Aku dah, korang bila lagi??


Assalamualaikum..

Macam biasa, sebelum tido update blog dulu. hehe.. Bulan posa ni mestilah tidur awal, nanti tak terbangun time sahur tak ke naya. Habis la lauk pauk yang aku masak tadi tak termakan. Ceh, bunyik macam banyak sangat lauk pauk tu ya? Padahal ayam goreng ngan sayur sawi goreng ja.. Kehkehkeh..


Sekarang hati ada sikit senang.. Sebab apa?? Sebab aku dah beli tiket balik kampung!!! Hoyehhh... Tak yah pening2 kepala lagi nak pikir bila balik kampung. Aku pun dah jumpa supervisor kami tadi, nak mintak kebenaran balik awal atas alasan tiket flight mahal. Tapi memang betul pun, nasib baik dapat tiket murah 1 Ogos tu. Tarikh2 selepas tu suma mahal2.. Dalam mimpi ja la mampu tiket mahal gitu. Tiket balik sini pun dah beli.. Aku balik 10 Ogos, bersamaan hari Sabtu. Nak balik Ahad tapi.... Tiket mahal sangat2..


Tapi yang tak bestnya, aku balik sendiri. Min tak balik Sabah raya ni.. T____T


First time la ni balik Sabah sorang2... Wuwuwu~~  Kalau la boleh seludup Min masuk dalam bagasi kan best. Hehehe.. Sampai sekarang masih berharap supaya Min pun balik kampung. Kesian la kat dia nanti raya sorang2 kat sini. Masa diploma dulu bolehlah dia tak balik raya sebab kawan2 dia pun x balik jugak. Tapi tahun ni dia sorang2 ja.. Min, jom la balik.. huhuhu~~






Jom sihat & jelita di Hari Raya dengan BlinQ Beauty Drink!!
Minuman untuk kecantikan & kesihatan.
100% produk muslim & bumiputera..

2 comments:

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain