Rajinnya 'dia' keja..


Kanda ku   ^___^


Rasa macam dah buhsan plak guna Kanda ni.. Panggil Min *bukan nama sebenar* je la.. Memang bukan nama sebenar ponn... Kalau nak panggil nama sebenar jenuh la nak sebut @ taip sebab panjang, bagus panggil Min je, singkat, padat dan menjimatkan masa serta tenaga.. Hahaha...

Kan sekarang ni kitorang cuti seminggu, pastu tak balik kampung *wuwuwu* dan tak pegi jalan ke mana-mana pun dan sesungguhnya cuti yang membosankan ni telah membuatkan Min menerima ajakan sang senior untuk bekerja part time kat KUO lama.. KUO ni stands for Kolej Ungku Omar, salah satu daripada 4 kolej kediaman UPSI.. Kenapa KUO lama?? Sebab bangunan ni dah tak jadi kolej kediaman lagi, KUO yang baru dah pindah pegi kampus baru UPSI.. Bangunan ni jadi rumah sewa dah nanti, tu yang nak buat maintenance tu..

Bangunan yang bertingkat-tingkat tu la KUO

Min keja maintenance je kat sana.. Dia memang rajin keja.. Ecewaa.. Puji bf sendiri nampak? Hehe.. Haruslah kan?? Kalau bukan aku, sapa lagi nak puji kan? Kan? Kan?? Setuju cepat kalau tanak kena cubit.. Hahaha... 

Masa study di Poli Kuching dulu, Min pernah tak balik cuti sem.. Sepanjang cuti tu dia keja kat car wash.. Pastu dia tukar keja lagi, keja kat stesen minyak jadi pam atendan & kadang-kadang jadi cashier.. Pastu bila dah habis diploma, dah balik kampung, Min ikut kawan dia keja kontrak.. Keja pasang gril, pasang pagar, welding2 segala tu la yang dia buat.. 

Dalam tahun 2010 tu kan ada Bancian Penduduk & Perumahan, so kitorang pun try test la nasib kot2 boleh jadi pembanci. Walaupun keja tu secara kontrak 3 bulan ja tapi sekurang-kurangnya kitorang ada pengalaman yang orang lain susah nak dapat. Kitorang dapat keja tu, aku jadi penyelia & Min jadi pembanci under seliaan aku.. Selain Min ada 5 atau 6 orang lagi pembanci. Aku pun dah tak berapa ingat.. Memang best jugak la dapat keja sama-sama dengan Min.. Kehkehkeh...

Lepas dah tamat kontrak, Min cari keja kat KK plak.. Masa ni dia  keja jadi buruh.. Tau tak 1Borneo Hypermall tu?? Kat sana jugak ada 3 kondomaniam yang diberi nama Tower A, B dan C.. Kat Tower C tu la Min keja.. Bangunan tu dah la tinggi.. Min kata mula-mula gayat jugak tapi lama-lama dah biasa, rasa gayat tu pun dah hilang.. Sekarang bangunan tu dah siap, kalau lalu sana mesti Min dengan bangganya, "Ni la bangunan yang aku buat tu.." Pergghhh... Macam dia sorang ja yang keja sana kan?? Hehehe~~

Klik untuk tumbesaran berkali ganda..

Bangunan paling kiri tu la Tower C yang dah siap :)

Taun lepas dalam awal tahun kalau tak silap, masa tu kitorang dah apply UPU.. Min berenti keja kat bangunan tu & balik kampung. Kat kampung plak Min tolong kawan dia jual lembu. Dia jadi driver lori plak dah.. Dalam seminggu tu ada la dalam sekali dua kali Min dengan kawan dia tu pegi hantar lembu sama ada pegi Beaufort ataupun Kota Belud. Masa tu Min dah ada lesen bawak lori, so senang la nak ulang alik Lahad Datu - KK.. Masa tu aku memang tinggal & keja kat KK.. Kadang-kadang ja dapat jumpa & ngedate ngan Min. Kalau dia pegi KK pun belum tentu dapat jumpa sebab sometimes lepas hantar lembu ja diorang terus balik LD.. Tapi dalam tempoh tu la kami belajar erti rindu.. Ahakss... Jiwang la plak.. Tolong lempang dengan roti panjang a.k.a baguette.. Kehkehkeh.. 

Ni la roti panjang tu.. :P

Hari ni hari ketiga Min keja. Semalam dia OT dari pukul 8 mlm sampai pukul 12.. Sempat jugak chat ngan dia tengah malam tadi sebelum tidur.. Hehehe... Kesian dia, penat sangat la tu semalam.. Tu la rajin betul buat OT.. Tapi takpa la, daripada dia buat keja yang tak berfaedah kan?? Hihihi...


26 comments:

  1. wahhh..kuat bekerja niey..untung la gf nye nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, dah dapat gaji nnt boleh mintak belanja ngan dia.. kehkehkeh.. tumbuh da tanduk kat kpala ni.. hihi..

      Delete
  2. wahhh..rajin niey..untuk la gf nye..hihi

    ReplyDelete
  3. lempang dgn roti panjang eh? mehh sini kita bagi sedas dua. hehe :)

    ReplyDelete
  4. rajin diak kerja..untuk masa depan kan.:)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, rajinnya. sheda memang berkenan dengan laki yang rajin bekerja ni. pandai cari duit, cari rezeki. kak anne jangan cite selalu pasal kanda ni, risau sheda berkenan. hihik. *gurauu

    semoga berkekalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa, tidakkk.. ok2 pasni kdg2 je akak crta sal dia.. kekeke...

      thanks dear <3

      Delete
  6. bagus2..alang2 kumpul duit nak kahwin trus..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. harap2 la kan.. bole jugak kawin cepat ni.. hehe.. :)

      Delete
  7. pergghh ! memang rerajin nie :) untung badan

    ReplyDelete
  8. aduhh. xpasal2 dah kena cubit! hihi kidding.
    dia btuah dapat ann..
    ann pun bertuah dpt dia.<3
    smoga dipermudahkan sumanya untk kamu 2.. :D

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. kembang la idung asik kena puji je.. hihi..

      Delete
    2. ala kembng skali skala tapa haih . hehe :p

      Delete
  10. Replies
    1. insya Allah esok ku update aa? hr ni ndak sihat.. hihihi..

      Delete
  11. lelaki bagus tau bila dah terbiase buat keje. Pengalaman tu yg buat dia matang... bagusnyeeee kanda anne tu ;)

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain