Boleh tak?? Aku tak nak buat lagi dah!!!!!!!!
Haha.. Aku tension ngan assignment sebenarnya ni. Penat tau tak?? Penat menghadap laptop nak cari maklumat yang susah sangat nak jumpa.. Entah kat mana la semua maklumat pasal VDM-SL ngan VDM++ ni bersembunyi.. Sampai aku pun dah fed up ngan pacik Google ni. Kalau Google ni boleh bersuara, confirm aku dah kena maki hamun dek kedegilan mencari benda yang sama je kat Google sejak beberapa hari lepas..
Nak tanya classmate yang lain, diorang plak tanya aku balik.. Aishhhh...
Aku tension yang amat sampaikan makan tadi pun sangat-sangat berselera.. Hahaha.. Aku lapar taukk??? Dari pagi langsung takda makan, tengah hari aku minum jus oren Twister ja.. *Kanda ku belanja.. Auww...* Petang lepas habis kelas tadi sempat jugak beli cucur kat depan kolej tu. Makan sikit buat backup sampai tengah malam. Pukul 11.30 tadi baru aku makan.. Tu pun lepas dah penat buat assignment ni.. Apa2 pun, Alhamdulillah, hilang dah lapar.. hehehe..
Sekarang dah boleh sambung buat assignment balik. Tak boleh kalau tak buat, esok nak kena submit dah. Buat je la mana yang termampu, ye dak? Tak boleh putus asa, kena try buat jugak. Salah ke betul ke belakang cerita. Ok, chow!! Assalamualaikum...
mesti buat cigu hehe. hehe. sama la, selalu mcm ni. tnya si kawan, si kawan tnya benda sama balik, last2 sendiri juga. hehe.
ReplyDeletepelan2 cigu. mesti boleh punya.
alhamdulillah, dah hantar pun.. hihi..
Delete