Day 6 - 10 Items You Can't Live Without

Assalamualaikum & selamat malam..

First sekali, thanks coz sudi singgah d blog ku yang x best ni.. (merendah diri la plak..hehehe..)

Second, aku hampir lupa yang aku ada Cabaran 10 Hari yang belum siap lagi.. Hahaha.. Ni mesti kes excited balik kampung ni kan? Ish..Ish..Ish.. Aku baru teringat tadi lepas aku belek2 buku nota kesayangan aku ni.. Sambung dulu la ya??

Day 6 :: 10 items you can't live without

1. Handphone. Memudahkan aku berhubung dengan orang tersayang & kawan2 aku.. Selain tu, hp yang ada kalendar ngan jam jugak sangat2 memudahkan aku.. Aku xda jam tangan, so harap pada hp jak la.. hehehe..

2. My lappy. Wui kalau xda ni konpem boring gilak aku.. Kalau sebelum ni aku x kisahkan sangat laptop ku ni sebab aku lebih suka tengok tv.. Tapi sejak aktif dalam blogging ni, lappy ku ni jadi benda yang sangat penting bagi ku..

3. Wallet yang mengandungi IC, kad ATM & DUIT !! Kalau xda duit tak bleh makan tauk?? Kalau x dapat makan maka akan mati lah kan? Aku berharap wallet ku sentiasa dipenuhi duit.. Ah boleh ka begitu?? Hahahaha..

4. Cermin. Hahaha.. Yang ni penting jugak.. Penting untuk apa? Opkos la untuk menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.. Kalau pakai tudung wajib tengok cermin, pakai lip balm pun mesti tengok cermin jugak.. Kalau tengah berjalan-jalan tetiba ada angin kuat terus cari cermin, mana la tau tudung dah senget ka, ada benda asing menyangkut kat tudung ka.. Kan? Kan? Hehehe..

5. Sweater. Aku ni jenis yang x tahan sejuk. Kalau lama-lama dalam bank pun aku x tahan.. Sebab tu la aku sangat2 perlukan sweater ni.. Aku suka beli sweater @ jaket yang tebal2 pastu ada bulu2 tu.. Terus rasa macam d luar negara la plak.. Hahaha.. Berangan jak kan? Tapi best la jaket tebal2 tu, dapat menghalang aku dari kesejukan yang mencucuk ke tulang itam.. hehehe..

6. Tisu. Aku ni sensitif ngan habuk @ debu.. Sikit2 nak bersin.. Lepas tu mula la selesema yang 1 @ 2 hari baru sembuh.. Kalau kat tempat sejuk pun tiba2 jak boleh selesema.. Contoh macam kat kampung sekarang ni.. Sejuk sangat2 terutamanya waktu subuh.. Nasib baik la ada bekalan tisu.. hehehe..

7. Makanan. Yang ni semua pun x boleh hidup kalau benda ni xda kan?? Ke aku sorang jak?? Hahaha..

8. Kamera. Ambik gambar adalah salah satu hobi ku.. Asal pegi mana2 pun mesti bawak kamera.. Sekarang aku masih guna kamera yang biasa2 jak, insya Allah kalau ada rezeki mo angkat DSLR la plak. Hihihi.. Kadang-kadang aku terlupa bawak.. Time tu la jugak ada view yang cantik tapi oleh kerana kamera xda, maka diriku ini akan rasa menyesal yang amat.. Sayang sangat2 kalau x dapat ambik gambar.. :(

9. Mp3 player. Aku suka dengar lagu.. Lagu2 apa2 pun aku layan, yang penting telinga ku suka.. hehehe.. Aku x suka dengar lagu dari hp.. Ada jak gangguan, orang kol la, mesej la.. Nanti tengah feeling2 dengar lagu  Agnes Monica tiba2 ada plak lagu Waka Waka Eh Eh tanda ada mesej masuk.. hahahaha...

10. Beg. Tak kisah la beg macamana pun.. Sling bag ka, handbag ka, backpack ka.. Yang penting barang-barang penting ku boleh masuk. Aku ni kalau berjalan p mana-mana banyak barang aku mo bawak.. Bukan macam orang lelaki, bawak wallet, hp, rokok ngan lighter jak.. Hahahaha...

Tu jak la benda2 yang aku x bleh hidup kalau benda2 tu xda.. Abaikan yang no. 7 tu sebab tu kan perkara basic yang semua orang pun boleh mati kalau xda benda tu.. Aku cuma x tau nak letak apa lagi.. Ampunkan patik ya? Hahahaha...

Well, happy reading ya!!
^_____^

Wordless Wednesday ~8~


Klik untuk tumbesaran yang lebih jitu

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum & selamat pagi.. ^____^

Apdet sekejap sebelum balik LD..
Awal giler aku sampai Terminal Inanam ni..
Gara-gara adik aku la ni..
Dia yang belikan tiket bas ni kemarin..
Dia kata bas aku jalan pukul 8..
Aku pun awal la bangun tadi walaupun mata sebenarnya belum mau terbuka..
Bersiap pun sangat la ekspress..
Baju x ber'iron', tudung pun tudung ekspress jak..
Takda masa mo pakai shawl lilit2, pin sana pin sini..

Oleh kerana ni 1st time aku pegi terminal sendiri2 *sebelum ni ada orang hantar*, aku terpaksa naik bas pegi KK pastu bila sampai sana terus naik bas pegi Inanam lagi..
Fuhh.. Penat owh..
Entah kenapa, aku bangun jak tadi pagi terus rasa macam nak termuntah..
Macam tau2 jak perut ni yang aku mo naik bas ekspress hari ni..
Harap2 aku x muntah la nanti..
Oh ya, mo beli minyak cap kapak nanti..
Kang pening2 boleh la sapu kat kepala..
Hehehe...

Aku risau sangat ni..
Sekarang pun tekak rasa x selesa jak..
Macam x sempat jak naik bas terus termuntah ni..
Hahaha..

Kalau la ada bas pegi LD yang selesa macam City Bus kan best..
Slow jak aku menaip ni..
Tangan kanan aku menggeletar gara2 bawak beg berat tadi..
Hehehe..

Okeh la para sahabat alam maya, doakan aku selamat sampai ya?
Doakan jugak supaya aku tidak termuntah..
Muahahahahaha....
Bas aku naik ni terus hantar aku sampai kampung halaman..
Jalan pukul 9.30, mungkin pukul 6 atau 7 baru sampai..
Harap2 bas aku naik ni laju jugak..
Xda la krem bontot duduk lama2 dalam bas..
Hahaha..

Okehh la, *berapa kali 'okehh' daa* mo layan chat Kanda ku dulu..
Huhuhu..
Assalamualaikum..


Jom cari gaduh!!

Assalamualaikum & selamat malam boipren & girlpren.. ^___^

Hah, hari ni cerita pasal gaduh2 pulak.. Hehehe..
Memang x sah kan kalau dalam satu hubungan xda kes gaduh2 ni?
Gaduh ni kira perencah dalam sesuatu hubungan tu..
Bayangkan la selama korang kapel tu langsung xda pergaduhan, xda selisih faham..
Macam x best ja kan?
Dah macam masak megi kari tapi x campur pun perencah tu..
Makan megi kosong jak..
Perghh, apa la rasanya tu..
Ke aku jak yang rasa macam tu??
kehkehkeh...

Bagi aku la kan, time bergaduh tu la kita boleh kenal pasangan kita..
Dari situ kita boleh tau yang dia tu jenis yang marah hanya sekejap pastu ok balik @ jenis yang berdendam dalam diam @ jenis yang marah sikit terus baling pinggan mangkuk *bagi orang perempuan* dan terus bagi pelempang *bagi orang lelaki*..
Ada sesetengah pasangan yang terlampau seronok bercinta, sentiasa d buai perasaan yang indah2 tapi bila dah kahwin terus jadi x indah..
Orang lain makan nasi, dia makan penampar...
Adehh... Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara macam tu..

Jangan jadi macam ni sudah.. huhu..

Kalau sesama adik beradik plak, gaduh tu dah macam hobi..
Terus teringat la plak masa kecik2 dulu..
Suka cari gaduh ngan adik lelaki aku..
Bila dia dah marah, aku cepat2 lari pegi bilik pastu kunci pintu..
Macam nak pecah jak pintu bilik tu kena tendangan adik aku yang sangat2 mengamuk..
Hahaha...


Tapi yang bestnya gaduh ngan adik-beradik ni, lepas 2 3 jam boleh2 jak bertegur balik..
Tak da simpan dendam pun..
Kecik ati pun tidak..
Tapi cuba kalau gaduh ngan kawan..
Kadang2 boleh buat hubungan tambah rapat bila dah berbaik..
Kadang2 ada yang terus jadi musuh..
Lainlah kalau kawan tu memang bespren dari zaman tadika yang sangat2 memahami korang..


Apa yang aku nak simpulkan kat sini ialah, jom cari gaduh!!
Ok,bai!


Lelaki Gelojoh

Assalamualaikum...

Last update dari opis coz hari ni hari terakhir aku keja kat sini.. Sedih gak la sebab bos n isteri bos baik sangat2.. Dorang pun macam berat jak mo lepaskan aku.. Tapi apa boleh buat kan?? Sabor je lah~~

Ok, balik p tajuk.. Aku bukan nak cerita pasal lelaki gelojoh part makan2 tapi gelojoh dalam berkenalan atau lebih tepat lagi kalau nak tackle pompuan.. Aku cerita ni dari pengalaman aku la.. Aku ni boleh la jugak dikatakan sombong sebab aku memilih kawan.. Memilih tu perlu ya? Jangan nak kawan ngan orang sembarangan, nanti tersalah pilih kawan baru tau.. 

Aku suka berkawan tapi kalau ngan lelaki susah sikit sebab banyak yang x ikhlas n gelojoh.. Baru kenal terus tanya...

>> Tinggal d mana?
>> Berapa orang adik-beradik?
>> Mak bapa kerja apa?
>> Masih study ka atau dah keja?
>> Suda ada boyfriend ka belum?
bla..bla..bla..bla..

Sambil diselitkan dengan,
... aktiviti puji memuji yang amatlah memualkan tekak..
... bercerita pasal diri sendiri tanpa mengambil kira sama ada aku teringin nak tahu atau tidak..
... panggil aku dengan nama yang aku x biasa guna, konon mo lain dari yang lain.. *lain la sangattt*
... tiba-tiba mintak no. phone.. Alasan, mo kenal dengan lebih rapat lagi..

APAKAH?? Ko ni ikhlas mo berkawan ka atau semata-mata mo cari makwe jak?? Baru kenal tiba-tiba mintak no. phone.. Ntah berbaloi ka tidak kalau aku mesej ngan ko nanti.. Ntah2 bazir kredit jak.. 

Kesimpulannya, kalau ada yang nak kenal ngan aku x payah la mo tanya soalan2 kat atas tu.. Buat macam dah lama kenal jak la, kalau ada benda mo tanya pun boleh tanya bila2.. Tak perlu la kelam kabut tanya semua soalan tu.. Slow & steady jak bha.. Hehehe... 

Tu jak la, mo balik dah ni.. Sedih lak tiba2.. Ok,bai! 

Day 5 - 10 Wishes

Assalamualaikum & selamat petang dear friend.. :)


Jom sambung cabaran untuk hari kelima ni.. Banyak hari sudah tertangguh, baru2 ni aku busy download drama Korea. Tak dapat nak update sebab line tenet adalah sangat slow macam siput vavi.. Hahaha.. Bha, jom tengok apa wishes ku, manatau ada yang mo jadikan kenyataan.. Huhuhu...

1. Menamatkan pengajian dengan jayanya dan seterusnya menjadi cikgu yang berwibawa macam bapa aku.. Hihihi..

2. Memiliki DSLR sendiri then belajar ilmu photography & poyography.. *kan Sudir Suichi?? kehkehkeh..*



3. Aku nak baiki rumah kami yang kat kampung..

4. Belikan bapa aku sebuah bot, boleh pegi memancing satu keluarga.. X payah nak tarik2 pukat lagi.. Hahaha...

5. Hantar mak & bapa p naik haji.. *Semoga dipanjangkan umur..*

6. Mo buat bungee jumping, paragliding & skydiving..



7. Mo hidup bahagia ngan keluarga n kanda ku.. huehuehue...

8. Mo pegi Eiffel Tower, Millau Bridge, gunung Roraima ngan tempat2 menarik yang lain.. *Baaaaaanyaak lagi.. Hehehe..*

Jambatan Millau @ Millau Viaduct

9. Mo memiliki sebuah Mini Cooper kaler apa2 pon boleh.. Hihihi..


10. Aku nak tanah yg luas supaya boleh tanam manggis, mangga, tembikai.. Hmm.. Tanam sayur jugak la, walaupun aku x berapa suka sayur.. Hehehe..


Yess!! Siap sudah..
Huhuhu...
^______^

Bukan Wordless Wednesday laa...

Assalamualaikum...




Mau ka?
Ambil jak kalau mau..
Tapi wallpaper ni saiz kecik, 640 x 480 & 300 x 500 jak..
Kalau mo yang besar gtau jak, nanti aku buat kan..
*tapi ada ka jugak orang mau ni??*
Hehehe..

Anne :: Semangat raya suda ni.. ^___^

Hujan Batu Di UCA

Assalamualaikum dan selamat petang eberibadi.. ^___^

Sekarang kita dah berada d pertengahan bulan ramadhan.. Lagi 2 minggu mo raya sudah.. Minggu ni adalah minggu terakhir aku keja d sini.. Insya Allah hujung minggu ni aku balik LD suda.. Yeah, BALIK KAMPUNG woo!!! huhuhu..

Mo tau?? Semalam aku, adik n kawan adik ku, Ena buat keja gila.. Hahaha.. Ekceli xda la gila sebenarnya, bodoh jak kali.. Hahaha..

Gini ceritanya...

Petang kemarin aku defrost peti sejuk kat umah sebab mo buang ais yang sudah menebal dalam ruang sejuk beku tu. Aku defrost dari pagi sampai malam baru boleh cabut ais tu.. Ada 4 keping ais semuanya.. Besar2 lagi tu..

Lebih kurang camni la ais di peti sejuk kami. Hehe..

Tiba-tiba Ena bagi idea buang ais tu ke bawah. Mula-mula aku x mau sebab takut nanti kena bumbung tempat parking d bawah tu. Tapi Ena kata buang la jauh2 dari bumbung tu.. Pastu kami pegi ambik ais then lempar ke bawah..

Pap!! Pecah berderai ais tu.. Tiba-tiba rasa seronok plak.. Adik ku yang tengah buat keja lain pun terus mo join kami jugak.. 

Macam buduh2 jak rasa.. Tiga2 berlari p dapur ambil ais pastu lari2 p tingkap. Adik ku orang first buang ais tu. Dah la bongkah aisnya paling besar, x kuat lagi dia lempar. Aku dah larang awal2 supaya ambil yang kecil tapi dia kata dia larat jugak.. Nah, sekali kena bumbung tempat parking tu.. Punya kuat bunyi nya.. Aku pun terkejut woo.. Lepas tu giliran Ena lagi. Kali ni kena jugak bumbung. Aku terus ndak berani buang jauh2, aku buang tepat2 kat bawah tingkap tu jak.. Tapi tetap ada bunyi la jugak..

Masa tu kami langsung x pikir pasal jiran2 blok kami tu.. Pikir mo happy jak.. Tiba2 ada suara lelaki marah2 dari bawah. Fuhh, terkejut kami.. Macam2 la lelaki tu cakap.. Kami d atas senyap2 jak.. Suda tau buat salah kan, ketakutan la apa lagi.. Jantung pun DUP DAP DUP DAP.. Lepas 10 minit tunggu macam xda pa pa.. Tiba2 ada orang ketuk pintu.. Masa tu masing2 takut suda.. Adik ku siap x mo buka pintu lagi..

Tapi aku terpaksa jugak buka. Takut nanti tambah teruk lagi masalah tu.. Buka jak pintu terus disajikan dengan muka2 kencang jiran bawah rumah.. Nasib student jak, kalau mak @ bapak budak tadi habislah aku kena ceramah free.. Dalam 7 orang tu, cuma 2 orang jak yang bersuara.. Sorang tu ok, cakap pun penuh sopan tapi yang satu lagi tu kencang jak owh.. Siap sindir2 lagi.. Padahal malam semalam dorang la paling bising d bawah, melalak macam orang gila.. Orang gila pun ndak melalak macam dorang.. Hahaha...

Masa mendengar luahan ketidakpuasan hati budak2 tu aku cuma boleh cakap "Sorry" jak.. Ndak tau mo cakap apa lagi sebab memang terang2 kami yang salah.. Tahan malu jak la.. Mungkin kalau kami ni lelaki jugak konpem ada yang bertumbuk tu semalam.. Mesti dorang sangka hujan batu ba tu sebab kebetulan semalam kan KK hujan.. Kalau tengok pun memang macam hujan batu jak sebab bertabur ais kat atas jalan tu.. Hehehe...

Buat adik2 d bawah rumah tu, mana la tau kamu terbaca blog ku ni kan, kakak minta maap ya.. Len kali ndak buat lagi.. Kalau mo buat pun kakak inform dulu.. Ndak pun ajak kamu sekali ka.. Bwahahahahaha...


Anne :: Thanks pada yang sudi singgah & follow belog ni.. Nanti aku singgah blog kamu pulak ya? Sekarang ni busy ckit.. Harap maap yer... ^___^

Day 4 - 10 Things You Want To Say To 1 Person

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..


Selamat berpuasa di hari yang ke 12.. :)
Sekarang ni aku tengah layan lagu2 raya..
Sejak akhir2 ni mood raya semakin membuak-buak..
Lagi seminggu nak balik kampung..
Rasa x sabar sangat..

Okehh balik p tujuan asal entri iaitu menyambung cabaran 10 hari yang telah terbengkalai selama beberapa hari.. 
Cabaran dihari ke 4 ni agak susah sikit sebab aku xtau lagi sapa orang yang terpilih ni.. 
Wajib sorang jak ka? 
Dua tiga orang x boleh ka? Hehehe..
Aku pilih Kanda ku laa.. Senang sikit.. Hehe..

P/s :: AMARAN!! Entri kali ni mungkin ada sikit memualkan so sila lah baca entri lain kalau xmo baca yang ini..
Hehehe...


Wahai kekanda ku yang jauh d mata namun dekat dihati, meh sini baca apa yang aku mo sampaikan ngan kanda ni.. hekhekhek...


1. Hai, pa kabar? *Boleh ka mula begini??* Hahaha...
 
2. Mula2 aku mo berterima kasih ngan ko sebab bersabar ngan perangai ku yang amatlah manja & kebudak-budakan dari dulu.. Banyak kali dah buat ko marah tapi ko tetap sabar ngan aku..

3. Thanks sebab ndak merempit sudah.. Hehehe.. Kasi cantik la tu motor, x payah kasi laju.. Banyak menyimpan kenangan tu.. Hihihi.. Lagipun aku x suka tengok ko bingung2 lagi mo cari duit untuk kasi bagus motor tu.. 

4. Raya datang p rumah bha.. Taun ni ramai suda kawan-kawan mu yang aku kenal, so xda lagi alasan xda teman p beraya aa? 

5. Kalau ada masalah share2 bha.. Aku x suka tengok ko susah hati sendiri2.. Walaupun mungkin aku ndak dapat tolong selesaikan masalah tu, sekurang-kurangnya aku boleh faham keadaanmu.. Dulu2 aku selalu buat ko marah & tertekan sebab aku x tau apa yang ko hadapi masa tu.. 

6. Tahniah dapat sambung study jugak.. Rajin2 belajar aa?? Jangan jadi macam di poli dulu, banyak main jak dari belajar.. Hehehe... Ingat betapa eksaited dan gembira nya aku punya future mother-in-law bila ko dapat UPSI.. Jangan hampakan harapan dorang ya? 

7. Masuk UPSI nanti rajinkan diri join apa2 aktiviti yang diadakan.. Dari sekolah menengah lagi ko begitu kan? Selalu x nampak muka kalau ada majlis2 d asrama.. Aku pun terus xda semangat sebab ko xda.. Hehehe..

8. Semoga apa yang ko impikan akan tercapai.. Wahh, macam ucapan birthday jak.. Hehe..

9. Kurangkan merokok ya! Jadilah bakal cikgu yang sihat dan bebas dari rokok.. Hihihi..

10. Sayang ko berjuta-juta lemon.. Hahaha..


Siap akhirnya surat cinta untuk kanda ku.. Hehehe..
Kalau x suka baca boleh klik 'X' laju2..

 

Sejenak aku teringat.. Perghhhh....

Assalamualaikum & selamat petang..


Selamat berpuasa jugak bagi yang puasa tu.. Hehehe..
Hari ni aku mo share pic tempat aku study dulu..

Rindu plak time study dulu..
Rindu kawan-kawan..
Rindu belajar sama-sama..
Rindu makan sama-sama..
Mengutuk pun sama-sama.. 
Hehehe..

Pic ni aku ambil dari group kelas aku.. 
"Geng DIP :: Batch Kami Paling Best"
Sejak bulan puasa ni, classmate ku yang lain sangat aktif dalam group ni..
Dah lama ndak bergosip kali..
Lepas upload pic jak terus komen beramai-ramai..
Time tu la keluar semua kenangan2 masa kat poli..
Hehehe..


Ni depan poli.. 
Nampak tu pondok pak guard?
Hehehe..
Kat belakang tu Gunung Serapi..
Asrama kitorang dekat kaki gunung tu la..
Sejuk wehh.. 
Terutamanya waktu pagi n lepas hujan..
Paling siuk tidur time sejuk2 kan??
Hehehe..



Yang ni plak jalan pegi Kamsis Desa Serapi a.k.a asrama..
Sebelah kiri pic ni ada asrama lelaki, koperasi ngan kafe..
Sebelah kanan plak ada asrama perempuan, rumah warden ngan masjid..
Ini la laluan kitorang pegi n balik kelas hari-hari..
Cuaca masa ni sejuk, cuba tengok putih2 kat atas tu..
Aku x pasti la tu awan ka kabus.. 
Hahaha...


Ni pic masa kat networking lab..
Nampak macam x ramai student kan?
Ramai lagi kat depan tu cuma terlindung oleh PC..
Aku plak kat tepi sebelah kanan..
Out of the photo..
Hehehe...



Hah, yang ni bukan pic poli..
Pic ni cuma nak tunjukkan gunung Serapi yang dilitupi awan *atau kabus kali..* hehehe..
Ni kawasan rumah sewa budak poli..
Sebelah kiri S.M Agama.... 
*aku x ingat nama sekolah tu* Hehehe...
Sebelah kanan flat Batu 9, S.M Teknik Matang & Taman Palma.. *Tempat kitorang menyewa*

Tiga tahun kat sana memang banyak kenangan kitorang..
Pahit, manis, masam, masin dan tawar pun ada..
Semua tetap sekepala..
Ponteng perjumpaan kelab IT pun sama2..
*Tak sabar sebab pinjaman dah kuar*
Hahahaha...

To budak DIP06, aku rindu korang semua..
Bila la mo jumpa lagi kan?
Balik2 sebut pasal reunion tapi xda pa pa jugak..
Habuk pun tarak..
Sampai Nurul pun boring suda dengar perkataan 'reunion' tu..
Hahaha...
Sabar la ya, tunggu semua dah abis study baru kita jumpa ramai2..
Just keep in touch ya.. ^__^


Wordless Wednesday ~7~






Day 3 - 10 Things You Hate

Assalamualaikum & selamat pagi semua.. ^___^



Aku hampir lupa yang aku ada 8 cabaran lagi mo buat.. 
Hari ni buat yang ketiga, pasal benda yang aku benci @ x suka.. 
Setelah d pikir masak semasak-masaknya, ni la antara yang aku benci.. Hihihi...


1. Serangga especially nyamuk yang terbang dekat telinga ku.. Paling aku x suka la ni.. Tengah siuk2 tengok drama Korea tiba2 ada plak bunyi2 dekat telinga.. Mo tampar rasa was-was plak sebab takut tertampar diri sendiri.. Terpaksa la halau2 camtu jak, x pun guna spray Ridsect.. Huhuhu...


2. Road block.. Tapi bukan road block yang abang2 polis buat tu ya? Aku maksudkan sini orang yang suka halang jalan.. Time2 aku mo cepat d sana la dia lenggang2 kangkung d depanku.. Kalau laluan tu luas xpa la jugak.. Kadang-kadang orang depan tu macam tau-tau jak, aku mo mencelah dari sebelah kiri, dia p sebelah kiri, mo mencelah dari sebelah kanan, tiba2 dia p sebelah kanan jugak.. Adess!! Bikin panas joo...


3. Laptop hang @ lagging.. Uii pantang kalau aku tengah buat keja yang urgent.. Kalau masa tu mood ok, aku bole gak sabar.. Tunggu jak sampai ok balik, siap menari-nari lagi.. TAPI, kalau bad mood n keja tu mesti siap cepat then laptop tu slow, merasa la laptop tu kena lempar p luar tingkap.. Hahaha..

huhu.. canteeeekkkknyaaaa....
4. Kasut yang baru beli tapi bila pakai boleh melukakan kaki.. Hahaha.. Ni aku selalu alami.. Masa try test d kedai, ok jak.. Tak sakit pun kaki tapi bila pakai pegi kelas ka, pegi jalan-jalan ka, tiba-tiba sakit plak kaki sampai luka-luka ni.. :P


5. Jerawat.. Hahaha.. Ni mesti ramai yang x suka jugak kan? Tambah2 lagi kalau yang besar punya.. Tersentuh sikit konpem la sakit.. Lagipun aku ni jenis x suka kacau2 jerawat ni.. Ada jak timbul aku biarkan ja tu sampai hilang dengan sendirinya.. Tapi kadang-kadang tangan ni suka cari pasal, time tengah betulkan tudung ka, inner ka, boleh2 plak tangan tu terkena jerawat.. Adoi laa.. T____T


Apa lagi aku benci ya.....??


6. Nombor yang ndak d kenal tiba2 call @ sms mo berkenalan.. Aku bukan sombong tapi aku just x senang mo berkenalan dengan cara begitu.. Bazir kredit jak mo layan orang tu, tengok2 ndak ikhlas jugak mo kawan ngan aku.. Huhuhu..


7. Habuk.. Dekat-dekat raya nanti mula la sibuk bersihkan rumah. Buang segala habuk n sawang2 yang ada pastu mulalah bersin non-stop sampai hidung merah2.. Sebab tu la kalau raya aku lebih suka jadi tukang buat kuih raya. Bab2 bersihkan rumah ni bagi ngan adik-beradik ku yang lain.. Biar dorang yang bersin2.. Hahaha..


8. Serangga yang masuk dalam rumah.. Terutamanya lipas, tebuan, ngan lain2 serangga yang berbahaya. Kalau dah masuk dalam rumah terus x tenang jiwa raga.. Rumah kat kampung la selalu.. Masuk jak tebuan terus lari cari raket bikin pukul.. Tu pun kalau berani la.. Hahaha..


9. Obor-obor.. Sorry la obor-obor sebab aku x suka ko.. Hehehe.. Aku selalu ikut bapa ku pegi memukat d pantai dekat kampung kami tu.. Kami pakai pukat tarik, bapa aku tarik d hujung sana di tempat yang dalam, aku plak hujung sini di tempat yang cetek.. Kalau ada obor-obor rasa berat jak pukat tu, sampai sakit tangan ngan kaki menarik.. Bukan sekor tapi berpuluh-puluh ekor tauk?! *Eh, obor2 ada ekor ka?* Hehehe.. Kalau yang bikin berat tu ikan xpa la, senang jugak hati banyak tangkapan, ni obor-obor la plak.. Hampess betul...


10. Peminjam barang yang xtau etika meminjam.. Cewah, pinjam2 barang pun ada etika ka? Hehehe.. Aku dah d didik sejak kecil, kalau orang tu yang pinjam barang aku, orang tu mesti datang tempat ku untuk pinjam barang tu.. Bukan aku yang pegi hantar ngan dia.. Ada paham ka? Hehehe.. Lagi satu, aku paling x suka orang yang pandai pinjam tapi x pandai nak jaga bagus2 barang aku yang kena pinjam tu.. Konpem aku mengamuk.. Hehehe..


Yahuuuu!! Siap akhirnya.. 
Banyak betul gangguan masa mo siapkan cabaran ni tau.. 
Capek deh.. Huhuhu..

Jatuh cinta sentuhan pertama...


Assalamualaikum & selamat petang.. ^___^



Acer Aspire Z5761

Kat atas tu bukan telebesen ya? Hehehe.. 

Baru2 ni aku ngan housemate yang terdiri daripada kakak n adik aku serta kawan adik ku pegi 1B. Plan mo berbuka d sana pastu round2 1B cuci mata. Why cuci mata? Sebab mata banyak habuk suda.. Hahaha.. 

Jalan punya jalan maka sampai la kami d bahagian komputer.. Aku terjumpa benda kat atas tu.. Maka dengan perangai ndak tau malu + kejakunan, aku cepat2 panggil housemate ku untuk berkongsi kegembiraan kejakunan kami.. Hahaha...



Review jap..

.:: 23" full HD multi-touch display ::.
*luas mata memandang*

.:: 4GB RAM, 1TB HDD ::. 
*fuiyoooo!!*

 .:: built-in Webcam & Speakers ::.
*sound boleh tahan kuat sampai pekerja tu jeling2 kami.. hahaha*


Tu jak aku mo review, mo tau lebih lanjut Google la sendiri.. Hehehe.. Serius, aku jatuh cinta sentuhan pertama sama PC ni.. Macam best jak boleh touch screen kan? Tak payah gerak-gerak mouse sana sini, mo menaip pun taip jak atas skrin tu.. Jari kena jaga la, mesti sentiasa bersih.. Hehehe..

I wish i can buy this one day.. Boring suda guna laptop, skrin kecik.. Mo pakai yang besar plak.. Hahaha.. Tapi dia punya harga pun cantik bagi bakal student macam aku ni.. RM 2699 @ RM 2499 kalau x silap.. Aku pun x ingat betul harganya.. Hehehe..


Saja jak mo tayang gambar.. hehehe...


Okehh, mo balik da.. Mo singgah bazar lagi petang ni.. Bagus jugak pegi bazar solo2 ni, kurang sikit juadah yang d beli.. hehe.. Selamat mengunjungi bazar dan melindungi duet dalam dompet anda.. Huhuhu.. Daaaaa....


Day 2 - 10 Things You Love

Assalamualaikum..

Jom sambung cabaran 10 hari.. Hehe.. 

Day 2 :: 10 Things You Love 



1. My Lappy.. Sudah banyak berjasa sepanjang aku study d poli Kuching.. Ni bapa aku yang belikan.. Masa tu lappy aku la lappy pertama yang ada webcam.. Bangga gilak aku masa tu, hidung kembang kempis tapi cover laa skit kan.. Nanti lari kanda ku.. Hahaha... Sekarang nazak suda tu lappy, speaker pecah, CD pn x dapat detect suda, webcam rosak.. Tapi masih boleh guna la.. ^___^


2. Engagement ring.. Hahaha.. Takda laa.. Cincin biasa2 jak tapi special sebab Kanda ku yang bagi.. Dia jugak yang sarungkan p jari manis ku.. Muahahaha.. Okeh, sila abaikan yang tadi tu ya? Tu masa muda2 lagi, lomentik kononnya.. *Malu i* Hahaha... Aku sayang cincin tu, tapi longgar suda d jari ku.. Kalau pakai, pandai terpusing-pusing dia.. T____T


3. Digital camera.. Yang ni bapa aku jugak yang belikan.. Brand Sony, pandai mengumpul cap jari sapa2 yang menggunakannya.. Hahaha.. Camera tu jenis touch screen laa.. Sekarang masih ok lagi tapi aku merancang untuk belikan dia kawan yang lagi besar.. Harap dia ndak kecik ati ngan kawan barunya nanti.. Hahaha...


4. Helmet.. Helmet ni Kanda ku yang bagi.. Masuk yang ni, dua sudah helmet yang Kanda ku bagi.. Tapi yang first tu hilang masa kami praktikal.. Bila balik poli time sem 5, ada lagi Kanda ku belikan helmet.. Siap suruh jaga bagus2 lagi, jangan bagi orang len pinjam.. Hahaha.. 


5.  Teddy bear.. Ni pun orang yang sama jugak yang bagi.. Masa kami sem 2 rasanya.. Mula2 dia mo belikan aku jeans Levi's tapi aku xmau sebab mahal.. *Padahal sekarang itu yang aku mau sgt2* Hahaha.. Sempat merajuk jugakla c Kanda sampai makan pun xmau.. Aku ngan Sarjan Isa jak yang makan sementara dia buat muka kencang ndak tegur aku pun.. Minggu depannya kuar lagi ngan dia n roommate ku.. Terus pegi Wisma Satok beli teddy bear.. Hehehe..


6. Pink rabbit.. Yang ni mak aku plak yang belikan.. Sekarang teddy bear ku dah ada kawan, pink rabbit.. Mula-mula aku x pasti hewan jenis apakah yang kaler pink ni.. Adik aku kata ni vavi tapi bila aku tengok price tag nya, tertulis "Pink Rabbit". Maka yakinlah aku bahawasanya bendalah  ni ialah arnab. Hehehe...


7. Koleksi buku nota.. Aku memang suka kumpul buku2 nota dari dulu.. Asal nampak buku nota yang comel2 jak terus rasa mo beli.. Kalau duit x cukup, sana la aku berdiri lama2 depan buku tu.. Tengok sampai puas, x pun aku sembunyikan buku tu. Bila dah ada duit baru aku p sana balik & cari buku tu.. Hehehe..


8. Seluar, baju, kasut berjenama.. Biasalah kan kalau orang susah ni, bukan selalu dapat beli barang berjenama yang mahal2 ni.. Dapat beli satu pun bahagia sudah.. Hehehe..


9. Koleksi gambar.. Semua gambar yang aku snap aku simpan. Even gambar yang kabur2 pun aku simpan jugak.Hehehe.. Termasuklah gambar aku ngan family ku, Kanda ku ngan kawan2 ku.. Semua tu penting bagi aku.. Gambar artis kalau hilang senang mo cari, just Google jak.. Tapi gambar yang menyimpan memori kita susah mo cari. Takkan mo upload semua p internet kan? :P


10.  Mesej2 dari Kanda ku.. Tak kisah la samada SMS, email atau mesej d pesbuk.Hehehe...


Okehh, siap jugak akhirnya cabaran kedua ni setelah beberapa hari tertangguh. Hehehe.. Tapi, susah jugak mo senaraikan apa yang aku sayang ni.. Banyak yang aku sayang tapi x tau mana satu yang mo di ceritain.. Hahaha..

Jangan Baca :: Aku marah ni..

Assalamualaikum & selamat tengah hari...


Hari ni mood tiba2 ndak bagus.. Tadi semangat suda mo buat cabaran untuk hari kedua tu, tiba2 datang plak sorang customer ni.. Betul2 bikin aku sakit hati owh.. Bikin rosak mood betul..

Hari tu dia suruh aku buat 2 design untuk stall burgernya. Satu mo print as a stiker & satu lg as a banner. Bila suda print terus dia bilang dia  mo stiker dua2.. Padahal masa dia kol, aku tanya kalau dua2 print as a stiker, dia bilang bukan. Satu jak stiker.. 

Aku lagi yang disalahkannya.. Mula2 memang aku yang salah sebab aku lupa yang kami ada bincang & suda confirmkan yang dua2 design tu print jadi stiker (yang sebenarnya aku pun x pasti ada ka jugak kami bincang pasal itu..) Suka2 hati dia jak mo salahkan aku. 

Sebelum print tu dia ada kol, time tu la aku tanya dia mo dua2 design tu print jadi stiker ka atau satu banner.. Dia iyakan jak apa yang aku tanya.. Pastu bila sudah salah print aku yang disalahkan.. Macam2 dia cakap ngan aku. Siap salahkan aku lagi kenapa tanya pasal tu time dia kol tadi. Mestilah mo tanyakan? Untuk kepastian.. Takkan dia kol tapi aku p tanya, ko suda makan? Ko apa kabar? Ko mau aku belanja kepsi ka?? *P mampus la ko sana!*

Last week dia datang lagi. Kali ni stiker tu lagi yang salah print. Dia kata stiker tu terbalik la plak.. Aku pun x paham macamana terbaliknya stiker tu. Aku gtau la dia yang aku akan tanya isteri bos nanti sebab isteri bos yang handle printer tu. Hari ni dia datang lagi tapi kebetulan bos n his wife mo keluar makan, aku malas la mo panggil2 bos bincang ngan dia sebab bos tu selalu kelam kabut, selalu mo cepat.. Ndak jugak tu dia kena layan oleh bos. Sapa la dia tu, bukan VIC (Very Important Customer) pun.. :P

Macam2 dia cakap ngan aku tadi. Semua aku yang salah.. Sebelum ni apa yang dia minta buat x pernah salah , x pernah ada masalah. Sekali dia deal ngan aku baru plak banyak problem. So, maksud ayat tersirat tu, aku la yang salah 100% ni?? Aku sakit hati gak la dengar dia membebel tu tapi aku sabar jak.. Aku dengar lagu kuat2 guna headphone, aku langsung x tengok dia bila dia bercakap. Aku tau perbuatan begitu tu biadap, tapi aku peduli apa.. Dia bukan orang tua yang mesti d hormat.. Cuma customer yang sebenarnya "not always right"..

Dari first dia datang lagi aku suda ndak suka mo deal ngan dia tauk! Aku ndak suka perangai macam dia. Ish, rasa mo lempar jak dia guna Yellow Pages tadi. Nasib aku masih boleh bersabar. Sakit betul rasanya tahan marah ni.. Aku istighfar jak banyak2 tadi.. Biasanya aku akan nangis kalau dah tak tahan marah sangat.. Syukur aku boleh tahan tadi..

Selama aku keja ni, ramai dah customer yang deal ngan aku tapi semua ok2 jak, xda yang x puas hati. Aku tau, dia sengaja nak salahkan aku sebab dia tak mo bayar untuk second stiker ni nanti. Sendiri yang salah, mo minta free la plak..


Entry Perasan!! haha..

Assalamualaikum & selamat tengah hari kawan2 blogger.. :)


Selamat menjalani ibadah puasa di hari yang ketiga.. Ada yang x posa ka? Syukur aku sempat posa di hari pertama.. Hehe.. 

Kemarin adalah hari yang sangat membosankan sebab aku x dapat log in belog ku yang tersayang ni.. Tension jugak la, try banyak kali tapi x dapat2 jugak.. Alhamdulillah hari ni dapat buka sudah.. Boleh suda p komen2 d belog yang lain.. Hihihi..

Pastu tadi pagi tiba2 teringin mo letak Facebook Like di belog ku ni.. Hehe.. Orang len ada Facebook Like, aku pun menggedik jugak mo buat.. Hahaha.. Page untuk belog ku ni dah lama ada tapi hari tu aku remove sebab memberatkan belog ku yang sudah sedia berat masa tu.. *Err.. sekarang da ringan ka atau masih berat jugak??* Hehehe..

Benda ni x penting sebenarnya kan?  Tapi aku mo jugak tau berapa ramai yang suka belog ku.. Betebiat ja kan?? Sekali-sekala bha, nanti boring aku remove la balik.. Hahaha..Apa lagi, sapa yang suka belog ku ni cepat2 la Like ya? Hehehe..

Okehh, hari ni Wordless Wednesday tapi aku lum jumpa lagi gambar yang aku mau.. Petang sikit la baru aku post.. Cabaran 10 Hari tu pun nanti malam ckit aku buat.. Sudah tertangguh kemarin, mana boleh tangguh lagi kan? Nanti ada yang tertunggu-tunggu.. Wahh, bajet pemes la plak.. Hahaha..

Bha, mo sambung buat keja dulu ni.. Mesti rajin2 buat keja, mana tau bos baik hati bagi aku bonus sempena perletakan jawatan ku ujung2 bulan ni.. *Perasan!!* Muahahahahaha...


Anne ::  Ndak posa pun macam posa jugak.. Huhuhu..

Day 1 - 10 things about me :)

Assalamualaikum & selamat berpuasa bagi yang muslim.. :)

Hari ni aku mo mulakan cabaran 10 hari yang aku war-warkan hari tu.. Cewahh.. 

10 things about me

1. Suka makan.. Bila2 masa pun boleh terpikir mo makan itu la, mo makan ini la.. Napsu.. Napsu.. Hahaha.. Tapi siyes, aku memang suka makan.. Kalau orang tanya aku suka makan apa, susah aku mo bagi jawapan.. Aku suka marshmallow, coklat, burger, roti canai, nasi, mee, ciken chop, buah-buahan, cheese cake dan banyak lagi la.. See? Aku tatau la macamana mo ringkaskan jawapan aku ni.. Hehehe..

Balik keja nanti mo beli marshmallow la.. hihi

2. Cengeng @ kuat nangis.. Sikit2 nangis.. Tengok wayang sedih nangis, lapar nangis, ndak d ajak pegi jalan2nangis,  potong bawang pun nangis jugak.. Alahai, anak sapa la kuat nangis ni.. Hahaha.. Tapi sekarang dah kurang sikit la, jarang dah nangis2 ni..Bakal cikgu mesti kuat & tabah.. Tapi kalau tengok drama memang x boleh tahan laa.. Hehehe..


3. Aktiviti lasak.. Yeaahh!! I love it.. Walaupun aku ni kecik, kurus n nampak cam lembik jak, aku suka aktiviti lasak sangat2.. Setakat ni aku pernah rasa pengalaman 4x4 jak la.. Tapi bukan yang ramai2 join macam dalam tv tu.. Dua kereta jak, pegi Kg Dagat melalui jalan Tabin Wildlife Park.. Kondisi jalannya memang teruk, sakit2 jugak la badan.. Hehehe.. Masa akan datang, aku mo try paragliding, bungee jumping ngan sky diving.. Huh! Boleh ka aku ni? Hihihi..

wahhh.. bestnya... ^___^

4. Tak tahan sejuk.. Asal sejuk sikit konpem aku selesema & sakit kepala.. Sekarang ni pun opis tersangat la sejuk aku rasa, sedangkan staff lain macam xda rasa jak.. Hehehe.. Berangan mo melancong p tempat2 yang sejuk tapi sendiri jugak ndak tahan sejuk.. Hahaha...


5. Bermusuh dengan ubat sejak kecil.. Hahaha.. Ni mesti dah ramai yang tau sebab aku pernah cerita di SINI.. 


6. Suka jalan-jalan p tempat yang best2 & tengok keindahan alam.. Cewahh... Tempat best yang aku pernah pegi ialah Tambisan.. Tempat tu memang x familiar sangat sebab jauh d pedalaman.. Sana banyak kenangan ngan team pembanci ku.. :)


7. Anak bapa.. Aku ada banyak persamaan ngan bapa aku.. Sama2 selalu kena ugam, cepat marah, muka serius sepanjang masa tapi hati baeekkk... Ngeh3x...


8. Ada kuku kaki second edition.. X paham? Kuku ibu jari kaki aku pernah tercabut dulu, gara-gara bergurau senda dengan Kanda ku pastu terpaksa tunggu 8 bulan untuk kuku second edition tu tumbuh jadi macam yang asal.. Hehehe..


9. Merupakan seorang yang memakai gigi pelesu.. Hehe.. Aku kecik2 dulu malas gosok gigi, alasan takut pegi tandas.. Tau2 jak la rumah kampung, tandas bukan macam rumah banglo.. Hehehe.. Mula-mula malu jugak mo berhadapann dengan orang yang baru kenal, tapi setakat ni xda jugak yang kisah. Puas jugak la kena kutuk dulu masa sekolah menengah, tapi aku ni kan penyabar orangnya.. Hahaha...


10. Selalu marah2 tapi pastu akan rasa bersalah & kesian dengan orang yang kena marah tu.. 

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Fuhh! Dapat jugak aku siapkan cabaran d hari pertama ni walaupun jari jemari ku hampir kaku dek kerana sejuknya aircond opis ni.. Hehehe.. Kalau ada pa pa nak tanya, tanya jak la.. Aku x makan orang jugak, puasa kan hari ni? Hahaha..  
Anne Nurain