8 Mac & MH370

Assalamualaikum & hai semua..


Harap korang sihat je hari ni.. Aku sihat tapi rasa takda semangat.. Sepatutnya entry ni mood happy2 sebab aku nak cerita pasal birthday aku.. Oh ya, meh la aku cerita sikit.. Semalam, 8 Mac merupakan tarikh lahir aku.. So, secara rasminya umur aku telah bertambah setahun.. And now, i am officially 26 years old.. Masih muda & bujang & masih belajar *sigh*.. Kawan2 aku yang lain dah keja, dah kawin, dah ada anak.. Tapi aku tak kisah pun semua tu, rezeki orang lain2, ye dok?? Ok, tu je la entry pasal birthday aku.. Opss, kejap.. Housemate aku ada buat surprise untuk aku jugak tapi dah cerita kat Instagram, malaslah pulak nak cerita kat sini.. 

Sumber : Facebook


Aku betul2 takda mood.. Haiyaa.. Why am i like this aa?? Ekceli kan, aku risau ngan penumpang2 & krew kapal MH370 tu.. Apa la nasib diorang kan? Aku follow cerita ni dari awal pagi kemarin lagi sampai la ke hari ni. Walaupun aku tak kenal sapa2 yang ada kat dalam kapal tu tapi aku tetap rasa susah hati.. Ke mana la kapal tu pegi kan? Aku berharap sangat agar ada keajaiban yang berlaku.. Aku harap semuanya selamat..


Aku kecewa ngan segelintir rakyat Malaysia ni.. Benda musibah macam ni pun diorang boleh kaitkan dengan politik.. Jadikan bahan lawak.. Tu tak termasuk lagi dengan mereka2 yang suka sangat mencari kesalahan orang.. Semua orang nak disalahkan.. Tak cukup lagi dengan penyampai2 berita dengan kelayakan-online-facebook-24-jam ni.. Diorang bercakap macam diorang la yang paling pakar, diorang la yang tau apa yang terjadi.. 


Sumber : Facebook


Oh please la Malaysian, tolong la berdoa untuk MH370. Tak payah nak jadi pakar penerbangan, penyampai berita tak sah, pemutarbelit cerita, pemanipulasi keadaan.. Tolong la ada perasaan empati.. Walaupun takda family atau kawan2 yang terlibat dalam flight tu tapi tolong la faham perasaan family2 yang terlibat. Tak payah la korang berlumba2 nak share benda2 yang entah betul entah tidak.. Macam2 khabar angin dah yang tersebar sekarang.. 


Walaupun berita luar negara dah sahkan kapal tu terhempas, takyah la ko nak persoalkan sangat kenapa kerajaan kita tak publish cerita macam tu. Diorang ada alasan diorang sendiri. Pesawat tu hanya boleh disahkan terhempas jika diorang dah jumpa lokasi & bangkai pesawat tu tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi.. Dan mungkin jugak berita tu tak betul. Hey dude, sekarang ni orang memang senang sangat nak menipu. Current technology is beyond ur knowledge. Kalau tak tahu apa2, just duduk diam, berdoa dan tunggu update dari pihak yang terlibat.


Sorry if ada terkasar bahasa, tiba2 teremosi pulak.. Kesimpulannya, sama2 la kita berdoa. Bukan dengan berdoa di facebook,  twitter @ instagram tapi berdoa la dengan cara yang betul. Daripada kita dok pung pang pung pang kat laman sosial, baik kita berdoa, buat solat hajat, itu la yang sangat2 diperlukan oleh mereka yang terlibat.. 


Okei, aku nak rehat dulu. Sama2 la kita tunggu perkembangan semasa pasal flight MH370 tu.. Pray for a miracle.. Assalamualaikum..



24 comments:

  1. Itulah sesetengah orang kat alam maya ni semua berebut-rebut nak post berita. Walhal tak tahu sahih atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. asal ada berita menarik je terus share walaupun benda tu tak betul..

      Delete
  2. Samalah. Kecewa sangat-sangat. Tak suka tengok orang mempersendakan kejadian ni. Please keep that stupid jokes and opinion to yourself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan farah.. kalau nak bergurau pun, sendiri2 dah la. takyah la nak public.. nanti apa perasaan keluarga2 yang terlibat tu? kita yang terlibat pun turut rasa sedih..

      Delete
  3. selamat ulang tahun kelahiran anne..sorry lya baru tronline.lya balik kampung..baru terwish..lya doakan yang terbaik buat anne..mudahan semunanya selamat kan anne..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lya.. :)

      insya Allah, teruskan berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku..

      Delete
  4. sama2 kita mendoakan yg terbaik buat MH370.. Amin.. anyway.. hepi belated besday yer.. >_< isi tabung segi dan nissan juga untuk besday gulz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. teruskan berdoa, semoga Allah akan memperkenankan doa kita semua.. :)

      Delete
  5. mmg sangat sedih dengan segelintir orang...sbb benda tak kena kat batang hidung dia...semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kalau dah kena kat batang idung sndiri baru tau..
      ish, geram pulak anne..

      Delete
  6. Happy Birthday awak ! ^^

    Doakanlah dorang semua selamat. Kita pun mood down pikir pasal MH370. Y_Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u nad! ^__^

      tu la, hari2 bangun tido mesti pikir pasal tu.. tak tenang selagi tak tau apa nasib diorang..

      Delete
  7. hepi beday anne :)

    neway, org yg gedik2 share psl MH370 yg blom tentu sahih tu..moge diorg cpt insaf..huhu

    #PrayForMS370

    amennnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u ayue.. ^__^
      tu la, sel2 otak diorang belum bergabung lagi kot.. hihi

      Delete
  8. happy belated birthday anne.. semoga dipanjangkan usia dan diberkati Allah selalu..

    itu la, akak pun pelik juga bila ada sahaja spekulasi yang dibuat melalui media sosial.. paling geram bila ada yang menyalahkan pelbagai pihak, macam dirinya sahaja yang betul.. sepatutnya doakan semoga mereka semua selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak aiza.. :)

      betul tu kak, doa je la kan? buat apa la nak buat2 cerita yang x betul tu..

      Delete
  9. Yeahh. I know how it feels. Sekarang ni pun rasa malas nak online because ada2 je berita tak sahih tentang ni. Tak boleh imagine perasaan family org yg tertunggu2 khabar keluarga/rakan dorang, tetiba lak ckp ada airplane terhempas. Mana tak kesal hati dorang, pastu last2 baru dpt tu berita palsu. Aduh, sakit rasanya. Huhu. Btw, harap dorang tabah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu vee, kalau online fb pun sakit hati ja bila terbaca spekulasi2 pasal flight tu.. harap2 adalah berita baik untuk family2 penumpang kapal tu..

      Delete
  10. Tulah pasal. Bersepah yg mengarut sakai cemtu ish.
    Sabor jelah. <3
    doa je kan kak anne <3333

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syg.. doa kan je, tu yg lebih baik.. :)

      Delete
  11. sedihkan..walaupun mereka tidak dikenali.. ttp mereka smua diharapkan kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear.. walaupun tak kenal sapa2 dalam flight tu tp kita boleh rasa apa yg family mereka rasa.. harap adalah keajaiban nanti..

      Delete
  12. happy bday kak anne!wish u luck n bahagia selalu... :D *hugs*
    pasal pesawat tu setiap kali ni ikut perkembangan berita mesti sebak wpn xde pertalian dgn mna2 penumpang..xboleh dibayangkan keadaan mereka..semoga mereka kembali dlm keadaan selamat.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u my dear.. hugs balik.. hihi

      tu la, hrp2 ada la berita baik pasal pesawat ni..

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain