Yeayy!! Balik kampung!!

Assalamualaikum...


Eksaited betul plak tajuk d atas tu kan?Hehehe.. Aku balik kampung malam ni, insya Allah lau ada kosong la.. Hihihi.. Rasa macam lama betul aku ndak balik kampung bha.. Jap, kira-kira dulu.. Hmm.. Aku d KK dari ujung bulan 10 lagi. Sekarang suda ujung bulan 4, maksudnya suda 6 bulan ndak balik kampung. Sama dengan 1 sem.. Ceh, macam student plak rasa.. Hahaha...


Aku balik ni bukan sukati2 mo balik.. Sabtu ni aku ada test MEdSI d SM Teknik LD. Aku saja jak pilih pusat ujian d sana supaya aku ada alasan untuk balik kampung. Hehehe.. So, untuk beberapa hari ni aku ndak dapat apdet pa pa.. Beee, macam jak ada orang cari aku lau aku ndak apdet kan? Sot.. Sot..

Time ujian MEdSI nanti, calon2 dikehendaki memakai pakaian yang menggambarkan profesion keguruan. AKu okehh jak coz aku memang biasa pakai baju kurung tapi aku tunggu2 Kanda ku ni.. Bila la dia potong rambut panjangnya tu ya? Eh, salah soalan.. Soalan sepatutnya --> Dia mau ka jugak potong rambutnya tu ya??

Degil betul ba tu orang. Masa konvo hari tu pun bukan dia mo potong rambutnya, dia tapuk jak dalam songkok. Lecturer nampak pun geleng2 kepala jak. Mo marah pun susah sebab masa tu dah habis majlis konvo tu. Sabar saja la cik.. ^_^

Aku baru mo kol bas ekspress ni. Harap2 la ada kosong jugak coz budak2 poli KK ada yang suda habis exam. Kalau xda kosong terpaksa la balik esok pagi.. Ndak sukanyaa... Balik malam best, boleh tidur puas2. Tapi kalau balik pagi susah mo tidur, kena lagi aku yang selalu mabuk nek bas ni. Doa2 jak la supaya aku ndak termuntah dalam bas nanti.. Hakhakhak...

Okehh la, mo sambung keja. Bos ni, suda tau aku mo cuti besok sengaja lagi dia bagi keja banyak2 ngan aku.. Hurmm.. Sabo aje laa.. Ngeh3x..

Anne bilang :: Tengah mencari sapa2 yang sudi hantar aku p terminal Inanam.. Ada yang sudi ka?? Kol me ya?? huhuhu...

>> Thanks sudi baca!!<<

Kawan2, vote saya boleh??

Assalamualaikum...

First, mo gtau yang ni adalah entri melekat dan akan melekat sehingga 25 April ni..
New post ada d bawah ya??
Second, mo mintak tulung ngan korang2 semua.. hehehe..
Boleh bha kan? Bukannya susah pun.. Senang jak ni.. Teruskan membaca.. ^_^


Buat pertama kalinya aku telah men'join'kan diri ku ke dalam contest2 ni.. Ndak yakin mo join sebenarnya.. Aku sedar diri ku ini tidak la se'gojes' peserta2 lain.. *Adei, cian ny.. Huhuhu..*  Aku suka cuci mata d cni.. Ada blouse comel2, cardigan, bag n macam2 lagi la..Pendek kata, macam2 ada.. Hihihi... So, boleh vote untuk aku ka?? Kasi menang la aku wang besar.. Hehehe...

Cara-caranya...
Mula-mula, 'Like' page ni --> Rosesview 
Pastu 'Like' pic aku..
Senang kan?? Cuma perlu kerajinan untuk Like jak.. Hehehe.. Lau da like tu tinggal2 kan la komen kamu.. Hihihi...

Makan laici, main guli,
Kamu undi, aku hepi..
(^_^)v


Aku Tak Gila Laa!!!

Assalamualaikum & selamat tengah hari! ^_^

Kamu pernah tengok ka orang yang tengah duk termenung, tiba2 tersenyum sendiri? Mesti pernah kan? Sesetengah orang akan terus pikir orang begitu tu gila atau tidak siuman.

Kucen ganas gila.. -Google-

No.. No.. No.. Jangan terus2 pikir begitu sebab aku selalu buat gitu. Hehehe.. Aku suka termenung, then aku akan senyum sendiri. Bukan sebab aku gila atau tidak siuman, tapi sebab aku teringat benda yang lucu..

Contoh paling dekat tadi pagi masa aku dalam bas, otw p keja.. Aku teringat pasal eksiden baru2 ni dekat CP. Aku nampak mangsa tu d pindah p pengusung @ stretcher.. Bila ingat pasal stretcher tu terus teringat plak masa sekolah menengah dulu.

Sejibik sama dengan hostel kami punya stretcher.. Thanks pacik Gugel..

Kalau x silap masa tu aku form 4. Aku ngan kawan2 ku yang lain jadi AJK kebajikan. Tugas kami jaga bilik kebajikan time prep. Kalau ada dak aspuri yang x sihat, dorang ndak dibenarkan rehat dalam bilik. Dorang mesti rehat d bilik kebajikan tu. Kebetulan plak, bilik kebajikan tu d blok depan. Bilik prep semua d belakang. Kami2 jak la yang ada d blok depan masa tu.

So, satu malam ni xda aspuri yang sakit. Aku ngan 3 orang kawan ku yang bertugas jaga bilik kebajikan malam tu rasa keboringan betul.. Dah la sunyi, banyak nyamuk lagi. Mo study pun xda mood.. Kawan ku yang satu ni terus bagi idea mo men kecemasan2.. Kami pun setuju jak la.. Kena lagi time tu warden aspuri ndak da.. Hihihi..

Maka bermula la lakonan kecemasan kami. Kami ada 4 orang, sorang jadi pesakit yang tiba2 pengsan. Dua lagi jadi tukang angkat stretcher, pastu yang lagi sorang jadi kawan kepada pesakit tu. 

Ceritanya begini,  yang pesakit ni kononnya tiba2 pengsan. Kawannya plak terus kelam kabut panggil kami yang di bilik kebajikan ni. Kami pun apa lagi, kelam kabut la jugak konon. P ambil stretcher, pastu bergegas p tempat kejadian.

Eksen betul ni, kalah petugas ambulans. Siap dengan muka cemas ngan bunyi ne..no..ne..no.. lagi. Hahaha... Sampai jak d tempat kejadian kami terus buka stretcher tu pastu ampai d lantai. Kawan ku yang satu ni pura2 p cek keadaan pesakit. Stetoskop diganti dengan earphone walkman. Cek sana cek sini, macam pro jak.. ^_^

Sudah cek, kami mo angkat suda tu pesakit p stretcher. Time mo angkat pesakit tu baru kami perasan yang pesakit tu lagi besar dari aku & kawan ku yang jadi tukang angkat stretcher ni. Kami pun try jak la dulu, mana tau kecik2 kami ni kuat jugak. Try punya try ndak jugak dapat d angkat. Kawan ku yang pura2 pengsan tu pun ketawa2 suda. Sampai berpeluh bah mo mengangkat pesakit tu. Last2 pesakit tu sendiri yang bangun pastu p baring atas stretcher. Hahaha...

Bila pesakit tu sudah ada atas stretcher, kami berpikir plak camana mo angkat p bilik kebajikan. Tapi sebenarnya lebih mudah mo angkat pesakit tu guna stretcher lau d bandingkan ngan angkat pakai tangan macam mula2 tadi.

First larat lagi kami usung dia dalam jarak 2-3 meter. Pastu ndak larat sudah sebab hilang suda tenaga gara2 ketawa jak dari mula. Tiba2 limpas 2 orang junior kami. Dorang ni ndak tau kami main2. Muka punya cemas.. Kenapa ni kak? Kenapa ni? bertubi-tubi soalan dorang. Kawan ku yang satu ni terus suruh dorang tolong kami angkat. Dorang pun tolong la sambil mulut bising tanya itu ini, mengapa begitu begini..

Sampai depan bilik kebajikan tiba2 pesakit ni ketawa. Mungkin sebab ndak tahan ngan gelagat junior kami yang cemas tu. Masa tu aku ngan kawan ku yang jadi tukang angkat ngan kawan pesakit ni masih boleh tahan ketawa lagi.Yang junior ni plak terkejut bukan alang2.. Dorang pikir pesakit tu kena histeria la plak. Terus dorang letak stretcher tu laju2 p lantai. Muka dorang pun lucu ni, pucat suda gara2 ketakutan. 

Last2 pecah jugak ketawa kami. Ndak tahan owh tengok muka junior2 tu. Kesian pun ada jugak sebab kena tipu. Hehehe.. Nasib yang pesakit tu ndak terus2 berlakon kena histeria, lau ndak konpem ada yang betul2 kena nanti. hehehe.. Nasib jugak junior2 tu ndak marah. Mana boleh marah2 ngan senior.. Hehehe.. Pa pa pun, kisah ni memang selalu aku ingat.. ^_^

Anne bilang :: Rindu plak ngan kawan-kawan time skolah menengah dulu..


>> Thanks sudi baca!<<

[Kejam] Bayi Reput Dalam Balang

Assalamualaikum & selamat tengah hari..

Tadi macam biasa, sebelum lunch staff sebelah opis ku ni selalu bagi pinjam news nya untuk aku baca. Dan macam biasa jugak la, aku tengok berita muka depan dulu. Punya terkejut bila tengok berita di muka depan tu. Tajuk sama macam tajuk entri ni. Jom baca!

Tawau : Seorang lelaki berusia 32 tahun, yang menemui sebuah balang Nescafe di bawah jambatan di kampung air Kg Titingan, terkejut selepas melihat badan bayi reput di dalamnya.

Ronnie Jude berkata, dia sedang mengupas kulit kelapa ketika abangnya memberitahunya tentang balang di bawah jambatan itu dan mengambilnya.

"Saya membuka penutupnya dan menutupnya semula kerana tidak tahan dengan bau yang keluar," kata Ronnie dan dengan segera dia memberitahu penduduk kampung tentang kejadian itu.

Dia percaya bayi itu lahir pramatang dan meninggal dunia baru-baru ini, berdasarkan kepada keadaan fizikalnya. Dia menambah bahawa bayi itu mempunyai jari dan tengkorak yang ketara.

Ronnie berkata penduduk kampung percaya bahawa botol itu telah dihanyutkan dari kawasan berdekatan dan menggambarkan insiden itu sebagai "tidak berperikemanusiaan".

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas diberitahu penduduk kampung telah mengambil balang tersebut untuk siasatan. Ketua Polis Daerah ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan tersebut tanpa memberikan ulasan lanjut.


Anne bilang :: Ish..ish..ish.. Sian baby tu.. Kes buang baby lagi la ni.. =_= 

Good News = Bad News

Assalamualaikum & selamat tengah hari.. ^_^

Tadi pagi Kanda ku kol. Masa tu aku masih dalam bas lagi. Tiba2 jak dia kata,

"Wui cerahnya cuaca d KK hari ni.."

Aku yang baru mo cakap hello terus kebingungan kejap.. Eh, dia d KK ka ni? Pastu dia sambung lagi,

"Bestnya ni jalan2, cerah jak cuaca, ndak hujan.."

Aku rasa macam ndak percaya jak Kanda ku ada d KK. Aku yang tengah eksaited + ndak percaya terus tembak soalan bertubi-tubi macam M-16 ke Kanda ku.. Terus ndak da ruang untuknya mo menjawab.. Hihihi.. 

Rupanya dia ikut kawannya p hantar sapi tapi aku ndak tau hantar p mana. Hari tu dia ada gtau jugak tapi aku ingat ndak jadi.. Dia kol tadi pun guna phone kawannya, konpem kanda ku xda kedit ni..

Aku hepi sudah, ingatkan dapat jumpa rupanya tidak sebab dorang balik LD hari ni jugak.. Wuwuwu.. T___T 
Sedih banget nih.. Tapi xpa la, lau aku dapat Medsi tu dapat jugak aku balik kampung jumpa dia.. Hehehe..


Anne bilang :: Teringin betul mo jumpa dia.. Sabar la wahai hati... =_=

Tiada Idea Tapi.....

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Aku xda idea mo update pasal apa hari ni tapi tangan ni ringan jak mo menaip.. Mo cerita apa ya hari ni? Idea.. Idea.. Cepat laa datang hinggap p otak ku ni.. hehehe..

Sebenarnya aku tengah kekenyangan ni.. Sebelum tu, Alhamdulillah dulu.. Hihihi.. Walaupun lunch hari ni ndak sesedap dan seenak lunch orang lain, aku tetap rasa bersyukur sebab dapat jugak aku lunch hari ni. Tahniah perut, anda tidak kelaparan hari ni. ^_^

Semalam lepas makan nasi lauk telur dadar, tapak tanganku terus rasa gatal-gatal. Tapak kaki pun ikut jugak gatal tapi ndak la segatal tapak tangan ku. Heran gak aku, takkan la aku alergik ngan telur.. Kan tu makanan peberet aku.. Tapi orang tua2 bilang, lau tapak tangan gatal tu maksudnya mo dapat duit nanti.. Kan bagus kalau betul.. Hahaha...

Tadi pagi plak, aku nek city bus p keja. Aku dapat seat d depan, sebelah driver.. Yang lucunya, driver nya moody pastu penumpang pun moody jugak. Macam2 suda ayat keluar dari mulut dorang, aku senyum jak dengar dorang membebel..

Aku selalu pastikan hari-hari ku bermula dengan baik, dengan perasaan yang gembira, no moody2.. Bangun tidur jak terus pikir benda-benda positif.. Kalau terlewat bangun, sedapkan hati sendiri.. 

"Ndak pa, bos lambat masuk jugak.. Ndak jugak tu dia marah.."  

Elakkan pikir masalah di waktu pagi, biar berat cmana pun masalah tu cuba elakkan.. Kalau mo pikir pun, pikir la di waktu lain.. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya.. ^_^ 




>> Thanks sudi baca! <<


Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

Assalamualaikum ^_^

Aku terpikir mo buat entry pasal mengantuk ni sebab aku selalu betul mengantuk time di opis lebih2 lagi lau xda keja.. Mesti ramai jugak yang mengalaminya kan? Jom baca sama2..



Bagi yang rasa malas mo bergerak dari tempat duduk tu boleh la....
  1. Kunyah gula-gula getah @ makan gula-gula, kerepek, dan yang sewaktu dengannya..
  2. Duduk dengan tegak supaya dapat melancarkan peredaran darah ke otak..
  3. Main lempar-lempar kertas atau apa2 benda yang boleh dilempar dengan rakan sekerja.. Hati-hati, jangan sampai terkena bos plak.. hihihi.. ^_^
  4. Senaman ringan di bahagian leher, tangan, jari jemari dan muka.. Buat muka huduh pastu tunjuk ngan rakan sekerja.. Kalau rasa lucu ketawa la puas2 tapi kalau rasa macam buduh jak, sila la lari awal2 sebelum kena tempeleng..
  5. Minum air kosong atau neskepe.. Mintak tolong buatkan neskepe ngan rakan sekerja yang rajen.. Kalau ada la.. ^_^


Kalau anda rajin.......
  1. Jalan2 pegi tengok atau kacau rakan sekerja korang buat keja.. Jangan cari pasal pulak ya!
  2. Bersihkan opis contohnya menyapu, buang sampah, lap cermin.. Mana tau bos nampak ko rajin terus dia bagi bonus.. Padahal suda macik cleaner kasi bersih.. wawawawa..
  3. Buatkan minuman untuk semua staf dalam opis tu.. Lebih afdal kalau ko lagi yang tolong cucikan mug dorang pas minum tu..
  4. Cuci muka.. Mo mandi terus pun boleh..
  5. Lompat bintang atau buat tarian para para sakura.. Ajak la satu opis tu menari sekali..
Sekian, itu saja yang dapat aku share. Ada idea nanti aku apdet lagi.. Sekarang ni aku ndak ngantuk suda coz bos dah balik, so boleh buat apa yang aku suka! Hahaha.. *ketawa penjahat*


>> Thanks sudi baca!<<

Bestnya minta maaf.. ^_^

Assalamualaikum & salam sejahtera.. ^_^



Ni cerita dari kemarin lagi ba ni tapi hari n baru dapat cerita coz semalam penat + ngantuk betul aku rasa. Drama My Princess yang tinggal last episod pun belom aku tengok, apa lagi mo menaip. *Erk, apa maksud??*

Gini ceritanya....

Setiap hari aku pegi n balik keja nek bas. Bas yang aku slalu nek time balik keja ialah City Bus, ndak penah lagi aku nek bas biru putih tu sejak aku start keja ni. Hehehe.. Kalau ada blogger yang nampak aku dalam City Bus tu tegur2 la ya? Dun worry, i x sombong pun.. Ngeh3x...  

Bila dah nek bas, aku pun duduk la d port biasa ku iaitu d seat belakang & dekat tingkap. Pastu ada la 2-3 girls ni nek & duduk d seat belakang ku. Tiba2 dengan ndak d sangka2, 1 girl tu p siku kepala comel ku ni. *ahaks!* 

Aku tengok pompuan tu, tapi ndak da pun dia minta maaf. SIbuk jak bercerita ngan kawan2nya.. Sakitnya ati!! Terus aku tengok cermin d sebelah ku sambil membayangkan muka pompuan tu ada d cermin tu, kalau tumbuk best jugak ni rasanya kan? Tapi malu la I kalau abang2 ensem d luar tu nampak aku tumbuk2 cermin bas tu, mesti dorang sangka aku gila. Hahaha... 

So, aku pendam jak kemarahan ku tu dalam hati.. Mesti sentiasa ingat, ndak bagus marah2 nanti cepat tua, kalau dah tua ndak comel suda.. >_< 

Lepas 5 minit gitu baru pompuan tu minta maaf ngan aku.. Mo tau apa yang bestnya? Terus ilang rasa marah ku tu bila dengar dia minta maaf.. Hilang semua rasa yang ndak best dalam hati.. Rasa ringan jak kepala.. Dari muka marah terus tukar p muka suci lagi murni.. Konpem makin comel aku pasni.. Hahaha... :p

So, moral of my story, mintak maaf tu penting.. Kecil cmana pun kesalahan tu bagi kita, mesti minta maaf jugak. And most important, minta maaf mesti ikhlas taukk!!! Jan plak mulut kata maaf tapi muka macam ndak rela jak. Orang gitu tu bagus kena tampar pakai kuali jak tu.. Ahahaha...

Bagi yang jadi mangsa tu plak, boleh rasa marah tapi jan lebih2 nanti ndak comel sudah.. >_<

Anne bilang :: Ter'siku' sebenarnya.. ^_^

>> Thanks sudi baca!! <<

Kebaruan--> Belog ku Sudah Ada Header!!

Assalamualaikum n selamat petang suma...


Aku mo minta puji cket ni.. 
Biarpun xda orang yang akan puji, aku mo jugak mintak puji... ahahaha... 
Akhirnya belog ku ada header jugak. 


Biarpun ndak cantik dan ndak se'kreatif' header belog lain, aku tetap puas hati.. 
Tapi kejap jak ni, ada masa aku mo tukar header baru lagi..
Terlalu simple kan? 
Ada rasa sedikit kekosongan di sana.. Hehehe.. 
Tapi xpa la, buat sementara jak. 

Ni pun buat time d opis, balik2 ada bos limpas2 terus ndak dapat fokus aku.. 
*bos lagi yang disalahkan* 
Huhuhu...
Siap ndak siap terus kasi jadi header..
Ndak da kesabaran langsung..
Hihihi...


Domo-kun!! ^_^

Assalamualaikum n salam sejahtera ^_^

Domo yang kebingungan

Just want to share, aku sudah mula suka n minat sama Domo-kun @ Domo ni.. Sejak bla aku pun ndak perasan.. Mungkin sejak aku tengok dah ramai yang pakai beg Domo, keychain Domo, tshirt Domo dan yang sewaktu dengannya la..

Domo ni asal dari Jepun. Jepun kan memang femes ngan benda-benda yang kiut miut ni. Oh ya, hari tu aku ada beli sarung tangan comel d Daiso. Kawaiii!!!! ^_^   Pada yang ndak tau tu, Daiso ni kedai yang jual barang2 dari Jepun & semua benda kat kedai tu harga RM5 sajerr... Murahkan? Tapi bagi yang berjimat macam aku ni, RM1 pun mahal jugak bagi ku.. Hehehe...

Jom layan pic2 Domo yang aku pinjam dari incik Gugel nih.. Jom! Jom!

Mari belajar lukis Domo yang cumel!


Pen drive Domo..  Mana mo carik ya??


Straw untuk Slurpee... Comelnya, macam2 gaya ada.. ^_^



Domo hoodie.. Mo cari jugak ni nanti.. Hihi..


Hah, ni mission tuk ujung bulan ni.. Huhuhu....


Anne bilang : Harap2 Kanda ku baca ni pastu belikan aku Domo besar punyerrrr... Hihihi T____T


>> Thanks sudi baca!! <<

Siapa Jugak Ko Ni??

Assalamualaikum..

Tadi mo post pasal tips2 hilangkan mengantuk tiba2 ada plak orang kol aku.. 

Lelaki : Hello, Nurul.. Pa ko buat?
Aku : Buat keja ni. Napa jugak ko balik2 kol p cni ni?
Lelaki : Aku mo bercerita bha ngan ko.. *bunyi pelik*
Aku : B'cerita? Weh, aku banyak keja ni..
Lelaki : Jam berapa ko abis keja?
Aku : Napa jugak ko mo tau ni??
Lelaki : Mo tau jak bha.. *ada lagi bunyi pelik*
Aku : Jangan la kol p cni lagi, phone opis ni..
Lelaki : Jadi kol p hp mu la? Apa nombor mu?
Aku : Ndak payah la kol lagi..
Lelaki : Aduh, sakit ny.. *bunyi macam betul2 kesakitan* 
Aku : ???... Sakit apa plak ni?
Lelaki : Sakit la ko cakap begitu.. *bunyi pelik lagi*
Aku : Sudah la aku banyak keja ni!

Terus aku kasi mati. Ndak sanggup aku dengar suaranya lagi. Macam kekurangan napas jak bercakap, ampus kali aa? . Lelaki ni ada kol aku last week. Pastu Isnin lepas ngan tadi pagi lagi dia kol. Sebelum ni macam biasa jak suaranya, cuma ndak berapa kedengaran la.. *atau aku yang pekak ni?hehehe* 

Masa dia kol aku rasa macam pelik jak.. Mo tau apa yang peliknya? Suara bikin geli, pastu ada bunyi2 pelik selain suaranya. Aku ndak tau cmana mo describe caranya bercakap & bunyi pelik tu. Macam orang gila seks jak.. Biasa kan lau dalam drama2 atau movie yang ada watak orang gila seks tu? Nah, begitu la caranya bercakap tadi tu..

Mula2 aku takut jugak, takut yang amat sangat.. Mana tau sangkaan ku yang dia gila tu betul.. Na'uzubillah... Jangan jak dia ekori aku sampai rumah.. Uii.. Palis2..  

Aku ada tanya dia sapa, dia bilang namanya Faizal. Aku ndak ingat pun ada customer sini yang namanya Faizal. Terus dia sedih sebab aku ndak ingat dia. Bhe, ko pikir ko sapa mo d ingat2? *Berani kunun ni.. Hihihi..*  

Aku mo kol Kanda ku tapi ndak da plak kedit ku.. Kanda, aku takut.. wuwuwu.. =(  


Menangis Atau Pendamkan Jak??

Assalamualaikum...


Ada orang bilang,

Menangis tu adalah satu cara untuk melupakan kesedihan...

Contohnya, orang yang paling banyak menangis time ada kematian, orang tu akan lupa kesedihannya dalam masa yang singkat..
Orang yang baru putus cinta, akan menangis berhari-hari lamanya tapi pastu dia ndak akan nangis lagi mungkin sebab suda jumpa orang baru..

Tapi,

Orang yang ndak menangis tu adalah orang yang akan sentiasa ingat ngan c arwah..
Orang yang ndak menangis tu la yang masih ingat ngan bekas kekasihnya..
Ingat sampai bila-bila...

Kamu setuju ka?
Err.. Sebelum tu..
Kamu paham ka jugak ni??

Jadi mana 1 yang kamu mo jadi?
Yang kuat nangis ka atau yang memendam jak?

Anne bilang :: Still thinking about this thing...... T____T

>> Thanks sudi baca! <<

Lepas telur, beras lagi??

Assalamualaikum..


Aku suka makan nasi. Nasi kosong, nasi lemak, nasi ayam, nasi minyak, nasi kuning.. Semua aku suka makan.. Kamu pun mesti suka kan? Sebab nasi tu makanan ruji orang kita. Aku x tahan lau 1 hari ndak makan nasi. Rasa ndak lengkap jak idup ni.. Hehehe.. 

Tapi nasi yang aku suka makan tu telah di tiru oleh negara yang terkenal ngan copy-paste-edit brand2 terkemuka dan cipta benda2 tiruan ni.. Ndak payah la aku mention d sini, kamu tau jugak tu kan? Hehehe...

Jom tengok video ni dulu..



Ingatkan baru lagi ni cerita, aku tengok video ni d Youtube ada yang 2 bulan lalu & ada jugak yang 8 bulan lalu. Lama suda rupanya ya? 

Makan 3 mangkuk nasi  plastik ni bersamaan dengan makan 1 guni  plastik. Semua pun tau kan yang plastik ni ambil masa yang sangat lama untuk dihapuskan. Agak-agak la kan, apa jadi lau kita termakan beras plastik ni? 

Oleh itu, makan la beras tempatan. Beras tanam sendiri lagi bagus! Hehehe..

>> Thanks sudi baca!! <<

Aku rindu........

Assalamualaikum...

Hari ni banyak tul aku tengok status2 rindu d pesbuk..
Rindu parents la, rindu boipren gelpren, rindu rumah, rindu kampung, rindu rinduan jadi kenang2an la..
Pastu ramai jugak yang menghitung hari..
32 hari lagi la, 11 hari lagi, 22 hari lagi, 1000 hari lagi la.. *Tipu jak..*

Memang musim merindu ka sekarang? 
Yang hitung2 hari tu kebanyakannya student..
Ndak lama lagi cuti semester ba pulak kan?

Aku pun tergolong jugak dalam golongan mereka2 yang merindu ni..
Tapi aku ndak post d pesbuk laa..
Sebab aku suda post awal2, hari tuuu lagi... 
*konpem mulut muncung kan?hehehe..*


Ni bukti aku suda post.. hihihi ^_^
Lau setiap kali rindu mesti pos d pesbuk, penuh la wall ku dengan perkataan rindu-rindu ni..
So, pendam jak la..

Orang len boleh la kira-kira berapa hari lagi balik..
Aku xtau bila aku dapat balik kampung ni..
Asal cuti jak family ku yang datang sini..
Asal datang sini jak cuti.. 
Hahaha...

Rindu lak ngan kampung..
Walopun kampung ku itu tidaklah cantik, xda benda menarik & xda yang rindu aku, aku tetap mo balik jugak sebab aku rindu rumah ku!!!

Ni la rumah usang tempat kami sekeluarga berteduh..
Ndak da aku jumpa gambar full, ni jak ada..
Mereng(senget) lagi tu gambarnya..
Hehehe...

Rindunya ngan suasana dirumah..
Makan sama-sama 1 family..
C itu tukang masak nasi, c ini cuci piring, c kakak cuci kain..
Aku?? Apa aku buat??
Aku ikut bapa ku p memukat.. Hihihi...

Anne bilang :: Uwaaaa!!!!!!!! Rinduuuuuuuuu!!!!!!! ^_^



>> Thanks sudi baca!! <<

Aku tanya, kamu jawab ya??

Assalamualaikum..

Aku tertanya-tanya....

  1. Ada ka jugak orang baca belog ku ni?
  2. Ada ka jugak yang suka belog ku ni?
  3. Ada yang benci belog ku ka??
  4. Ada yang meluat ngan entri2 ku ka?
  5. Ada ka yang rajin datang belog ku ni?
  6. Apa yang kamu ndak suka dalam belog ku ni?
  7. Aku ada buat kamu terasa ka?
  8. Aku syok sendiri ka?
  9. Ada yang marah ka aku ndak follow kamu balik?
  10. Lambat loading ka belog ku?
Tu jak aku mo tanya.. Aku sayang sapa yang tolong jawab.. =)



>> Thanks sudi baca! <<

What's Up? What's Goin' On??

Assalamualaikum n nite2 semua!!!

Ngee...
Aku rasa sungguh happy malam ni..
Happy sangat2.. Time menaip ni pun masih membara rasa happy ku..
Happy + suka + flash back + apa lagi ekk?? Hehehe...
Okehh, shukup la sama kegembiraan yang mengujakan ini..
Sini aku gtau napa aku sot2 ni malam..
Hahaha...

Sila scroll ke bawah lagi ya??
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
Taraaaaaaaaa!!!!!!!!


Okehh, jom story mory pasal apa aku eksaited gilak ni..

Lagu ni salah 1 lagu yang menyerikan zaman kanak-kanak ku & semestinya antara lagu2 lama yang aku suka..
Tapi malangnya, bila aku makin membesar dan makin banyak perkara yang memenuhi storan otak ku ni, aku semakin lupa dengan lagu ni. *Dan ada lagu2 lain jugak laa..*
Tapi dalam minggu lepas aku ada dengar balik lagu ni masa aku otw balik keja nek City Bus.. 
*Wahh, detail ny jugak*
Bila dengar jak, terus....

Waaaa!!! Lama suda ndak dengar lagu ni..

Serius owh, dari aku skolah rendah aku ndak dengar suda lagu ni..
And now aku suda tua 23 taun, baru dapat dengar lagu ni balik..
Hihihi...
Masa balik tadi pun aku dengar lagi lagu ni..
Tadi bila tiba turn ku online terus aku cari lagu ni..
*Okehh, ada sikit tipu ya?hehehe...*
Susahnya cari.. Aku ndak tau pun apa tajuk lagu ni..
Aku taip jak lirik yang aku dengar masa lam bas tadi..
Cari punya cari...
Last2, jumpa jugak akhirnya.....
Tu yang aku gembira sampai termasuk kegembiraan tu dalam apdet tuk malam ni..
Konpem ada yang meluat ngan aku..
Tapi aku kisah apa..
Hehehe...

Kita takkan maju lau asik pikir apa orang lain cakap pasal kita...
Yakin jak ko sana..  (^_^)v



Arrgghhh... Yang Mana Satu Ni???

Assalamualaikum..

Hmm..
Ngantuk banget nih..
Tapi aku lum decide lagi esok mo pakai baju apa, tudung kaler apa, sluar itam ka jeans ka slack ka..
Tiap2 malam mesti pikir..
Lau pagi nanti lambat pegi keja..
Aku slalu lambat bersiap gara2 b'pikir mo pakai baju apa p keja..
Berdiri depan almari sambil memilih baju + menengok koleksi baju yang sedikit + termenung *sempat lagi termenung kn.. hehe..*   
Sudah buang masa memilih, mo iron baju plak lagi..
Kena lagi lau baju yang susah mo d iron.. *bikin geram jak*
Mana mo buat sarapan, mana mo pakai bedak lagi..
Susah betul mo buat pilihan dengan kadar yang cepat..
Okeh laa, mo p termenung depan almari dulu.. Hahaha...

Anne bilang :: Nasib kasut yang aku slalu pakai p keja ada 1 jak.. huhu..


>> Thanks sudi baca!! <<

GEMULAH??

Assalamualaikum..

Tadi aku baca surat khabar Daily Express..
Aku jumpa satu perkataan..

"GEMULAH"

Apa tu? Ada sapa2 tau ka?
Ikut dari apa yang aku baca, gemulah ni sama maksud ngan 'mangsa'..

Contoh, baca berita d bawah.. 

KOTA KINABALU: Seorang pekerja sebuah syarikat pengiklanan meninggal dunia serta-merta apabila dia terkena renjatan elektrik setelah tersentuh kabel elektrik 11kv di kawasan Perindustrian Ringan Sedco di Jalan Kilang, Kolombong dekat sini, Isnin.

Gemulah dari Kota Belud berumur 33 tahun itu dikenali sebagai Tan Yong Fui sedang memasang dua papan iklan bersama dua rakannya, Wong Yun Fui, 25 dan Lee Kui Min,39, menggunakan kren di sebuah kilang cat di Kolombong sekitar pukul 10 pagi.

Selepas menyiapkan kerja mereka pada pukul 2 petang, hidung Tan, yang berada diatas kren itu, tersentuh wayar elektrik berhampiran papan tanda itu dan terkena renjatan menyebabkan muka dan badannya terbakar.

Lee cuba untuk menyelamatkan gemulah dan meletakkan tangannya ke badan mangsa tetapi dia juga terkena renjatan dan pengsan.

Difahami bahawa Wong juga terkena renjatan tetapi hanya mengalami kecederaan kecil pada kulitnya. Wong dan Lee dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut bapa Tan, gemulah adalah anak kedua daripada tiga beradik dan Yong Fui baru sebulan berkerja di syarikat itu.


Terkejut gak aku baca berita ni..
Nasib bukan pekerja dari company tempat ku keja..
Kemarin dorang keja luar jugak tapi pasang banner jak la..
Takziah buat keluarga mangsa..
Bahayanya keja dorang ni kan..

Setelah aku gugel translate kan...

Gemulah = Deceased = Mendiang

Aku baru tau ni.. Hehehe...

Anne bilang :: Hampir2 la tu dengan apa yang aku teka.. hihihi..

>> Thanks sudi baca!! <<

Thanks Follower!! Leb u oll......

Assalamualaikum..

Hehe.. Apdet lagi..
Aku lupa mo gtau something..
Lama sudah aku mo post ni tapi asik lupa jak..

Sebelum tu tengok dulu follower ku dah berapa orang..
Dah 100 lebih kan??
Syukur Alhamdulillah, ada jugak orang sudi follow belog ku ini...
Jangan plak ada yang cakap,

'Eleh, baru 100 lebih suda mo heboh..'
@
'Baru 100?? Ala,sian nya jugak..'

Tapi lau kamu mo kutuk pun silakan jak lah..
Mulut kamu, bukan mulut ku..
Hati yang dengki hati kamu, bukan hati ku..

Pa pa pun, tengkiu soooo much kepada follower2 belog Anne Nurain ni..
Biar pun aku guna bahasa Sabah, ada jugak non Sabahan yang baca belog ku ni ya??
Terharu nya aku.. Wuwuwuwuwu...

Hah, 1 benda lagi..
Ada sesetengah follower yang xda link ke blog nya tu, gtau link kamu ya??
Penasaran jugak aku ndak tau apa belog kamu.. Hehehe..
Sorry sangat2 pada sapa2 yang ndak ter'follow' balik tu ya??

Pada yang follow aku semata2 sebab mo aku follow dorang balik tu, aku akan follow lau belog kamu ada content yang menarik ..
So, jangan la marah2 aku ya??
Aku pun manusia, bukan robot yang bleh d paksa2 mem'follow'..

Pada yang blog nya xda dalam bloglist ku pun aku minta maap banyak2..
Nanti ada masa aku masukkan kamu semua dalam bloglist ku ya??

MakaaaaaaaaaCCCC manyak2 ya!!
Teruskan sukung blog ku ya?


>> Thanks sudi baca!! <<

Happy For You =)

Assalamualaikum..




Sebelum tu baca SINI dulu..

Tadi dapat good news.. 
Tuan punya Vios tu ndak jadi minta ganti rugi ngan kanda ku..
Beliau Incik Bo p Tawau tadi pagi, tolong kanda ku berurusan ngan tuan punya Vios tu..
Syukur Alhamdulillah, selesai jugak..
Tinggal urus keta abang Incik Bo jak lagi..

Kes kawan kanda ku pulak ditangguh coz peguamnya buat permohonan untuk tukar kes dari kesalahan membunuh p pergaduhan..
Resultnya bulan 6 baru tau.. 
Sama ada boleh tukar atau tidak..
Lamanya kan..
Kejadian tu masa Januari 2008 lagi..

Now, my kanda happy sangat2..
Masa kol tadi pun balik2 kasi kena aku jak kejanya..
Lau gitu, maksudnya kanda ku dah normal balik..Hehehe...

I'm happy for you kanda.. =)

>> Thanks sudi baca!!<<

Sehati Sejiwa Punya Story

Assalamualaikum...

Sekarang ni opis.. tapi mo curik masa ckit tuk apdet blog.. hihihi...

Semalam Kanda ku kol.. Masa tu aku dah tidur.. Heran aku sapalah kol aku tengah2 malam ni.. Bila tengok jak nama d skrin tu terus tekan button ijau cepat2.. 

Kanda ku d Tawau sekarang ngan kawan2nya.. Ingatkan dorang p jenjalan makan angin. Hehehe.. Rupanya mo pegi mahkamah coz kawan dorang yang ada kes bunuh tu d bicarakan hari ni.. Ingatkan selesai sudah, lamanya tu cerita.. 

Aku tanya napa x tidur lagi.. Biasanya jam 11 @ 12 dia tidur sudah tu.. Tanya punya tanya rupanya dia x dapat tidur.. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.. *Ceh, skema punya ayat*  

Kanda ku gtau yang dia terlanggar keta orang. Keta Vios tapi dah jadi Vios aeroback lepas kena langgar. Langsung xda sudah bonet nya keta tu.. Selain Vios tu, ada 3 lagi keta d depan tu yang kena tapi ndak teruklah.. Kali calar2 ckit jak.. Kanda ku bawak keta Vigo, dahlah keta tu abang Incik Bo yang punya.. Dia pun ndak sedar cmana boleh terlanggar. Cepat tul kejadian tu berlaku. Langsung ndak sempat dia mo tekan brek.. Susah hati betul Kanda ku.. Siannya dia.. 

Selalunya dia xmo ganggu aku lau aku dah tidur tapi maybe semalam dia betul2 perlukan seseorang sampai ndak kisah sudah aku ngantuk ka tidak masa tu.. Risau betul dia, makan pun xda selera.. Kawan2 nya yang len sudah lama pengsan (tidur) gara2 kepenatan tapi dia langsung ndak dapat tidur.. Lepas dia gtau dia langgar keta orang terus segar mataku gara2 terkejut.. Hehehe...

Aku mo tolong dia tapi ndak tau cmana mo tolong.. Hurmm... Ikut jugak aku susah hati lau kanda ku susah hati.. Tapi satu benda yang aku suka pasal kanda ku ni kan, time2 susah hati tu sempat jugak dia gurau2 ngan aku.. Mayb tu cara dia pujuk dirinya sendiri.. Padahal dalam hati, dia ngan Tuhan jak yang tau.. * aku pun tau jgk.. hihihi*

Xpa la Kanda, aku doakan semuanya baik2 jak.. Harap2 la tuan punya keta tu ndak minta ganti rugi kaw2 punya.. Kaya jugak dia bha.. Kali banyak lagi keta nya d umah tu.. Hehehe...

Ndak payahlah pkir betul kanda ku, bukannya boleh selesai pun benda tu lau asik d pikirin.. Hari ni dia jumpa ngan tuan punya Vios tu d balai polis, ndak tau la apa jadi.. Takda lagi dia mesej aku, bz kali dorang.. Tunggu jak la.. Hope everything will be ok..

Anne bilang :: Miss my kanda soooo much... 

>> Thanks sudi baca!! <<

Shawl mareeee!!!!

Assalamualaikum u oll...

Bz betul aku hari ni.. Adik ku yang 2 orang tu balik umah minggu ni.. Adik yang lelaki lau datang konpem bawak baju kotornya untuk d cuci.. *Ko pikir rumah ni dobi ka?? hahaha* Biasanya kakak ku yang cuci baju tapi oleh kerana kakak ku keja tadi jadi terpaksa la aku yang ambil alih tugasnya.. 

Penat woo.. Aku bukan cuci baju jak hari ni, masak nasi, masak lauk, masak bubur ubi, masak air, makan.. Banyak keja kan? hakhakhak... Lepas dah selesai suma keja tu, aku amik laptop adik ku pastu buka webcam pastu amik gambar banyak2.. Hohoho.. 

Aku suka buat gitu.. Time2 boring atau mo ilangkan ngantuk mesti aku amik gambar.. Pedulik la lau ada orang mo olok2 yang penting aku puas hati tengok muka ku yang cumil belaka ni.. Hahaha..

Jom layan jak pic ku ni.. Banyak, dekat 100 tapi takkan suma mo d upload cni kan? Gila ka apa?? Huhuhu..


  • Pesen tudung ntah pa pa ntah.. hehehe..
  • B'trep kiut kunun.. hahaha...
  • Aku ndak suka inner yang xda awning tu, rasa besar jak muka.. hahaha...
  • So, aku lipat ja tu shawl jadi macam tudung biasa.. 



  • Yang ni pun aku tatau style apa.. aku try test jak lipat2 n lilit2..
  • ni shawl akak aku punya..
  • pinjam jap jadi model.. huhuhu
  • terpaksa crop pic ni coz aku pakai baju lengan pendek.. hihihi...



  • Kat butik tempat akak aku keja.. Nampak tu baju2 kat belakang tu?? hehe..
  • Aku baru balik keja masa ni.. Singgah 1B jap tempat kakak ku..
  • Kebetulan big boss xda, aku pun try test la segala shawl, pin n baju2 kat sana.. hikhikhik...
  • Psstt... Butik tu ada baju dari Korea, comel2 semua taukk!! *promote jan x promote.. hihihi*



  • Pic ndak tengok kamera kononnya..
  • Inner akak aku punya.. Shawl plak haku yang punya.. hihihi..

Sekian.. Itu jak yang bisa gue upload.. Kualiti kamera sangat la hancuss sebab aku pakai camera laptop jak.. 

Mo shawl, inner n pin comel2?? P la terjah Butik Hijab Chantique d tingkat paling atas 1B, *aku x ingat 1B ada berapa tingkat sebenarnya.. hahaha*  dekat parking entrance.. Kalau nampak baju korea kaler purple, jan beli ya? Aku mo beli tapi x shukup duet laa... Hohoho...


>> Thanks sudi baca!! <<

Ulser Mulut Oh Mouth Ulcer

Assalamualaikum & nanite u oll...
Lama suda aku ndak apdet pasal kesihatan2 ni.. Kali ni aku mo share pasal ULSER MULUT.. Atau nama lainnya UGAM.. Hihihi.. Okehh, jom kita tengok dulu apa kebendanya ulser mulut ni..

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kekuningan yang dikelilingi warna kemerahan. 


Ha, ni la dia ulser mulut atau ugam.. Ulser mulut ni biasanya menyerang bahagian dalam bibir, dinding mulut, lidah dan gusi.. Yang aku sekarang ni di lidah.. Sandi owh.. Mula2 dia warna putih macam pic di atas tu.. Lau x silap yang kaler putih tu adalah nanah.. Lau ulser tu dah pecah atau dalam erti kata lain, nanah tu dah terkeluar, ulser tu cepat sembuh.. Ikut pengalaman aku la.. So, lau ada sapa2 yang ada ulser ni, try2 la kasi pecah itu nanah.. Tapi sakit tu tau?? Hehehe...

Ni bukan first time aku kena ulser mulut ni.. Dari aku kecik lagi memang dah selalu mengalaminya.. Cakap la di mana ko mau, d lidah, d bibir, d gusi, d dinding almari mulut.. Suma suda aku rasa. Bukan 1 ugam, kadang2 sampai 4 atau 5 ketul ugam lam mulut ku.. *Boleh ka panggil ketul?? Hehehe...* Tapi aku sabar jak.. Family ku pun paham suda tu lau aku tiba2 x banyak cakap.. 

Cuma sebelum ni lama suda Incik ugam ni ndak datang p mulut ku.. Aku pun ndak ingat bila kali terakhir aku ugam ni. Tiba2 hari Isnin lepas aku rasa pedih2 jak lidah ku.. Bila aku ambil cermin jak, terus oOoeMmJIii!!! Aku kena ugam lagi!!! Uwaaa... Ndak sukak nya gue!!!

Aku gugel2 tadi, pastu terjumpalah penyebab2 terjadinya ugam ni.. 
  • Stress
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Tergigit bibir atau dinding mulut
  • Tertusuk sembilu benda tajam
Selama ni yang aku tau ugam tu muncul sebab kekurangan air atau panas dalam jak.. Hehe.. Aku rasa aku dalam kategori stress. Ndak pun kekurangan zat makanan sebab ndak tentu pemakanan ku sekarang ni. Almaklum la, jauh dari mami yang sentiasa menjaga makan minum ku.. Ngeh..ngeh..ngeh.. *Aku bukan anak manja okehh? Hihihi...*

Start hari tu, bermula la hari2 yang tidak selesa bagiku.. Aku dah jarang bercakap.. Mood selalu ndak ok, aku jadi malas mo layan orang. Asal buka mulut jak sakit. Asal sakit jak buka mulut.. Hahaha... Paling bermasalah bagi ku lau pasal makan. Makan kenyang jugak tapi sabar jak la menahan sakitnya.. Takkan mo berlapar semata2 x mau sakit kan? I'm not that type of person okehh?? Aku sanggup sakit daripada kelaparan. Hahaha... 

Tapi di opis ndak la begitu.. Aku paksa jak bercakap dengan bos n customer. Sudah la aku yang jawab lau ada phone call.. Siksa woo... Sebab, makin lama tu ugam makin besar n makin sakit.. Contohnya dalam 7 hari ugam tu, hari pertama sampai ke 3 kesakitan akan bertambah. Hari ke 3 n ke 4, kira klimaks la.. Paling sakit punya.. *Lau aku la..* Pastu hari ke 5 hingga ke 7, kesakitan akan berkurangan sampai la sembuh.. Hehehe...

Kalau ada antara kamu yang mengalami ugam ni meh sini baca petua2 yang aku dapat cari..
  • Guna bahan kumuran antiseptik *Pedih gilakk.. ahahaha...*
  • Sapu gel ulser *Dulu2 aku bekawan baik ngan Bonjela*
  • Kekalkan kebersihan mulut
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makanan pedas dan panas membara
  • Banyakkan minum air *Aku selalu amalkan tapi akibatnya aku jadi pengunjung setia tandas*
  • Elakkan dari stress atau tekanan perasaan
  • Letak ais di kawasan ugam untuk melegakan kesakitan
  • Garam!! Tapi ni seswai untuk yang boleh tahan sakit la.. Hehehe...
Lau aku plak, aku bantai jak makan makanan pedas.. FYI, aku ni spicy lover.. Asal aku masak lauk jak mesti adik2 ku mengeluh + sakit hati sebab dorang ndak tahan makan pedas.. Lau tahan pun, esok nya konpem melawat tandas.. Hahaha... 

ini Incik Bonjela - kawan lama ku

Kamu pernah ka jugak kena ugam ni? Jom la share2 pengalaman & petua.. Jan lokek bha.. Hihihi.. =)



>> Thanks sudi baca!! <<

Design + bodek = CIKEN CHOP

Assalamualaikum...

Hehehe...Apdet kedua d hari yang sama.. Sekarang ni lunch hour, so ada la ckit masa yang boleh d curi untuk meng'update' blog ku yang tersayang ni.. Hihihi...

Aku ada keja bha ni tapi bos lum balik dari lunch lagi. Nanti bos datang baru buat keja. Lau buat sekarang nanti ada bos, xda suda keja ku.. Takkan mo purak2 ada keja kan? I x pandai la berlakon2 ni.. Hahaha... Nanti heran bos, balik2 design yang sama jak yang aku buat tapi ndak jugak pandai siap2.. Hehehe...

Task aku kali ni design signboard & logo restoran yang berkonsepkan makanan asia n barat.. Western food?? Fuhh, korang pikir tak apa yang aku pikir sekarang ni?? Ni ha yang ada dalam pikiran aku....

Ciken Chop

Uwaaa... Teringin nak makan laa... Korang rasa lau aku bodek2 uncle yang empunya restoran tu boleh ka aku makan free?? Korang doakan la ekk?? Hahaha... 

Tapi restoran ni jauh la, saaaaana d Putatan.. Next week baru buka.. Ya la, takkan buka tanpa signboard kan? Mesti lah tunggu signboard siap buat & pasang dulu baru boleh beroperasi... Hehehe...

Okeh, mo sambung keja. Ada suda bos datang.. Tengah menaip laju2 ni... Hahaha... Daaaa.....

Anne bilang :: Kemarin n hari ni lapar giler bila tengok suma pic2 makanan tu.. Ada orang sudi belanja aku ka?? Hehehe...

>> Thanks sudi baca!! <<

Hati Yang Kau Panaskan...

Assalamualaikum n gud morning u olls...

Sampai jak opis, on pc trus rasa mo apdet plak.. hihihi.. Bukan apa, ada yang aku x puas hati tadi masa on the way p cni..

Macam biasa, setiap pagi aku akan tunggu bas kat depan perumahan aku tu. Hari ni aku awal ckit coz xda aku buat roti bakar macam yang biasa aku buat setiap pagi.Aku lupa mo suruh kkak aku beli semalam.. So tadi pagi aku bekpes sosej ngan telur greng jak.. Takda bekal p keja ari ni.. Terpaksa la aku merajinkan diri ku yang sangat pemalas ni untuk beli makanan kat restoran belakang opis aku..

Hah, lari sudah dari topik asal.. hehehe...

Gini, tadi masa lam bas, ada penumpang naik.. Macik n anak2 nya 4 orang, 3 perempuan 1 lelaki.. Kecik2 lagi semua, yang paling tua rasanya lam lingkungan umur 8-10 taun n yang paling muda maybe lam 5 @ 6 taun la gitu.. Bila dah naik tu, yang c ibu ngan anak2 ppuan jak yang dapat duduk. Maka, berdiri jak la yang budak lelaki ni. Sian aku tengok dia, mo bagi seat aku, aku xmo la plak berdiri d kalangan lelaki2 yang ada kat dalam bas tu. So, aku berharap jak la ada orang turun nanti.. 

Masa bas tu berenti depan Alamesra, ada orang nek.. ramai jugak la.. Budak lelaki tu hampir tersepit suda sebab setiap kali ada penumpang naik, jarang la ada yang mo p belakang2, semua mo d depan. Aku pun x pasti napa.. Hehehe...

Pastu bas tu berenti lagi depan UMS, penumpang yang duduk depan tu turun. Aku pikir dapat lah budak lelaki tu duduk sebab seat tu dekat ngan dia. Nah, sekali ada plak satu pompuan x sedar diri ni p menolak budak tu.. Aish.. Panas tul aku tengok perbuatan pompuan tu. Budak tu mo duduk tiba2 pompuan tu p tolak dia pastu duduk dengan gembira n tanpa rasa bersalah.. Arghhh... rasa macam mo tarik jak tudung pompuan tu, nasib aku jauh.. Apalah salahnya dia bagi budak tu duduk, bukan dia sorang jak pompuan yang berdiri, ada jugak pompuan len tapi xda la dorang mo berebut tempat duduk ngan budak kecik...



Aku tatau da pa nasib budak tu coz ramai tul orang kat depan tu. Ndak dapat aku tengok budak tu lagi. Aku harap dia ok jak.. Then, masa bas tu berenti dekat Shell yang ada McD drive-thru tu, aku tengok budak tu dah dapat duduk.. Syukur Alhamdulillah, dapat jugak dia duduk.. Hihihi...

Bila dah sampai terminal, aku pun ikut jugak la bersesak2 mo turun. Nasib ada gak gentleman bagi laluan ngan aku. Tapi belum sempat mo turun tangga, ada lagi pompuan yang macam harem tadi tu potong jalan aku.. Huh, x pandai bersabar tul pompuan ni ba.. Nasib aku x jahat, lau ndak sudah aku tolak dia dari bas tu.. Bikin panas jak.. 

Okeh, tamat cerita bikin panas.. 

Masa lam bas tadi, tiba2 aku terpikir mo buat satu segmen la.. Tajuk segmen aku lum pikir lagi.. Nanti da ada idea aku gtau.. Tapi ada ka jugak orang mo join segmen aku ni ya?? Huhuhu.... Try test jak la, belum cuba belum tau kan?? Hehehe...


>> Thanks sudi baca!! <<

Anne Nurain