Penyapu lidi


Assalamualaikum WBT..



Ada tak yang tak kenal dengan penyapu lidi?? 

Penyapu bin Lidi


Menurut kamus hidup aku, penyapu lidi adalah sejenis tool yang digunakan oleh mak aku untuk menyapu sampah dan habuk kat dalam rumah dan juga sampah masyarakat yang berada di luar rumah. Selain itu juga, penyapu lidi turut digunakan oleh mak aku untuk memukul betis aku dan kakak aku gara-gara bermain kat umah kawan aku dari habis waktu sekolah sampai la azan maghrib berkumandang.


Sapa pernah merasa nikmatnya pukulan penyapu lidi kat betis dia sila angkat ketiak laju2!! hahaha.. Kalau pernah korang memang hebat.. Kenapa aku kata hebat?? Opkos la sebab korang boleh menahan pedihnya rasa bila kena penangan si penyapu lidi itu.. Masih jelas di ingatanku masa aku kecik2 comey dulu(sekarang pun masih comey2 lagi.. hahaha).. Bermain sampai maghrib kena rotan, tak pandai ngaji kena rotan, main panjat2 pokok pun kena rotan..


Tapi aku tetap bersyukur sebab dididik dengan cara yang sedemikian. Andai saja aku dimanjakan dengan sewenang-wenangnya sejak kecil, mungkin sekarang aku jadi anak yang manja giler2.. Kenapa giler tu dikuasaduakan?? Sebab sekarang aku manja jugak ngan parents aku, tapi manja sikit ja la.. Muehehehe...


Rasa-rasa korang la kan, ada lagi tak ibubapa yang mendidik dan menghukum anak diorang guna kaedah rotan2 ni? Kalau ada bagus la, boleh jugak aku buat bisnes penyapu lidi besar-besaran. Dulu aku suka tau raut daun kelapa tu nak jadikan penyapu lidi. Siap raut bersih2 & dengan penuh teliti lagi tuh.. Mungkin sebab tu la sekarang aku buat keja pun teliti yang amat. Hehehe..


Bapa aku dulu tak guna rotan sebab kat rumah tak ada rotan. Kayu hoki ja yang ada tapi oleh kerana kayu hoki itu kedengaran tersangatlah ekstrem dan kejam, bapa & mak aku telah menggunakan penyapu lidi dan juga tali pinggang sekali sekala untuk menghukum aku ngan kakak aku.. Sambil diajar mengaji, sambil tu bapa or mak aku pegang tali pinggang siap2.. Malas nak mengaji ja terus diugut dengan 2 senjata utama tu. Hehehe..


Ekceli kan... Aku rindu masa kanak-kanak aku.. Aku rindu family aku jugak.. Tadi pegi makan ngan Min kat tempat biasa.. Tetiba ternampak sorang budak ni ngan mak dia. Budak tu nampak sangat sebijik macam adik bongsu aku yang lelaki tu dari jauh.. Tetiba sebak ja masa tu, nasib baik dapat tahan.. Tabah jugak aku ya?? Kekekeke..


Miss u budak kecik.. hehe







3 comments:

  1. mak owg kt umah penyapu lidi buat halau lalat je...huk3

    ReplyDelete
  2. hahaha...pakai penyapu lidi ...perghh...kaka sally kena hanger takpun rotan..hahaha

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain