Mengkritik dan dikritik

Assalamualaikum WBT & hai uolls~

Entry ni panjang, aku tak pandai nak ringkaskan.. Maafkan aku.. T__T


Ni just nak cerita pengalaman aku ja.. Minggu lepas kitorang kena buat micro-teaching. Time micro-teaching ni kitorang kena tunjuk kat depan kelas tu macam mana kitorang nak mulakan sesi pembelajaran (set induksi) & macam mana nak tamatkan sesi tu (penutup). Benda ni buat sorang2 tau? Dah namanya cikgu kan? Pernah tak korang masuk kelas yang ada 2 ke 3 orang yang mengajar?? Takde kan? Hehehe..


Nak dijadikan cerita, sepatutnya giliran aku nombor 2 tapi orang yang first tu lambat datang la pulakkk.. Maka, terpaksa la aku yang mula dulu. Nebes takyah cakap la, sebelum pegi kelas lagi aku dah nebes.. Selesai setup laptop, projektor ngan speaker semua, aku pun mula la.. Tapi sebelum mula tu, aku dah teragak-agak.. Eh, aku nak mengajar ke nak buat pembentangan ni? Haa sudahhh.. Konpius aku jap masa tu.. Hehehe..


Setelah cuba bertenang yang tak berapa nak tenang, aku pun mula la... Bla.. Bla.. Bla... Sampai la habis buat penutup. Lepas tu tiba la masanya untuk terima kritikan.. Bukan dari pensyarah je tau? Dari semua yang ada kat kelas tu.. Bayangkan ko kena dengar komen & kritikan membina tak membina dari lebih kurang 30 orang student.. Fuhh.. Sakit jiwa beb.. Sebelum ni aku selalu ingatkan diri aku untuk terima semua kritikan dengan positif.. Aku ingat senang nak terima semua tu dengan positif & hati serta minda yang terbuka.. TAPI realitinya PAYAH...


Most of them bagi kritikan yang buat aku down.. Semua kritik & bagi komen seolah-olah dorang tu dah berpuluh tahun jadi cikgu.. Semua kritik macam dorang lagi hebat dari aku.. Padahal lebih kurang je pun ngan aku.. Hehehe.. Tapi aku cuba je senyum untuk tutup rasa di hati.. Ecehh.. Ayat dramatik nak kuar daa.. Hehehe.. But, seriously rasa macam kena tembak dari pelbagai penjuru.. Nasib mati je tak.. Hehehe.. 


Tapi kan bila aku fikir balik, dari kritikan tu la aku boleh tau kelemahan & kelebihan aku.. Kelebihan cikgu Anne ialah dia ada suara yang kuat, satu makmal boleh dengar. Hehehe.. TAPI, walaupun suara kuat, bunyi macam kurang keyakinan. Dush!! Satu kelemahan hempap atas kepala.. Next comment, body language kurang, eye contact dengan student pun kurang, muka taraa senyum & banyak lagi laa.. Ekceli, dah banyak yang aku plan aku nak buat masa kat depan nanti tapi gara2 gelabah habis berterabur segala plan.. Hehehe..


Gambar sem 1 dulu2.. hahaha..


Banyak lagi nak cerita tapi entry dah panjang gila dah ni.. Hehehe.. Petang ni kitorang ada micro-teaching lagi.. Hope dapat buat better than last week.. Salam.. ^___^




Jom la join GA ni.. :)


24 comments:

  1. hehe good luck kak :) teacher to be^^

    ReplyDelete
  2. bakal cikgu nie ehehe..tak apa bljr dari pengalaman perbaiki mana yg kurang :)..insyallah t kita join ga anne

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah akan jadi cikgu.. hehe..
      thanks dear.. :)

      Delete
  3. Bakal cikgu ke? Bestnya! Impian saya tu :D

    ReplyDelete
  4. cikgu kalau nebes kat depan cane nak ngajar ni? hehee.... biasalah kalau lepas buat presentation kena kritik... take it positively

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu la kak, risau sangat ni.. nebes tu susah nak ilang.. hehe..

      Delete
  5. anggap ia kritikan yang membina.. semoga berjaya pada petang ini anne.. churp2, ikea untuk anne..

    ReplyDelete
  6. rileks anne: biasalah human klu kelemahan org mmg syok nk kritik... all the best dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rileks dah ni kak.. masa mula2 tu ja rasa down.. skrg dah ok.. hihi

      Delete
  7. harap2 anne dapat menjadi cikgu yang terbaik nanti :)

    ReplyDelete
  8. good luck cik anne.. ingat, kalau gabra ke hape ke, yg penting SENYUMMMMMM je. amalkan baca surah Taha ayat 25 - 27, inshaAllah hilang sikit gemuruh tu.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa yg senyum tu anne dah buat dah, ilang ckit gabra tu.. hehe..
      thanks gee.. :)

      Delete
  9. cikgu comey sgt..xsunggup nk kritik..huhu

    ReplyDelete
  10. Ohhh, bakal cikgu ke...
    Kadang2 bila dapat kritikan yg -ve, rasa down, tapi anggaplah ia sebagai satu semangat.
    Minggu depan pun sy ada presentation. Dekan pun ada sekali. Doakan yg terbaik ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, insya Allah.. hihi..
      gud luck tina, buat yang terbaik tau? :D

      Delete
  11. beznya dpt jd cikgu.. hurm impian saya msa zmn sekolah tp xde rezeki ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun tak confirm lagi posting ni.. hihi.. xpe la, mungkin rezeki awak kat tempat lain.. :)

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain