Showing posts with label felt craft. Show all posts
Showing posts with label felt craft. Show all posts

Lagi tempahan HP Pouch


Assalamualaikum WBT..


Hai semuaaaa!! Hari ni semua cuti kan? Cane korang spend cuti 1 hari ni? Kalau aku sama ja dengan hari2 cuti yang lain..  Duduk online depan laptop walaupun esaimen memanggil dan menyeru namaku..  Sat na? Kejap lagi kita dating ye en. esaimen.. Muehehehe.. 


Seperti yang dijanjikan.. Eceh, janji la sangat kan? Hehehe.. Ekceli, post ni hanya untuk menunjuk dan mempamerkan hasil kerja kraf aku yang tak seberapa.. Almaklum la, budak baru belajar kan? Eh, kiteww boodark lagiww taww.. Ahaks.. Mesti korang menyampah dengan aku ni.. Hihihi..


Okei, ni antara HP pouch yang berjaya aku siapkan.. Memang banyak halangan nak siapkan semua ni.. Mana nak buat esaimen, mana nak update blog, blogwalking & blogjoget lagi.. Pastu bila mata berpinar-pinar time menjahit, mula la nak stop "kejap" then layan drama korea, The Heirs.. Lepas cuci mata tengok Lee Min Ho baru la sambung menjahit balik.. Banyak gila kan halangan dan ranjau berduri yang terpaksa aku tempuhi?? Haha..




Atas ni Pina punya.. S.N.S tu ringkasan nama penuh dia.. Bukan sempena Social Networking Sites ye? Hehehe.. Pina request nak kaler turquoise + hitam.. Dua watak kat depan tu pun Pina yang pilih.. Oh ye, ni untuk hp Xperia tapi tak ingat la pulak model apa.. Ampunn bukk.. haha..





Yang pink kaler ni pulak Jue punya.. Jue ni my coursemate. Dia pakai hp Samsung Galaxy S3.. Masa buat ni aku risau sangat kalau2 pouch ni tak muat dengan hp dia.. Alhamdulillah, nasib baik seswai sangat2.. Hihihi.. Dia request kaler pink + biru gelap.. Pastu nak letak teddy bear  ngan nama dia kat depan tu.. Comel tak teddy tu?? hihihi.. 





Yang atas ni pulak Kai punya.. Dia pun coursemate aku jugak.. Dia minat sangat kot dengan anime One Piece ni, tu yang dia mintak nak letak muka Monkey D. Luffy kat depan tu.. Pouch ni kaler oren, purple & hitam kat bahagian belakang. Color combination ni aku yang pilih berdasarkan kaler yang dia suka pastu memang padan dengan watak anime tu.. Agak susah jugak nak buat kepala Luffy tu.. Hehehe..


Alhamdulillah syukur.. Dapat jugak siapkan tempahan untuk kawan2 aku ni.. Alhamdulillah jugak sebab diorang berpuas hati dengan pouch yang aku buat.. Hihii.. Banyak-banyak terima kasih untuk mereka2 yang tempah HP pouch ni.. Shaaayang korang ketat2.. Muehehehe...




Salam.. ^__^




Gatal tangan


Afternoon uollss! Assalamualaikum.. hihi.. 
Aku gatal tangan sekarang ni.. 
Nak sangat bagi tumpuan kat blog kesayangan ni tapi ada keja lain 
yang memerlukan perhatian yang  lebih dari aku.. 
Ala2 mak nak beri perhatian kat anak dier giteww kan??
Muehehehe...


Monkey D. Luffy

Ni curi masa kejap nak update blog..
Kot2 ada orang rindu kat aku kan?
Hahaha..
Pada siapa yang singgah ke blog aku ni, terima kasih aku ucapkan..
Kalau sempat nanti aku singgah blog korang balik eh?
Sekarang ni ampuuuunnn sangat2..
Mak Jemah bizi yang amat..
Hohoho~


Adios amigos, aku berambus!! :P

HP Pouch Siappp!!!


Assalamualaikum W.B.T


Jawab salam tau bagi yang muslim??
Hehehe..


Alhamdulillah, setakat ni bisnes buat HP pouch berjalan lancar..
Walaupun ada sorang customer cancel order tapi I takisah uollss..
Hehehe..
 Bukan rezeki kan, nak buat camna?
Sabor je la jawabnya.. :)

Maap ler, kualiti gambar agak hampeh.. hihi..


HP pouch yang kat atas ni coursemate aku, Murni, yang order..
Dia pilih kaler biru + kuning..
Design aku pilih sendiri & dia nak tambah nama jugak kat belakang..

Memang agak berdebar jugak masa nak bagi sebab ni first time buatkan untuk orang lain..
Kalau hari tu, yang kaler merah-mak-ngah tu aku punya..
So, tak kisah la cantik ke tak..
Yang penting boleh muat hp aku dalam tu..

TAPI....
Bila buatkan untuk orang lain memang nebes..
Takut orang tu tak suka design aku..
Takut HP orang tu tak muat walaupun dah ukur berbelas kali.. hehehe
Takut orang tu tak puas hati pastu tanak bayar..
Memang macam2 la yang aku takut..
Hehehe..

Alhamdulillah, nasib baik Murni suka..
Lega hati mak nakk..
Hahaha..



Cekelat~ Cekelat~ hehe


HP pouch yang kedua ni Nad punya..
Dia pilih kaler putih + coklat..
Nad ni housemate aku, so senang la nak discuss design tu..
Nad tak tau nak letak apa kat depan tu..
So, aku pun bagi la cadangan untuk letak nama & gingerbread man tu..
Nad pun setuju je, eksaited pulak tu..
Macehh la Nad.. hihihi..


Sekarang ni otw nak siapkan Pina a.k.a roomate aku punya pulak.. 
Tinggal nak letak nama, jahit pastu siappp..
Hehehe..

Black + turquoise




Sekian...
Nak gi kelas.. kehkehkeh..


Hobi baru sayaaaa...


Assalamualaikum WBT..


Jawab salam tau? Tak jawab dosa.. hihihi..

Sekarang ni aku dah ada hobi baru..
Nak tau hobi apa??
Ni haa.. Tengok pic kat bawah ni..


Keychain My Heart :)


HP Pouch Merah Mak Ngah



Mula-mula nak try ja..
Buat untuk diri sendiri..
Tapi housemate aku terpikat la pulak dengan HP pouch rekaan aku ni..
Hahaha..
Tolong jangan muntah ijau kat sini ya??

So, sekarang aku ada 2 tempahan untuk HP pouch from my housemate, 
1 from my coursemate & another 1 from my cousin..
Akak sepupu aku siap nak mintak aku buat pencil case jugak untuk anak-anak dia..
Aku dah la masih di tahap budak-baru-belajar-kalau salah-tolong-tunjukkan ..
Tapi takpa, aku anggap tu satu cabaran untuk aku..

Yes, I can!!

Muahahahaha...
(Gelak jahat)

Anne Nurain