Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t


[ tekan banner untuk join ]


Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.

1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014


Jom join ramai-ramai!! Sumpahh simple bangat nihh.. Hehehe..


The Liebster Award from Niesa Lovecrew

Assalamualaikum...


Holaaa guys!!!
Rehat jap dari buat esaimen.. Hehehe..
Hari ni nak jawab soalan dari Niesa pulak.. 
Dah lama kena tag tapi baru hari ni berpeluang nak jawab..
Maapkan akak ye dik?? Hihihi..




1. Tempat yang korang nak sangat pergi?
- Ada baaaaaaaanyak tempat tapi untuk masa terdekat ni nak sangat pegi Langkawi & Cameron Highland.. Langkawi sebab nak naik keta kabel. Cameron Highland pulak sebab nak jenjalan tempat sejuk sambil makan stroberi.. Hehehe..


2. BLOGGER yang teringin sangat korang nak ajak g date dan kenapa?tak kisah laki ke perempuan.(jeng,jeng,jeng,hahaha)
- Hmm.. Ramai sangat.. Nak jumpa +Sally Samsaiman sebab nak mintak dia belanja makan Korean food.. Ahahahaha.. Pastu nak jumpa +Aqilah Azmi (yang omey) , +Khairunnisa Dahalan (orang yg tag aku.haha..), +Nuriesya Nadia (bride-to-be yang cool) and ramai lagi la.. Yang tak tersenarai jangan lak kecik ati ye? Hehehe..


3. Antara perangai pelik korang?
- Suka bau hujan & bau beras.. Hahaha.. Ekceli, aku suka bau alam semulajadi.. Bau tanah pun best.. Hehehe..


4. Hadiah hari jadi yang di idam-idamkan.
- Belanja makan yang sedap-sedap everyday selama setahun.. Ohmaiiii... Heaven sungguh kalau ada yang bagi hadiah macam ni.. Hahaha..


5. Ciri-ciri pasangan idaman (nak jugak tanya. Haha)
- Ehem.. Ehem.. Kalau nak yang tough macm abang Niesa bolehh?? Hahaha.. Gurau je.. Kalau boleh nak yang tinggi, ensem ke tak belakang kira, asal sedap mata memandang dah la.. Ensem sangat pun susah hati je nanti.. Pastu suka kucing, suka budak-budak, hormat orang tua, rajin, beriman, bertanggungjawab, selalu tegur salah silap aku & paling penting boleh jadi bestfriend aku..

Omoo, panjang la plak jawapan ni.. Hahaha..


6. Warna yang paling korang tak suka?
- Takda, aku suka semua kaler! Hehehe..


7. Bila marah,korang buat apa?
- Diam, bertenang, bersabar & kalau dah tak tahan sangat i'll just cry then legaaaaaa.. Hehehe..


8. Korang seorang yang.....?
- Penyabar (kawan yg cakap la.. hehehe..)
- Suka makanan sedap2.. Yummyyyy!!!
- Ketawa sampai kadang2 tak ingat dunia.. Hahaha..
- Suka tidur.. Biar esaimen tak siap, yang penting tidur.. Hehehe..
- Tak suka ulang benda yang dah cakap.. Kalau nak ulang jugak, tunggu la hembusan naga berapi dari aku.. hahahaha...


9. Salah satu makanan kegemaran.
- Aku suka soalan ni.. Niesa nak belanja akak makan ke nanti? Hehehe.. Suka coklat with kekacang, cheese cake, ciken burger, ayam masak merah, rendang ayam mak aku... Eh satu je eh? Hahaha...


10. 1 perkataan yang menggambarkan blog korang.hehe
- Pink!!! Muehehehe~


11. Komen ikhlas tentang blog niesa.
- Blog pink yang kemas & tuan blog yang rajin apdet blog + blog yang selalu dapat CPUV.. Ai is jeles.. Hahaha..



Akhirnya... Langsai dah hutang Liebster dari Niesa..
Ada satu lagi tag yang belum jawab..
Insya Allah, ada masa aku jawab k?
Takde masa nak buat soalan & tag blogger lain..
Hehehe..
Sekiannnnngggg.. ^____^


Wordless Wednesday ~32~ : I love.......

Assalamualaikum..





Sekian... ^___^

Ohh latihan mengajar...

Assalamualaikum...


Ekceli taktau nak update apa pun..
Tapi aku nak jugak update something kat blog aku ni..
Ye la, aku kan selalu busy sekarang ni.. Nanti blog ni terasa kurang kasih sayang pulak..
Eh, blog pun ada perasaan tau?? Tak caya?? Caya je laa~ Hehehe..


Sekarang ni kitorang dah dalam minggu ke-14 a.k.a minggu terakhir kuliah..
Minggu depan study week seminggu, then final exam..
Lepas final exam, baaaaalikkkk kampungggg!!!!!!
Tapi tak boleh nak happy2 sangat..
Orang lain cuti 3 bulan, kitorang cuti sebulan je..
Wuwuwuwu.. T____T


Kenapa sebulan je??
Sebab aku dan kawan2 yang sama batch ngan aku akan mula praktikum bulan Julai ni..
Tak tau praktikum tu apa?? Okeii, aku bagi bahasa mudah....


~ LATIHAN MENGAJAR ~


Student yang ambil bidang pendidikan wajib pegi latihan mengajar (LM) ni..
Kitorang start awal bulan 7 sampai la bulan 11..
Nervous tau tak??
Boleh ke aku mengajar ni??
Dapat ke tak nak sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tu??
Sekolah tu ok ke tak??
Dan macam2 soalan lagi...
Aishhhh...


Dag.. Dig.. Dug.. Di dalam dada~~
Jantung berdebar, hati berbunga.. Amboiii~~


Ewahh.. Nebes2 boleh lagi nyanyi lagu dangdut kan?? Hahaha..
Okei, nak sambung buat esaimen..
Padahal ngantuk macam nak tido je ni..
Hahahaha..

Mood kacau bilau..
Meh nak tepek gambo selpish waddepish sebijik..


Salam... ^___^


Review Drama : Hotel King (K-Drama)

Assalamualaikum..


Hai semuaaaa... Hehe.. Eksaited gila bila akhirnya dapat jugak aku apdet blog hari ni.. Kat entry sebelum ni aku dah gtau kan website untuk download drama Korea? Perasan tak gambar boiprengg aku kat hujung entry tu?? Yeahh, aku tau.. Tu bukan boipren aku sorang.. Ramai lagi yang mengaku lelaki tu boipreng diorang..Takpe, kita share okeii?? Hehehe..


Pernah tengok tak drama Korea yang bertajuk My Girl?? Kalau pernah, mesti korang kenal kan hero ngan heroin dalam cerita tu? Haaa, dalam drama terbaru ni diorang digandingkan sekali lagi.. Ohmaiiii... Aku memang suka sangat ngan couple ni sejak diorang berlakon sama2 dalam cerita My Girl tu.. Rasa macam nak cari balik cerita tu.. Hihihi..


Ok, first jom kita tengok the hero & heroin of this drama..

Haa kauu.. Besar gedabak punya gambar aku bagi.. hehe
Lee Dong Wook a.k.a Cha Jae Wan


Lee Da Hae a.k.a Ah Mo Ne


Drama ni bergenrekan romantik, melodrama dan jugak dendam.. Jarang2 aku layan drama genre melodrama & dendam kesumat ni sebab banyak sangat air mata & sakit hati.. Hehehe.. Tapi oleh kerana hero & heroin ni peberet aku, so aku layankan je la.. Walaupun ada 32 episod kesemuanya.. Gigih jugak aku men'download'nya pun.. 


Sinopsis drama : 

"This drama portrays the story of a heiress, Ah Mo Ne who lives a sheltered life like a princess but a catastrophe pushes her to do all she can to protect her h0tel. She and the general manager of the h0tel, Cha Jae Wan who appears cold on the outside but carries emotional baggage, fall in love. Cha Jae Wan and his mother were abandoned by his father. As an adult, he begins to work at a h0tel and becomes an enemy to his father who abandoned him."

Setakat entri ni ditaip, drama ni baru episod 12.. Bagi aku, drama ni memang best sebab watak hero dan heroin tu berbeza sangat. Watak Cha Jae Wan ni seorang yang dingin, penuh dengan dendam & sentiasa serius sepanjang masa.. Susah sangat nak tengok dia senyum dalam drama ni.. Hehehe.. Watak heroin pulak, sorang yang gila-gila, comel & agak berlagak sikit sebab dia kan anak pemilik hotel.. Hehehe..


Oleh kerana drama ni masih on-going lagi, so tak banyak la yang dapat aku ceritakan.. Moh ler kita sama2 menontonnya pun.. Kalau korang nak download, boleh cari kat link yang aku bagi kat entry sebelum ni.. Cari je kat website yang aku bagi tu.. Don't worry, English subtitle is available.. Hehehe..


Jom layan gambar ckit.. Hehehe..











Thanks for reading!! ^__^

Download Drama Korea

Assalamualaikum WBT..


Hai.. Hai semuaaa!!!!
Currently me is busy with Firman the robot..
Esok pertandingan dah.. Hari ni busy buat coding untuk gerakkan Firman..
Hehehe.. Tapi sempat pulak update blog kan?? Mihmihmih..


Okei, ni sebab ada cik anon tadi tanya pasal link nak download drama Korea ni..
Boleh rujuk entry yang ni, Tutorial download drama Korea..
FYI, website yang dulu tu dah takde link untuk download..
Website tu dah banyak kali kena delete..
Tapi oleh kerana kegigihan si tukang upload drama tu, dia buat lagi website baru..


So, here's the step on how to cari website tempat download tu.. 


1. Boleh klik kat SINI kalau nak pegi website tu..
Kalau tak dapat, boleh taip www.shunx.pw secara manual, k?


Kalau one day nanti korang tak jumpa website ni, korang try cara ni..
1. Ada akaun Twitter tak??
2. Kalau ada, sila follow Twitter Shun Hyung kat SINI..
3. Tak pun, cari Shun Hyung ni kat FB page dia kat  SINI..


Anything you can ask him there.. 
Nak tanya aku pun boleh..
^___^




Next drama review..........




Owhhh melting~~

CPUV : Oreo Better Together

Assalamualaikum WBT..


Alhamdulillah syukur sangat..
Hari ni buka2 je Nuffnang, tengok kat bahagian Earning tetiba ada CPUV baru lagi..
Kali ni dapat CPUV dari Oreo pulak..



Dah pernah klik iklan ni??
Comel je perbualan antara dua beradik ni kan?


Kempen ni dinamakan Oreo Better Together dengan slogan...

"Disconnect to reconnect with your family"

Nak join kempen ni boleh klik SINI untuk maklumat lanjut! :)


Semua pun tahu kan sekarang ni dah zaman gadget2 segala bagai..
Tapi yang tak bestnya, time makan, lepak, tengok tv pun nak jugak pi belek2 gadget tu..
Selalu sangat nampak time pegi makan ngan Min..
Duduk semeja tapi masing2 dengan smartphone diorang..
Apalagi, online letteww.. Mihmihmih..


Nasib baik Min tak pakai smartphone & phone aku pun takde subscribe internet..
Hehehe.. Lagipun kitorang kalau gi lepak memang tak minat nak sentuh2 phone ni melainkan nak tengok jam sebab aku takde jam tangan.. Hehehe..
Masa bersama orang tersayang haruslah digunakan dengan sebaiknya..
Its bonding time, so put away your gadgets..


Suddenly, I miss my family sooooo much!!
Harap dapat balik cuti semester ni nanti..
Huhuhu..


Thanks again Nuffnang & Oreo!!


Selamat Hari Guru!!!!

Assalamualaikum semua... :)


Asalnya ucapan ni aku taip kat pesbuk, tapi bila tengok ucapan aku makin berpanjangan maka aku pun buat la keputusan untuk publish kat blog ja..

Doodle Teacher's Day from Google


Semua orang ucap hari guru.. 
Rasa macam raya pun ada.. hehe.. 
Aku pun mo ucap jugak la..

Selamat hari raya, eh.. Selamat hari guru especially to my dad, cikgu Abdul Amin Amit .. 
Cikgu disiplin yg paling garang even dgn anak sendiri.. 
Tak lupa jugak utk my mom, cikgu ajar mengaji.. hehehe..

Ohh maiiiii.. Rindunyaaaa...


Dan untuk cikgu2 d SK Telisai, SMK Agaseh, lecturer2 d Poli Kuching, lecturer2 di UPSI dan semua insan yang bergelar pendidik..



Dengan ucapan....



Terima kasseeyyyyyy!!!!!!


Untuk bakal2 cikgu yang tengah menunggu posting, aku ucapkan semoga
cepatlah dapat posting.
Untuk bakal cikgu yang masih study tu, err.. Aku la tu.. Haha.. 
Semoga dipermudahkan urusan, cepat habis belajar & terus  posting..
Muehehehehe..


Bahaya sebenarnya nak buat ucapan hari guru ni..
Kang nanti ada yang tegur kesalahan tatabahasa la, kesalahan ejaan la..
Hahaha..
Seriously, aku sangat2 berterima kasih kepada semua insan yang bergelar pendidik..
Maaf la, aku tak pandai buat ucapan yang mampu menitiskan air mata & buat orang terharu..
Yang tu aku memang FAIL!!
Sori cikgu2 semua.. Hehehe..


The Liebster Award from Aimi Syafiqah

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaaa!!! Hari ni nak bayar hutang jawab Liebster Award dulu.. Kali ni dapat soalan dari blogger satu uni ngan aku tapi tak pernah jumpa.. Hahaha.. Blogger tersebut bernama Aimi Syafiqah.. Nama blog dia Mawar Khayalan.. Dia terer edit blog tau?? Nak blog cecantik, cecomel, kekacak boleh contact Aimi laju2 okei??



Okei, masa untuk jawab soalan!!


1. Nama Manja
- Takde kot sebab aku tak manja.. hahaha.. Cuma sesetengah orang panggil aku dengan nama Nang, iaitu nama yang family, Min dan bestfriend aku guna. 


2. Favourite genre of book and contoh buku.
- Novel cintan cintun. Muehehehehe~ Contoh, novel ahkak Melur Jelita & Acik Lana.. Selain itu, aku layan komik jugak especially Lawak Kampus.


3. Mana best? Zaman bebudak, zaman sekolah, zaman uni or zaman kerja? *Tu pun kalau dah kerja.* Bagitahu sebab kenapa.
- Semua best kot. Ada pro & kontra la.. Zaman bebudak takde masalah nak pikir, main je banyak. Zaman sekolah best sebab kat sana la aku jumpa bestfriend & BBFF aku iaitu Min.. Muahahaha.. Zaman uni pun best sebab boleh dapat kawan2 dari seluruh negara selain boleh join macam2 aktiviti & jalan2 ke sana sini.. Zaman kerja best sebab pengalaman jumpa dengan macam2 ragam klien.. Pastu best sebab tiap2 bulan duit masyukk.. Tetiba rindu nak keja balik.. Hehehe..


4. What are your interest or passion (Skema jawapan : As for me, I love arts, photography, poetry and philosophy.)
- I love food, nature & outdoor activities..


5. Vanilla of chocolate? | Coffee or Tea? | Novel or Poetry | Online or TV |
- Chocolate | Tea | Novel | Both online & TV.. Hahaha..


6. Moment terindah dalam hidup.
- Bila dapat berkumpul satu family.. Cliche sungguh jawapan kan? Tapi ianya benar belaka.. Sebab aku dari form 1 memang jarang ada kat rumah.. Lagipun adik-adik aku yang lain belajar kat tempat yang berasingan, memang susah la nak berjumpa 1 family.. Hehehe..


7. Your favourite quote (mutiara kata).
- Ada, tapi aku tak ingat.. Hahaha.. Tapi ada satu yang aku selalu ingat, "Sabar itu indah".. Ni lah ayat yang selalu aku ingat bila aku rasa down @ ada problem.. Hehe..


8. Application yang paling kerap korang gunakan dekat smartphone/tablet/laptop.
- Phone : Instagram, Whatsapp, Wechat, Instasquare, Dropbox
- Laptop : Adobe Photoshop, Photoscape, GOM Player, IDM


9. Apa benda yang korang cherish daripada korang kecik sampai lah ke besau? 
Skema jawapan: Bantal busuk. Selimut busuk. Napkin etc. Heheh^^
- Unfortunately takde.. Huhuhu.. 


10. What do you think of my blog?
- Kemas, comel sebab pink kaler.. haha..



Okehh selesai akhirnya.. Hehehe.. 
Kali ni takde la nak tag sesapa.. 
Tak larat nak tag dan buat 11 soalan lagi.. 
Hehehe..

CPUV : McDonald Hello Kitty Circus

Assalamualaikum...


Hai semua!!! Sihat tak?
Aku alhamdulillah sihat je tapi tengah sakit2 badan ni.. Huhuhu..
Minggu ni kitorang ada kejohanan sukan fakulti..
Aku jadi AJK pastu aku join jugak main bola jaring..
Penat derr.. Dah 2 semester aku tinggalkan bola jaring..
Bila dapat main, perghhh habis sakit segala otot sendi & tulang belulang aku..


Eh jap, bukan ni yang aku nak cerita.. Hehehe..
Sebenarnya aku nak berterima kasih yang amat dekat En. Nuffnang 
sebab bagi CPUV lagi kat aku..
Alhamdulillah, syukur sangat2..
Sekarang ni dah 3 CPUV yang on going kat blog picisan aku ni.. Hehehe..


Kali ni aku dapat cpuv dari McDonald Hello Kitty Circus..
Contoh macam kat bawah ni.. 
Psstt.. Kalau nampak klik la nanti ye? Hehehe..



McDonald ada kuarkan Hello Kitty versi Circus la pulakkk..



Comel gilerrr patung HK ni..
Aku nak yang mengintai kat tepi tu boleh tak?? Hehe..
Kalau aku yang beli sendiri mesti Min tak bagi..
Sebab dia cakap tu untuk kanak-kanak je..
Hukhukhuk.. Sedeyyy.. T___T


Okei, tu ja la yang nak cerita..
So, kalau korang singgah ke blog kesayangan aku ni,
rajin2 kan la klik segala iklan yang ada ni eh?
Aku nak kumpul duit, nak kawen cepat..
Hahahaha...


Okei, ada masa aku update pulak pasal sukan fakulti kitorang..
Esok pepagi nak buat montaj untuk upacara penutup nanti..
Entri pasal sukan ni nanti akan penuh ngan gambar2 syok sendiri & jugak gambar candid..
Muahahaha.. *Evil laugh*
Okei, take care uolls..
Iolss nak menidurkan diri sebab esok iolls will be busy..
Hekhekhek..
Salam.. ^___^



Nota : Entri ni ditaip sebelum tidoooo.. ZZzzzz~

The Liebster Award from Hunyieda

Assalamualaikum WBT..


Hai hai hai semuaaa!!
Sekarang ni wabak Liebster award ni dah merebak ke seluruh blogger kan?
Dalam bloglist aku dah macam semua post pasal Liebster award ni..
Aku pun tak terkecuali.. Hehe.. Aku kena tag oleh Niesa & Ieda...
Fuhh 2 orang tag, means ada 22 soalan nak kena jawab..
Oleh kerana Ieda yang tag aku dulu, so jawab soalan Ieda dulu.. Hihihi..



1. Describe yourself.
- Ermm.. Soalan umum macam ni yang susah ni.. Haha.. Okehh, nama sebenar Nurul Aini. Seorang ahkak yang perasan muda kerana hidupnya di universiti dikelilingi oleh kawan2 yang sangat muda dari dia.. Hahaha..

2. What is your feeling right now?
- Sekarang aku rasa neutral, tak sedih, tak emo, tak happy.. Cuma rasa kenyang je sebab baru lepas makan.. Hahaha..

3. Do you have secret admirer?
- Ntah, takde kot.. Kite tak femes la.. Hahaha..

4. The best moment in your life ?
- Ni sama dengan soalan esei BI aku sem lepas.. Aku rasa all the moment with my loved ones adalah yang sangat best dalam duniaaaa.. Muehehehe..

5. Social media favourite.
- Facebook, Instagram, Blogger opkoss.. hihihi..

6. Who people do love so much and why ?
-  Opkos la family aku, mak, bapa, adik beradik aku walaupun kalau jumpa asik nak gaduh, jerit sana jerit sini, buli suh masak itu ini.. Hahaha.. Lepas keluarga aku,, opkos la Min.. Mihmihmih.. My best boyfriend forever. Dia la yang selalu teman aku study jauh2.. Dulu kat Kuching & sekarang kat sini.. Doakan jodoh kami panjang ya? Hehehe..

7. What is your favorite movie or TV show?
- Running Man!! Muahahaha.. Aku jarang tengok movie la.. Nak ingat balik movie yang aku suka pun aku dah tak ingat dah.. Ke sebab aku ni memang pelupa? Hehe.. Transformer ngan Fast & Furious kot.. Hihi..

8. Favourite number, and why?
- Number 1 coz I want to be the 1 in ur heart.. Hahahaha... Gurau je.. Aku suka nombor yang banyak dengan simbol $$$ didepannya.. Hahahaha..

9. What is the most thing you always do before going to sleep ?
- Ikut keadaan.. Kalau kat kampung, aku suka borak2 ngan adik beradik aku sampai tertidur.. Kalau kat umah sewa ni pulak, aku suka cek Instagram.. Skrol2 sampai la aku rasa ngantuk yang amat.. hehehe..

10. What matters most in hate.
- Hate? Hurmm.. 

11. Honestly , describe my blog ?
- I like ur blog, pink giteww.. Hehe.. Pastu blog Ieda kemas, simple tak da widget2 yang serabut.. Hehehe..


Fuhh siap akhirnya.. Macam baru lepas jawab final exam je rasa.. Hehe..

Aku nak tag :



Pada mereka yang kena tag, its up to you nak jawab or tidak.. Nak jawab lambat sikit pun takpe.. Take ur time.. Hehehe.. So, ni 11 soalan untuk mereka2 yang kena tag oleh aku.. Mihmihmih.. 

1. Tarikh lahir & umur? Hihi..
2. Asal? Nyatakan alamat tepat.. Nak gi beraya nanti.. Haha.. Skema jawapan : Lahad Datu, Sabah.
3. Suka coklat tak??
4. Haiwan yang korang nak sangat bela.
5. Tempat yang korang nak sangat pegi & kenapa?? Bagi gambar pliss..
6. Lagu yang korang layan sekarang? Senaraikan 3 lagu je..
7. Menabung syiling tak? Bagi bukti bergambar pliss.. Nak compare ngan tabung aku.. Muahahaha..
8. Kelemahan diri korang?
9. Aktiviti mencabar yang korang teringin nak buat?
10. Boleh terima tak penggunaan 'aku' oleh tuan blog ni?? Hehehe..
11. What is your first impression about me?? Cehh soklan last baru speaking.. Haha..



Selamat menjawab semua!! :)

Alkisah follower dan bawal pelangi

Assalamualaikum WBT...


Hai semuaa!!!
Takde nak cerita apa pun sebenarnya..
Cuma terkezut jap.. 
Kenapa terkezzuuut??
Eh, bukan terkentut ye?
Hahahaha...


Hari tu follower dah 1000, tetiba tengok tadi, aik da jadi 999 balik?
Haaa sapa yang unfollow tu eh??
Cakap cepat, nak cari ni.. Hehehe..
Takde la, gurau je eh..
Tak kisah pun.. Hehehe..


Sebenarnya nak cerita pasal keyword..
Tadi tengok keyword yang hits kat nuffnang..
Ramai yang cari tudung bawal pelangi..
Tudung tu memang pemes tau?
Cepat sangat habis..
Ngan aku tinggal 3 kaler ni je..




So, sapa2 yang tengah cari tudung bawal pelangi tu..
Ni je kaler yang available tau??
Nak tunggu restock tak sure lagi bila.. Hehehe..
Berminat boleh sms/whatsapp nombor yang tertera kat gambar tu.. hihihi..


Okei, nak layan Running Man jap.. 
Sekian, wassalam.. ^__^



CPUV : OLAY AQ Lighthouse

Assalamualaikum & selamat hari Ahad..


Hai semuaaaaa!!!
Selamat berhujung minggu.. 
Bagi student, selamat berhempas pulas dengan assignment yang nak kena submit..
Especially aku la tu.. Tak sedar diri langsung..
Hahaha..


Oh ya, hari ni en. Nuffnang bagi surprise CPUV lagi..
Kali ni aku dapat CPUV dari Olay la pulak..
Terharu sangat.. Thank u en. Nuffnang..



Olay Aquaction ni khas untuk moisturize tau?
So, pada sapa2 yang ada masalah kulit kering tu boleh la try Olay Aquaction ni untuk kelembapan kulit yang berpanjangan especially mereka2 yang sepanjang hari duk dalam aircond ngan yang terdedah dengan pencemaran udara dan jugak cahaya matahari yang membahayakan..


Harap2 cpuv ni duk lamaaaa la kat blog aku..
mihmihmih...
Sekiannnn... ^__^


Cerita Firman dan robot

Assalamualaikum & hai hai korang!!


First skali, aku nak luahkan kegembiraan aku dulu..
Yeaaahhh hari ni hari Jumaat!! Esok cuti!! Hahaha.. 
Lega sikit, hari2 dengan kelas yang banyak suda berlalu..
Sabtu ahad adalah hari menyiapkan esaimen dengan tenang & kurang stress..
Hehehe..


Semalam cuti hari pekerja kan?
Ada la geng2 blogger tu buat gathering..
Amboiii... Syok kemahen korang ye??
Jelesssssss!!!!!!
Hahaha.. Gurau je.. :)
Ramai yang ajak tapi aku terpaksa tolak..
Sedihnyaaaaa.....


Aku busy sangat2 minggu ni & minggu2 depan..
Minggu ni prepare untuk sukan fakulti yang akan diadakan minggu depan..
Design poster, banner.. Pastu pegi print & tampal kat mana2 papan kenyataan yang ada kat kampus tu termasuk la kat keta dekan ngan prof2.. Hahaha..


Pastu minggu lagi satu kitorang ada pertandingan robotik..
Ni hah robot kitorang.. 
Semua sebijik je ghope dia, tapi time hari pertandingan nanti ada macam2 ghope sebab lect suh kitorang decorate robot memasing ikut tema SEMUT..




Kat dalam gambar atas ni robot Min ngan kawan dia..
Kemas gila diorang buat wayar2 tu semua..
Ce tengok robot aku camna..



Hahahahaha..
Memalukan sungguh!! Haihhh..
Nama je pompuan tapi serabut serabai je buat keje..
Takpe, ada seminggu lagi sebelum pertandingan..
Ntah camna la aku nak deko robot aku ni jadi semut..
Any idea?? Hehehe..


Eh tau tak nama robot ni Firman??
Hahahahahaha...
Nak tahu kenapa Firman?? Haa, baca SINI..


Ok, tu je.. Outttt.. 
Anne Nurain