Sem 3 sudahhhhhh...


Apasal tiap kali nak update blog ja aku terus rasa malas..
Time tu la aku rasa nak tido..
Aishhh...
Tapi nak paksa diri jugak coz banyak benda aku nak share kat blog aku ni.. hehe..

Hari ni dah genap seminggu aku kat Tanjung Malim and lebih tepat lagi, kat kolej kecintaan jiwa raga ku iaitu Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR)..
Aku datang sini hari Ahad lepas, naik flight MAS dari KKIA pukul 8 pagi..
Nyesal aku amik flight awal pagi, ngantuk weyy...
Aku sampai airport pukul 7..
Sampai ja terus kelam kabut turunkan beg pastu cari Kandaku coz flight kitorang sama.. hewhewhew..
Dalam kelam kabut tu tiba-tiba kaki aku terpele'ot..
Eh terpele'ot ngan terseliuh sama ke??
Ah lantak la, paham-paham sendiri la ye..
Nasib baik masa tu takde orang.. 
Aku gigihkan jugak berjalan sebab takut tertinggal flight and takut lambat check-in then duduk terpisah jauh dari kanda ku macam flight sebelum2 ni..
Muehehehehe...

Seminggu sebelum nak balik TM lagi aku dah rasa berat hati nak tinggalkan family aku..
Ni yang tak best kalau cuti lama sangat ni..
Rasa cam nak duk umah jak terus..
Walaupun umah aku takde TV, takde radio, takde hiburan langsung, sunyi..
Tapi kat sana ada mak, bapa and adik2 aku..
Aku bahagia di sana..
Boleh makan masakan mak aku hari-hari..
Boleh makan together-geder ngan dorang..
Boleh bergelak ketawa tanpa menghiraukan orang di sekeliling..
Boleh tidur sama-sama ngan dorang..
Ohhh.. Windunye kat family aku...
(Aww~~ Nak gedik2 skit boleyy?? hehehe..)

TAPI..
Takpe la..
Sabar ja la kan??
Aku datang sini nak belajar..
Belajar jadi cikgu yang bitara..
Ecewahhh...

Dan sekarang, aku dah masuk semester 3..
Sedar tak sedar dah setahun aku kat UPSI ni..
Cepatnya masa berlalu..
Cewah, cliche' nya ayat aku..
Hukhukhuk..

Harapan aku, semoga semester ni aku akan lebih gigih berusaha, rajin pegi perpustakaan(hehehe), pastikan pegi kelas dengan semangat yang berkobar-kobar walaupun kelas tu nun jauh kat kampus baru..
Semoga sem ni jugak aku akan jadi lebih matang, jauh lebih penyabar dari sebelum ni dan lebih kuat untuk berebut naik bas balik kolej.. Hahahahaha..



Sempena Syawal terakhir ni, (amboiiii, dah nak abis raya baru nak mintak maap eh??) aku nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin sekiranya pernah terkasar bahasa, terkomen yang tak patut, terlupa follow blog korang balik, ter'ignore' segmen2 serta GA2 yang telah ditag dan banyak lagi la salah dan silap sama ada sedar atau tak sedar..
Ampunkan la ekk??
^____^




2 comments:

  1. hehehe..slmt menyambung semester..ahha.
    wahh..sukala 1 flight dgn kanda ya..hihi

    ReplyDelete
  2. trimas2x.. :D
    haha opkos la.. kehkehkeh

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain