Review drama Korea plak dah....

Assalamualaikum...

Sedari tadi buka blogger.com ni, cadangnya nak apdet blog tapi bila dah buka blogger.com terus tak tau nak taip apa. Padahal banyak benda yang ada kat pala hotak aku ni, cuma tak tau jak macamana nak keluarkan.. Kalau la blogger.com ni boleh translate apa yang ada dalam otak ni direct ke post editor ni kan best.. Aku menaip ni lambat sikit, sempat hilang idea.. Hehehe...

Cuti aku dah mula memboringkan diri ku. Rutin harian sama jak setiap hari. Bangun lewat, mandi, sarapan then tengok drama Korea sampai habis 16 - 20 episod satu hari. Sampai pening & sakit-sakit badan gara-gara posisi yang tidak menentu time menonton drama Korea tu. Tu belum tambah lagi dengan emosi yang juga tidak menentu sebab terlampau layan perasaan dalam menghayati jalan cerita yang sudah pasti penuh dengan pelbagai emosi. Ceh, panjang plak aku bermadah ya? Hahaha...

Baru nak masuk seminggu aku cuti, dah habis semua stok drama Korea yang aku download. King 2 Hearts, Rooftop Prince, Queen In Hyun.. 3 drama ni dah habis tengok and opkos la semua best-best belaka. Paling best Rooftop Prince. Sapa-sapa yang minat drama Korea tu bagus korang tengok ni cepat, best giler woo.. Giler pun tak best macam ni. Hahaha...

Hero-hero Rooftop Prince ^____^



Hero & heroin Queen In Hyun


Queen In Hyun pun best jugak.. Sweet sangat jalan ceritanya.. Rooftop Prince ngan Queen In Hyun ni ada persamaan sikit, dua-dua pasal hero dari zaman Dinasti Choseon yang tetiba dapat pegi ke masa depan. Pastu hero-hero nya pun ensem-ensem belaka. Ala, standard la kan drama Korea? Kalau hero heroin nya tak ensem & tak cantik, ko ingat ada kah orang nak tengok?? Kekekeke...

Opss! Dah jadi tukang review cerita la plak.. Hehehe.. Korang pun minat drama Korea ka? Jom la share-share drama apa yang korang tengok sekarang.. =)


10 comments:

  1. haha, aku setuju juga dgn fikiran ko yg blogger.com ni dapat translet apa lam otak kita then direct trus ke post. senang cita kan? hihi

    #wahhh rooftop prince! aku belum tgok. hari tuh main dekat tv,tapi aku wat derkk ka. mood korea aku lum kuar, sebab mood novel2 yg kuar. ehehe. nanti mo tgok lah jg :)

    ReplyDelete
  2. aku sukaaa tgk ni....
    ssssiiiuuuukkk

    ReplyDelete
  3. Kira Kekuri :: tu la, xda la menghadap laptop lama-lama sebab kehilangan idea.hehe..

    tbalik plak kita, aku mula2 mood korea, sekarang mood novel suda.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Dayang Syazwani :: siukkkk gilak kan? bole emosi sendiri2 time mnonton ni.. haha..

    ReplyDelete
  5. wahh, rooftop prince. miya layan cerita tu. best !

    ReplyDelete
  6. dah follow :) anyway saya tgk running man je :P

    ReplyDelete
  7. SYAH'IZZAT :: Thanks awak! =)
    running man paling best! siap ada collection dari ep 1 sampai the latest lagik.. hihihi..

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain