Cashout ChurpChurp kali kedua

Assalamualaikum my sweety2 pie nyum nyum..


Hahaha.. Ada rasa geli gelimat tak kat tengkuk korang? Hahaha.. Anyway, faktor penyebab 'sweety2 pie' tu adalah kerana aku tengah lapar.. Baru je makan nasik lauk ayam-masak-kicap-tengah-hari-punya time maghrib tadi. Tapi sekarang ni dah lapar balik. Perut apakah ini?? Sekarang terasa nak makan pizza, aiskrim, kepsi, cheese cake, kekacang, pizza, aiskrim, kepsi, ehh?? Hahaha.. 


Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan ponn tapi dah terlanjur lapar, cerita la sekali kan? Hekhekhek.. Oleh kerana hari ni dah hari terakhir dalam bulan Mac, maka aku pun telah membuat keputusan untuk cash out aku punya Churpchurp.. Kenapa tunggu hujung bulan? Sebab kalau ikut prosedur Churpchurp, sebarang cashout dalam bulan tu akan di proses di hujung bulan.. So, bagi tidak membazirkan masa bagus hold dulu & tunggu hujung bulan.. Dan, inilah hasilnya....



Earning dah reset pegi kosong kosong kooosoonggg balik.. Huhuhu.. Start esok kumpul earning baru lagi.. Kali ni aku nak kumpul sampai RM500 pulak baru cash out. Azam ni, jangan main2.. Azam bulan baru.. Hehehe.. 


Ada yang berminat tak nak join Churpchurp ni? Jom la daftar sekarang. Klik SINI kalau nak daftar ye? Earning memang tak menentu, kalau rajin share, ada orang klik link baru la earning tu akan bertambah. Memang kena sabar laa.. Earning aku yang baru2 ni pun aku kumpul dari bulan 8 tahun lepas.. Alhamdulillah, banyak la jugak.. Boleh la buat sara hidup.. Kehkehkeh..



Tips untuk Churpchurpers~




BLOG PALING SMART

Assalamualaikum WBT..


Tak sure kalau masih sempat nak join, tapi tetap nak join jugak.. hihihi..





Syarat contest ni sangat2 simple..

1. Tak kisah la nak follow atau tidak.. TAPI better follow la kan??
2. Like page Healthy & Beauty Shop. Lepas LIKE sila pm owner page laju2, gtau dah like.. :D
3. Macam biasa, buat la satu entry dengan tema bebas, asal tak merapu dah la.. hehe..


Ni antara kriteria blog paing smart yang cik Aish cari..
Template kemas dan teratur
Pemilihan layout yang kreatif
Susunan sidebar yang menarik
Jangka masa yang singkat untuk loading blog korang
Blog yang ringan, simple, smart, cantik, gojes!



Ehem.. Korang rasa ada tak kriteria2 tu kat blog aku?? Hehehe.. Ni la salah satu tujuan aku nak join contest ni.. Aku nak jugak tahu blog aku ni ciri2 dia camna.. Templat ok ke tak, layout rasanya macam biasa2 je kan? hehe.. Masa untuk loading cepat ke lembsss.. Aku tak tau sebab tenet umah sewa aku ni laju. Cuma sometimes dia problem, ngegada kauu..


Simple, smart, cantik, gojes?? Ermm.. Gojes kot sebab aku kan pemilik Gojess Boutique.. Hahaha.. Just kidding okei? Lagi satu tujuan aku join contest ni sebab aku nak hadiah tuu.. SET VITAMIN PENJAGAAN KULIT SHAKLEE tuu yunk!! Ahkak ni bisnes jugak tapi belum mampu lagi nak shopping2 suplemen kesihatan ni. Beginner je ponn.. Tapi minat nak bisnes tu memang mencurah-curah ke ladang gandum.. Hehehe..


So, kesimpulannya.... Wish me luck k, guys? Kalau korang nak komen blog pink cikai aku ni pun dipersilakan.. Hehehe..



Anne Nurain's Birthday Giveaway

Entri lekat-lekit sampai hujung bulan.. Entri baru tengok kat bawah eh? :)

Assalamualaikum WBT & hai korang!!


Setelah seminggu mencari penaja a.k.a sponsor GA aku ni, maka dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hari ni bermulalah GA yang diberi nama.......


~ Anne Nurain's Birthday Give Away ~


Tengok nama GA pun dah tau kan yang GA ni sempena birthday aku yang ke-_____??
 (Ce teka.. haha..)
Tujuan aku anjurkan GA ni adalah bagi menghargai korang2 yang selalu datang ke blog aku ni..
Bagi yang baru datang atau singgah blog ni......


Hai, selamat datang & selamat berkenalan! Hehehe..


Banner rasmi GA ni.. :)


Syarat utama penyertaan

1. Buat entri yang bertajuk "Anne Nurain's Birthday Giveaway".
2. Letakkan banner di atas dan backlink ke entry ini.
3. Follow blog ni & letak dalam bloglist korang supaya senang nak tengok update GA nanti..
4. Follow Instagram > Anne Nurain <


Syarat daripada sponsor GA yang baik hati sponsor hadiah.hehehe..

2. Like page dibawah.. (Aku guna hyperlink je untuk mempercepatkan loading ye tuan2 & puan?? Hehee..)

[ Gojess Boutique | Msredcheesecake | Lieya Von Jays | Syaz Danny | Belog Alyani Matshah | vidolaaa.blogspot.com | House Of Sofieya ]



3. Follow Instagram (kalau ada..)

Gojess Boutique Gojess Boutique
 We Own Closet
 Aya Zuki
 Miss Boo
 Cik Hijau


4. Share GAMBAR ni kat wall pesbuk korang & make sure PUBLIC kan yer? [LINK]

5. Sertakan sekali ucapan korang.. Tak kisah la dalam bentuk teks ke, video amik dari Youtube atau gambar. Ikut kreativiti korang la.. Ucapan kreatif & menarik hati birthday girl akan dapat hadiah gak.. Hehehe..
6 Kalau dah siap, jangan lupa tinggalkan URL blog kat ruangan komen di bawah..




Tempoh GA 
Insya Allah kalau dapat sambutan,
 GA ni akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini, 1 Mac sehingga 31 Mac 2014..


Kelebihan join GA ni..
1. Boleh menjana trafik ke blog korang.
2. Dapat berkenalan di samping mengeratkan silaturahim..
Kot2 bertemu jodoh dalam blog kan? Haha..
Tak pun terjumpa member lama yang dulunya terpisah gara2 gaduh hutang kain tak bayar..
Tetiba...
"Eh ko ada blog rupanya Timah!! Nanti aku folo molo blog ko ye?? "
Lalu Rokiah pun mengambil kesempatan itu untuk menagih semula hutang yang tertunggak......
3. Dapat hadiah (kalau bertuah la.. hihi)


So, apa tunggu lagi? Jom la join reramai!
Ajak sekali geng2 blogger, jiran sebelah rumah, sedara mara, ketua kampung,
JKKK kampung, ex-bf & ex-gf, macik jual nasi lemak & semua la..
Hehehe..


UPDATE : Aku tengok ada sesetengah peserta yang tak jujur & tak ikut syarat dengan betul.. So, please la jujur okei? Nanti tak berkat hadiah yang korang dapat.. Hihihi..




Sedikit update untuk GA

Assalamualaikum WBT & selamat petang semua.. :D


Fuh fuhh tiup habuk sat.. 
Dah 8 hari aku tak update blog & blogwalking ke blog korang kan?
Maap la, agak busy minggu ni..
Blogwalking pun sempat pegi 2 3 blog je.. huhuhu..


Okei, hari ni dah 28 haribulan..
Ini bermakna ada tempoh 3 hari lagi sebelum Birthday Giveaway aku tu berakhir..
Thanks pada yang dah join & pada yang belum join tu, cepat2 la join ek? Hihihi..
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah tentang: 


1. Penyertaan lebih daripada satu blog

Haa yang ni aku perasan, ada blogger yang buat.. Maap yer semua, penyertaan terhad kepada 1 blog je.. Eventhough korang ada 2 hingga 3 blog, aku hanya akan terima satu je eh? Salah aku jugak sebab lupa nyatakan dalam syarat2 GA tu.. Thanks sooo much la diatas kesusahpayahan korang buat entry untuk 2 blog sekali.. Hehehe..



2. Blogwalking time!!

Senarai peserta GA aku dah update ye? Harap korang boleh cek URL blog korang if ada salah taip ke, tak tersenarai ke, link broken ke & macam2 masalah lagi la yang ada.. Except for yang aku cakap memula tadi, yang sampai 2 kali penyertaan dengan blog yang berbeza tapi user sama tu..  Korang boleh la mula BW ke blog2 peserta yang lain eh? Jangan sombong2 okei?? ^___^



3. Tarikh pengumuman pemenang

Okei, yang ni aku dah putuskan bila. So, dengan ini aku ingin mengumumkan tarikh puasa pengumuman pemenang adalah pada 7 April 2014 iaitu seminggu lepas GA ni berakhir. Kenapa kena tunggu seminggu?? Okei, seminggu tu masa untuk korang semua check balik kalau2 ada syarat penyertaan yang tercicir, lupa nak buat ke apa ke.. Tempoh tu jugak adalah untuk korang berkenal2an dengan peserta & sponsor.. Kan salah satu tujuan GA ni adalah untuk mengeratkan silaturahim? Hehehe..



Hmm.. Tu je la kot.. Ada apa2 nanti aku update lagi.. ^__^




Shawl Pelangi la pulakkk

Assalamualaikum & hai hai korang!! :D


Hari tu dah promote tudung bawal pelangi kat SINI kan?
Hari ni nak promote SHAWL PELANGI pulak.. Hehehe..
Banyak warna cantik2 tau?
Details macam kat bawah ni..

Material : Jojet
Ukuran : 1m x 0.5m
Harga : RM 20 sehelai 
(Termasuk postage ke Semenanjung. Sabah & Sarawak tambah RM 5)





















Oh ye, shawl ni antara hadiah untuk GA aku tu..
So, siapa yang bertuah boleh la dapat shawl ni secara free!!
Korang yang belum join GA tu sila join sekarang eh? 
Klik sini untuk join ------> JOIN GA


Kalau ada yang berminat boleh la terus hubungi Gojess Boutique sama ada melalui 
PM (private message ye, bukan perdana menteri) kat facebook, 
Whatsapp @ SMS kat 010-2832757..
Boleh runding kalau beli banyak.. hihihi.. ^___^


Cara ikat tali kasut

Assalamualaikum & selamat petang semuaaa...


Camna cuaca kat tempat korang hari ni? Kat Tanjung Malim ni sekarang hujan.. Sejuk woo.. Mesti best tido ujan2 ni kan? Nasib baik petang ni takda kelas.. Boleh la merajinkan diri update blog kesayangan.. Hehe.. Tadi ronda2 kat facebook aku terjumpa gambar kat bawah ni..




Hahh ni diaa.. Menarik kan? Bagi sesiapa yang suka pakai kasut bertali tu boleh la try test buat camni.. Boring la kan kalau hari2 cara ikat tali kasut yang sama je. Sekali sekala buat la kelainan pulak.. Baru la rare kata omputih.. Hehehe..


Aku masa sekolah je dulu suka buat cam ni.. Setiap hujung minggu, lepas kasut sekolah aku kering ja confirm aku akan pikir nak ikat camna.. Tapi kalau dah malas sangat nak pikir, aku ikat macam biasa je.. Hehehe.. 



Baucer buku!!

Assalamualaikum & hai hai korang!!


Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Sori la tak sempat nak balas kunjungan korang2 yang datang ke blog ni.. Komen2 pun aku publish je, tak sempat nak reply.. Ampunkan patik ya kawan2? Hehehe.. Bagi yang baru follow blog aku ni, aku ucapkan billion2 terima kasih sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ini.. Hehehe.. Insya Allah kalau ada masa aku follow korang balik eh? Kalau sudi, join la jugak GA aku eh? Banyak hadiah best2 tau? Nak join klik -------> SINI.


Semalam kitorang dah dapat baucer buku.. Hooreeyyyyy!!! Jom joget2 happy sekali.. Hehehe.. Sepatutnya turn semester 6 amik baucer hari Jumaat & Sabtu ni. Tapi kebetulan kaunter tempat amik baucer tu tak ramai orang, so kami pun pegi la menyibuk jugak nak ambik. Nasib baik boleh ambik awal.. 

Eh kenapa RM150 je??


Pastu kebetulan lagi minggu ni ada event kat kampus, anjuran kursus Geografi kot, banyak la gerai2 baju, buku, kerongsang & makanan kat kampus.. Alang2 dah keluar dari tempat persembunyian (rumah la.hehe..) kami pun ronda2 la sekitar tapak jualan tu.. Dan dengan pantasnya, baucer aku dah habis RM100.. Kehkehkeh.. Nak tau aku beli apa? Ni ha, kat bawah ni.. Hehehe..


Buku rujukan yang sangat penting.. :P


Ni baru 3 novel dari senarai aku yang very the panjang.. Hihihi.. Ada 4 novel lagi yang aku tengah target sekarang ni.. Harap2 dapat la novel2 tu jatuh ke tangan aku.. Hohohohoho... Gelak sin chan jap.. Thank u soooo much la kerajaan sebab bagi kitorang BB1M ni.. Harap2 tahun depan naik la pulak pegi RM300.. Muehehehehe...


Hari ni result SPM dah kuar kan? Huhu.. Mesti blogger2 yang lepasan SPM ni nebes gila especially adik aku yg nun jauh d kampung. Dan tak lupa jgk +Akeyla Azmi , +Ninaa Hassan & semua la yang berkenaan.. Yang perasan nak jadi lepasan SPM pun boleh jugakk.. Hehehe.. Semoga dapat result yang hebat2 debabomb gituu.. Kalau tak dapat seperti yang dijangka pun takpe, semua tu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. :D



Jerebu di Tanjung Malim

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaa!!! Sihat tak? Sekarang ni dah musim jerebu, kemarau & opkos la jugak musim demam kan? Camna jerebu kat tempat korang? Kitorang kat Tanjung Malim ni tak menentu jerebunya.. Kadang boleh nampak banjaran Tititwangsa, kejap lagi banjaran tu hilang.. Betul2 macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. hehehe..


Banjaran yang hilang.. hehe..

Tengok gambar atas ni.. Nampak macam kabus kat tanah tinggi je kan? Sampai tak nampak banjaran kat belakang tu. Padahal sebenarnya jerebu.. Bau asap dia kuat sangat. Sampai kitorang pun tutup pintu.. Terbiar la kitorang masak dalam rumah yang dah macam sauna.. Kipas volume 5 pun still rasa macam takda kipas.. Hehehe..


Pemandangan depan rumah


Huuu tak nampak apa dah.. Teruk ni..


Gambar2 ni semua semalam punya.. 
Bawah ni bacaan IPU semalam berserta petunjuknya..











Nampak tak betapa tidak sihatnya IPU kat tempat kitorang? Tempat korang pulak macam mana? Setakat ni Pelabuhan Kelang yang paling tinggi iaitu >300. Teruk kan?? Sentiasa la berdoa semoga Allah SWT turunkan nikmat hujan untuk kita di Malaysia.. Tak lupa jugak untuk penumpang & anak kapal MH370.. Dah seminggu tak ada berita.. Harap hari ni adalah berita baik.. I hope..... :(


So, time jerebu ni kurangkan la aktiviti luar.. Jom jadi anak dara duk umah lipat kain, kemas umah, tido sepuas-puasnya.. hihiks.. Banyakkan minum air, selalu cuci muka, mandi.. Aku buat semua ni tau? Supaya kurang sikit panas dalam badan aku ni.. Aku takleh panas2 ni, mesti akan muncul ulser kat lidah, bibir, pastu mata bengkak.. Hidung berdarah je lagi yang tak pernah.. Hehehe.. 



Jom tengok IPU kat tempat korang -----> SINI


Wordless Wednesday ~29~ : Doa memohon orang yang hilang dijumpai

Assalamualaikum & selamat petang.. :)


Sumber : Facebook OhMedia


Sama-sama la kita menadahkan tangan dan berdoa kepadaNya..
Bukan hanya dengan menulis #PrayForMH370 di laman2 sosial semata-mata..



Cheezy Cheese Yummy!

Assalamualaikum WBT & selamat pagi semua!!


Jom buat bekpes yummy macam ni!

Sumber : Facebook


Sebelum ni pun ada gak aku post pasal sandwich with cheese & egg kat SINI..
Sabo je la eh? Aku memang penggemar & pencinta cheese..
I love everything about cheese..
Cheese cake, cheese pizza, cheese biscuit, cheezy wedges, cis! cis! cis!
Hehehe..



8 Mac & MH370

Assalamualaikum & hai semua..


Harap korang sihat je hari ni.. Aku sihat tapi rasa takda semangat.. Sepatutnya entry ni mood happy2 sebab aku nak cerita pasal birthday aku.. Oh ya, meh la aku cerita sikit.. Semalam, 8 Mac merupakan tarikh lahir aku.. So, secara rasminya umur aku telah bertambah setahun.. And now, i am officially 26 years old.. Masih muda & bujang & masih belajar *sigh*.. Kawan2 aku yang lain dah keja, dah kawin, dah ada anak.. Tapi aku tak kisah pun semua tu, rezeki orang lain2, ye dok?? Ok, tu je la entry pasal birthday aku.. Opss, kejap.. Housemate aku ada buat surprise untuk aku jugak tapi dah cerita kat Instagram, malaslah pulak nak cerita kat sini.. 

Sumber : Facebook


Aku betul2 takda mood.. Haiyaa.. Why am i like this aa?? Ekceli kan, aku risau ngan penumpang2 & krew kapal MH370 tu.. Apa la nasib diorang kan? Aku follow cerita ni dari awal pagi kemarin lagi sampai la ke hari ni. Walaupun aku tak kenal sapa2 yang ada kat dalam kapal tu tapi aku tetap rasa susah hati.. Ke mana la kapal tu pegi kan? Aku berharap sangat agar ada keajaiban yang berlaku.. Aku harap semuanya selamat..


Aku kecewa ngan segelintir rakyat Malaysia ni.. Benda musibah macam ni pun diorang boleh kaitkan dengan politik.. Jadikan bahan lawak.. Tu tak termasuk lagi dengan mereka2 yang suka sangat mencari kesalahan orang.. Semua orang nak disalahkan.. Tak cukup lagi dengan penyampai2 berita dengan kelayakan-online-facebook-24-jam ni.. Diorang bercakap macam diorang la yang paling pakar, diorang la yang tau apa yang terjadi.. 


Sumber : Facebook


Oh please la Malaysian, tolong la berdoa untuk MH370. Tak payah nak jadi pakar penerbangan, penyampai berita tak sah, pemutarbelit cerita, pemanipulasi keadaan.. Tolong la ada perasaan empati.. Walaupun takda family atau kawan2 yang terlibat dalam flight tu tapi tolong la faham perasaan family2 yang terlibat. Tak payah la korang berlumba2 nak share benda2 yang entah betul entah tidak.. Macam2 khabar angin dah yang tersebar sekarang.. 


Walaupun berita luar negara dah sahkan kapal tu terhempas, takyah la ko nak persoalkan sangat kenapa kerajaan kita tak publish cerita macam tu. Diorang ada alasan diorang sendiri. Pesawat tu hanya boleh disahkan terhempas jika diorang dah jumpa lokasi & bangkai pesawat tu tapi sampai sekarang tak jumpa2 lagi.. Dan mungkin jugak berita tu tak betul. Hey dude, sekarang ni orang memang senang sangat nak menipu. Current technology is beyond ur knowledge. Kalau tak tahu apa2, just duduk diam, berdoa dan tunggu update dari pihak yang terlibat.


Sorry if ada terkasar bahasa, tiba2 teremosi pulak.. Kesimpulannya, sama2 la kita berdoa. Bukan dengan berdoa di facebook,  twitter @ instagram tapi berdoa la dengan cara yang betul. Daripada kita dok pung pang pung pang kat laman sosial, baik kita berdoa, buat solat hajat, itu la yang sangat2 diperlukan oleh mereka yang terlibat.. 


Okei, aku nak rehat dulu. Sama2 la kita tunggu perkembangan semasa pasal flight MH370 tu.. Pray for a miracle.. Assalamualaikum..



Review produk??

Assalamualaikum & salam Jumaat everyone!! 


Fuhh selama ni aku memang tak pernah nak review2 produk bagai ni.. Review drama Korea ngan novel pernah la. Nak tengok drama Korea yang aku pernah review boleh tengok SINI, SINI, dan SINI. Tak banyak mana ponn..


For the first time in forever~ Cehh ternyanyi lagu Frozen lak.. Hehehe.. Ni first time aku review produk & produk yang bertuah tu, bertuah la sangat kan? Hehehe.. Produk tu adalah produk yang semakin hangat di pasaran iaitu Clinicell Oral Skincare. Rasanya korang pun mesti perasan kan sekarang ni, ramai dah blogger yang buat review tentang produk ni.




Clinicell ni aku dapat free tau? Just emel je admin Clinicell tu bagitau nak review produk diorang then diorang akan balas ur emel. Dalam 1 kotak ni ada 15 sachet, aku nak consume 1 sachet sehari. So, kita tunggu kesannya dalam masa 2 minggu lagi. Nanti aku bagi full review tentang kelebihan produk ni.. Bagi yang tak sabar tu, boleh jugak pegi terjah blog2 lain yang ada buat review pasal produk Clinicell ni.. Produk ni best tau?? Jom la kita cuba produk ni secara berjemaah.. Hehehe..


Okei la, nak gi jumpa penyelia final year project ni.. Malasnya lahai nak bersiap.. Hehehe~



Jom join GA kat SINI!!


Senarai Peserta Anne Nurain's Birthday Giveaway

Assalamualaikum semua... :D


Okei, hari tu dah update senarai hadiah kat SINI, so hari ni nak update senarai peserta pulak. 


1. http://jnjikita.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
12. http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
13. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
14. http://syasyafiefie.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
15. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
16. http://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
17. http://blogashalya.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
18. http://blogiveaway87.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-give-away.html
19. http://luviza-98.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
20. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
21. http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
22. http://ourmemoria.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
23. http://sayaseri.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway_23.html
24. http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
25. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
26. http://lolipoppoppop.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
27. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
28. http://sfhbelog-taip.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
29. http://ceriteracintadia.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
30. http://badariahkakak007.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
31. http://meetxoxodream.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-give-away.html
32. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
33. http://giveawayterbaik.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
34. http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
35. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html
36. http://www.mizzaiza.com/2014/03/anne-nurains-birthday-giveaway.html



Setakat 28 Mac ni baru 33 orang yang join.. So, tunggu apa lagi? Join la cepat.. Ajak kawan2 blogger yang lain join jugak.. Kot2 boleh dapat TOP REFERRAL. Lagi ramai lagi meriah.. Hihi.. Tak lupa jugak, patuhi semua syarat GA ye? Hidup mesti jujur tau? Hehehe..


Dan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan blogger, apa kata merajinkan diri untuk blogwalking ke blog2 peserta & tak lupa juga blog2 sponsor.. Diorang semua sporting & baik2 tau? Hehehe..




Mengkritik dan dikritik

Assalamualaikum WBT & hai uolls~

Entry ni panjang, aku tak pandai nak ringkaskan.. Maafkan aku.. T__T


Ni just nak cerita pengalaman aku ja.. Minggu lepas kitorang kena buat micro-teaching. Time micro-teaching ni kitorang kena tunjuk kat depan kelas tu macam mana kitorang nak mulakan sesi pembelajaran (set induksi) & macam mana nak tamatkan sesi tu (penutup). Benda ni buat sorang2 tau? Dah namanya cikgu kan? Pernah tak korang masuk kelas yang ada 2 ke 3 orang yang mengajar?? Takde kan? Hehehe..


Nak dijadikan cerita, sepatutnya giliran aku nombor 2 tapi orang yang first tu lambat datang la pulakkk.. Maka, terpaksa la aku yang mula dulu. Nebes takyah cakap la, sebelum pegi kelas lagi aku dah nebes.. Selesai setup laptop, projektor ngan speaker semua, aku pun mula la.. Tapi sebelum mula tu, aku dah teragak-agak.. Eh, aku nak mengajar ke nak buat pembentangan ni? Haa sudahhh.. Konpius aku jap masa tu.. Hehehe..


Setelah cuba bertenang yang tak berapa nak tenang, aku pun mula la... Bla.. Bla.. Bla... Sampai la habis buat penutup. Lepas tu tiba la masanya untuk terima kritikan.. Bukan dari pensyarah je tau? Dari semua yang ada kat kelas tu.. Bayangkan ko kena dengar komen & kritikan membina tak membina dari lebih kurang 30 orang student.. Fuhh.. Sakit jiwa beb.. Sebelum ni aku selalu ingatkan diri aku untuk terima semua kritikan dengan positif.. Aku ingat senang nak terima semua tu dengan positif & hati serta minda yang terbuka.. TAPI realitinya PAYAH...


Most of them bagi kritikan yang buat aku down.. Semua kritik & bagi komen seolah-olah dorang tu dah berpuluh tahun jadi cikgu.. Semua kritik macam dorang lagi hebat dari aku.. Padahal lebih kurang je pun ngan aku.. Hehehe.. Tapi aku cuba je senyum untuk tutup rasa di hati.. Ecehh.. Ayat dramatik nak kuar daa.. Hehehe.. But, seriously rasa macam kena tembak dari pelbagai penjuru.. Nasib mati je tak.. Hehehe.. 


Tapi kan bila aku fikir balik, dari kritikan tu la aku boleh tau kelemahan & kelebihan aku.. Kelebihan cikgu Anne ialah dia ada suara yang kuat, satu makmal boleh dengar. Hehehe.. TAPI, walaupun suara kuat, bunyi macam kurang keyakinan. Dush!! Satu kelemahan hempap atas kepala.. Next comment, body language kurang, eye contact dengan student pun kurang, muka taraa senyum & banyak lagi laa.. Ekceli, dah banyak yang aku plan aku nak buat masa kat depan nanti tapi gara2 gelabah habis berterabur segala plan.. Hehehe..


Gambar sem 1 dulu2.. hahaha..


Banyak lagi nak cerita tapi entry dah panjang gila dah ni.. Hehehe.. Petang ni kitorang ada micro-teaching lagi.. Hope dapat buat better than last week.. Salam.. ^___^




Jom la join GA ni.. :)


Senarai Hadiah Anne Nurain's Birthday Giveaway

Assalamualaikum WBT & hai!!


Jom tengok senarai hadiah yang ada!!



Ucapan kreatif, menarik, tertarik, kau memang dabommm..

Shawl pelangi - GojessBoutique



Top Referral

Hadiah misteri - Kak Lieya Von Jay


Pilihan atok Random.org

Kerongsang handmade sepasang x 1 pemenang (Asha Lya)




Tudung bawal x 1 pemenang (Syazrah)




Buku x 1 pemenang (Kak Iza - Msredcheesecake)



3 Hair clips x 2 pemenang (Tiey Smilez)


Banner x 1 pemenang (Vidolaa)
Header x 1 pemenang (Vidolaa)
Shiseido Mask x 2 pemenang (Cik Hijau)
Reload RM10 x 1 pemenang - (Miss Boo)
Topup RM 10 x 3 pemenang (Aya Zuki, Niesa, Una Chenta)
Reload RM5 x 2 pemenang (Alyani Matshah)


Okei, senarai hadiah dah bagitau..
Next time senarai peserta pulak..
Bagi yang dah join & baru nak join PLEASE jujur okei?
Ikut semua syarat yang ditetapkan..
Jangan sampai aku nyanyi lagu Jujur by Radja tu ye??
Hehehehe..


Anne Nurain