Baru ja tadi pegi fb ex-instruktor aku masa amik olahraga sem lepas sebab nak wish birthday kat dia..
Sambil-sambil tu aku baca gak la wishes dari orang lain..
Dan, tiba-tiba kening aku berkerut sampai sikit nak tercantum pastu anak tekak mula rasa loya yang amat serta ditambah lagi dengan otak yang ligat berpikir..
KENAPA?? WHY?? ANGAI?? BAKHET?? PORKE MIAMOR??
Nah kauu.. Keluar dah semua bahasa asing aku..
Aku tertanya-tanya..
Mesti korang pun tertanya-tanya kenapa aku macam ni kan??
Ekceli, memang dah ramai orang pertikaikan benda ni..
Dulu pun aku pertikaikan jugak tapi malas nak pikir sangat masa tu, so aku diam-diam ubi keledek ja la..
Tapi hari ni tahap curiosity aku dah naik ke tahap gaban dah ni..
HB
SHJ (ni baru jumpa tadi)
Kalau plain macam tu ja confirm korang tak tau kan apa kejadahnya makna huruf2 kat atas tu?
Tapi kalaulah hari ni birthday korang, then korang punyalah eksaited yang amat menanti dan mengharap kawan-kawan yang beriban kat fb tu wish birthday korang dengan ucapan-ucapan yang mendoakan korang..
TAPI bila tengok ja timeline, penuh dengan ucapan seperti diatas....
Apa ko rasa?? Oren??
Hahahahaha...
Hahahahaha...
Yes, aku nak tanya apsal korang ucap macam tu eh??
Mungkin kah sebab.....
"Malas nak taip panjang-panjang laa..."
"Eh, sukati aku lah nak ucap macam mana pun!! "
"Ok la tu daripada tak ucap langsung..."
"keyboard aku ada huruf tu ja..."
Atau korang ada jawapan lain yang lebih bernas dan boleh tercapai dek akalku??
Pendapat aku lah kan, cehh macam ja ada orang tanya pendapat aku kan??
Ahh tak kira, nak gtau jugak!! Huhuhu...
Orang-orang yang bagi ucapan birthday seringkas dan se'simple' HB ni macam tak ikhlas ja kan??
Bagus kau tak payah ucap la derrr..
Menyemak kat timeline orang je..
Sepatutnya, kita doakan la orang yang birthday tu dengan seikhlas-ikhlasnya..
Kalau kau rasa kau tak rapat dengan orang tu tapi kau tetap nak ucap jugak bagus tak payah ucap kalau setakat 2 huruf tu yang kau nak taip..
Maaflah emo sikit..
Just tertanya-tanya dengan orang yang suka buat macam ni..
Padahal bukan birthday aku pun..
Hohohohohoho~~
Hahahaha..Tue la pasal..dah lama perasan Benda nie..Huhu
ReplyDeletesamala..klu aku nmpk org ucap bgitu kan, mcm mo ja aku ckp, nda payah la ucap bah klu taip HB ja, taip la SDN BHD ka..ada pjg skt..hahaha..
ReplyDeleteaku selalu klu mmg time tuh teda mood mo ucap diam ja la, klu ada mood mo ucap ku doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, sbb aku pun klu birthday penting bg ku di doakan pjg umur, itula hadiah tidak ternilai (aku kan jg suda masuk umur kertu! hahaha)
itu la ba.. kdg2 mcm gatal jgk tangan mo mengomen begitu sama orang yg ucap hb tu.. tapi takut nanti bgaduh plak.. jadi mengomen d blog jak la.. hehehe..
Delete"keyboard aku ada huruf tu ja..." Hahaha :D
ReplyDeleteTahniah la siapa dapat HB : Hang busuk..kah kah
haha.. pasni klu dapat HB dr sapa2, mrh org tu trus.. haha..
Delete