Berjumpa lagi kita di hari Sabtu yang boring..
=_='
Seperti biasa, hari ni ada pasar malam kat Tanjung Malim.. Aku dari semalam lagi semangat nak pegi.. Dalam kepala dah rancang nak beli macam-macam.. Esoknya mesej la sorang kawan ni.. Kononnya nak ajak supaya ada jugak teman aku pegi pasar malam.. Faktor kenapa aku mesej kawan ni adalah kerana sem-sem lepas dia rajin ajak aku pegi pasar malam.. Dan semasa sem-sem lepas tu aku rajin jugak teman dia.. So, kononnya tadi mesej la dia dengan 38% perasaan yakin dan selebihnya lagi ragu-ragu.. Ragu-ragu sama ada si kawan tu tadi nak teman atau tidak..
Aku mesej pukul 11 kot.. Dia reply pukul 2-3 gitu.. Aku pun dah lupa, malas nak ingat balik.. Dengan alasan 'ada keja' dia menolak ajakan ku.. Aku pun redha ja la kan.. Orang tak dapat teman, takkan kau nak paksa jugak kan?? Aku bukan jenis yang suka paksa-paksa orang..
Waktu-waktu yang biasa orang pegi pasar malam tu adalah dalam pukul 5 sebab masa tu rasanya cuaca dah kurang panas sikit.. Masa dah dekat-dekat pukul 5 tu aku solat asar dulu la.. Tapi masa tu hati aku dah berbelah-bagi.. Macam malas ja nak pegi pasar malam sorang-sorang.. Masa aku baru nak baca Al-Fatihah di rakaat pertama, bunyi ringtone kat hp aku tanda ada mesej.. Ni yang buat aku susah nak khusyuk solat ni.. Asyik terpikir-pikir siapa yang mesej.. Kot2 ada hal penting kan.. Tapi kalau ada hal penting, mesti orang tu akan kol.. Sebaik ja aku habis salam terakhir, hp bunyi, ada orang kol.. Sekali jawab....... Kawan tu rupanya yang kol.. Ingat tanya aku dah pegi pekan ke belum ni sebab dia nak teman.. Rupanya nak KIRIM....
Aku takdelah jahat sangat sampai orang nak kirim pun aku tanak tolong.. TAPI.... Masa tu aku dah rasa down sangat.. Semangat yang sebelumnya membara, menyala-nyala bak obor sukan komanwel + obor sukan olimpik, masa tu dah hilang, lenyap, terbang entah ke mana.. Tetiba dia nak kirim ja.. Huhh.. Memang tak laa.. Sekarang masih not in the mood nak layan sapa2.. Siap menanam azam yang kejam..
"Kalau kawan tu nak minta tolong len kali, aku tanak tolong lagi dah..."
Jahat tak jahat hati aku kan?? TAPI..... Biasanya benda ni, yakni kekejaman ni hanya mampu bertahan 1 hari setengah cuma.. Kejap lagi kawan datang minta tolong itu ini.. Gerenti aku akan tolong.. Kenapa aku baik sangat?? Bagilah aku peluang jadi jahat sekejap...
Tapi tak la sekejam ini.. - credit to WeHeartIt |
pepatah melayu ada berkata, buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali..
ReplyDeleteso kalau nk buat baik pun, kalau ia membebankan, sila jangan ye.. :)
orait! baik la cik zwan.. sy igt nasihat tu.. hihihi..
DeleteHehe..sis pun gitu juga..tp kdg2 sis mls jgk main kirim2 ni..hahaha
ReplyDeletehaha.. sama la sis.. klu kirim 1 barang jak xpa, ni kalau mcm2 d kirim pastu lain2 tempat belinya, memang x kena layan jak kiriman orang tu.. ahaha..
Delete