Warning :: Ni karangan 300 patah perkataan.. Nak baca jugak, sila teruskan..
Assalamualaikum dan selamat tengah pagi.. Camni punya wish pun ada eh? Apa-apa ja la~~ hohoho..
Dulu aku fobia, aku takut, aku trauma sangat dengan makhluk yang bergelar hanjeng.. Hahaha.. Anjing la, dog as in English ya murid-murid sekalian??
First, masa aku masih sekolah menengah. Aku kan tinggal hostel.. Aku ingat lagi, masa tu petang Ahad, baru lepas hujan. Aku p la jalan-jalan ngan dua orang kawan aku.. Takda la jalan jauh pun, area sekolah tu jugak. Masa nak balik gi hostel tetiba ada anjing gila kat depan. Cane aku tau anjing tu gila?? Aku takda la nak interview dia kan? Kalau aku interview pun belum tentu dia mau mengaku yang dia tu anjing gila.
Aku tau sebab anjing tu memang selalu berkeliaran dalam kawasan sekolah. Cara jalan pun tak betul, kejap ke kanan, kejap ke kiri.. Mabuk tapai kot.. Hahaha..
Nak dijadikan cerita, lepas nampak anjing tu aku ngan kawan-kawan aku terus berenti & berdiri tegak. Anjing tu datang dekat, siap dengan lenggang lenggok ala-ala model runway yang mabuk ja caranya jalan. Kawan aku yang sorang ni terus pecut tinggalkan kitorang. Sedangkan sebelum tu bukan main lagi cakap, "Jangan lari tau? Jangan lari.. Nanti dia kejar".. Tup tup.. Dia yang lari dulu.. Hampeh punya kawan.. Kami pun apa lagi, cabut la cepat.
Nasib baik masa tu takde aspura yang nampak. Semua dok tidur dalam bilik kot, maklumlah kan baru lepas hujan. Syok giler tidur sejuk2 macam tu kan?? hehehe..
Kitorang lari memang laju x hengat.. Nasib baik masa tu dah nak sampai hostel. Kitorang lari sampai gate aspuri pastu tutup pintu gate laju2.. Anjing mabuk tu just tengok2 ja kitorang dari luar.. Hampa la tu tak dapat main kejar-kejar ngan kami. Hahaha..
Masa tengah lari selamatkan diri dari anjing tu aku sempat la jugak toleh belakang nak tengok anjing tu.. Fuhh, time kejar kami boleh pulak dia lari dengan betul. Padahal sebelum ni dah macam zig zag cara dia jalan. Bayangan ekpresi wajah anjing tu sentiasa terbayang-bayang sampai la sekarang. Tapi aku dah kurang sikit takut2 ngan anjing ni.
Sampai la apa yang terjadi tadi..... Huk.. Huk.. Huk..
Tadi dalam pukul 9 lebih aku keluar nak jumpa Min. Aku jumpa dia kat depan kampus tu ja. Tapi kalau nak ke sana kena lalu ikut pintu belakang. Pastu kat lorong belakang rumah tu memang ada family anjing ngan puppy2 yang comel lagi demok. Selama ni kalau lalu dekat sebelah anjing tu, dia buat derk jak.
Tapi ntah la kenapa malang betul nasib aku tadi, anjing tu rasa terancam pulak ngan aku. Ingat aku nak kacau anak dia la tu.. Ishh.. Tak hengen aku!! Perasan ja lebih mak anjing tu.. Mak anjing tu tetiba ja halang jalan aku. Aku gerak ke kiri dia ikut, aku gerak ke kanan pun dia ikut.. Pastu aku gerak sebab nak ambik selipar, ingat nak pukul ja mak anjing ngan selipar aku. Tapi tetiba anjing tu "Woof!!" kuat-kuat kat aku. Siap dengan pandangan mata yang tajam lagi tu.. Boleh menang anugerah pelakon terbaik dah mak anjing tu. Lepas tu, mak anjing tu trus pegi tempat lain. Seram weyy, aku rasa macam mo pengsan jak masa tu. Lutut tiba-tiba jadi lembik.. Air mata pun automatik mengalir dengan lajunya.. Aku cepat2 pegi tempat Min..Min pun terkejut tengok aku menangis..
Padahal Min datang tadi tu sebab mo setel something (kami tengah perang dingin sebenarnya). Hekhekhek...Maka terjadilah sesi perbincangan yang di selang selikan dengan tangisanku yang ketakutan dengan nasihat & pertanyaan dari Min. Min siap suruh aku duduk lagi, mungkin sebab dia nampak aku dah lemah lutut, macam tak larat ja mo berdiri. Lepas dah ok sikit, Min ajak pegi minum kat kedai mamak. Sambung perbincangan lagi.. Hehehe.. Pastu kitorang dah OK, tak gaduh2 lagi dah, pastu Min hantar aku balik.. The End.. Hahaha..
Lepas ni aku dah tak berani nak lalu lorong tu sorang-sorang. Takut nanti mak anjing tu geget aku.. Seraaammmm.. Lepas ni kalau nak gi kelas terpaksa bawak kayu, senang sikit nak gertak anjing tu kalau dia kacau aku lagi. Hehehe...
No comments:
Post a Comment
komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~