Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. ^___^
Sekarang ni memang tengah heboh tentang pertumpahan darah yang berlaku di Mesir..
Dan sudah semestinya golongan 'cerdik pandai' pun akan lantang bersuara, eh bukan..
Lantang ber'komen' melontarkan buah fikiran masing-masing yang hanya berdasarkan ilmu yang seciput tu saja.. Masing-masing nak hentam kerajaan, hentam pihak tu pihak ni.. Pastu ada jugak golongan yang tak tahu apa-apa *jahil* yang pegi update status macam ni,
Maafkan kami MESIR, ROHINGYA, PALESTIN, SYRIA dan sewaktu dengannya.
Kereta kebal kami simpan untuk perarakan KEMERDEKAAN,
JET Pejuang ada , tapi terbang waktu D5 Langkawi.
PISTOL kami buat tembak sesama sendiri....
Kereta kebal kami simpan untuk perarakan KEMERDEKAAN,
JET Pejuang ada , tapi terbang waktu D5 Langkawi.
PISTOL kami buat tembak sesama sendiri....
Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestine, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dungu akalnya. Kenapa saya bertanya demikian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir.
Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau.
Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:
Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.
Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.
Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.
Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan.
Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam?
Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia!
Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya?
Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!
Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!
Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya?
Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:
"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." Sun Tzu.
One word for this statement... TERBAEEEKKK...
Untuk tambah kan ilmu lagi...hehe..baca ni..^^
ReplyDeletehttp://buasirotak.blogspot.com/2013/08/isu-mesir-jangan-menghina-jika-tidak.html
orite.. thanks eh? hehe..
Deletenice entry :) thumbs up..
ReplyDeletehihi.. thanks! :D
Delete