KUKU. Sapa tau KUKU tu apa cepat angkat kaki.. Hehehe... Untuk pengetahuan korang, kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Fungsi utama kuku ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Yang ni suma pun mesti tau kn? Kalau ada yang x tau tu, bagus kamu cabut jak kuku kamu tu.Hahaha... Fungsi yang kedua ialah untuk memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh manusia. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.
ha, ni adalah bahagian-bahagian yang terdapat pada kuku kita.
Setiap bahagian pada kuku mempunyai fungsinya yang tersendiri dan boleh memnyebabkan kecacatan pada kuku jika rosak. Nah, lepas ni jaga la bahagian-bahagian kuku kamu tu ya? Hehehe...
Penyakit yang berkaitan dengan kuku
Kuku yang sihat. Macam kuku aku la ni tp kuku aku x la panjang pakai pngilat cam ni.. (malu mo upload kuku sendiri, tangan tak cantik la.hahaha)
Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal, menjadi longgar, dijangkiti fungus atau menjadi lebih buruk.
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
- Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
- Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
- Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
- Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
- Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
- Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
- Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Tips Penjagaan Kuku Tangan & Kaki
Produk-produk penjagaan kuku saja tidak cukup untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-
- Jangan salah gunakan kuku anda. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu. Yang ni aku tau,mesti ramai yang selalu salah guna kuku ni. Aku kadang-kadang jak... huhuhu...
- Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
- Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama. Jadilah seperti adik aku yang skema, cuci pinggan sikit je pun mau jgk pakai sarung tangan. huhuhu...
- Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam (jangan sesekali guna yang tumpul tau!) dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
- Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.
- Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
- Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
- Makan banyak buah-buahan dan protein.
- Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
- Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki harus discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
- Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.Sediakan tuala khas untuk lap keringkan kaki. Jangan plak tuala untuk muka kamu guna juga untuk kaki.. hehehe..
- Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
- Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
- Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
- Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
- Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
- Sapukan bedak khas untuk kaki.
- Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya. Bahaya tauk??
No comments:
Post a Comment
komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~