Lone Ranger?? Anne tak kisah~~

Assalamualaikum

Tadi ada kelas 3P. Nak tau 3P tu pa benda? 3P stands for Pembelajaran & Perkembangan Pelajar. Subjek ni subjek wajib universiti untuk student yang amik program pendidikan. Dalam kelas ni kitorang study pasal remaja sebab nanti kitorang posting, kitorang akan ajar sekolah menengah yang opkos la semuanya remaja ye dak?? Pastu masa kelas tadi our lecturer ada sebut pasal Lone Ranger. Yang kitorang semua paham, Lone Ranger ni semacam gelaran untuk orang yang selalu menyendiri. 

Masa lecturer tu sebut ja Lone Ranger ni, kawan aku, Shamsul terus tunjuk aku.. Aku dah jangka dia akan buat camtu tapi aku still terkejut.. Dunno why~~

Aku memang suka menyendiri.. Bukan sebab aku sombong (walaupun orang tengok aku ni sombong) tapi aku macam tak tahu @ tak pandai nak rapat-rapat ngan orang lain. Bukan sebab aku taknak berkawan.. Aku ada kawan tapi bukan sahabat.. 'KAWAN' for me means somebody yang aku kenal, selalu bertegur sapa,  ada nombor phone diorang dalam phone aku and pernah duduk dekat2 masa dalam kelas. Manakala, 'SAHABAT' pula ialah orang yang memahami and selalu ambik berat pasal aku, berkongsi minat yang sama, pegi mana-mana selalu ngan aku, selalu lepak sama-sama & banyak lagi la..

Aku suka berkawan.. Kadang-kadang aku sunyi sebab kalau kat kelas aku selalu duduk sorang-sorang, pegi kelas pun selalu sorang-sorang.. Nasib baik kat kelas ada Kanda ku ngan geng2 nya, Shamsul & Pian. Dengan dorang la aku rapat, duduk dekat2 ngan diorang, tugasan berkumpulan pun dengan diorang jugak sejak semester lepas. 

Kanda ku perasan benda ni & dia selalu tegur aku. And now, aku jadi sangat sensitif bila ada orang tegur pasal ni.. Even time menaip ni pun aku dah rasa sedih sangat sebab aku baru perasan yang aku tak penah cerita atau luahkan apa yang aku rasa dengan sesiapa pun, even dengan Kanda ku.. Maybe that's the reason kenapa aku ada blog. Tapi tak semua jugak aku cerita kat sini, aku still pendam apa yang aku rasa.

Lecturer aku ada mention yang orang-orang macam aku ni, seorang yang berdikari & tak terlalu bergantung dengan kawan-kawan. Ada sesetengah orang, nak beli makanan pun mesti ada kawan, kalau tak, sanggup la tak pegi makan. Aku selalu pegi beli makanan sorang-sorang. Tak jauh pon, depan kolej ni je.. Hikhikhik~~

Kanda ku sangat risau aku jadi camni. Hari tu masa kat kelas aku duduk sorang tapi masa tu lecturer lum datang lagi. Tiba-tiba bunyi mesej dari Kanda ku, aku heran la sebab dia duduk tak jauh pun dari aku, tetiba ada mesej plak.. Hihihi.. Rupanya dia tanya kenapa aku duduk sorang, kat belakang plak tu.. Tak sempat nak balas mesej dah ada orang duduk sebelah aku. Kawan aku jugak tapi tak rapat la coz dia ada geng lain. 

Balik dari kelas tadi, makan pastu google cari maksud lone ranger tu. Tapi benda len yang aku dapat..


lone ranger = lone AIZAT??  waddepish!! o.O



The Lone Ranger - watak fiksyen omputih


But, i think this one yang lebih sesuai untuk gambarkan orang yang suka menyendiri.

Serigala Tunggal?? Watever la kan?? :D

Maybe i'm a lone wolf but i'm not forever alone because i have Allah SWT, my family and my Kanda, Muhaimin Hanip.. :D


7 comments:

  1. bakal cikgu :)) alhamdulillah

    btw..sy ada buat giveway..kalo xkisah dtg la join :))

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cougar ada 2 maksud tau, yg mana satu ko mksudkan ni?? hehe..

      Delete
  3. Cerita you buat I rasa you adalah I dan I adalah you. Jalan cerita you dari awal smpai last, mmg sikit pon tak lari dari jalan cerita i. Tp kita just beza dkat kedudukan. You student and I staf job part time. I digelar lone ranger dgn staf yg keja tetap dkat situ sbb saya selalu menyendiri. Mmg la. Dalam tu I takda geng. I sorang2 ja. Yg lain smua ada geng, partner masing2. I sorang ja tak da partner atau org yg I kenal dlm tu. Habis mcm mana I tak menyendirikan. Dorang sembang sama2 dorang, I nak sembang dgn sapa? Tula sbb knp I menyendiri. I takda niat pon nk jadi lone ranger. Tp keadaan yg menjadikannya. I peramah tp kalau dgn org I tak kenal, susah sikit la nak p bersembang. I pon ada malu. I diperli depan org ramai, staf tu kata I lone ranger. I paham dia perli I tp I tak berapa paham dgn jelas mksud lone ranger. So I pon macam you. Balik rumah terus search mksud lone ranger. And now, I terjumpa maksud yg menceritakan terus jalan cerita I pagi kelmarin. Hahaha mcm tak caya ja. Tapi sakit pulak hati ni bila I paham dgn mendalam apa yg staf tu perli i. Okay btw cerita you sgtsgt memuaskan hati I sbb cerita tu seolah olah memahami i. Thanks ;)

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain