Karangan bergambar : OTW balik keja...


Hari ni malas nak cakap banyak..
Eh, bukan cakap la..
Malas nak taip bebanyak sebenarnya.. he he he..
So, layan gambar je la ye?
Ni gambar2 yang aku amik masa aku on the way balik dari keja nak pegi terminal bas..
I jalan kaki je tau?? (Tetiba ber'I' 'U' la plak kan?)
Tapi takpa la, jalan kaki kan bagus untuk jantung.. 
(Walaupun rasa penat gilerrrrrr)
Terlebih 'r' menunjukkan penat tu memang gila..
Hahahaha...
Maap la kualiti gambar sangat menyakitkan mata, maklum la phone cikai jewww..
Malas (sebenarnya malu) nak kuarkan kamera dari dalam beg..
Huahuahuahua...

Kg Air - Tengok kanan, tengok kiri, pastu melintas.. Okei, aku tipu.. Ni jalan sehala je.. Tengok keta dari 1 arah je la.. hihi..

Ni pun Kg Air - Lepas melintas tadi, melintas lagi.. Aku balik keja memang banyak jalan nak kena seberang.. hehehe..

Traffic light dekat Centre Point tapi tak termasuk dalam gambar.. hehe

Gambar pakai phone cikai je.. Tetiba rasa horror la plak.. huuu~~~

Marina Court. Tak sure la apartment ka kondomaniam. Ke sama jak?? hehehe

Laluan pejalan kaki kat belakang Promenade Hotel

Sampai pun kat Terminal Wawasan.. Aku naik bas besar, bas mini tambang nya rm2. Bas besar rm1 je..  Jom balik! hihihi..

Okeii tu saja karangan bergambar aku untuk hari ni..
Daaa~~ ^_____^


Kandaku?? Dialah orangnya..


Semua orang tau hari ni hari pertama umat Islam berpuasa..
Fb pun penuh dengan status update pasal puasa..
U all puasa tak hari ni?
Aku, Alhamdulillah dapat gak puasa di hari pertama..
Tapi tak tau la dapat full ka tidak..
Mana tau tiba-tiba ada gap plak di pertengahan bulan..
Ekekeke~~

Semalam baca novel sampai tertidur..
Dalam mamai-mamai tu sempat jugak aku bookmark page mana last aku baca..
Tapi tak tau la betul ka jugak tempat aku selit bookmark tu..
He He He..

Pastu tiba-tiba tersedar, rupanya ada bunyi mesej masuk..
Kandaku mesej rupanya..
Mata dah cukup berat, payah yang amat nak buka..
Baca mesej pun susah..
Bak kata lagu, terkapai-kapai~~ aku kelemasan~~
Ha ha ha..

Dia mesej cam ni...

Selamat menyambut bulan ramadhan..
Ambil la peluang ni untuk kita beribadah..

p/s: sms di edit sedikit untuk mengelakkan rasa mual dan pening2 di bulan ramadhan.. :D

Dalam keadaan mamai tu sempat jugak aku tersenyum..
Sejak akhir-akhir ni dia dah dekat dengan ciri-ciri asben idaman..
Apakah.....???
Apa-apa pun semoga semua perubahan ni membawa kepada berita gembira.. :)


Ni 1st time aku letak gambar kandaku dalam blog..
And, 1st time jugak amik gambar berdua depan adik2 dia..
Maluuuuu... muehehehe~~
Thanks to tukang amek gambar, adik ipar masa depan yang cumilll~~




Freebies!! Assalamualaikum yang simple je..



Yeahh... Buat pertama kalinya aku berubah menjadi seorang yang baik hati. Sempena tibanya bulan Ramadhan ni, aku nak bagi korang freebies "Assalamualaikum" untuk korang letak kat atas post korang.. Kat bawah post pun boleh jugak kalau nak.. I tak halang pun.. Hehehe..

Tapi kaler yang available sekarang hanya la kaler pink. Nak kaler lain sila komen kat bawah and sertakan emel skali yep?? Nak request guna font lain pun bole je.. I buhsan tahap gaban kat opis ni.. Huhu..







Tolong jawabkan phone untuk aku..


Aku tak tau la kalau aku sorang ja yang ada penyakit tak suka jawab phone ni..
Korang pun ada yang sama macam aku ka?

Aku tak suka bercakap dalam phone..
Mungkin sebab aku ni ada sound trouble sikit kot. He he he..
Pastu kadang-kadang aku boleh gagap time cakap tu..
Kalau ngan family atau Kanda ku, aku tak kisah la..
Aku nak gagap ka, melalut ka, salah dengar ka..
Dorang jugak yang dengar, bukan orang lain.
Takda la malu betul kan?? Hehehe..

Tapi kat tempat keja ku ni, aku yang jadi operator..
Aku la designer, aku la jugak tukang jawab phone and call customer..

Aku tak suka bila phone bunyi..
Rasa mo lari jak..
Tak pun cepat-cepat bagi phone ngan bos..
Kalau buat-buat pekak plak mesti bos sangka aku takda dalam opis..

Ish.. Ish.. Ish..
Acaner ni aa??



Wordless Wednesday ~9~ : Tumbesaran yang terbantut

Nak tinggi macam dia boleh? - with adik ipar masa depan.. hihi..


nota kecik :: dah lama tak buat wordless2 ni. hihi..

Cousins yang dah lama tak jumpa..


Assalamualaikum.. Hollaa... Baru jak mo menaip tiba-tiba idea ilang ntah ke mana.. Ni mesti gara-gara customer kat sebelah ni. Diorang datang satu family, nak buat signboard.. Anak-anak dia... Ya Allah, tak pandai duduk diam. Masuk-masuk opis jak terus kacau semua benda yang ada dalam opis tu. Bapak budak ni pun tak pandai larang. 

Aishh.. Paling aku ndak suka la budak-budak begitu tu. Rasa mo tolak2 jak kepala dorang, jajal betul. Nasib bukan opis ku yang dorang masuk. Kalau ndak ada suda yang kena sound ni. Budak tadi tu aku jeling jak. 

Tiba-tiba teringat plak ngan sepupu-sepupu sebelah keluarga bapa ku. Masa dorang kecik-kecik dulu begitu jugak. Masa tu aku masih sekolah rendah, tak ingat la darjah berapa. Semua sepupu-sepupu kami masa tu masih kecik lagi, maybe umur dorang masa tu semua bawah 7 taun. Tak ingat jugak berapa orang tapi ramai la. 

Rasanya masa tu raya kot, tak pun cuti sekolah sebab semua berkumpul di rumah arwah atuk aku. Sorry la, tuan punya blog ni ingatannya ndak kuat. Hehehe.. 

Sepupu-sepupu aku ni suka betul melekat sama aku. Aku pegi makan dorang ikut, duduk di ruang tamu pun dorang ikut, siap berebut-rebut lagi ya mo dekat dengan aku. Aku rasa rimas betul sampai aku tolak-tolak suda muka dorang supaya jangan dekat ngan aku, tapi masih jugak mengejar. 

Ada sorang tu aku 'ter'.. 'Ter' ya, ndak sengaja. Aku tertolak dengan kuat then jatuh. Nangis jugak la tapi kejap jak, pastu dia sambung lagi kejar-kejar aku. Dah macam ekor.. Ish.. Ish.. Ish..

Tu last aku jumpa diorang. Sekarang semua dah besar, tinggi , cantik ,ensem.. Tapi aku tak pernah jumpa diorang lagi. Adik-beradik aku yang lain dah jumpa diorang hari tu masa kenduri arwah and wedding makcik kitorang. Aku tak pegi sebab aku masih ada kat UPSI masa tu. 

 Gambar-gambar kat bawah ni curik dari fb adik sepupu yang aku tak penah jumpa jugak. Hehehe..

Ma family with the pengantin

My adik-adik sepupu yang ramai & tapenah jumpa pon.. huhu..
Insya Allah raya ni aku dapat jumpa diorang sebab raya tahun ni baru kitorang beraya di kampung bapa aku. Sebelum ni memang setiap tahun kat kampung mak aku. Hehehe..



Bosannya kerja hari Sabtu....


Yup, aku rasa bosan betul lau kerja hari sabtu ni.. 

Keja tak banyak tapi balik kul 5 jugak. 

Cuba la bos buat hari sabtu tu half day kan best.. 

Sekarang ni pun bukan aku ja yang takda keja, staf yang keja potong stiker p bantai tidur kat bilik sebelah.. 

Siap berdengkur lagi tau?? 

Yang sorang lagi menonton Vanilla Coklat kat handphone..
(Amboi, badan ketul2 muka ganas pun layan Vanilla Coklat jugak ka? :P)

Kalau la aku boleh tidur macam tu jugak kat opis ni kan ke heaven rasanya?? 

Ni ndak, ngantuk macamana pun terpaksa tahan jugak.. 

Ko gila nak tidur dalam opis yang ada sorang jak gegurl yang ayu, comel, lagi sopan dan bijaksana iaitu AKU..

Hakhakhak.. Kidding okei??

Tempat aku keja ni aku ngan wife boss ja yang berjantina wanita dan yang masih single but not available tu adalah aku sorang saja.. Huhu..

Buhsan yang amat.. 

-____-'


Gambar yang gelap gelita bermakna tuan punya blog sedang malas edit gambar

Kerja part time gue...



Attn : Kanda.. Ahakss!!

Assalamualaikum.. Hai korang! KK ujan lagi petang ni.. Semalam pun ujan jugak. Lebat yang amat + angin kuat taukk?? Dah la aku ndak bawak payung, terpaksa redah jak. Sampai rumah memang dah basah kuyup.. Inner yang asalnya cantik jak muncung di dahi tiba-tiba melekat di dahi. Ha..Ha..Ha..

Sampai rumah terus mandi.. Makan megi asam laksa + telur mata.. Tengok Running Man episod 102 + gelak tak hengat dunia.. Makan nasi.. Tido.. Sedar-sedar alarm dah bunyi tanda dah pukul 6 pagi.. Malasnya la mo bangun.. Isk..Isk..Isk..

Oh ya, semalam aku dah start keja kat tempat aku keja dulu (ceh, macam dah bertahun2 berenti keja.hehehe). 

Baru setahun kot aku berenti keja. Rupanya tempat aku masih kosong lagi, xda orang ganti. Hari tu ada sorang ganti, budak Keningau tapi kejap ja terus berenti sebab mo balik kampung. Kalau aku tau, dari sebelum cuti lagi aku call bos ku mintak keja part time di sini.. Tangguh-tangguh punya pasal, begini la jadinya.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian xda guna.. Ewahh, siap peribahasa lagi aku. Ko hado??



Maybe sebulan ja aku keja sini, dekat-dekat raya baru aku berenti pastu balik kampung (walaupun takda apa-apa yang menarik kat kampung except ma family). Hehehe.. Aku ndak keja lepas raya sebab i'll be busy.. Busy dengan majlis pertunangan kakak aku, wedding day bestfriend aku, Ajis dan busy ngedate dengan my Kanda. Hukhukhuk..

Sekarang jam 4.32, ada setengah jam lagi mo balik. Wuhuuuuuu... Wedding banner dah siap, print pun sudah.. Design logo pun sudah.. Tinggal tunggu jam 5 pastu blah.. Tak tahan duduk dalam opis ni, air cond sejuk giler..  


nota kecik :: harap2 terminal ndak banjir lagi hari ni.. hehe..


Bawal, Syria @ Shawl??



Assalamualaikum sekalian alam!!

Apa khabar?? 
Dah makan??  
Dah mandi??
Dah melabur?? Oopss.. Hihihi..

Hari ni dengan penuh rasa takabbur takbur dan bangga diri, aku telah meng'upload' gambar dahku sendiri. Ahakss.. Gurau ja ya.. Aku just nak minta pendapat, mana satu yang sesuai untuk aku.. 

Bawal, syria or shawl??

Tudung Bawal 

Syria + inner

Shawl + inner

Cara vote : Taipkan kod B untuk Bawal, kod Y untuk Syria dan kod S untuk Shawl dan hantarkan ke mana-mana nombor anda suka termasuklah nombor IC dan kad matrik anda.. HAHAHA..

Ujian dari-Nya

Assalamualaikum uollsss..

Hari ni ndak berapa sihat..
Bangun pagi jak perut suda rasa cramp..
Mandi laju-laju sebab air sejuk sangat..
Nasi yang aku goreng pun tawar..
Air teh aku plak tetiba rasa pahit ja hari ni.. 
Pastu sekarang ni asyik bersin ja..
Kejap rasa sejuk, kejap lagi rasa panas..

Tension.. Stress.. Ndak selesa..
Tapi xpa, ni semua ujian Allah SWT..
Maka, terima ja la dengan sabar.. =)




Setiap apa yang berlaku pada kita atau orang di sekeliling kita pasti ada hikmahnya..
Kita hanya perlu bersabar dan berdoa memohon kebaikan dari-Nya kerana
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.. :)


nota kecik :: Mari sedekahkan al Fatihah buat arwah ayah kepada blogger SimplySeoul yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ni.. Al - Fatihah..


Result sem 2 yang mendebarkan..



Result untuk semester 2 dah keluar..
Tunggu dari semalam lagi..
Tapi dah jadi kebiasaan, result keluar secara berperingkat..
Dan semestinya kos kitorang lambat sikit.
Check pagi tadi baru keluar then dengan penuh rasa debaran aku men'check' resultku..

Dah masuk username, password, klik link tu, klik link ni pastu...
Jeng.. Jeng.. Jeng...

Alhamdulillah..
Syukur dengan result yang aku dapat..
Walaupun bukan 1st class tapi aku syukur sebab takda yang kena repeat.. =D
Lepas dah puas tengok result ku yang tak berapa nak cantik, aku pegi check result Kanda ku pulak..
Rasa nervous macam mau tengok result sendiri jak tau..
Hehehe..

Dan, alhamdulillah result kanda ku pun ok jugak..
Tapi sedikit jeles sebab ada subjek yang markahnya lebih tinggi dari aku..
Huhuhu..

Pastu sms dia, dia ndak reply..
Ingat dia busy sebab hari ni dia ikut rombongan kawannya pegi hantar duit hantaran p tempat pengantin perempuan, rupanya dia nebes.. Kehkehkeh~~
Ndak lama pastu dia kol sebab mo tau pasal resultnya..
Aku sengaja kasi suspen2 dulu biar dia kecut perut.. hahaha..


To me & my kanda,
Don't give up..
Sem 3 nanti study rajin2 tahap gaban..
Misi untuk dapatkan 1st class pointer.. 
Insya Allah.. =)
Doakan kami ya??


nota kecik :: Jeles yang amat ngan mereka-mereka yang dapat pointer tinggi.. huhuhu~~

Day 8 - 10 of your favourite songs



Assalamualaikum semua!!

Masuk cabaran hari ke 8 sudahhhh...
Ceh, ke'eksaited'an yang melebih-lebih..
Macam la hari ni hari last suda.. kekeke..
 Ada 2 hari lagi la cik kak oii..

10 lagu kegemaran atau bahasa kasarnya, 10 lagu yang aku suka dengar biar ulang beribu kali pun ndak bosan..

1. Kelmarin - Zureda
2. She's Gone - Steelheart
3. Leaving On The Jetplane - Chantal Kreviazuk
4. Permata (Untuk Isteriku) - Kopratasa
5. Gadis Bertudung Putih - May
6. Kasih Kekasih - In Team
7. One In A Million - Ne Yo
8. Bisa - Search
9. Punk Rock Jalanan - Unknown
10. Perfect Two - Auburn

Most of the song adalah lagu-lagu yang aku suka dengar dari aku start couple ngan Kanda ku sampai la sekarang.. 
Kira lagu kenangan kitorang la konon.. Ahakss!!

Lagu no.1, no.4 dan no.6 lagu yang aku suka dengar dari aku kecik..
Lagu tu banyak menyimpan memori masa aku kanak-kanak ribena..
Dulu-dulu aku tak ambik kisah lirik lagu tu pun, aku cuma suka dengar muzik jak..
Hehehe..

Lagu favourite korang plak apa?
Meh la share2.. =D
 

Bulan cantik & Boipren x romantik



"Tgk bulan, cantekkk..."

"Sama jgk pun, msih jgk bulan aku tgk.."

"Mmang la, tp wrna ny lain dr biasa. yg biasa wrna ptih.."

"knpa skrg wrna hijau ka blan tu?? hehe.."

"Ndak la, wrna pink. haha.."


Betapa ndak lomentiknya buah ahti ku ni..
-____-


BTW, bulan sangat cantik malam ni..
Maha Suci Allah yang menciptakannya..

nota kecik >> sedih ndak dapat post gambar bulan yang cantik.. wuwuwu..

Labu - Buah @ Sayur


Assalamualaikum.. Jawab salam dulu ya?? Hehehe..

Aku ndak ingat kalau aku pernah mention dalam blog ni yang aku ndak suka makan sayur. Masa kecik-kecik dulu aku langsung ndak makan sayur tapi sejak kebelakangan ni aku boleh makan sayur suda tapi sesetengah sayur jak la.. Hehehe..

Mo dijadikan cerita, hari tu aku sms ngan Kanda ku.. Dia tanya aku buat apa, aku gtau la tengah masak sayur. Terus dia tanya, aku makan ka jugak sayur tu sebab setahunya aku ni ndak makan sayur. Aku kata la aku makan sebab sayur tu sayur kubis cina jugak (sebenarnya aku panggil kubis panjang tapi adik ku kan budak kitchen jadi dia tau la namanya). Tapi kan... Sikit jak aku makan sayur tu ya?? Bukan sebab ndak sedap, (aku masak sedap tau) tapi sebab aku masih kurang suka makan sayur. Hehehe...

Pastu dia tanya lagi, sayur apa yang aku suka makan. Aku pun terus lah dengan penuh konpiden menjawab, "Sayur labu!!" Yaaaa, sayur labu masak kasi pedas memang favourite ku dari zaman dulu kala lagi.. Lebih2 lagi lau mak ku yang masak. Kalau yang kat restoran tu aku ndak makan. Cerewet kan aku?? 



Terus Kanda ku gtau, "Labu tu sejenis buah la syng, bukan sayur.." Aku dengan penuh rasa ndak percaya terus tanya pacik google then dia bagi jawapan macam ni, 
Pumpkin is the fruit of the species Cucurbita pepo or Cucurbita mixta.
See?? Pacik Google pun kata labu tu sejenis buah. Aku sorang jak kah yang anggap labu tu sejenis sayur?? Korang pun memang tau ka labu tu sejenis buah?? Ke korang pun sama macam aku jugak? Hehehe..





Gambar yang sama, cuma masa yang berbeza..






1st July 2012
The making of University Prime Condominium 

Ni kat belakang kawasan rumah aku..
Pagi-pagi pukul 7 aku memang dah bangun sebab pekerja kat tapak pembinaan ni dah mula bekerja..
Macam-macam bunyi kau boleh dengar..
Dari bunyi anjing sampai la ke bunyi besi-besi berlaga..
Memang sakit telinga..

Tapi, di sini jugak kau boleh nampak orang-orang yang gigih bekerja..
Sanggup berjemur di bawah matahari terik..
Bekerja dengan habuk-habuk ditambah lagi dengan cuaca yang penuh jerebu sekarang ni..
Tapi aku tengok dorang happy jak..
Siap bergurau-gurau sesama dorang lagik..

So, sapa-sapa yang selalu mengeluh penat kerja walhal seharian duduk opis tu, apa kata korang try test keja ni??


Nota kecik :: Mo jalan-jalan cari pasal pegi 1B tapi malas bebeno nak bersiap.. Muehehehe~~

Day 7 - 10 important people

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.. Hah, jawab jangan tak jawab.. Dosa tau kalau tak jawab.. Hihihi..

Cabaran untuk hari ke 7 ni pasal orang-orang yang penting bagi aku.. At first aku tak sure lagi sama da list secara individu or grouping.. Sebab kalau nak list family aku, dah ada 8 orang plus enchek Kekanda dah 9 orang.. In the end tinggal 1 last spot ja lagi which is untuk bestfriend2 aku.. Hehehe..

Tapi, aku buat random ja la.. Just taip apa yang terlintas di kepala otak ku yang comel ni.. Hahaha..

Gambar kat KKIA masa nak hantar aku  pegi UPSI


1. Bapa aku. Sumber inspirasi untuk nak jadi cikgu di masa depan and sumber kewangan jugak.. Kekeke...

2. Mak aku. My shopping partner. Hahaha... And, cikgu memasak aku.. Aku suka kacau mak aku masak masa aku kecik-kecik dulu.. Hihihi..

Dari Gaya Street, beli hamster yang comelsss


3. Kakak aku. Orang yang bertanggungjawab sponsor makan and tengok wayang.. Hahaha..

Identiti yang tidak dapat dikenalpasti.. Hehehe


4. Kanda ku. Buah hati. Hahaha.. Merangkap bestfriend & coursemate ku masa di Politeknik dulu and sekarang, di UPSI.. 

5. Naminiaijarien Vasulara. Hah, yang ni mungkin pelik bagi korang. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda 'Naminiaijarien Vasulara' ni? Sebenarnya ni adalah gabungan nama 10 orang geng kamceng aku masa sekolah menengah dulu. Nanti la aku buat entri pasal geng-geng aku ni.. Kalau cerita sekarang nanti jadi karangan ilmiah plak. Hehehe...

Geng makan-makan.. Hahaha


6. Geng-geng time study di Poliku (Politeknik Kuching) dulu. Yang ni takda nama khas tapi boleh panggil geng makan jugak la coz kitorang selalu berkumpul time makan. Tak kira la makan malam ka, makan tengah hari ka, sarapan ka, supper ka.. Almost all the time kitorang makan. Asal makan ja berkumpul, asal berkumpul ja makan.. Hahaha..

7. Umie & husband.. Bestfriend jugak ni. Umie ni aku kenal masa praktikal di kolej Cosmopoint KK, classmate & housemate kakak aku. Husband dia plak bestfriend & housemate Kanda ku, sama-sama study kat Poliku dulu. Dia keja cikgu Tabika Kemas, dah ada anak sorang and sorang lagi 'on the way'. Hihihi.. Insya Allah...

8. 'Org Bg Keja'. Aku tak tau nama orang ni, kitorang just berhubung via email and phone ja. Dia ni sumber kewangan aku jugak. Bukan sugardaddy ya?? Hahaha.. Sebelum sambung study aku keja kat advertising agency, sekarang aku jadi freelance ja. Orang ni la yang selalu bagi aku keja design banner & trace logo. Adalah income sikit.. Hihihi...

Okei, ada 2 lagi tapi aku tak tau dah sapa lagi orang-orang yang penting bagi aku.. Dah dekat sejam aku pikir ni. Hihihi...

9. Lecturer-lecturer kat UPSI. Hah, amekawww... Penting jugak ni, student macam aku ni sentiasa dahagakan ilmu. Cewahh.. Ayat tak boleh blah.. :P  Oleh kerana kitorang ni bakal pendidik maka adalah penting untuk kami mengajar benda yang betul, bukan yang main hentam keromo jak. So, study kenalah serius. No play-play, understand?? 

10. Pembaca blog ni. Huhuhu... Aku terharu sebenarnya, ada jugak orang yang datang blogku & baca post2 ku yang kebanyakannya merapu dan syok sendiri ni.. Thanks korang!! Kamsahamnida.. Arigato Gozaimas.. Thank you.. Terima kasseyyyy!!!! (Alleycats version) Hahaha...


Cabaran 10 Hari yang tertunda...

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa...

Its July oredi, rite? Cepatnya masa berlalu.. Makin cepat jugak kita tua kan? Tapi aku tak kisah, aku kan awet muda.. Hahaha.. Haktuihhhh... Okei, aku memang kuat perasan orangnya.. :P

Aku baru teringat yang aku belum habiskan lagi cabaran 10 hari blogging tu.. Bila aku godek-godek balik entri lama, aku start cabaran ni 1 Ogos, hampir setahun jugak la aku tinggalkan.. Hehehe.. Last post cabaran ni ialah pada hari ke 6, nak tengok boleh klik SINI. Pastu aku dah bz dengan segala macam benda yang aku pun tak jangka. Hehehe..

Memandangkan aku cuti sekarang dan belum berjumpa dengan keja part time, maka aku akan cuba habiskan cabaran tu. Tinggal 4 hari ja pun, kan?? Hehehe...

Kalau nak view cabaran yang sebelum ni, boleh la klik link kat bawah ni ekk? :)











Anne Nurain