Assalamualaikum & Salam Jumaat semua..
Semalam lepas balik dari kuar makan ngan Min aku update blog.. Sambil2 tu aku jeling2 Teha layan drama Cinta Jannah.. Jeling punya jeling.. Tetiba rasa, macam best ja cerita ni.. Pastu sibuk la kacau Teha.. Tanya tu, tanya ni.. Lepas update blog ja terus join Teha layan drama ni. Pukul 3.30 pagi baru kitorang tidur.. Nasib baik tak terlajak tido.. Dahlah subuh tu ujan, sejuk lagi tu.. Hehehe..
Masa menonton tu, asal dengar dialog yang bikin sakit hati, yang aku rasa annoying terus.. 'Eh, apa la pompuan ni.. Mengada-ngada..', 'Jahatnya kakak Jannah ni, macam bukan adik beradik ja'.. Pastu bila part sang hero, terus... 'Hensem pulak lelaki ni kan??', 'Eh sapa nama hero ni ek??'... Ingat punya ingat... Oooo... Aeril Zafrel rupanya..
Dulu aku tak berapa suka hero ni, kalau tak silap dia berlakon dalam cite 7 Petala Cinta.. Cite tu pun aku tak berkenan sangat.. Tak sure kenapa.. Mungkin sebab jalan cerita tu kot.. Mungkin jugak gara2 aku tengok video yang tak berkualiti, gelap ja.. Hehehe...
Tapi dalam Cinta Jannah ni Aeril nampak ensem laa.. Mungkin sebab dia bawak watak anak orang kaya, bos syarikat pulak tu.. Pastu penampilan semat dowh.. Memang sesuai la watak Izaryl tu ngan dia. Heroin pun padan jugak ngan si hero.. Aku tengok lakonan Nelydia Senrose dah bertambah ok dalam cerita ni.. Masa kat Setia Hujung Nyawa tu ada macam kaku sikit lakonan dia. Hehehe...
Tapi kenapa ramai betul watak2 yang tak best dalam drama ni eh?? Ayah Jannah jahat, kakak Jannah pendengki.. Pastu abang ipar Jannah pulak suka ambik kesempatan ke atas Jannah.. Tu belum masuk lagi mak Izaryl yang suka paksa Izaryl kawen ngan Damia yang kuat perasan & sombong tuh.. Memang mencabar la jalan hidup Jannah nanti.. Mesti macam2 halangan diorang ni kan??
Apa2 pun, jom sama2 kita saksikan cerita ni nanti.. Kalau tak silap ada 24 episod semuanya.. Citer ni main kat slot Akasia tv3 yang pukul 7 tu.. Tapi aku tak la tunggu yang pukul 7, tengok kat Tonton ja.. Takpun donlod.. hehehe...
cerita ini boleh tahan jgk best :)
ReplyDeletea'ah, walaupun jalan cerita mcm dah bole agak kan? hehe
DeleteTengok jugak cite ni. Tapi xselalu :)
ReplyDeletesame la.. tengok tapi x ikut masa la.. tengok bila nak je.. hihi..
DeleteNad follow cite nie skrg^^
ReplyDeletepasni boleh la share citer pasal drama ni kan? hehe..
Deletemun tgk jgak kdg2..tp xikut sgt pon..
ReplyDeletesy ni mula2 je eksaited nak tengok.. bila dah ada konflik nnt mula la malas nak tengok.. hehehe
Delete