Mengkritik dan dikritik

Assalamualaikum WBT & hai uolls~

Entry ni panjang, aku tak pandai nak ringkaskan.. Maafkan aku.. T__T


Ni just nak cerita pengalaman aku ja.. Minggu lepas kitorang kena buat micro-teaching. Time micro-teaching ni kitorang kena tunjuk kat depan kelas tu macam mana kitorang nak mulakan sesi pembelajaran (set induksi) & macam mana nak tamatkan sesi tu (penutup). Benda ni buat sorang2 tau? Dah namanya cikgu kan? Pernah tak korang masuk kelas yang ada 2 ke 3 orang yang mengajar?? Takde kan? Hehehe..


Nak dijadikan cerita, sepatutnya giliran aku nombor 2 tapi orang yang first tu lambat datang la pulakkk.. Maka, terpaksa la aku yang mula dulu. Nebes takyah cakap la, sebelum pegi kelas lagi aku dah nebes.. Selesai setup laptop, projektor ngan speaker semua, aku pun mula la.. Tapi sebelum mula tu, aku dah teragak-agak.. Eh, aku nak mengajar ke nak buat pembentangan ni? Haa sudahhh.. Konpius aku jap masa tu.. Hehehe..


Setelah cuba bertenang yang tak berapa nak tenang, aku pun mula la... Bla.. Bla.. Bla... Sampai la habis buat penutup. Lepas tu tiba la masanya untuk terima kritikan.. Bukan dari pensyarah je tau? Dari semua yang ada kat kelas tu.. Bayangkan ko kena dengar komen & kritikan membina tak membina dari lebih kurang 30 orang student.. Fuhh.. Sakit jiwa beb.. Sebelum ni aku selalu ingatkan diri aku untuk terima semua kritikan dengan positif.. Aku ingat senang nak terima semua tu dengan positif & hati serta minda yang terbuka.. TAPI realitinya PAYAH...


Most of them bagi kritikan yang buat aku down.. Semua kritik & bagi komen seolah-olah dorang tu dah berpuluh tahun jadi cikgu.. Semua kritik macam dorang lagi hebat dari aku.. Padahal lebih kurang je pun ngan aku.. Hehehe.. Tapi aku cuba je senyum untuk tutup rasa di hati.. Ecehh.. Ayat dramatik nak kuar daa.. Hehehe.. But, seriously rasa macam kena tembak dari pelbagai penjuru.. Nasib mati je tak.. Hehehe.. 


Tapi kan bila aku fikir balik, dari kritikan tu la aku boleh tau kelemahan & kelebihan aku.. Kelebihan cikgu Anne ialah dia ada suara yang kuat, satu makmal boleh dengar. Hehehe.. TAPI, walaupun suara kuat, bunyi macam kurang keyakinan. Dush!! Satu kelemahan hempap atas kepala.. Next comment, body language kurang, eye contact dengan student pun kurang, muka taraa senyum & banyak lagi laa.. Ekceli, dah banyak yang aku plan aku nak buat masa kat depan nanti tapi gara2 gelabah habis berterabur segala plan.. Hehehe..


Gambar sem 1 dulu2.. hahaha..


Banyak lagi nak cerita tapi entry dah panjang gila dah ni.. Hehehe.. Petang ni kitorang ada micro-teaching lagi.. Hope dapat buat better than last week.. Salam.. ^___^




Jom la join GA ni.. :)


Senarai Hadiah Anne Nurain's Birthday Giveaway

Assalamualaikum WBT & hai!!


Jom tengok senarai hadiah yang ada!!



Ucapan kreatif, menarik, tertarik, kau memang dabommm..

Shawl pelangi - GojessBoutique



Top Referral

Hadiah misteri - Kak Lieya Von Jay


Pilihan atok Random.org

Kerongsang handmade sepasang x 1 pemenang (Asha Lya)




Tudung bawal x 1 pemenang (Syazrah)




Buku x 1 pemenang (Kak Iza - Msredcheesecake)



3 Hair clips x 2 pemenang (Tiey Smilez)


Banner x 1 pemenang (Vidolaa)
Header x 1 pemenang (Vidolaa)
Shiseido Mask x 2 pemenang (Cik Hijau)
Reload RM10 x 1 pemenang - (Miss Boo)
Topup RM 10 x 3 pemenang (Aya Zuki, Niesa, Una Chenta)
Reload RM5 x 2 pemenang (Alyani Matshah)


Okei, senarai hadiah dah bagitau..
Next time senarai peserta pulak..
Bagi yang dah join & baru nak join PLEASE jujur okei?
Ikut semua syarat yang ditetapkan..
Jangan sampai aku nyanyi lagu Jujur by Radja tu ye??
Hehehehe..


Anne Nurain