Bangun lewat punya pasal...


Hari ni dah hari selasa, lagi 3 hari aku keja kat sini. Friday will be my last day. Pastu aku nak enjoy sisa-sisa dan saki-baki cuti semester yang ada ni dengan berpoya-poya with my family di kampung dan tak lupa jugak Kanda ku & kawan-kawan rapat masa sekolah dulu.. Tak sabar plak rasanya.. hihihi..

Pagi tadi aku lewat bangun. Tu pun nasib baik tersedar pukul 7, kalau pukul 9 tadi memang aku tak pegi keja terus.. Hehehe.. Lepas celik ja aku terus memaksa otak ku yang aku amat pasti dan yakin sedang dalam keadaan mamai.

Hari ni hari apa ya?
Aku cuti ka hari ni?
Pukul berapa sekarang ni?
*tengok jam kat hp*
Hahh??
Aku dah lambat weyyyy...
*sambil lari laju-laju masuk bilik mandi*

Aku rasa hari ni la hari paling express aku bersiap pegi keja.. Bangun pukul 7.09, mandi (yang ni xda istilah express okehh??), bersiap lelaju.. Pakai tshirt lengan panjang yang tak ber'iron', tudung syria pastu pakai selipar-pink-yang-comel then... Tadaaaa... Pukul 7.35 aku dah ada kat luar tunggu bas.. Sampai opis kul 8 setengah, nasib baik bos belum sampai.. Hekhekhek..



6 comments:

  1. Haha.. buat apa mlm2 smpai bgn lwt? main mercun ke? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, pastu meriam buluh aku tak siap2 lagi ni.. risau.. ahaha :P

      Delete
  2. aku pulak, mati matian ingat hari nih hari isnin. buli2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ni la ni lau ndak sekolah suda.. hari ngan tarikh pun senang suda di lupa.. hehe..

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain