulu. hehe.. Bulan posa ni mestilah tidur awal, nanti tak terbangun time sahur tak ke naya. Habis la lauk pauk yang aku masak tadi tak termakan. Ceh, bunyik macam banyak sangat lauk pauk tu ya? Padahal ayam goreng ngan sayur sawi goreng ja.. Kehkehkeh..


Sekarang hati ada sikit senang.. Sebab apa?? Sebab aku dah beli tiket balik kampung!!! Hoyehhh... Tak yah pening2 kepala lagi nak pikir bila balik kampung. Aku pun dah jumpa supervisor kami tadi, nak mintak kebenaran balik awal atas alasan tiket flight mahal. Tapi memang betul pun, nasib baik dapat tiket murah 1 Ogos tu. Tarikh2 selepas tu suma mahal2.. Dalam mimpi ja la mampu tiket mahal gitu. Tiket balik sini pun dah beli.. Aku balik 10 Ogos, bersamaan hari Sabtu. Nak balik Ahad tapi.... Tiket mahal sangat2..


Tapi yang tak bestnya, aku balik sendiri. Min tak balik Sabah raya ni.. T____T


First time la ni balik Sabah sorang2... Wuwuwu~~  Kalau la boleh seludup Min masuk dalam bagasi kan best. Hehehe.. Sampai sekarang masih berharap supaya Min pun balik kampung. Kesian la kat dia nanti raya sorang2 kat sini. Masa diploma dulu bolehlah dia tak balik raya sebab kawan2 dia pun x balik jugak. Tapi tahun ni dia sorang2 ja.. Min, jom la balik.. huhuhu~~






Jom sihat & jelita di Hari Raya dengan BlinQ Beauty Drink!!
Minuman untuk kecantikan & kesihatan.
100% produk muslim & bumiputera..

Usha baju raya jom!!

Assalamualaikum & salam ramadhan yang ke 14~~

Dah 2 minggu kita berpuasa kan? Dats means ada 2 minggu lagi nak raya!!!! Hoyeaaahhhh!!!

Hahh, tu diaa~~ Semangat gila aku kan? Tapi yang sebenarnya aku dalam dilema ni.. Aku sekarang buat latihan industri (LI) kat fakulti.. Fakulti aku kat Perak, kampung aku plak kat Sabah.. Nak balik Sabah kena la beli tiket flight kan?? Takkan nak naek sampan balik Sabah kan?? TAPI, yang bikin aku pening sekarang ni.. Tiket flight mahal yang amat!!! Uwaaaa!!! Tanak raya sorang2 kat sini.. Nak balik kampung!! 

Padahal sebelum ni aku cakap kat mak aku yang aku malas nak balik sebab tiket mahal.. Pergi balik ja dah seribu lebih. Kalau nak murah sikit kena la balik awal dari tarikh  yang sepatutnya cuti.. Tapi bila pikir2 kan balik, tak sanggup la nak tinggal sorang-sorang kat umah sewa tu sambil dengar lagu raya.. Confirm nanges air mata darah ni nanti.. T____T

Tapi abaikan tu semua. Sakit kepala ja pikir.. Nanti aku pikir lagi laa.. Sekarang jom kita usha baju2 raya dulu.. Ni satu terapi jugak ni untuk hilangkan tekanan kemungkinan tak dapat balik beraya.. Hehehe..


Peplum Kurung Collection

Putih suci..
Boleh buat baju nikah ni..
hehehe

Auww.. Combination color yang ohsemm..

Ni pon sama..  Mai peberet kaler..

Ni pon cantik.. Aku tak penah lagi ada baju kaler kuning.. hehe

Purple yang gojes..

Wahh pink kalerrr!!


Hah, amacam? Cantik tak? Bestnya kalau leh beli semua baju2 ni.. Tu diaa, tamak haloba sungguh.. Kalau korang berminat ngan baju2 ni boleh lah jenguk2 kat page Gojess Boutique. Ada banyak design & kaler lain lagi kat sana.. Ni kira tolong promote gak ni.. Moh ler support bisnes aku & kawan aku ni.. Hehehe..




Blinq Beauty Drink.. Jom cuba!!


Assalamualaikum & Morning uollss~~



Dah pernah dengar tak pasal Blinq Beauty Drink ni? Produk ni dah makin mendapat sambutan tau? Ianya 100% milik Bumiputera dan jugak produk Muslim. So, takyah ragu-ragu kalau nak cuba.

BlinQ Beauty Drink ni mengamalkan makanan sunnah dan tersangatlah sesuai diamalkan dalam bulan Ramadhan ini. Manfaat menarik yang korang leh dapat adalah kulit menjadi berseri dan segar, rekah-rekah ditumit mula pudar, kesan parut semakin pulih.. Selain tu, BBD ni jugak dapat membantu mencerahkan kulit. Pemanis Stevia digunakan untuk menggantikan gula membuatkan BlinQ selamat diminum oleh mereka yang menghidap kencing manis.

Antara kandungan BBD ni ialah :

SOURSOP               : Anti Kanser No1, lebih hebat dari kimoterapi
MADU                    : Meningkatkan Hemoglobin & Mencegah Anemia
KURMA                  : Sumber Tenaga & Protien semulajadi yang tinggi
DELIMA                  : Anti-Oksida yang Terbaik
STEVIA EXTRACT   : Pemanis Semulajadi Tanpa Kalori
HABBATUS SAUDA : Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”. Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb. Ia mampu merawat penyakit tersembunyi didalam badan

Blinq Beauty Drink Juga Mengandungi Glutathione, Marine Collagen Dan Vitamin C yang tinggi..

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkannya sekarang! Harga BBD ni just RM 150/30 sachet.. TAPI, sekarang ada promosi sempena bulan Ramadhan, so harga promosi ialah RM 135 sahaja + free gift. Sebarang pertanyaan boleh la komen @ SMS ke 010-2832757.




Think before upload.. Ceh, dah macam kempen plak...


Assalamualaikum & salam ramadhan semuaaa~~



Awak, awak tau tak hari ni hari apa? 
Hari ni hari Selasa.. 
Maknanya... 
Dah seminggu kita berpuasa.. 
Yeaaaahhhh... 
Dah seminggu dah...............



Okei, done with the parody Budak Baru Couple Seminggu. Hehehe... Femes betul video adik tu kan? Mula2 tengok video tu memang dah boleh agak benda tu akan jadi viral kat FB. Nasib ko la dik, sayang sangat kan kat bf seminggu ko tu.. Kan dah kena bash.. Isk.. Isk.. Isk.. 

Kalau ya pun sayang takyah la nak upload video bagai.. Buat je video pastu simpan kat laptop @ hp buat harta karun. Nanti dah tua2 nanti boleh la tengok balik video tu pastu bolehla imbas kembali zaman2 jahiliah adik tu..

Aku pernah jugak buat video untuk Min tapi aku x tunjuk kat sapa pun. Kenapa tak tunjuk? Sebab aku MALU. Lagipun benda tu adalah private life aku. Takkan nak tunjuk kat orang lain kan?? Takda sapa pun yang tau aku ada buat video untuk Min. Lepas rekod video tu aku terus delete.. Rasa tak patut je nak buat video cam tu, lainlah kalau buat untuk suami kan? hehehe.. 

Kita takleh jugak nak salahkan orang-orang yang bash adik tu sebab semua orang ada hak nak komen. Lagi pun Facebook tu kan laman sosial, Youtube plak tempat share video yang membenarkan user meninggalkan komen. Dua2 ni adalah suatu tempat yang open & ada ramai manusia kat dalam tu. Upload la apa saja confirm akan ada orang komen, like & share. Lain lah kalau orang yang upload tu seorang yang FOREVERALONE.. Takda lah orang nak kisah kan? Hehehe.. 

So, moral of the story, jangan lah upload benda-benda yang tak berfaedah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Kalau pun nak share jugak, share la dengan orang-orang yang sepatutnya. Jangan publickan kalau tak nak kena bash kaw2 punya. Just remember, kat dunia ni ada macam2 jenis orang. Ada yang kisah, ada yang takisah & ada jgk yang terlebih kisah. Dan realitinya, yang terlebih kisah tu sangat ramai bilangannya.. 




Anne Nurain