Ujian dari Allah S.W.T

Assalamualaikum...

Just mo share ngan semua..
Hope dapat memotivasikan diri kita.. ^__^


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)


Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah. Bukan setakat di mulut sahaja.


Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :

>> Saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya 
>> Orang munafiq yang sentiasa membencinya
>> Orang kafir yang sentiasa memeranginya
>> Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
>> Bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. 

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya : “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”. (surah al-Insyirah : Ayat 6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.



"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan..."

Sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita

Sumber dari :    hadis.cikedis.com

3 comments:

  1. sa suka entri ni..
    sa pun suka sgt mengeluh..adehh..
    xtau mcmn mau kurangkn kalau nda nekad..

    ReplyDelete
  2. tima kasih.. :)
    aku dulu suka jgk mngeluh tp skrg ni, jrg suda sbb slalu kena tegur..
    asal mo mngeluh jak trus igt teguran org tu..

    so echa, jgn mngeluh lg aa? hehehe..

    ReplyDelete
  3. betul..sabar sentiasa mbawa lbh byk kebaikan.....

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain