Apa nak jadi dengan industri filem Malaysia sekarang???


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera uollss...


Baru ja tadi terbaca kat blog Relevan Sokmo pasal isu adegan ranjang Marsha ngan Wan Hanafi Su dalam filem Laga tu.. Baca penerangan dorang rasa macam, what the ..... ??? Sambung ja la sendiri eh?



"babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno" - Wan Hanafi Su.

- Agak2 korang la kan, kalau yang tengok filem ni golongan remaja yang baru nak kenal dunia, sesuai tak didikan seks ni ngan diorang? Agak2 diorang pikir tak yang babak tu hanya untuk mendidik semata-mata bukannya untuk dicuba??



"Ini kerana dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada katakan, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan." - Wan Hanafi Su.

-  Kalau korang baca kat blog Relevan Sokmo tu, WHS tu cakap macam ni. Tapi persoalannya disini, cewah.. Dah macam forum la plak.. hehehe.. Benda macam tu penting sangat ka sampai nak masukkan dalam filem? Bukan ka benda macam tu pun semua orang leh belajar dari bidan kampung sendiri atau pun tanya ja pokcek Google. 



"memang sepanjang kerjaya lakonan inilah kali pertama dan saya gembira dapat melakonkan babak sedemikian. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol." - Wan Hanafi Su.

- OMG!!! Astaghfirullah al azim.. Gembira plak dia kan?? Ish pelik2.. 
- Agaknya dia ingat babak rogol ja ka yang mendatangkan kesan tak baik?? Jadi adegan ranjang laki bini tu ada kesan positif laa?? Astaghfirullah al azim.. 



"Nama pun berlakon, jadi apabila berada dalam set penggambaran, saya profesional. Saya tidak fikir orang akan mempertikaikan kerana babak tersebut sebenarnya tidaklah seperti orang fikirkan." - Marsha

- PROFESIONAL... Okei, fine.. Alasan artis yang langsung takleh di terima akal.



Kalau tengok, industri filem Malaysia memang masih di tahap rendah lagi sekarang ni. Dah banyak filem2 yang kontroversiallll macam ni tapi tak naik2 jugak tahap industri filem negara ni. Lagi banyak cerita bodoh ada la.. Filem2 sekarang ni, kalau tengok hari ni, 2 3 bulan pastu mula la dilupakan. Tapi kalau filem allahyarham P.Ramlee, sampai sekarang tengok tak bosan. Jalan cerita ngan babak filem tu pun suma dah hafal sebab best. Orang tengok pun masih terasa lawak lagi.. 

Kepada penerbit2 filem kat luar sana, tolonglah buat filem yang betul2 berkualiti, ada mesej yang berguna, sensitif dengan budaya Melayu & agama Islam. Paling penting jangan la belakangkan islam eh? Kalau boleh hentikan la buat filem yang diselitkan dengan adegan2 panas & ganas sebab filem la yang paling banyak mempengaruhi orang ramai sekarang. Bukan setakat remaja ja tau? Tapi semua golongan.. Baby tak la kot sebab kecik lagi. hehehe..

Okei la, malas nak ulas panjang2.. Sakit ahti ja nanti.. hehe.. Aku bukannya nak kutuk, ni cuma pandangan peribadi. Maaflah jika ada terkasar bahasa.. *memang ada pun.hehe..* Mintak maap mintak ampun.. Selamat hari raya!! hehehe..






17 comments:

  1. Mereka kena tengok film luar yang bagus dan ambil nilai positif dari luar bukan ikut kepala dan nafsu mereka sahaja. thats why Nad jarang tgk sgt huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. dah bole agak sangat jalan cerita setiap filem tu.. sama je ngan filem2 yg sebelum ni..

      Delete
  2. emm..ntahla..sbb tu kurang berminat nak tgk filem melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..
      cmana la nak minat filem tmpatan kalau cerita xda kualiti..

      Delete
  3. macam terpukau plak senior...apapun betul juga pendapat kamu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uii sampai terpukau aa? hehe..
      trma kasih senior..hihi

      Delete
    2. apapun itulah industri perfileman kita...senior harap anak didik senior berjaya dalam dunia lakonan (Marsha bekas pelajar senior)

      Delete
  4. Ape nak jadi ntah. budakbudak yang tengok cerita tuu,pastu terikut2. adoiyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. tu la pasal..
      pastu nanti ibubapa jugak yang disalahkan..

      Delete
  5. haha..
    ayat dia bangga paling xleh blah..
    dia nak mendidik orang2 yg dah kahwin yg sampai skang mencuba x dapat2 kot..
    (fikir positif)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, bangga giler dapat berlakon adegan macam tuhh..
      mungkin la tu kot..(bersangka baik)hehe..

      Delete
  6. Belom tengok lagi... kakakakak...

    salah satu sebab saya jarang tengok filem Melayu, bukan sebab tak patriotik tapi... itulah tue.. itulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum kuar lagi kot.. hehe..
      apa yg 'itulah' tu ojinz?? kekeke..

      Delete
    2. Dah la tiket mahal baik tgk cite omputih

      Delete
  7. Bukan x nak sokong filem melayu tapi apa yg tayang kat panggung x ada kualiti filem orang lain dah kemana kita masih lagi mundur sedihnya...dah la tiket mahal kalu bawa keluarga mahu abis 70/80 inggit belum bab makan minyak kereta sebab tu ramai org beli dvd cetakrompak 5 inggit je

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain