Sedikit update untuk GA

Assalamualaikum WBT & selamat petang semua.. :D


Fuh fuhh tiup habuk sat.. 
Dah 8 hari aku tak update blog & blogwalking ke blog korang kan?
Maap la, agak busy minggu ni..
Blogwalking pun sempat pegi 2 3 blog je.. huhuhu..


Okei, hari ni dah 28 haribulan..
Ini bermakna ada tempoh 3 hari lagi sebelum Birthday Giveaway aku tu berakhir..
Thanks pada yang dah join & pada yang belum join tu, cepat2 la join ek? Hihihi..
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah tentang: 


1. Penyertaan lebih daripada satu blog

Haa yang ni aku perasan, ada blogger yang buat.. Maap yer semua, penyertaan terhad kepada 1 blog je.. Eventhough korang ada 2 hingga 3 blog, aku hanya akan terima satu je eh? Salah aku jugak sebab lupa nyatakan dalam syarat2 GA tu.. Thanks sooo much la diatas kesusahpayahan korang buat entry untuk 2 blog sekali.. Hehehe..



2. Blogwalking time!!

Senarai peserta GA aku dah update ye? Harap korang boleh cek URL blog korang if ada salah taip ke, tak tersenarai ke, link broken ke & macam2 masalah lagi la yang ada.. Except for yang aku cakap memula tadi, yang sampai 2 kali penyertaan dengan blog yang berbeza tapi user sama tu..  Korang boleh la mula BW ke blog2 peserta yang lain eh? Jangan sombong2 okei?? ^___^



3. Tarikh pengumuman pemenang

Okei, yang ni aku dah putuskan bila. So, dengan ini aku ingin mengumumkan tarikh puasa pengumuman pemenang adalah pada 7 April 2014 iaitu seminggu lepas GA ni berakhir. Kenapa kena tunggu seminggu?? Okei, seminggu tu masa untuk korang semua check balik kalau2 ada syarat penyertaan yang tercicir, lupa nak buat ke apa ke.. Tempoh tu jugak adalah untuk korang berkenal2an dengan peserta & sponsor.. Kan salah satu tujuan GA ni adalah untuk mengeratkan silaturahim? Hehehe..



Hmm.. Tu je la kot.. Ada apa2 nanti aku update lagi.. ^__^




11 comments:

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain