Tragedi malang di KLIA

Assalamualaikum..


Fuh tragik kemahen lagi tajuk kan? hehehe.. 
Hari tu aku ada gtau nak cerita pasal kisah malang aku kat airport KLIA.. 
Malang laa sangat kan.. Ecehh.. 
Aku malas nak buat karangan, so aku letak poin2 je la ek??
Tapi tetap panjang macam karangan 3500 patah perkataan jugak..
hehehe..


Aku balik 10hb Ogos, hari Sabtu, raya ketiga.
Flight from Sandakan to KL pukul 7.30 malam sampai KL pukul 10 lebih.. 
Tak berpa ingat the actual time.. Hehehe..


  • Problem pertama, takda transport nak pegi Sandakan.. Nasib baik jiran belakang umah bagi pinjam keta.. Dah tu jalan pegi Sandakan jem gila2.. Sampai airport tepat2 pukul 6 petang.. Nasib baik sempat cek in..


  • Masa dalam flight, jus oren tertumpah kat atas baju & seluar.. Pegi tandas bersihkan tapi still basah & tak selesa.. So duduk je la dalam flight tu tunggu sampai mendarat. Bukannya boleh singgah mana2 pun kan?? hehehe..


  • Sampai airport, bagasi pulak takda!! Entah melencong pergi mana pun aku tak tau. Sesuka ahti ja beg aku tu nak melancong tanpa tuan dia.. So, bila beg takda tak dapat lah nak salin baju & seluar yang basah kena jus tu.. Sabor je lah nakk... Pegi buat report & orang tu cakap nanti kalau jumpa diorang akan hantar terus pegi rumah.. Tapi memang akan jumpa punya la.. 


  • Sampai airport dalam pukul 10.30 malam.. Nak gi Pudu memang tak guna la sebab bas pegi Tanjung Malim sampai pukul 8 ja.. So, bermalam la aku di airport sendirian dengan baju & seluar yang lembab.. Min tak suruh pegi Pudu atau KL Sentral sebab lagi selamat kalau aku tunggu kat airport.


  • Handphone low bat tapi charger takda!! Arrgghhhh.. Apesal semua yang aku bayangkan jadi kenyataan ni?? Pasal bagasi tu memang aku dah plan masa dalam flight lagi. Kononnya sampai KLIA nanti nak tukar baju tapi aku bayangkan bagasi aku hilang.. Sekali betul2 bagasi aku hilang.. Demm!! Charger phone pulak aku yakin ada dalam beg laptop, sekali check2 takda pulakk.. Ya Allah, dugaan apakah ini??


  • Nasib baik ada laptop. Tapi laptop tu pulak takda bateri! Maka terpaksalah aku berjalan2 sambil mata tengok sana sini cari tempat duduk yang ada soket.. Nasib baik jumpa! Syukur Alhamdulillah.. Dapat jugak berhubung dengan Min. Masa tu dah tengah malam.. Min sanggup berjaga semata-mata nak teman aku walaupun sekadar melalui Skype. Dia risau sangat2 sampai takleh tidur, taknak makan pastu tak suruh aku tidur takut nanti ada jadi apa2.. Terharu jap.. Isk.. Isk.. 


  • Bila cas laptop dah full aku gi McD beli burger & minum hot tea bagi segar sikit mata ni.. Pastu sambung online lagi.. Ingatkan Min dah tidur sebab sebelum tu aku cakap aku nak cari surau, so takyah la dia risau.. Kot2 la boleh tidur kat surau kan.. Tapi tetiba ja rasa tak yakin sebab tu aku pegi makan. Min baru nak tidur tapi ternampak status skype aku masih online terus kitorang video call lagi.. Masa tu muka Min memang dah serabut yang amat.. Nampak sangat mengantuknya.. Tapi dia nak jugak temankan aku.. Hehehe..Adalah dalam sejam lebih aku lepak McD sambil skype ngan Min.. Pastu aku paksa dia tidur.. Aku bagi alasan konon aku nak gi surau.. Tapi sebenarnya aku merayau2 kat dalam KLIA tu tanpa hala tujuan.. Hehehe..



Ni ja pic masa kat McD..
Nampak dah panda eyes kat situ.. hehe..


  • Aku taknak tidur so aku pun pegi la jalan2 round KLIA tu.. Turun naik balai berlepas ngan balai ketibaan.. Pastu keluar jap ambik angin kat luar balai berlepas tu.. Ramai siot pekerja asing nak balik kampung.. Penuh kaunter flight SriLankan Airlines tu..


  • Dalam pukul 3 camtu aku turun bawah kat tempat aku cas laptop tadi.. Sambung online balik kat sana.. Boring online, aku main game pulak.. Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan sangat, aku terlelap sekejap time main game.. 2 kali jadi macam tu.. Nasib baik aku sempat tersedar.. Dahlah masa tu aku duduk kat hujung troli, laptop pulak atas riba aku.. Nasib laptop tak jatuh.. Masa tu dah pukul 5 pagi, aku memang dah mengantuk tahap gaban. Tak pernah2 aku berjaga sampai macam tu lamanya.. Aku paksa ja kaki ni pegi jalan2.. 


  • Nak dekat pukul 6 baru aku pegi stesen bas & ambik bas pegi Pudu. Sempat jugak tidur2 ayam masa otw nak gi Pudu.. Aku ingat pesan Min, dia tak suruh tidur nanti bas tu tak gi Pudu. Tengok2 betul jugak! Bas tu berenti kat KL Sentral la pulak.. Alasan driver tu, kitorang tak cakap nak turun Pudu. Sedangkan aku dah tanya betul2 kat orang yang jual tiket tu kalau bas turun Pudu. Ingat kan orang jual tiket tu dah bagitau ngan driver.. Ishh.. Tak efisien langsung buat keja.. Nasib baik diorang memang ada sediakan van untuk hantar penumpang tersesat macam aku ni pegi Pudu. Hehehe.. 


  • Sampai Pudu terus pegi kaunter bas SKS-KL beli tiket ke Tanjung Malim. Nasib baik ada bas yang memang nak jalan dah.. Masa tu aku memang pikir nak sampai rumah cepat ja.. Tak larat dah mata aku ni.. Bila bas jalan ja aku terus tidur.. Memang heaven yang amat la bila dapat tido walaupun tak lama..


  • Sampai stesen Tanjung Malim terus ambik teksi & balik rumah.. Dah sampai rumah baru cerita kat family aku.. Hehehe..



Syukur alhamdulillah, Allah SWT melindungi aku di sepanjang perjalananku. Nasib baik takda perkara buruk yang berlaku. Semua yang terjadi sebelum ni, yang jus tertumpah, bagasi hilang & sebagainya tu semua dugaan & cabaran dari Allah SWT.. Memang susah nak lupa la pengalaman ni.. Hehehe.. 


Memang betul, setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Dari pengalaman ni aku jadi lebih bersabar, bersyukur pastu tahu yang Min ni betul2 sayangkan aku.. Bila jumpa ja terus membebel salahkan aku sebab ambik tiket flight balik sini waktu malam.. Dah tu ja yang murah, apa boleh buat.. Muehehehehe~


Tahniah sangat2 buat sapa2 yang gigih membaca dari mula sampai akhir..
Hehehe...



17 comments:

  1. sudah jatuh, ditimpa tangga...nasib baik takde pape.. :)

    ReplyDelete
  2. woaaa memang perjalanan yg agak panjang tp semua selamat Alhamdulillah. cume beg je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. beg pun selamat jugak tapi lambat ckit la sampai rumah.. hehehe

      Delete
  3. Yeay! habis membaca :)
    Tragedi betul ni. Dugaan semua tu,
    Tahniah berjaya lepas tragedi tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh tahniah dpt baca sampai habis.. hihi..

      Delete
  4. nasib baik selamat sampai..huh..dugaan betul..

    ReplyDelete
  5. huhuhu.. kesian dia terpaksa lepak kat Terminal semalaman. so beg dah dapat balik ke belom?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat.. petang tu jugak diorang hantar pegi umah.. hihihi..

      Delete
  6. alamak..ni barulah kisah hindustan..sandi btull :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ndak men la hindustan, cita korea bha.. kekeke..

      Delete
  7. ala.. ciannya.. :) yaya pernah dapat pengalaman buruk jgk.. tp yang kesian macam gelandangan.. haha. :'( time tu sampai nangis sbb tengok ada org terbaring d tangga nak naik hotel. trus lari lelaju kluar. seram. pastu sblmnya. ada driver teksi hantar p hotel.. sbnrnya dia ragu2 nak tinggalkan kami. sbb tgk tmpat tu mcm lain sikit.. last2 yaya dgn mak lari p tmpat lain. ohh.. sgt menakutkan org tuh,.

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain